ANDA SEDANG MEMBACA

21

Guten Tag!

LuciusMaximus Rabu, Jun 09, 2010 , , ,
Portugal 3 – Mozambique 0

Danny dan Hugo Almeida (2) menjaringkan gol untuk memastikan Portugal menutup tirai perlawanan pemanas badan mereka dengan kemenangan selesa ke atas Mozambique, negara Afrika bekas jajahan Portugal yang menggunakan bahasa Portugis sebagai bahasa rasmi. Dengan kemenangan ini, kem Portugal mengumumkan Nani tidak akan bermain untuk Piala Dunia atas sebab kecederaan. “Anak rusa Nani, baru kembang ekor, apa dosa kami, lalu tidak tegur”.

Sepanyol 6 – Poland 0

La Furia Roja terus menceriakan dan memberi harapan palsu kepada lebih 300 peminat Sepanyol di Sokernet dengan kemenangan 6 gol ke atas Poland. Xabi Alonso, Cesc Fabregas, Fernando Torres dan Pedro menjaringkan gol setiap satu dengan David Silva menyumbat 2 gol. “This could be our year!” kata Torres, terbawa-bawa dari budaya Liverpool beliau.

Pemanas Badan Tambahan

Dua negara hemisfera selatan, Chile dan New Zealand sepakat untuk mengadakan satu lagi perlawanan pemanas badan. Kedua pasukan bakal berentap malam ini dengan harapan, tidak ada kecederaan yang tidak dingini berlaku.

Sementara Itu Di Kem Jerman

Sami Khedira, pemain yang bertanggungjawab mengisi kekosongan posisi Michael Ballack dan satu-satunya pemain Muslim dalam skuad Jerman yakin beliau mampu menjalankan tugas sebagai pengganti Michael Ballack.

Pemain berusia 23 tahun yang merupakan kacukan Tunisia dan Jerman ini sebenarnya boleh bermain untuk Tunisia tetapi memilih untuk bersama Jerman.

“Ana membesar di Jerman dan ana seorang Jerman, yang boleh diterjemahkan dari hidup ana yang berdisiplin dan menepati masa”, jelas Khedira ketika ditemui Sokernet selesai kuliah subuh di Pretoria pagi tadi.

Berdisiplin dan menepati masa, kriteria penting untuk menjadi seorang Jerman.

Berita lanjut.

Khidmat Telco Di Afrika Selatan Macam Celcom

Skuad Jerman berdepan dengan masalah komunikasi apabila para pemain mendakwa tidak dapat menghubungi antara satu sama lain.

DFB telah memberikan setiap 23 pemain Jerman sebuah telefon bimbit baru sebaik tiba di Afrika Selatan dengan muat naik nombor setiap pemain lain tersedia. Telefon bimbit seorang satu bai, FAM nak bagi kredit top up untuk pemain Malaysia pun belum tentu lagi mampu.

Namun walaupun para pemain boleh menghubungi ahli keluarga mereka di Jerman dengan telefon baru ini, mereka berdepan dengan masalah untuk menghubungi antara satu sama lain.

“Kami cuba berseronok untuk menghubungi satu sama lain, tetapi telefon ini nampaknya tidak berfungsi dengan baik. Saya boleh menghubungi teman wanita saya di Berlin, tetapi tidak rakan sepasukan di sini”, dakwa pemain pertahanan Arne Friedrich.

Sokernet masih menyiasat sekiranya maksud ‘berseronok’ yang dikatakan oleh Friedrich merujuk kepada budaya main miss call ketika zaman Nokia 3210 dulu.

Joachim Loew pula dalam satu kenyataan berharap para pemain tidak menggunakan telefon baru ini untuk muat turun dan bertukar-tukar gambar atau video ‘barang baik punya’.

Berita lebih lanjut.

Gua dah tempah satu, you all bila lagi?


Berita-berita Piala Dunia dan laporan kem Jerman ini ditaja oleh Audi. Tempah kereta Audi anda di Audi Centre Cape Town, Afrika Selatan dan pandulah Audi dengan bergaya ke stadium untuk menonton perlawanan Piala Dunia nanti.

Audi und Die Nationalmannschaft, Vorsprung durch Technik.

Tinggal 2 hari lagi sebelum Piala Dunia 2010. Sokernet ialah laman web rasmi berbahasa Melayu untuk Piala Dunia 2010. 1Sokernet, 1Dunia.

21 Ulasan:

Buenaventura Durruti berkata...

lucy, lucy, lu memang klasik la

Jarr berkata...

Kim salam Sami Khedira...



p/s: Lucy, mimi kat green elephant kim slm dengan ucapan, bila nak singgah lagi?

ace farhan berkata...

Ala. .jerman neh setakat quartet je neh.ha ha.lebih-lebih ta dapat la.

Pet Shop Boys berkata...

World Cup sehingga 1990 aku boleh cakap German is the most of all European team....tapi dalam 10 tahun Italy berjaya memintas mereka....:)

Kuwe berkata...

ana tak pernah tengok al-sheikh khedira main lagi ni.

Tanpa Nama berkata...

apa la banyak sangat choice nak pilih sapa menang world cup ni. letak 5 pasukan potensi bakal menang sudah. baru kita tau puak sokernet ni reti agak ke tak.

farwalis berkata...

pergh kaya kem sokernet pasni. audi taja tu

Toto Schillaci berkata...

tu mesti bluetooh 3gp Luna Maya !!

meor-name-depan-ku berkata...

setia menemani team jerman........

http://meornamedepanku.blogspot.com/

Amirul Idham berkata...

aku baca paper, lisa surihani pilih jerman jadi johan. buka argentina sama england. hehehe...

HafizChan berkata...

Tak dapat beli Audi Waterfront, kita lepak dekat Ampang Waterfront sambil layan gadis-gadis bola.

Jarr berkata...

lisa surihani tu momoh eh?dasat...

aku plak baca paper uganda, whoopi goldberg ckp Chelsea menang world cup tahun ni..ntah apa giler ntah.

BanDeLa berkata...

jarr...dia ingat chelsea 2 negara baru merdeka masa julang epl hari 2...kehkehkeh

Zinedine Zaiddin berkata...

Baru menang EPL dah upgrade jadik negara? Dasat..

Nampaknya Sokernet pun dah jadi macam media British. Duk uar-uarkan konon2 macam Germany team power tahap gaban, last2 x kemana jua.

City Laundry Cafe berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
City Laundry Cafe berkata...

मेरी राय में, मॅँ इस जीत सकता argintina मानना है कि विश्व कप के क्या करने दीजिए और whoopi bungwahab कहा है । बारे में कुछ भी नहीं जानते हैं कि वे फुटबॉल ... मैं अभी भी मानते हैं .... मॅँ ऐसा विश्वास करता हूँ कि यह पसंद है ... ।

HafizChan berkata...

pong, noted.

City Laundry Cafe berkata...

chakdeeee Indiaaaa!!

kareem berkata...

asyik2 Jerman!!...mane ntah kem argentina nih..

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Merujuk kepada rekod Juara Piala Dunia, di dapati hanya pasukan Amerika Selatan sahaja yang mampu memenangi kejuaraan dunia ini apabila ia diadakan di luar benua Eropah.

Meletakkan harapan ke atas mana-mana pasukan Eropah pada edisi kali ini hanyalah satu kerja sia-sia dan mengundang kesedihan tidak lama lagi.

Desas-desus dari kaki bookie mengatakan bahawa Argentina, Brazil dan pasukan-pasukan Afrika lebih menjadi pilihan untuk 'ditikam' sewaktu bertaruh nanti.

Untuk selamat, segala taruhan dan harapan perlu diletakkan ke atas pasukan Pentacampeão, Brazil.

Manure11 berkata...

ada yang berminat menyertai South Africa fantasy di stadiumastro.com? atau sokernet sudah ada league sendiri? bolehkah saya mengejoin?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...