EPL 2009/2010 sudah melabuhkan tirai kelmarin. Lepas ni fokus bolasepak akan terarah pada Kejuaraan Piala Dunia di Afrika Selatan pulak. Sementara pengulas pengulas dan pembaca melepas lelah dari berhujah, berdebat, berkutuk, beremosi dan bergurau senda, pihak pengurusan SOKERNET pula sekarang sedang bertungkus lumus mengerah fikiran untuk menambah duit tabung dan dana SOKERNET demi menghadapi sesi berliku pada musim depan.
Business trip Lucius Maximus yang over-bajet telah menimbulkan kemarahan ahli lembaga pengarah yang rata ratanya terdiri dari penyokong Liverpool dan Arsenal. Pipiyapong juga tidak terkecuali menjadi sasaran sebab banyak mengelat main letak gambar bersama 2-3 baris ulasan, tapi bila time gaji nak lipat sampai 7-8 ribu pound sterling seminggu.Tak masuk akal!.
Orang paling kesian nak menjawab ialah encik Nazri sebab dia satu satunya wakil pengulas yang duduk dalam organisasi lembaga pengarah. Dari sumber yang boleh dipercayaai, Nazri terpaksa hulur Gudang Garam 3 batang sorang pada ahli lembaga pengarah untuk menutup mulut supaya hal hal belakang tabir yang lain seperti pengulas keluar dating dengan WAGS semasa bertugas tidak diutarakan ketika mesyuarat. Pengulas Awi Rui yang hanya memasukkan 2 entry (2 atau 3 lebih kurang macam tu lah) sepanjang musim berlangsung juga menerima kritikan padu dari ahli lembaga pengarah. Mujurlah sumbangan beliau dalam kejuaraan SOKERNET sebgai pemain pertahanan dilihat sebagai significant. Kalau tidak...entahla.
Cuma Jorji, Jannah , Obefiend dan Dingin sahaja yang terselamat dari perhitungan. Tugas mereka sebagai pengulas pada musim depan dianggap memasuki zon selamat. Ada ura ura mengatakan Jorji sedang meminta kenaikan gaji sama macam Pipiyapong sekiranya SOKERNET masih mahukan khidmat beliau pada musim depan. Sebagai antara aset penting SOKERNET, dan wakil kem Manchester United pulak tu, rasanya SOKERNET tiada pilihan melainkan menunaikan permintaan beliau. Ohh satu lagi..pengulas Jorji juga nak travel macam Lucius. baru lah adil!.
Berbalik pada isu, pihak SOKERNET baru baru ini telah menghantar wakil ke Guangzhou untuk mencari peluang bisnes dan pelaburan. Kejayaan atau kegagalan wakil tersebut ke Guangzhou akan menjadi tanda aras sama ada Lucius dan Pipiyapong boleh travel naik Business Class atau duduk seat belakang dekat ekor kapal terbang. Dari maklumat dan laopran terkini, wakil tersebut berjaya mendapat sokongan sorang usahawan yang akan membuka Sport Apparel outlet di beberapa lokasi di Lembah Klang. Kiranya usahawan ni akan bersaing dengan Al-Ikhsan la lebih kurang. Perbincangan masih berlangsung dan butir butir kollaborasi masih menjadi rahsia. Mungkin SOKERNET akan mendapat sponsorship dari usahawan berkenaan?, itu semua kemungkinan yang best untuk sama sama kita fikirkan.
SOKERNET juga dalam usaha untuk mencapai persetujuan usahasama dengan salah satu syarikat penerbangan tambang murah paling berjaya dirantau Asia. Tapi halangan pertama sekarang adalah kertas kerja. Pipiyapong suruh Jorji, Jorji suruh Awi, Awi suruh Lucius, Lucius pulak kata tak tahu format..suruh pulak Nazri, hah sampai sekarang barai. Kalau berjaya dapat dana dari syarikat penerbangan ni tak tahulah macam mana dia punya kaya. Lepas ni Pipiyapong tak payah la hisap rokong Sampoerna lagi. Nazri pulak boleh dapat keluar dating dengan Marion Caunter selamber tak payah usaha keras.Perghh!!,
Selain itu, baju tshirt SOKERNET juga akan diniagakan secara komersil. Tujuaannya bukan nak cari duit sangat, tapi lebih kepada mengeratkan hubungan sirraturrahim antara pengulas dengan pembaca dan juga tujuan promosi dan setiakawan. Pakai tshirt SOKERNET ni kalau jalan pegi KLCC memang nampak cool dan mencuri pandangan makwe makwe. Ini fakta bukan auta. Jadi sapa sapa yang nak memiliki tshirt SOKERNET boleh membuat tempahan mulai sekarang (SEKARANG!!). Emelkan saiz baju ke;
sokernetmail@gmail.com
InsyaAllah baju boleh dapat paling lewat sebelum final piala dunia. Design baju macam baju futsal SOKERNET itu hari.
Cepat Orderr!!!
Harga termasuk pos = rm25
Perkara lain yang dicadangkan semasa mesyuarat adalah mewujudkan SOKERNET Reader Union atau dalam bahasa melayunya Kesatuan Pembaca SOKERNET. Kiranya macam buat Club pembaca lepas tu bayar yuran, kehkehkeh.
Sampai di sini saja update belakang tabir dari kem SOKERNET. Sapa sapa yang ada time boleh datang main futsal penutup musim SOKERNET. Detail seperti di bawah.
Tempat : Futsalria The Zon, Jalan Ampang
Tarikh : 13/05/2010
Pukul : 9-11 malam
Bayaran : kongsi kongsi.
Kalau hujan tak boleh main, kita pekena minum teh di Pelita.
Wakil ke Guangzhou merehatkan mata sebentar. Mungkin penat cari bisnes.
LANGGANI RSS KAMI