ANDA SEDANG MEMBACA

27

Apa Espana, Espana?! Spanar Mulut Tu Baru Tau!

LuciusMaximus Isnin, Julai 12, 2010


Mereka bukan meraikan kejayaan Sepanyol memenangi Piala Dunia



“Saya mahu Belanda menang. Saya akan nonton perlawanan tersebut kerana saya sukakan bolasepak. Tetapi jika Sepanyol menang ianya akan mengguris hati kami,” tegas Oriol Quera dari Barcelona, seorang nasionalis Catalonia.

Sehari sebelum perlawanan akhir Piala Dunia antara Sepanyol dan Belanda, lebih dari sejuta rakyat Catalonia berarak di Barcelona menuntut lebih kuasa autonomi dari Sepanyol atau jika tidak, kemerdekaan.

Mahkamah Sepanyol baru-baru ini memutuskan kuasa autonomi dan perlembagaan Catalonia memberikannya status sebuah negara dan ini bertentangan dengan perlembagaan Sepanyol. Reaksi dari keputusan itu mengundang protes raksaksa di Barcelona hari Sabtu lepas.

Sebagai sebuah wilayah autonomi, Catalonia dihuni oleh 7 juta penduduk berbanding 47 juta penduduk seluruh Sepanyol tetapi wilayah ini menyumbangkan 25% KDNK untuk seluruh Sepanyol. Sekiranya Catalonia berpisah maka jawabnya ekonomi Sepanyol akan melingkup lagi teruk dari Greece.

Namun tidak cukup dengan itu, kemerdekaan Catalonia juga akan turut melingkupkan bolasepak Sepanyol. Ini dek kerana sebahagian besar pemain skuad Sepanyol yang menang Piala Dunia pagi tadi adalah bangsa Catalan atau rakyat Catalonia.

Victor Valdes, Carles Puyol, Gerard Pique, Joan Capdevilla, Sergio Busquets, Cesc Fabregas dan Xavi Hernandez adalah mereka yang berdarah Catalan. Kecuali Valdes, yang lain semuanya bermain dalam perlawanan akhir pagi tadi. Manakala penjaring gol kemenangan Andres Iniesta serta Pedro dan David Villa bermain untuk FC Barcelona dan menetap di ibu negara Catalonia itu.

Federacio Catalana de Futbol khabarnya kini dalam proses memohon keahlian UEFA dan FIFA. Sekiranya berjaya maka Catalonia akan memiliki pasukan bolasepak sendiri secara rasmi dan Sepanyol akan hilang sebahagian besar pemain bolasepak sedia ada.

Malahan buat masa ini skuad Catalonia sudah pun bermain secara aktif di bawah kendalian Johan Cruyff. Perlawanan kali terakhir mereka ialah menewaskan Argentina 4-2 dan Cruyff berharap sangat Catalonia dapat bermain dalam Piala Dunia 2014.

“Sudah tentu, saya lebih suka melihat mereka bermain untuk Catalonia, bukan Sepanyol,” begitu kata pelajar universiti, Miquel yang ditemui Sokernet ketika demonstrasi Sabtu lepas. Rata-rata peserta demonstrasi dilaporkan lebih suka sekiranya Belanda yang memenangi Piala Dunia.

Tidak cukup dengan itu, sentimen yang serupa juga wujud di Negara Basque, satu lagi wilayah autonomi Sepanyol yang aktif menuntut kemerdekaan. Inaki Atxutegi, seorang ekonomis dari Bilbao menegaskan beliau lebih rela jika Belanda membelasah Sepanyol 30-0, menggambarkan kebencian rakyat Negara Basque terhadap Sepanyol.

Xabi Alonso yang bermain pagi tadi adalah salah seorang rakyat Negara Basque dan turut pernah bermain untuk skuad bolasepak wilayah tersebut di bawah pentadbiran Euskadiko Futbol Federakundea, yakni persatuan bolasepak mereka.

Sentimen wilayah sangat menebal di kalangan pemain Sepanyol. Malahan Sergio Ramos pagi tadi turut tidak ketinggalan menanggalkan jersi dan menonjolkan baju-T tertera bendera Andalusia (wilayah kelahirannya) ketika meraikan kemenangan. Jesus Navas juga merupakan kelahiran Andalusia.

Maka tidak hairanlah kejayaan Sepanyol pagi tadi disambut hangat di Madrid tapi di wilayah-wilayah Sepanyol yang lain ianya tidak berapa diraikan. Tapi di Malaysia ada segelintir yang meraikan kejayaan Sepanyol mengalahkan orang Sepanyol sendiri.

Macam Cik Jannah Raffali kita.

Hehehe!

27 Ulasan:

Jannah berkata...

/sings the Bieber Song, "I know you love me, I know you care, just shout whenever, and I'll be there. You want my love, you want my life, and we will never ever ever be apart."

/Canta la canción de Bieber, "Yo sé que me amas, sé que te importa, simplemente cada vez que nota, y yo estaré allí. ¿Quieres mi amor, quiero que mi vida, y nunca jamás nunca estar separados."

pjoe berkata...

entri bagus, cuma patut ditulis sebelum spain menang
kalau spain kalah takdenya
hihi

meor-name-depan-ku berkata...

Info...Info...Info...

kareem berkata...

Hahaha...bagus2...Ni yang hasbullah dok cite pagi tadi..Spain bakal mengikut jejak langkah Greece..

Cob Nobbler berkata...

kah kah kah!
Kalau England boleh main bukan dengan label United Kingdom,kenapa Catalonia tak boleh?

Jarr berkata...

penggunaan retorik politik spain sebagai menunjukkan ketidakpuasan hati atas kekalahan lalu.Ye sgt bernas, tapi fact dia, Spain dah menang.Cup ngan 30mil prize.

So sesapa yg vote Spain kat sebelah tu hari, sila berkokok ye.Aku tak vote Spain.Aku ttp vote for Don Corleone.Tahniah Jannah...abang sayang anda injured lagi..saya dpt merasakan Liverpool saya tanpa kelibat dia lagi awal season...haih.

Tanpa Nama berkata...

wpun artikel ni disebabkan kekecewaan penulis di atas kemenangan spain, tapi terima kasih sebab sediakan info ni. selama ni aku dok hafal humming lagu Andalusia nyanyian M Nasir, skang baru terbuka skit minda dengan realiti sebenar kat negara Spain.

...Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi Al Hambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air...

kareem berkata...

Betul jarr..tak sia2 gua vote spain.Tapi gua bagi kredit jugak utk team Belanda...

Buenaventura Durruti berkata...

entri sabotaj yang sangat bijak, saja nak kebas demam kemenangan piala dunia oleh sepanyol dengan menyentuh isu perpecahan sepanyol dan info yang bagus gak

kalau catalonia buat pasukan sendiri, sepanyol akan jadi macam england dan catalonia jadi scotland. basque jadi wales dan andalusia jadi northern ireland kot. in the end yang rugi ialah mereka sendiri.

portugal gelak sakan, begitu gak perancis. mereka berdua dan jerman, belanda serta itali akan menguasai bolasepak eropah dengan mudah, membolot piala euro untuk berpuluh tahun akan datang.

oh, tu belum kira liga domestik. real madrid dengan atletico madrid jadi duopoly liga sepanyol, barca dengan espanyol jadi duopoly liga catalonia. macam kat scotland gak

FreeMen berkata...

sack up dude. tong tang tong tang team lu kalah. haha.

talkIZcheap! berkata...

stuju ngan freemen, wakakakak!!

chill out lah semua, cepat masuk mode 'off season friendly match dan transfer EPL' balik!! :P

jonxxn berkata...

boo!

FreeMen berkata...

"kalau xde catalonia bungkus la spain. kalau xde asturia haram la spain." lantak pi la diorg nak split nation. kalau next world cup pun masuk semi final. puak2 ni jugak. so who cares? janji team wa sapot menang. pung pang pung pang dgn propaganda sampah. hahaha.

kareem berkata...

rilek la freemen...

info ni bagus ape...lu jiwa kacau ke tgk torres terbaring game pagi tadi?kehkehkehkeh...

DIYSAR berkata...

alaaa wc dah abis kita tggu confedarations cup plak,tgok mcmna spain main nnti hehehe

DIYSAR berkata...

owh btw nice artikel lucy,sbb hang dah bagi aku satu idea utk diamkan "PEMINAT SETIA" espana!!!

FreeMen berkata...

torres? dia buleh ke city or chelsea sem depan (pinjam ayat member sokernet. haha). but yet won a medal. hahaha.

Zinedine Zaiddin berkata...

Aku sapot komen bunaventura! Last2 dalam liga jadik duopoly je. Apa barang?

oni berkata...

pung pang pung pang......ALEXANDER!

Zo Ahmad berkata...

okeh2 worldcup dh abes..dmstic league sme xstart lg..jadi blja2 la tgk samarinda kat tv3 plak eh..hahaha

iKHwAn berkata...

dah2.. balik ke liga tempatan plak.. mintak sotong2 kat malaysia ni ramal sape juara liga super nanti.. x kuasee nyah..

Jimmy Stracqualursi berkata...

haha cam ada nada bitter je post ni.

aku tak leh lupa semalam bila xavi ngan puyol bawak bendera catalonia tengah padang. lawan tetap lawan beb.

Aslina berkata...

tsk... aku tak pernah tau pun...

ok... baru aku dapat gambaran apsal malaysia takleh masuk world cup. huhu...

xhafizi berkata...

hahahaha oni jugak terbaik , pung pang pung pang ALEXANDER.wakakaka!

vamos espana!

pakkordi berkata...

Kasi chan la Spain angkat world cup. Lepas ni takdak dah.

Zinedine Zaiddin berkata...

Harap2 la Sokernet consider utk bawak isu lebih banyak pasal Bundesliga dan Eredivisie memandangkan prestasi diorang dalam WC. Liga Nacional Uruguay pun bagus gak. At least kurang sket pengaruh daripada puak2 kapitalisma BBC dan EPL.

Adam Ruslan berkata...

Kemenangan Spain sepatutnya dilihat sebagai cara untuk merapatkan semula hubungannya dengan Catalonia dan Basque. Semua orang nak hepi. Bukan lagi nak berbalah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...