Skuad England akan berlepas ke Afrika Selatan subuh nanti dan antara pemain yang akan ditinggalkan kapal terbang ialah Theo Walcott - satu-satunya pemain inggeris yang bermain untuk skuad Arsenal. Beliau digugurkan dari pemilihan skuad England dipercayai kerana Capello lebih yakin dengan gaya permainan Joe Cole (Chelsea) atau Shaun Wright Phillips (Man City)
Wright Philips jauh lebih laju dari Walcott dan IQ Joe Cole dan Wright Phillips pula adalah lebih tinggi dari Walcott. Semua ini penting dan dapat dilihat dalam perlawanan pemanas badan menentang Mexico lepas. Walcott gagal melakukan hantaran yang baik kepada Rooney. Tugas penting pada kedudukan kanan atau kiri ialah melakukan 'crosses' dan jika ianya tidak dapat dilakukan, jentera serangan akan tumpul.
Capello juga menyenaraikan Aaron Lennon (Spurs) dan Lennon boleh bermain dikedua belah bahagian padang, berbanding Walcott yang hanya boleh dibahagian kiri. Gareth Barry juga disenaraikan walau masih cedera sementara Carrick (Manchester United) juga tersenarai untuk bahagian tengah.
England akan memulakan kempen mereka dengan menentang USA pada 12 Jun. Berikut senarai penuh 23 pemain England yang menjadi kebanggaan bangsa inggeris, Morrissey, keluarga dan kelab... kecuali kelab Arsenal.
Goalkeepers: David James (Portsmouth), Robert Green (West Ham), Joe Hart (Manchester City).
Defenders: Glen Johnson (Liverpool), Rio Ferdinand (Manchester United), John Terry (Chelsea), Matthew Upson (West Ham), Jamie Carragher (Liverpool), Ledley King (Tottenham), Ashley Cole (Chelsea), Stephen Warnock (Aston Villa).
Midfielders: Steven Gerrard (Liverpool), Frank Lampard (Chelsea), Michael Carrick (Manchester United), Shaun Wright-Phillips (Manchester City), James Milner (Aston Villa), Aaron Lennon (Tottenham), Joe Cole (Chelsea), Gareth Barry (Manchester City).
Strikers: Peter Crouch (Tottenham), Emile Heskey (Aston Villa), Wayne Rooney (Manchester United), Jermain Defoe (Tottenham).
Sebelum meninggalkan kem latihan, Walcott dibekalkan beberapa cd The Smiths untuk beliau dengar ketika membesar...
46 Ulasan:
Ala skuad poyo2 england ni jugaklah yg lingkup awal kt world cup nanti.. Lwn jpun pun hrp own goal.. Spain, nederlen, bra zil nmpk nye blh g jauh..
"F" Engelend! Keh keh.
england xda lar power sngat...stiap kali world cup..media britain yang slalu mengangkat negara mereka sebagai terbaik..tapi hakikatnya masih tidak setading negara2 seperti spain,brazil n argentina
kompom xlepas p kickoff england ni. wahaha
Rooney ajak dengar album Stereophonics,Walcott layan Alizee.sungguh tak matang.
Rooney siap buat tatoo kat badan nama album tu lagi.
"Just Enough Education to Perform".
gila cool.
masa membesar dengan Spice Girl..mana la nak matang..kah kah kah!
Mana berita france ni..xde ke~
Apa pun, aku nak tengok takat mana boleh pergi ja ni.
macam biasa..england akan turun kapal terbang dengan kot Versacenya,turun dengan kacak dan macho,bersama-sama dengan kamera flash-flash gila babi punya..
lepas tu balik England..salahkan Ronaldo,salahkan Simeone,salahkan Ronaldinho sebab freekick cantik..tak caya lepas ni rajin-rajin bukak paper The Sun atau Daily Mirror..kah kah kah!
aku rase England ada harapan,dengan adanya Capello..friendly nie pemanas badan je, Spain pon x silap aku hampir nak kantoi ngan Arab Saudi..World Cup nanti tgok le bole g jauh ke x..
ENGLAND TAK BOLE MAIN LA WORLDCUP. CONFIRM TERHEGEH2 MAIN
Paling realistik,
suku akhir untuk England!.
Hai England, England.. Agak2 sm cam skuad thomas malaysia x, sblum pertandingan mmg gempak bunyiknya bak dia lah skuad terkuat kat dunia.. last2 x ke mn jgk.. england boring.
scholes yang muka cam johnny rotten tu tak main, cemana mau menang.
sume team big four hantar wakil..kecuali Arsenal.
chelsea, man u, spurs anta wakil... mcm pelik je bunyinyerrrrrrrrr.... fool xde ke???
walcott x dipanggil coz time friendly match dia pkai jersi no.7, apakah kaitan no 7 dgn liberFool??
Hahahihihuhuhahahihihuhu...
Peduli apa aku player arsenal takde dlm team england...klu ada buat menyemak jer...lagipun fans liverpool sikit pun tak pandang langsung team arsenal nih, korang jer yang selalu terhegeh2 nak komen pasal kitaorg...
hahahihihuhuhahahihihuhu...
P/s: Niklas Bentner tu dpt main WC sbb dia duduk Yugoslavia jer, sbb kat situ takde pemain yang betul2 berbakat....kuakuakua...
niklas bendtner duduk yugoslavia? hahaha nak sembur pun fakta kena laa kasik betul brader.
yugoslavia takde pemain berbakat? abis mijatovic, boban, mihajlovic, suker, stankovic, modric tu sape? lain la kalo ko baru setat tengok bola kelmarin :)
Muahmuahmuah....terkena gak sorang....
Terima kasih kerana membetulkan fakta aku..sori la, aku tak kenal player arsengal nih...
Jangan marah, nnt kena jual...muahmuahmuah...
Hehe, siot jer henrymevez nih....:P
Nyway, pada pendapat aku, Capello membuat keputusan yang silap dgn tidak menyenaraikan Walcott...
bagi aku takde Walcott pon takpa..die nie lari je lebey, takde footbal basic langsung..salah satu kriteria penting untuk winger adalah cross, takde nie memang fail..suka hati aku tgok Joe Cole dapat msuk..yuhuuuu!!
sebab2 walcott x layak dlm skuad england:-
http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/2995806/I-saw-Walcott-blow-his-chance.html
http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/sport/football/2995782/Revealed-Why-Fabio-Capello-axed-Theo-Walcott.html
woi...suker, modric main croatia la...
henrymevez....hang sedar tak lvpool tangga baper season baru abes ni?
walcott boleh main kiri kanan la. lennon yang tak berapa jadi main kiri. ah tak ke mana laa england.
jugoslavia berpecah jadi croatia serbia bosnia dsb. sepesen la diorang tu sume belah2 balkan.
singkir kan walcott tu sokong, die ni tak de improvement langsung aku tengok sejak WC yg lepas. his game is too one-dimensional, patut kasi jack wilshere masuk squad, jadi reserve pun xpe la, bagi exposure world cup sikit.
True. Walcott tak improve as a player since lawatan sambil belajar kat World Cup Germany 2006 dulu.
Gallas pun condemn Walcott too predictable and one of england legend claimed he has no football brain.
Training cross ke Crouch yang tinggi lampai pun tak lepas. Memang patut kene buang la
1. walcott pena cipta record pemain paling muda buat hat trick.
2. walcott right winger tapi leh main striker jugak..
bendtner kan main tuk denmark.. duk denmark la kan? kenapa ke yugoslavia.. kelakar la korang ni. huhu
beguna gak panini sticker album aku ni :P
e...
diorg saje jek nk pancing orang anta komen cmtu..
e sihat??... dah makan??
nk pancing, p pancing kt laut la..sungai ka..ade hasill..kt cni sumer orang..
eeee..dh makan panadol??
kt cni kite mau kasy info pnye..bkan nk pancing2..kalo btol 'true'..kne la taw2 gk info wlpon bkan taem feveret kte..nnty org kate bodoh sombong plak..
(^^,)\/
kahkah ramai kena pancing info rupenye..aku rase walcott nie ada iras2 lewis hamilton..ntah2 die negara..eh, Britain sama la..hehe..
bila england terkeluar dari suku akhir nanti,akan ada pihak salahkan capello sebab tak amik walcott.
kahkahkah!
bila nak cover honduras.
kanenaa.
Gua harap sgt Maradona bole bg pengajaran lg skali kt team ni.....
besi karat : tu mmg standard media dari britain..suka kondem jek..
citer pasal WC lah dolll...citer kelab bulan 8 nanti gaduh balik dolllll..
Team france xde orang nak cover ke.. =.=
Bro jorji, aku anti-England walaupun peminat Red Devils. England zaman english manager (except Sir Bobby Robson) campur Eriksson memang cam gila babi poyo!!! cite tak nak kalah, cite nak menang world cup je, macam la depa ni ingat depa level Brazil. Namun demikian, hasil pemerhatian aku untuk team skang nie, di bawah kendalian Don Capello, aku rase harapan England ke semi-final agak cerah. Nampak kurang drama, lee talk, more action. player pun ramai yang spesies main sampai kepala berdarah. kira berkorban untuk negara la. Kalau masuk final bonus. Kalau England menang World Cup, semua negara Commonwealth cuti!!! Aku sependapat dengan akhbar the Sun, nilah team England yang paling realistik. Jangan risau Argentina, midfield yang menang champions league tak main pun, Maradona suka abg Veron dari Cambiasso. ptui!!!
England skang kalau lawan skuad 1980 Malaysia, kena lauk je England...Rooney kena cium bulu dada Santokh Singh...Carra kena bola singgit ngan James Wong.Joe Cole, Gerrard, lampard,Ferdinand,Johnson kena gentel ngan Arwah Supermokh dari tgh, rembat padu David James tgk jer...ada berani lawan Malaysia 80s?
pagi pagi aku dah merepek, okla bai nak masuk meeting.
korang perasan tak yang dalam list England ni tarak sekor pun player ARSEngal? agak2 Capello pun dah stat kempen boikot Israel tak sebabnya ARSEngal kan termasuk dalam list mari boikot barangan israel..kan..kan..kan ;D
england kuat ka tak kuat ka, kita tetap sokong England!!
England actually skuad yg paling takde luck dalam world Cup...6 kali terkandas sebab penalti shoot out yg kejam ituew.
dan Maradonna terpaksa menggunakan tangan untuk mengalahkan gary Lineker and co.
England! england! england!
Bro alke, negara komenwel cuti klu england menang WC?...biar papaya?..
Yeah, go ENGLAND!
Englan oh englan.. gau rase diorang akan main buruk same buruk cam jersi diorang taun nih.. siyes buruk.. bg free pun aku amik..wat lap kete..
@julu : hai julu.. e sihat aje. tapi stress gitu sbb nak WC. risaukan Jerman ngan Ivory Coast. huhuhu
@mietxer : oohh! mana tau sakit kepala? dah makan dah panadol..
@hannibal king : ok. rasanya heskey dapat tempat dalam WC ni sbb masa qualifier WC last year, dia ada sumbangkan 1 goal.. sementara walcott, dalam game yg sama x de sumbangkan apa2 langsung.. 0 goal. maybe ni salah 1 sebab.. tahla..x tau.. sila komen lagi..
Niklas bendtner tu asal kelentan.. nama sbenar dia Nik Lah bin Nor.. jgn bgtau org lain plak..hnya kat pmbaca sokernet je aku habaq.. hang pa sume jgn kecoh2.. nti football365, goal.com dpt tau..abis la.
lg lg..bendtner pkai jersi no 52.. 5+2= 7 (kedudukan liga bg pasokan lawakFool)
final WC: ENGLAND 1 BRAZIL 2
aku main FM 2010...
komen roul ichiro mmg buat gua gelak.,..ade lagi org dok dlam gua ek...
Jarr..ko jangan ungkit cerita silam, mengalir air mate aku tengok iklan maxis. Kalau England kena tapau, ko byangakan skuad malaysia yang sekaran ni lwan Malaysia 1980, mahu mennagis bebudak tu.
alke - detik bersejarah tu, mana boleh lupa.walaupun dpt tgk selepas 20 tahun simpan kat arkib, tapi semangat tu lain mcm.
Soklan: Shankly mana?aku call nombor Apreka dia tak dpt.
Catat Ulasan