ANDA SEDANG MEMBACA

25

Futsal Sokernet 2010 (edisi celebriti)

Abdul Sokernet Rabu, Julai 21, 2010

Sempena kepulangan Lucius ke Malaysia, Sokernet telah membuat keputusan untuk mengadakan permainan futsal edisi celebriti seperti butiran di bawah.

Tempat : The Club, Damansara (rujuk SINI)

Jam : 9 - 11 malam.

Tarikh : 23/07/2010

Kepada semua pembaca Sokernet, apatah lagi kepada pemuja pemuja Lucius, sila datang beramai ramai untuk memeriahkan acara futsal ini. Antara objektif futsal ini diadakan ialah:

1. Melihat secara sepsifik dan jelas skill bolasepak Lucius. Selalu dia pandai sangat bercakap soal taktikel bolasepak dan kaitannya dengan sosio-ekonomi, sekarang kita nak saksikan pula sejauh mana dia mampu menggelecek dan mengawal hantaran tinggi disamping menyelia kecergasan stamina beliau sepanjang 2 jam beraksi.

2. Merapatkan ukhuwwah fillah sesama insan.

3. Pengkomen tetap Sokernet, lu orang jangan pura pura ada hal lain pulak. Gua tak payah petik satu satu, masing masing dah besar. Jangan lupa bawak nemkad sekali. Kita tukar tukar nemkad.

Kalau datang tu, takpayah la pakai macam nak pergi tengok wayang dengan makwe, pakai macam nak main futsal la, bawak kasut beserta duit dalam rm10 ringgit (yuran futsal..kehkehkeh).

Lagi satu paling penting, jangan letak high expectation pada Lucius. Hensem tu memang tak la. Kita nilai dia melalui cara menendang bola sudah memadai.

25 Ulasan:

Zinedine Zaiddin berkata...

"Lagi satu paling penting, jangan letak high expectation pada Lucius. Hensem tu memang tak la. Kita nilai dia melalui cara menendang bola sudah memadai."

Aii..perang saraf sebelum game ke ni?

Hahahaha

Jarr berkata...

insyaallah

MOFASAD berkata...

aku pom pom boy je

farwalis berkata...

aku tukang sorak pasukan sokernet. senang kata, aku tukang bodek

[ a D D y ] berkata...

xnak datang..
tapi nak komen

Alexia Aqram berkata...

piala charity untuk lucius ke nih?

owh. kasihannnn.

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

wah... macam best... gua nak turun gak la...

p/s: lucius ngan abdul bukan org yg same kan... panggil adijaya ajak tengok sendiri... kehkehkeh...

deus X machina berkata...

gua turun kot, bila lagi nak tengok keboroian lucius secara live

M. Adlail Zamiza berkata...

mcm aku ni,penah men utk wakil rumah sukan skolah bole join korg ke?

LuciusMaximus berkata...

Siapa yang nak turun tu, aku nasihatkan sila pakai kasut yang sesuai. Ini klinik futsal bukan main-main punya. Kat sana nanti aku akan tunjuk ajar macam mana nak lipat maut, lipat kemeja, sepak gunting, sepak muka kawan, tackle pihak lawan dan tackle awek kawan.

Sila bawa buku catitan dan pen.

ShamSki berkata...

baik lucius, akan gua muncul di sana...

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah aku akan join! Malam jumaat yek?...hmm, klu sempat drive ke KL lepas balik kerja, gua sampai...(dengan memakai baju liverpool)

Tp aku org baru, takut nnt kena buli pulak...huaaa

Zinedine Zaiddin berkata...

Ada tackle awek kawan gak ke? Wajib pergi...hahahhaa

julu berkata...

tackelawekkawan berguru dgn terry la..

aku xleh pegi.. mybe next tyme.

Wanturd™ berkata...

ahh.kne regang2 dulu kaki.

iftitah berkata...

paking free ke?

kitt berkata...

peh ..ade tekel awek kawan..ha hah..

dah dekat ni..mcm care je..

tuan director berkata...

halamak jauh la

Fruhail T. Ripana berkata...

sesape je bleh dtg ke ni? had kawan2 yg bleh dibawak?

mohd faris bin mohd aladin berkata...

ini semua maksiat!

Azlan Zed berkata...

" Hensem tu memang tak la "

kejam kejam.

gua tiba2 ada hal. boleh?

Pet Shop Boys berkata...

Balak je ke? awek-awek takde ke?

Asohoku Keita berkata...

heheh..power

MOFASAD berkata...

team aku


blogger deus, blogger farwalis, blogger schomey, blogger siggpluss, blogger mofasad.

cukup satu team.. lucius... jumpa t. kami nak tala kaki kau.. hahaha

ayobkelubi berkata...

harus lucius takleh score malam kang ni kang!. hahahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...