ANDA SEDANG MEMBACA

24

ARGENTINA DI HATIKU

Saya nonton bareng Argentina yang menyayat hati ini di markas PDI-P cawangan Kesiman, Denpasar. PDI-P itu parti politik mantan Presiden Sukarno. Tiada urasan dengan parti itu, cuma ia membuka layar besar untuk rakyat datang dan duduk menonton bola. (Satu contoh di mana bola itu boleh aja dirakyatkan - tapi iyalah, siapa saya ye tak nak menegur orang Malaya yang pantang ditegur).

Berbalik pada game Argentina, beberapa sms David Hasslehoff masuk, mengajak nonton di pub di Kute.

Bangkai, kalau nonton bersama dia, pastinya aku juga yang terpaksa membelanja dia mengebir. Walaupun bir di Kute teramatlah murah (lebih murah dari Sabah dan Sarawak ya encik Lucius dan gue enggak berkata tentang Bintang Bir, tapi bir lokal), tapi kalau sudah berbotol-botol koyak juga gue. David Hasslehoff itu nama aja film-star, tapi duitnya enggak ada.

Eh, cerita bir pulak, nanti tak pasal-pasal gue dikafirkan.

Okey, bola.

Jadi, Argentina disiat-siat. Membaca artikel Lucius di bawah sudah memberi justifikasi game semalam. Tapi sebenarnya saya begitu tidak faham kenapa ada kelompok yang tidak meletakkan Jerman sebagai calon.

Iya ke? Atau saja nak bina self-pity towards Jerman. Jerman sebagai underdog? celah mana Jerman underdog ya encik-encik sekalian. Jerman enggak pernah underdog. Satu dosa besar bila melabel Jerman sebagai underdog. Kalau saya Presiden Malaya, saya membenarkan mereka yang mengunderdogkan Jerman diliwat oleh pesakit-pesakit kusta

Kecuali mungkin team 2002, tapi itu gue tidak fikir ia underdog, ia cuma understrenght.

Bagi saya Jerman tetap Jerman yang amat ditakuti. Malah sebelum Piala dunia saya tetap beranggapan team Jerman jauh lagi solid dari Argentina. Dan saya ketawa terbahak-bahak di Bali bila mengenangkan betapa betulnya kata saya bahawa pertahanan Argentina kali ini yang paling disaster dalam beberapa edisi Piala Dunia.

Iya, menyayat hati. Namun saya fikir, dengan klisenya, kalah itu adat. Saya memilih Argentina kerana romantismenya. Saya seorang tidak terlalu mahu terbeban dengan fakta dan taktikal (i.e Jerman).

Kerana saya lebih sukakan romantisme.

Memilih Maradona sebagai jurulatih sebenarnya lebih kepada beromantisme terhadap sejarah. Itu gaya Argentina dan saya amat sukakannya.

Saya teringat petikan kata seorang warga England ketika kami sama naik van menyusuri pantai Pasir Putih untuk ke pelabuhan meninggalkan Pulau Jawa untuk ke Pulau Bali.

Katanya (mengomen isu kekalahan pasukannya - England), "bagus juga kalah awal, harapan masih tidak terlalu tinggi banding kalah semi final ke atau final, yakni waktu harapan sudah menggunung,"

Ah, itu mungkin denial-sindrom. Tapi masuk akal kata-katanya.

Tiada kupasan kenapa Argentina kalah. Salah taktik atau salah apa pun, saya fikir saya sudah puas hati. Meskipun tidak mencapai juara, saya tetap menganggap pencapaian Argentina sudah mencapai yang terbaik.

Dan itulah bola, subjektif sangat sifatnya sampai...

Yang terbaik bagi kamu, mungkin tidak terbaik untuk orang lain.

Titttt...

Aiseh, makwe Denpasar call, ajak dating. Dia baru balik dari sembahyang di Kuil. Nak ke pantai Lovina sebentar, jalan-jalan sambil cipika-cipiki. Katanya, Lovina masih belum tercemar dengan orang putih tak seperti di Kute. Orang Putih celaka, datang ke Bali dibuatnya seperti tanah sendiri.

Tata. Have a nice day dan Salam minggu!

24 Ulasan:

Wan Ahmad Faiz berkata...

banyak pulak belitnya kalau dah kalah..hahaha

ace farhan berkata...

First.
Memang disaster bek argentina semalam.Tapi gua rasa,Jerman memang pandai mengadaptasi bek argentina.sebab tuh starting,diorang wat relax je ta serang sgt.tapi sekali counter attack. .PERGH !

Tanpa Nama berkata...

macam pelik pulak kalau tajuk entry ni ditulis; ARGENTTINA DI FINAL WC2010

Cob Nobbler berkata...

vamos nazri..vamos!

Zinedine Zaiddin berkata...

Eh ulasan gol nasib pelakon2 drama Espana xde sape2 buat liputan ke?

kareem berkata...

gua dah cakap dah Spain je boleh halang jerman...tak sia2 gua undi spain juara world cup kat sebelah tu. Budak2 yg undi brazil,argentina, italy dan lain2 semua senyap dah...

kareem berkata...

oh ya nazri...bir kat sana halal ye??mcm rutbir ke?

AzR0 berkata...

argh spain..passing je lebat..shooting mcm haram..

SFB berkata...

"Jerman sebagai underdog? celah mana Jerman underdog ya encik-encik sekalian. Jerman enggak pernah underdog"

Hehehe wa setuju ngan ayat ni...

Manjungmari berkata...

German memang underdog. Tapi bile ballack tak main terus jadi pilihan untuk juara. Hahaha

BanDeLa berkata...

argentina datang lagi...2014 tunggu.........hehehehehe

RABUN berkata...

aku rasa uruguay jer leh kalahkan jerman, kalau uruguay kalah ngan belanda maksudnya jerman juara,

Tapi aku harap final antara belanda ngan sepanyol

aku nak tengok juara baru! bosan dehhh juara yang sama gilir gilir 4 tahun sekali!

Pet Shop Boys berkata...

Argentina perlu Requelme...

dan hanya satu team sahaja yang boleh beat German.....Italy.

Luca DK berkata...

iklan:

http://kuizdarjah6.blogspot.com/2010/07/pop-kuiz-pendidikan-jasmani-sempena.html

Nazri berkata...

kareem - kau agak2 halal ke tak bir Bali? kau kan yang paling pandai di sini. Hehe.

kareem berkata...

amboi...mcm marah je...gua taktau la halal ke tak pasai xpenah pegi sana lagi...

adijaya berkata...

nazri, betul ke liputan dibuat secara langsung dari bali? kenapa penulis lain tak dihantar buat liputan kat oversea? kesian la camtu, sokernet hak bersama. jgn la pi bercuti sorang-sorang.

tsubasa berkata...

mane ulasan eksklusif dr staff sokernet yg pigi afrika ni?? atau gua trlepas pandang.

setakat ni hanya serbia yg berjaya mngalahkan germen. gua pun harap ada juara baru tp tgk gaya germen berbakat besar nk dpt kali ke-4. (australia, england, argentina sume kene 4 dr germen)

sian spain sm holland xde bintang lg. hope diaorg dpt bintang.

Jimmy Stracqualursi berkata...

argentina dapat tiga bintang taim kat brazil 2014 nanti. messi angkat piala depan mata kepala pele puhh seronot nye.

Cob Nobbler berkata...

the charlatans:terlalu awal mimpi nko tu beb.maracana?messi nak julang piala?nko biar betik?

anyway,let's focus kat copa america 2011 di halaman rumah sendiri.el monumental bakal menjadi saksi revival argentina!

zool fadli berkata...

Takziah kepada Che Guevara....

Cob Nobbler berkata...

semoga Francisco Franco menebang kepala Hitler nanti..

p/s:solidariti sebahasa..

Jimmy Stracqualursi berkata...

padu beb! tak ketinggalan juga la bombonera yg sungguh legendary tu, kompem felipe melo tak berani buat hal punya laa. memang tak kuar stadium la kan heheh.

tapi 2014 ada possibility jugak beb, umur messi time tu 26-27, heinze de michelis suma pun dah retired, aku optimis diorang boleh capai top form kat brasill nanti.

aku tak kisah sapa menang espana deutschland, dulu pun franco ally sama hitler gak en? lagipun dlm hati aku sebenanye ada gak secebis taman untuk jermen ha ha ha.

Tanpa Nama berkata...

bila bercakap german underdog, sebenarnya aku rs underdog di hati peminat2 malaysia ni.

sebab ramai member2 aku sokong spain kali ni. diaorg cakp spain kuat, ramai player2 star, ramai dr barca.

bila aku cakp aku team german sblmn wc start, diaorg cakp ape barg german, xde star, x kuat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...