ANDA SEDANG MEMBACA

37

SOKERNET ke Guangzhou

Abdul Sokernet Selasa, Mei 11, 2010

EPL 2009/2010 sudah melabuhkan tirai kelmarin. Lepas ni fokus bolasepak akan terarah pada Kejuaraan Piala Dunia di Afrika Selatan pulak. Sementara pengulas pengulas dan pembaca melepas lelah dari berhujah, berdebat, berkutuk, beremosi dan bergurau senda, pihak pengurusan SOKERNET pula sekarang sedang bertungkus lumus mengerah fikiran untuk menambah duit tabung dan dana SOKERNET demi menghadapi sesi berliku pada musim depan.

Business trip Lucius Maximus yang over-bajet telah menimbulkan kemarahan ahli lembaga pengarah yang rata ratanya terdiri dari penyokong Liverpool dan Arsenal. Pipiyapong juga tidak terkecuali menjadi sasaran sebab banyak mengelat main letak gambar bersama 2-3 baris ulasan, tapi bila time gaji nak lipat sampai 7-8 ribu pound sterling seminggu.Tak masuk akal!.

Orang paling kesian nak menjawab ialah encik Nazri sebab dia satu satunya wakil pengulas yang duduk dalam organisasi lembaga pengarah. Dari sumber yang boleh dipercayaai, Nazri terpaksa hulur Gudang Garam 3 batang sorang pada ahli lembaga pengarah untuk menutup mulut supaya hal hal belakang tabir yang lain seperti pengulas keluar dating dengan WAGS semasa bertugas tidak diutarakan ketika mesyuarat. Pengulas Awi Rui yang hanya memasukkan 2 entry (2 atau 3 lebih kurang macam tu lah) sepanjang musim berlangsung juga menerima kritikan padu dari ahli lembaga pengarah. Mujurlah sumbangan beliau dalam kejuaraan SOKERNET sebgai pemain pertahanan dilihat sebagai significant. Kalau tidak...entahla.

Cuma Jorji, Jannah , Obefiend dan Dingin sahaja yang terselamat dari perhitungan. Tugas mereka sebagai pengulas pada musim depan dianggap memasuki zon selamat. Ada ura ura mengatakan Jorji sedang meminta kenaikan gaji sama macam Pipiyapong sekiranya SOKERNET masih mahukan khidmat beliau pada musim depan. Sebagai antara aset penting SOKERNET, dan wakil kem Manchester United pulak tu, rasanya SOKERNET tiada pilihan melainkan menunaikan permintaan beliau. Ohh satu lagi..pengulas Jorji juga nak travel macam Lucius. baru lah adil!.

Berbalik pada isu, pihak SOKERNET baru baru ini telah menghantar wakil ke Guangzhou untuk mencari peluang bisnes dan pelaburan. Kejayaan atau kegagalan wakil tersebut ke Guangzhou akan menjadi tanda aras sama ada Lucius dan Pipiyapong boleh travel naik Business Class atau duduk seat belakang dekat ekor kapal terbang. Dari maklumat dan laopran terkini, wakil tersebut berjaya mendapat sokongan sorang usahawan yang akan membuka Sport Apparel outlet di beberapa lokasi di Lembah Klang. Kiranya usahawan ni akan bersaing dengan Al-Ikhsan la lebih kurang. Perbincangan masih berlangsung dan butir butir kollaborasi masih menjadi rahsia. Mungkin SOKERNET akan mendapat sponsorship dari usahawan berkenaan?, itu semua kemungkinan yang best untuk sama sama kita fikirkan.

SOKERNET juga dalam usaha untuk mencapai persetujuan usahasama dengan salah satu syarikat penerbangan tambang murah paling berjaya dirantau Asia. Tapi halangan pertama sekarang adalah kertas kerja. Pipiyapong suruh Jorji, Jorji suruh Awi, Awi suruh Lucius, Lucius pulak kata tak tahu format..suruh pulak Nazri, hah sampai sekarang barai. Kalau berjaya dapat dana dari syarikat penerbangan ni tak tahulah macam mana dia punya kaya. Lepas ni Pipiyapong tak payah la hisap rokong Sampoerna lagi. Nazri pulak boleh dapat keluar dating dengan Marion Caunter selamber tak payah usaha keras.Perghh!!,

Selain itu, baju tshirt SOKERNET juga akan diniagakan secara komersil. Tujuaannya bukan nak cari duit sangat, tapi lebih kepada mengeratkan hubungan sirraturrahim antara pengulas dengan pembaca dan juga tujuan promosi dan setiakawan. Pakai tshirt SOKERNET ni kalau jalan pegi KLCC memang nampak cool dan mencuri pandangan makwe makwe. Ini fakta bukan auta. Jadi sapa sapa yang nak memiliki tshirt SOKERNET boleh membuat tempahan mulai sekarang (SEKARANG!!). Emelkan saiz baju ke;

sokernetmail@gmail.com

InsyaAllah baju boleh dapat paling lewat sebelum final piala dunia. Design baju macam baju futsal SOKERNET itu hari.

Cepat Orderr!!!

Harga termasuk pos = rm25


Perkara lain yang dicadangkan semasa mesyuarat adalah mewujudkan SOKERNET Reader Union atau dalam bahasa melayunya Kesatuan Pembaca SOKERNET. Kiranya macam buat Club pembaca lepas tu bayar yuran, kehkehkeh.

Sampai di sini saja update belakang tabir dari kem SOKERNET. Sapa sapa yang ada time boleh datang main futsal penutup musim SOKERNET. Detail seperti di bawah.

Tempat : Futsalria The Zon, Jalan Ampang

Tarikh : 13/05/2010

Pukul : 9-11 malam

Bayaran : kongsi kongsi.

Kalau hujan tak boleh main, kita pekena minum teh di Pelita.


Wakil ke Guangzhou merehatkan mata sebentar. Mungkin penat cari bisnes.

37 Ulasan:

Sang Karipap berkata...

Wow..rm 25 je untuk baju? Ini sudah bagus..

Tapi 13hb tu aku ada exam la..siot tol..

muaz berkata...

geng, Juara-juara Liga Perdana Inggeris 2009-2010 kat belah kanan tu xkan tak nak isi.. nak bias pun jgn la nampak sgt mcm ref.. :P

Sang Karipap berkata...

Sajer x mo isi...hahahaha

@ Orang atasan Sokernet:

Mintak pos ke rumah leh x? Ke baju tu kena amik kat court futsal? Berminat nihh

fahirul berkata...

cukup ke sejam tu ? kang ramai plakkkk...
gua insya allah sampai bersama ahli pasukan yang available...
-kapten Pistolero FC

adijaya berkata...

nak tempah baju sehelai, saiz L atau M. kalau saiz standard biasanya M. kalau boleh nak letak nombor skali. bayar camner? bleh minta number akaun maybank tak?

pastu, camne nak apply jadi pengulas kat sokernet ye? ada terima CV tak? kalau ada, nak apply.

Abdul Sokernet berkata...

Woi woi datang sorang dah la..wakil pemain sorang setiap pasukan..kehkehkeh.

UPKPK berkata...

macam menarik simpan satu slot untuk gua tapi gua orang baru bole layan ke?? Baju Pun nak Sehelai Bagi Pada hari Kejadian Bole ke bos.

Abdul Sokernet berkata...

Baju ni order dulu..lepas order kumpul berapa ada baru pegi order, pipiyapong kena order ni..kalau sikit sikit kena tunggu la..target 1-2 minggu bagi masa orang order.

FreeMen berkata...

wa mau beli.

Sang Karipap berkata...

@adijaya:

Kalau lu terpilih jgn lupa update setiap berita pasal Arsenal..dgr cerita Chamakh nk main untuk arsenal ^^

Sang Karipap berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Holden Caulfield berkata...

bang,sini ada kerja kosong bang?
dengar kata sokernet nak kurangkan bajet untuk kem liverpool season depan..
bajet tu kalau buat liga-liga lain - boleh tak?

la liga ke,serie a ke,liga vietnam ke..
kesian la lucy..die kena jaga kem chelsea lagi..
tambah2 dah jadi juara ni,lagi la bz..

kalau nak apply,boleh hantar resume tak?

kah kah kah!

Obefiend Weiland berkata...

mana designnya abdul sokernet

camne nak order dan takkan penulis jemputan tak dapat free? HEHEHHEE

Abdul Sokernet berkata...

Dah dah gua dah up design.

lu punya baju bukan dapat dah ke?,

Kalau belum kasitau saiz..

pakkordi berkata...

Betol punya zuhud wakil sokernet kita ni. Kopiah sorok ka?

amANI berkata...

Err takde AGM Lembaga Pengarah Sokernet ke? Aku ingin meng-up kan cadangan dalam AGM tu kalau ada supaya diberikan satu pengulas tetap untuk Liga Fantasy Premier League Sokernet.

Liga tu sikit punya ramai, tapi sapa pon tak amik pot apa terjadi pada team team yang mengambil bahagian.

Lagi satu, baru kita tau, berkaliber ke tidak pengkomen2 Sokernet dengan prestasi team memasing. Amacam?

Komen bernas macamni bleh dapat Baju Sokernet free tak?

Err saiz M ye.

adijaya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
adijaya berkata...

bagus juga cadangan bro amani tu. tengok liga sokernet, ramai je peserta yg join. kalau ada pundit untuk fantasy premier league season depan, kira ok jugak.

dan nak tambah satu cadangan lagi. kalau la liga sokernet dibuat format pertandingan, mcm best juga. bagi hadiah setiap bulan atau setiap akhir musim. bagi t-shirt sehelai pun dah kira ok apa.

sekadar cadangan, kalau tak relevan, saya minta maaf la.

just my 2 kupang - pinjam ayat jarr.

fahirul berkata...

ohhh dua jam rupenye...silap silap..soriii..
ok lah gua dtg berdua je..kapten + pengurus pasukan..kehkehkeh

barry berkata...

Tahniah Sokernet! Gua bangga sama sokernet! Meriah!

kareem berkata...

gua nak saiz M...Kalau boleh background baju tu gua nak kaler merah...bole kan pipiyapong?

Hell Torres berkata...

wahhh..banyak cadangan yang bernas ni...moga moga Sokernet musim depan lagi menarik...saya nak turun masa futsal sok bagi support pada team Sokernet...bravo!

ayobkelubi berkata...

pundit..gua punya saiz XL ....resume gua malam tadik ada bagi kat kem liverpool. gua bukan 'baik' sangat pun..keh keh keh..

Jarr berkata...

Gua nak jadi pengulas utk pasukan terengganu ngan t-team bleh?lalalalalalala....

P.O.N.G berkata...

aiks jarr......jauh nye ko nk lari season depan...hehehehe

Jarr berkata...

Lu jgn dengki boleh tak Pong?gi main FB...cari bahan kat frenlist aku tu secukupnya,....wahahahahaa.

FdausAmad berkata...

Jarr...Pong, malam esok jangan skip futsal pulak.

kō⋅rŏxx berkata...

aku suka tulisan abdul kali ni. tak sama macam abdul abdul sebelum ni. lepas ni tulis lagi ye abdul.

adijaya berkata...

artikel ni lucius yg buat la, saje pakai nama abdul. by the way, kenapa takde preview atletico vs fulham. huhu..

adijaya berkata...

adoi la.. kalah la plak fulham. tapi takpe, cardiff masuk final play-off. semoga menang kat wembley nanti, bleh jumpa aaron ramsey tahun depan. :)

Jarr berkata...

Fdausamad - insyaallah kalau takde aral :).

~Atletico juara Europa, sekali lagi Forlan jadi pemusnah extra time.Naik nama Forlan tahun ni..

Ramai stars kena snubbed from national team tahun ni ye?

Brazil - Ronaldinho,Pato & Adriano

Italy - Totti, Del Piero, Cassano, Miccoli

Argentina - Cambiasso & Zanetti

France - Vieira, Nasri,Flamini, Benzema & Saha

Spain - Mikel Arteta

Oranje - Nilsterooy

Germany - Kevin Kuranyi

England - Gary Neville & Owen Hargreaves

Amacam?

adijaya berkata...

huhu.. ramai players yg pernah jadi star kena drop.

ronaldinho ngan pato rasanya dah takde chance, sbb brazil dah shortlist kan 23 players. melainkan kalau ada yg cedera berat. nilmar yg buat aku terkejut tu. villareal hampeh je season ni.

totti memang dah bersara dari international. alex plak takde dlm list, padahal dia yg bawak world cup 06 balik italy. siot je. luca toni pun tak terpilih. semua nominee 6 strikers mcm takde pengalaman je, kecuali gilardino ngan iaquinta. kita tgk la sape yg di bawa nanti.

utk france, vieira ngan flamini memang patut out la. dah ada dua diarra ngan toulalan. tapi yg aku pelik, nasri plak kena drop. harap-harap diaby confirm la.

nistelrooy tak layak main world cup dah, totally sampah (aku anti ruutje dari kat MU lagi). kuranyi juga patut out, aku nak tengok muller plak main. dlm bundesliga bukan main power buat hattrick.

neville ngan hargreaves aku tak nak komen. bagi la kat fans man utd yg tentukan.

tahniah buat atletico. next year you all akan jumpa torres lagi, harap-harap dia still kat liverpool dan boleh pijak rumput Vicente Calderón. dah 2 season asyik tak leh main je.

ayobkelubi berkata...

eh dah kuar ker senarai nama player negara masing-masing?...konpom ramai kena reject?.

ayobkelubi berkata...

bila pulak flamini main france?. bukan dia org belarus ker?.

Jarr berkata...

Belarus tu Alexander Hleb...Flamini tempat lahir pon Marseille..:D

adijaya berkata...

yang paling kesian rasanya cambiasso, on the right track nak dapat trebel, tapi maradona sikit pun tak pandang. kalau la dia menang semua cup, tak ke sedih tgk member-member pi afrika. huhu..

Luca De Ketiak berkata...

komen 1:
saya nak turun masa futsal sok bagi support pada team Sokernet...bravo!

komen 2:
artikel ni lucius yg buat la, saje pakai nama abdul.

jawapan untuk komen2..

komen 1: lu datang ke semalam pon? ke lu dok main telor kat umah? bravo!

komen 2: itu abdul bukan lucius. itu junior lucius time sekolah. cakap kemain konfiden!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...