ANDA SEDANG MEMBACA

20

Lagi Berita SOKERNET

Abdul Sokernet Jumaat, Jun 04, 2010 , , ,

E-ticket ke Jo-burg sudah dikirim kepada Pipiyapong petang tadi. Tempahan hotel dan 'evidence' FIFA voucher juga dikepilkan sekali. Untuk penginapan di hotel sekitar Jo-burg, CapeTown, Port Elizabeth, Durban dan beberapa lokasi perlawanan Piala Dunia yang lain, penganjur Piala Dunia menetapkan yang setiap guest wajib tunjuk FIFA voucher sebelum check in. Kalau tak tunjuk FIFA voucher ni jawabnya Pipiyapong kena tido tepi stadium Ellis Park, pandai pandai la cari tempat nak gosok gigi dan basuh berak. Persiapan lain macam transport, pass masuk stadium dan kamus dewam edisi 2010 pun semua dah ready. Segalanya berjalan lancar dan tampak sempurna!.

Kepada pengulas pengulas lain yang tak dapat pergi. Rileks. Lepas ni banyak lagi oversea assigment dan tugasan tugasan luar yang best dan mencabar. Demi meningkatkan mutu kerja dan motivasi, pengurusan Sokernet ada buat surprise sikit untuk pengulas semua. Notebook VAIO F series yang stailo setiap seorang. Ada dua body kaler pink, memang rare dan mahal sikit..satu untuk Jannah, satu untuk Luci. Yang lain dapat kaler biru. Nanti masuk pejabat pagi Isnin, sila serahkan notebook lama pada bahagian sumber manusia, dan berbahagialah anda semua dengan notebook baru yang lebih solid dan berkuasa tinggi. Yeah!!. Ohh ya, jangan lupa delete semua 'hal personal' sebelum memulangkan notebook lama:).

+
+

Kaler merah sama putih, vendor kata tarak stock.

Sempena Piala Dunia ni juga, pejabat Sokernet yang selama ini beroperasi di UK Perdana, akan menjalani sedikit pengubahsuaian. Mula mula pihak pengurusan mencadangkan pejabat Sokernet dipindahkan ke lokasi tiga segi emas yang lebih komersil di Jalan Ampanag, lagi tepat..dipindahkan ke tigkat 68 Menara 2 KLCC. Namun memandangkan KLCC terletak jauh dari mamak Alimaju, dan para pengulas pula tak mahu kelihatan meteroseksual terlampau, maka cadangan berpindah dibatalkan. Bajet pemindahan secara automatik disalur terus untuk projek pengubahsuaian pejabat sedia ada. Sepanjang masa pengubahsuaian, semua pengulas boleh buat kerja dari rumah dan tak perlu datang ke pejabat. Jangan takut, gaji jalan macam biasa.

+
+

Lepas renovate nanti, pejabat Sokernet jadi macam ni la..

Meja pool, bilik massage, kantin, bilik tayangan dan perpustakaan mini.

Sedikit maklumat bisnes untuk pemegang saham dan staff Sokernet, baru baru ini senior manager bisnes development, Jorji dan senior manager marketing, Nazri telah bertemu CEO AirAsia Dato Tony Fernandez. (Dalam entry Sokernet ke Guangzhou, ada diberitahu sikit hal ni).
Pertemuan wakil Sokernet dan CEO AirAsia ini lebih kepada menjalin hubungan perniagaan dan merencana kollaborasi strategik yang menguntungkan kedua dua pihak. Tiada apa yang 'firm' setakat hari ini, cuma ada la beberapa idea dan konsep JV sedang dibincangkan secara agak terperinci. Senior Manager Operasi, Lucius, akan menjadi focal person dalam merangka kertas kerja serta perlu membuat beberapa follow-up dengan AirAsia.

+
+

Sebagai bukti pada yang skeptikel.Tak bergurau punya

Boleh dikatakan Piala Dunia masa yang rehat sikit bagi Sokernet (kecuali Luci sebab kena buat banyak kertas kerja). Dapat notebook baru, kerja pulak home-base dan gaji jalan. KPI pengulas untuk season 2010/11 belum finalize lagi, masih diperingkat pembentangan. Mungkin hujung July baru dapat tahu. Menurut sumber dalaman, performance Lucius pada sesaon lepas akan dijadikan benchmark dalam menentukan KPI baru. Pengulas lain kalau nak marah, marah Lucius. Siapa suruh masuk entry banyak sangat.Bonus pun akan di announce dalam bulan July. Dengar kata tahun ni dapat 8 bulan. Purata gaji pengulas sebulan dalam USD6000 (tak masuk elaun rumah, kereta, utilities dan elaun tukang kebun), kalau 8 bulan punya bonus??.Perghh..


Dan kepada pembaca, teruskan membaca, mengkomen, dan mempromosikan Sokernet kepada kawan kawan, sanak saudara, agensi kerajaan dan badan korporat. Nanti bila pejabat baru dah siap, kita buat sikit doa selamat dan bacaan Yaasin, InsyaAllah.

Alaahh..setakat nak jamu kawan kawan makan sirloin steak apa la sangat ye tak?

+
+

Sirloin steak untuk hidangan masa kenduri doa selamat


1Sokernet untuk semua!

20 Ulasan:

KABAKOGA berkata...

menarik betul program ni.
memang hebat..

HafizChan berkata...

Bilik masaj tu kena buat booking dulu ke?

eleynashikin berkata...

@hafizchan : ahaha dah agak dah anda tertarik dgn yg itu! kehkeh

@abdul sokernet : err, lucius maximus memang layak lah dapat APC .. entri untuk kem Jerman mewarnai Sokernet dan memeriahkan lagi WCup kali ini.. saya sokong luci! Go Go Germany!

*nak gak vaio pink!

julu berkata...

encik abdul sokernet
mcmne nk apply keje pengulas??
haha..

Besi Karat berkata...

cilakak betul.lu orang kat sokernet ni banyak sangat main sim city dengan the sims ni.
ngahahaha

iftitah berkata...

card tony yang tittle SMS tu short message service ke short massage service?

kareem berkata...

abdul ni dah mengarut jauh...menyampah plak aku bace citer taknak kalah die ni...

Ok..gua tunggu sirloin steak tuh..Lepas world cup,gua tuntut!

kareem berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kareem berkata...

Gua perasan dalam ni ade beberapa kesilapan ejaan yang nampak disengajakan bagi membuktikan penulis bukan Lucius..Jadi, teori abdul adalah lucius semakin nyata...

berkata...

Kareem, aku rasa Luci alergik dengan gaya bahasa yang teruk. Jadi kalau dia yang tulis, mesti dia kena amik cuti sakit sebulan lepas ni sebab gaya bahasa abdul ni tahap kronik (untuk standard Luci)!

Taufiq Ali berkata...

abdul sokernet tu pipiyapong..

Abdul_Sokonek berkata...

pak off lah . dah macm sial aku tgk sokernet .
citer pasal bola sudahlah. sejarah , fakta, review takyah wat keja bodoh mcm nie.

Kuwe berkata...

Dengan renovate nya pejabat. Pengulas pengulas dah tak reti balik rumah.

Abdul Sokernet berkata...

Kehkehkeh

Welcome back Bung!

eJAI berkata...

pahal nama lain plak bung nih...dah kawen 2 gak ker?

Sang Harima berkata...

Abdul sokernet tu pundit tanjung Malim.

eleynashikin berkata...

abdul sokernet bukan lucius maximus. sekian.

ngeeehhh hehe

Zinedine Zaiddin berkata...

Bungwahab sudah kembali..!! Yeehhaaaa!! :P

Sudah nampak target dan impian, harap2 menjadi kenyataan walaupun aku rasa perasaan skeptikal aku masih menebal. Hahaha

mikhaelahmad berkata...

impian tak nak kalah. moga-moga tercapai-lah hendaknya.

Adam Ruslan berkata...

@sang harima

setuju pundit tg malim = abdul sokernet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...