Aku suka mengumpul jersey bola original. Bila season bola baru bermula aku akan carik jersey yang aku rasa mantap. Tak macam orang lain aku beli jersey bukan kerana teamnya bagus. Bukan juga kerana jerseynya lawa. Aku beli jersey pasal aku suka jersey yang orang lain tak pakai. In other words the rarer it is the better.
For example last season aku carik jersey Hull City. Aku pegi Al Ikhsan takde. Pegi butik Nike dan Adidas pun takde. Ye itu kerja bodoh kan? Sah sah Hull City sponsor dia UMBRO. Takkan jual kat butik Adidas. Aku cuba cari di butik Nike just for the lulz. Ini adalah kerana Umbro sekarang dibawah naungan Nike. Mana lah tahu kalau nasib jumpa. Boleh angkat kemudian letak "BULLARD" dekat blakang. Carik punya carik tak jumpa jugak. Last-last angkut jersey away Chelsea. Dekat blakang letak Gudjohnsen 22. Yes ladies and gents aku ada soft spot dengan Eidur Gudjohnsen. Kenapa? Ntah aku pun tak tahu. Maybe pasal si Pembunuh dari Iceland ialah player yang sungguh overated sepanjang dia bermain untuk Chelsea.
Kembali kepada cerita jersey. Kalau membeli jersey aku suka jersey keluaran Umbro. Rekaan jersey diorang memang kick ass. Jersey Nike dan Adidas mungkin lebih laku pasal derang sponsor team besar tapi nilai estetikanya tak ada. Compare jersey Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Man United dengan jersey Man City away season lepas. Mana lagi cantik? Bagi aku jersey away City keluaran Umbro jauh lagi kewl. Lain gila dari jersey-jersey team lain. Sekali pandang macam jersey River Plate.
But still the best kit ever dalam sejarah EPL bagi aku ialah jersey ASICS Blackburn Rovers era Alan Shearer. Demmit cool sial jersey tu. Baju tu sungguh iconic sampai Johor tiru jersey tu SEBIJIK!
Skang apa jadi dengan ASICS? Bila last time korang nampak baju bola ada logo ASICS? Hmm? Any takers?
Aku rasa inilah downside bila jersey dibuat oleh duopoly Adidas dan Nike. Design yang betul-betul iconic tak ada. Sometimes beza baju antara one team from another hanya warna , logo kelab dan logo penaja. Case in point jersey Chelsea dan Liverpool.
Tak boleh ke Nike buat design yang unik untuk team berbeza? That is why world cup tahun ni aku tercari-cari jersey Korea Utara. Jersey keluaran LEGEA yang I have no idea where the fuck they came from. Logo LEGEA ada iras-iras NIKE Swoosh. Kalau jumpa memang aku angkat on the spot sial! Dah la rare... team komunis lak tuh. LEGEA bukan syarikat yang famous tapi derang buat jersey untuk negara-negara yang notorious. Selain Korea Utara Legea juga membuat jersey untuk;
Zimbabwe
Iran
Montenegro
Albania
Bosnia
Korang lak camne? Jersey team mana yang korang rasa iconic? Jersey negara mana yang korang rasa terbaik tahun ni? Komen dibawah kasi tau sama gua.
Btw.. Kalau korang ada jumpa tempat yang jual jersey Korea DPR sila bagitau jugak. Aku tak sabar nak beli siap dengan Kim Jong Il NO 1 dekat blakang.
28 Ulasan:
aku rasa jersi cameroon yg sleeveless tu paling iconic.tak silap aku jenama puma.ahaha.
aku tak minat sangat nak pakai jersi bola nih.tapi aku suka jersi yg retro & klasik.jersi asics blackburn zaman dorang menang EPL 94-95 tu aku ada.memang cun.
untuk piala dunia kali ni,aku pakai jersi holland era 1990-1993.
obe,gua cari jersi johor 1991 - penaja EON dengan dunhill..zaman edwin boban..lu ada?
aku carik jersey batistuta argentina punya. sapa ada nak jual?
http://trendbundle1.blogspot.com/search/label/Jersey
jersey england.sbb umbro
Mana perginya jersi malaysia yg antioni design dulu?
jersi jorge campos,warna warni.
haha.
wa nak jersi mexico..
Gua minat jersi pahang tahun 1994, petak2 hitam kuning...mcm Croatia. Masa tu pun team Pahang kuat lagi jurulatih Tajudin Noor.
blackburn rovers tu tk rare lg , member aku ade pakai.sebijik.cari boca junior season 2000 , ade habaq mai tengok cane.
Gua ada 1 Boca Juniors.
Antara tahun season 1999/2000.
hah macam mana?,
berapa lu berani beli?
aku ada cantona 92-93. ada brader kat midvalley pernah offer RM400 on the spot
jersey taun ni aku rasa US away, aussie away, kalau nak iconic honda lha kan :) tak pun vittek :P
Aku kumpul baju melayu jer....
everton by UMBRO..tapi dah ilang..hampeh... da la kaler puteh...kah kah kah
p la check kat padang besar..kot2 ada la kan
Gua beli jerman...player edition
RM 499 + armband "spielfuhrer"
gua "ludah" jerr org pakai jersey uptown,padang besar atau seangkatannya
utk maklumat tmbhan: LEGEA adlh syrkat brgan sukan dr ITALY (yg kalah tu ke? ha3)..Depa turut menaja jersi beberapa kelab bola sepak sekitar Eropah...Daa...
Pergh...brader meor main ludah2 orang je..bukan semua orang bernasib baik mcm ko bro..haha
gua ada river plate official merc made in argentina depan ada tulis quilmes. terasa jadi pablo aimar pulak heheh.
gua tengah cari jersi croatia '98 davor suker sapa ada info?
fdaussamad:saiz berapa?
berapa lu nak jual?
jersey new zealand pun ok... simple but cool
yang ori takpenah lak aku nampak...tapi, masa aku shopping jersi dekat ayer itam johor itu hari aku ade terpandang jersi korea utara...aku nak carik jersi slovenia tak jumpa...
kalo nak ori, ayer itam bukan tempat kau...keh3...
ada satu jersi england kale kuning wa jumpa aritu..
nasib baik wa x beli..
badi james!!
FdausAmad : mcm menarik je ni ,haha .last price berapa lu berani letak?size ?
The Charlatans KL : riverplate tu pn agak cara.kite deal tgk cane?haha.
FdausAmad : mcm menarik je ni ,haha .last price berapa lu berani letak?size ?
The Charlatans KL : riverplate tu pn agak cara.kite deal tgk cane?haha.
Apa susah sangat, cari la kat e-bay.
Pegawai atasan aku boleh dapat jersi Newcastle United 10 tahun lepas (stok lama dalam stor).
Ni apa kes cari sesama rakan macam tukar stem la plak.
Kalau suka yang klasik, boleh cuba jersi USA sewaktu mereka kalahkan England pada tahun 50an dahulu :
http://www.uncrate.com/men/style/tees-polos/usa-1950-t-shirt/
aku ada jersey juventus 1995 pnaja sony,under kappa...jersey ni zaman Didier Deschamps
Catat Ulasan