Sokernetmail@gmail.com dengan ini menutup order tshirt Sokernet!.
Siapa tak sempat order gua ucapkan padan muka.
Siapa yang sudah order dan bayar duit, gua caya sama lu!.
***
Dengan ini, Business Planning Department of Sokernet secara rasmi menyerahkan tugasan seterusnya pada Merchandise Department yang dikepalai oleh Pipiyapong untuk proses printing dan penghantaran. Pipiyapong dan assistant-nya, saudara Luca, akan mengambil alih tugas Abdul Sokernet sebagai korrespondent dalam urusan pengendalian Tshirt ini.
Apa apa hal seperti baju siap bila?, baju pos bila?, kenapa pos tak sampai?, atau apa apa persoalan, jangan risau...blog ni tak tutup lagi sampai tahun 2043. Penjualan tshirt ini pun kami klasifikasikan sebagai 'Community Service' sebab harga tshirt ni kalau ikut stended RM89.90.
Untuk pengetahuan lu orang juga,
Jawatan Abdul Sokernet akan dikosongkan berkuatkuasa sehari sebelum kick-off EPL musim 2010/11. Abdul Sokernet secara teknikelnya tidak memiliki sebarang portfolio Kelab Inggeris, kerana jawatan berkenaan dicipta khas untuk tugas tugas dan urusan berprofile tinggi syarikat sahaja. Kerusi Abdul Sokernet akan diisi semula mengikut keperluan semasa, terutamanya dalam pengendalian projek projek mega seperti Joint Venture, Merger and Acquisition, Property Investment dan pembelian kelab Liverpool pada tahun 2013.
Sekian.
16 Ulasan:
standard chartered tukar ngan sokernet lambang bumi dalam bola..perghhhhh
huhuhu.. akhirnya abdul sokernet akan meninggalkan kita pada musim 2010/11 nanti. sedih rasanya nak berpisah ngan abdul. tak sempat beliau nak tengok arsenal julang treble next season.
mungkin betul juga jangkaan saya bahawa watak ini hanyalah rekaan semata-mata. lepas ni lucius boleh fokus dengan id lucius nya dan tak perlu log-in 2 id lagi.
selamat tinggal abdul sokernet, dengan pilunya saya tujukan serangkap lagu utk anda:
kau dalam ingatan,
di sepanjang hayatku,
selama-lama nya..
erm..gaji masuk esok la bro..kalo ade baju lebih saiz M bgtau yek =)..aku nk beli
Ada majlis perpisahan dan perletakan jawatan Abdul Sokernet tak?
Buat makan makan pulut kuning ke?
hahaha.. adijaya ni dari hari tu lagi igt abdul sokernet ni lucius.. adeh.. gile hati aku..
untung ke kalo beli kelab Liverpool??
adakah abang-abang sokernet menerima emel saya? takuttakut order tapi sudah ditutup
babi lah gua miss nak order. dah tutup pulak
unihell ni memang la. diskriminasi masuk loan dekat budak2 degree engineering macam gua. sampai sekarang loan ptptpu tak masuk-masuk.
*tumbuk dinding tanda protes*
"mungkin betul juga jangkaan saya bahawa watak ini hanyalah rekaan semata-mata. lepas ni lucius boleh fokus dengan id lucius nya dan tak perlu log-in 2 id lagi."
ajak main futsal, taknak datang. inilah jadinya.
Difahamkan melalui sumber terdekat.tindakan abdul sokernet mengosongkan jawatan adalah kerana keinginan beliau ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang usuluddin (major in syariah) kerana telah teruja dengan program IMAM MUDA. Khabarnya salah seorang peserta IMAM MUDA peringkat akhir adalah sepupu rapat beliau.
Kami pembaca setia SOKERNET mengucapkan selamat maju jaya kepada USTAZ ABDUL SOKERNET. Semoga kejayaan ABDUL SOKERNET akan boleh membawa sinar islamik dalam dunia bolasepak MALAYSIA.
p/s : SABTU ni dia akan berlepas ke KAHERAH. Peminat ramai-ramai boleh tunggu dekat BALAI BERLEPAS KLIA bermula lepas zuhur. Mana tahu korang nak kirim kurma murah-murah. Puasa pun nak dekat dah ni.
abdul is sembang kencang.
Ayob lu nak kena pukul dengan tukul besi ke?
Abdul sokernet...haisshhh..tak berkat ilmu lu tu nanti pukul orang pakai tukul besi. keh keh keh keh..
bigmek : semua orang dh tahu kecuali adijaya..
"ajak main futsal, taknak datang. inilah jadinya."
kah kah kah!! :D
abdul, jangan lari dengan 3XL gua.... reply emel gua weissss.... kalau takder, gua pasrahhhhhhh
Catat Ulasan