ANDA SEDANG MEMBACA

22

Bundesliga 4 – EPL 1

Mari kita renungkan perkara berikut:

Kejohanan Euro Bawah-21 2009 (Perlawanan Akhir)

Jerman 4 (Castro 23, Ozil 48, Wagner 79, 84)
England 0

Piala Dunia 2010 (Pusingan Kedua)

Jerman 4 (Klose 20, Podolski 32, Muller 67, 70)
England 1 (Upson 37)

Manuel Neuer, Jerome Boateng, Sami Khedira, Mesut Ozil dan Dennis Aogo yang bermain dalam perlawanan akhir 2009 kini bersama skuad Piala Dunia Jerman. Tidak ada seorang pun pemain remaja England dalam skuad Piala Dunia England tempoh hari.

Banyak teori punca-punca kekalahan England dibangkitkan. Fabio Capello, Alex Ferguson, semangat bolasepak, igauan masa lampau, Theo Walcott dan tidak lupa juga Sultan Bola turut dituduh terlibat sama.

Tapi apa pula rahsia konsistensi bolasepak Jerman.






Sebab itu aku selalu membuat pilihan yang bijak setiap kali Euro dan Piala Dunia. Bukan sebab Jerman ada bintang macam Rooney atau Torres, main ala samba atau dilatih oleh ‘tuhan’ bernama Maradona.

Tapi sebab Jerman adalah negara bolasepak yang paling efisien dan komited dalam memajukan bolasepak. Yang jelas dibuktikan melalui Bundesliga. Yang sepatutnya dijadikan contoh oleh Sultan Bola dan hamba sahayanya.

League maksudnya dalam bahasa Inggeris ialah ‘a group of athletic teams that organised to compete with each other and promote mutual interests’.

Mutual interest. Kepentingan bersama.

22 Ulasan:

MuKaHaNTu berkata...

Walcott: SEND TO LUCIUS

Pesal nama aku naik?

adijaya berkata...

adoi.. lambat beberapa saat je.

2nd.

adijaya berkata...

lucius, sape 'mereka' dalam labels tu? ahmad shah masuk skali tak?

adijaya berkata...

"Manuel Neuer, Jerome Boateng, Sami Khedira, Mesut Ozil dan Dennis Aogo yang bermain dalam perlawanan akhir 2009 kini bersama skuad Piala Dunia Jerman. Tidak ada seorang pun pemain remaja England dalam skuad Piala Dunia England tempoh hari."

*neuer, boateng, khedira dan oezil turun dlm 1st eleven vs england hari tu. patut la jerman power.

KABAKOGA berkata...

harap2 sultan bola bleh menukar arah..,
jadik sultan gimrama pun jadik.

badminton takde sultan???
sori2..
stakat ni pernah dengar dato' je...

adijaya berkata...

wow!!! 4 daripada 5 skuad muda dapat masuk skuad nasional. jerman memang juara dunia.

cuba bayangkan kalau ferris danial, d.saarvindran, wan zaharul nizam dan syahrul azwari ibrahim masuk skuad utama malaysia. confirm lagi hancur la jawabnya. huhu..

adijaya berkata...

kabakoga,

badminton sultan tak masuk campur. kalau dulu, badminton malaysia bawah kawalan hasmah. tapi skarang aku tak tau. nampak badminton pun mcm nak hancur je.

aku cadangkan ahmad shah jadi sultan squash la plak. confirm setiap tahun juara dunia. paling cikai pun no.2 dalam setiap kejohanan. kalau dia jaga squash, tak nampak la teruk sangat sebab kita ada nicole, the squashy queen in the world.

adijaya berkata...

skuad yg sepatutnya diturunkan melawan jerman.

keeper: Joe Hart
bek kanan: Glen Johnson
bek kiri: Leighton Baines
bek tengah: John Terry, Michael Dawson
sayap kanan: Theo Walcott
sayap kiri: Adam Johnson
midfielder: Steven Gerrard, Frank Lampard
trequartista: Jack Wilshere
striker: Gabriel Agbonlahor

dengan skuad ini, england akan lead 1-0 pada first half. england akan score sebijik lagi dalam rentang minit ke-50 hingga 60. pada kedudukan 2-0, wilshere ditarik keluar dan digantikan dengan Michael Carrick dijadikan defensive midfielder dan meninggalkan Agbonlahor sebagai lone forward.

pada minit ke-75, lampard yg sudah kehabisan tenaga diganti oleh James Milner dan memberi ruang kepada england bermain counter attack. pada minit ke-85, Peter Crouch dibawa masuk menggantikan agbonlahor. dia menjaringkan gol ketika england mendapat sepakan penjuru pada minit ke-89.

keputusan akhir: 3-0. capello memeluk gerrard setelah pengadil meniup wisel akhir.

pembaris berkata...

Sumber bacaan utama World Cup masih berkisar tentang kekalahan England berbanding dengan kemenangan Jerman walaupun ia adalah perkara yang sama.perkara besar lain sipi2 saja.Nak baca akhbar jerman tak paham pula.
Menurut thesun,England akan menang dengan brazil di semifinal.Final jumpa spain yng menang dgn argentina.sekarang ni lain pula cerita.buang semua org kecuali rooney,a cole,milner dan hart.

tuan director berkata...

nnt bundes liga lagi top dr bpl

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Tapi gua syak sebab pemain arsenal tak main england. itu pasal laa jadi gitu.

talkIZcheap! berkata...

haha!! ulasan pipi memang bernas... ringkas dan padat...

Berto berkata...

tp player arsenal ramai main france

Besi Karat berkata...

clausura 2 - bundesliga 1.
heheh

Zinedine Zaiddin berkata...

@Adijaya:

Itu dia...formation dari seorang pemain tegar FM.

Ko main FM ke bro?

Ahmad Afif berkata...

mesut ozil tu kuat berdoa, capello tu ujian pafa tak lepas gua ingat.

Jarr berkata...

cebok tak bersih tu yg jadi mcm tu semua player england.at least Ozil ngan Khedira ade gak belajar beristinjak mcm mana...dunia.

Pet Shop Boys berkata...

Ah JUmaat ni kalah dengan Argentina diam ah german tu ....

Wan Ahmad Faiz berkata...

aku takut 'tuhan' maradona je gigit jari...huhu..

sultan bola.......boooooooooooooo..

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Kalau nak kira liga yang berjaya, jangan lupa Campeonato Brasileiro. Melahirkan beribu pemain profesional dan menjadi lubuk kepada pemain-pemain terhebat dunia.

Sebab itu boleh jadi Juara Dunia 5 kali.

Zinedine Zaiddin berkata...

@TTB:

Yes, thats right. Tapi kena ingat gak, orang2 diorang mmg sangat enthusiastic dengan bola2 ni. Pasal management aku rasa......ok2, lagi hebat la dari Liga M.

Tanpa Nama berkata...

ramai jugak player jarman yang tak main dengan tim2 luar. banyak main liga sendiri.

loyalty terhadap kelab dan negara sangat tinggi..

jadi, diorang memang dah ada chemistry kut kalu dah biasa main...

dan hantar spy seperti ballack untuk tahu selok belok EPL.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...