Paus Benedict XVI hari ini mengeluarkan kenyataan melalui juruscakap Vatican mengharamkan penganut Katolik dari memakai jersi pasukan Portsmouth. Keputusan pengharaman ini dibuat sebagai retaliasi terhadap kenyataan Mufti Johor Dato Noh Gadot minggu lalu.
“Atas nama Si Bapa, Si Anak dan Rohul Kudus, saya Monsignor Allesandro Del Totti Vafanculo mewakili pemegang mohor-mohor besar Holy See Paus Benedict XVI, mengishtiharkan mulai esok, 25 Julai 2010 – Pemakaian jersi kelab Portsmouth adalah dilarang sama sekali bagi penganut Roman Katolik . Logo kelab dari selatan England ini mempunyai unsur-unsur Islamik yang tidak selaras dengan dogma yang dibawa Kristus, si penyelamat manusia. Amen”
Kenyataan yang dikeluarkan Monsignor membuahkan reaksi yang berbeza daripada peminat bolasepak sedunia. Di Rom, seorang peminat bolasepak yang hanya mahu dikenali sebagai Mario l'idraulico berkata;
“Gua penyokong Roma. Portsmouth kelab apa? Tidak sama taraf dengan I Giallorossi. Gua rasa lebih baik The Holy Father keluarkan kenyataan mengharamkan Lazio! Biancocelesti ialah kelab yang sampah!”
Di Portsmouth pula peminat kelab Pompey rata-ratanya menghentam kenyataan Paus yang dianggap tidak releven.
“Pedulik apa aku dengan Paus! Dia ialah seorang ZEEE GERMAN! Who won the war eh? Damn Krauts! Kami semua ahli Church of England dan selagi Archbishop Rowan Williams tak bersuara kami tak peduli! Up the Pompey, down with the peados!!”
Pihak Sokernet juga berjaya mendapatkan beberapa reaksi dari peminat bolasepak di Malaysia terhadap pengharam ini sebentar tadi. Antara komen yang kami terima;
“Pompey? Siapa layan Pompey bai. Bukan top 4. Tak main ECL. Player tak hensem. Tak glory hunting la sokong Pompey! Gua sokong Chelsea. Baru la ada class. Serius bro mana ada orang sokong Pompey. Jersi Al Ikhlas pun tak jual bro!”
24 Ulasan:
tambak je paus tue
mcm2 hal la paus nih~
Hahaha. Aku baca tajuk pun dah tergelak besar. Sangat pedas dan mendalam. By the way, puasa diterima ke kalau pakai jersey Man United?
Noh Gadut bukan lagi mufti Johor dude.
pergh main counter2 plak eh..
terbaik!
obe 1 - 1 noh gadut
bile nk review m'sia korea?
pentingkan ape yg lg penting...
klise semata-mata... haha
tak boleh blah..parodi penuh konspirasi..hahaha
ECL tu ape??
Jersi Al-Ikhlas ape mende plak?Bukan Al-Ikhsan ke?
ECL - european champions league
hah muncul akhirnya adijaya
no free advert kata abdul sokernet
so tak boleh promot Al Ikhsan. hari tu gua paradi Astro Beyond ramai tak puas hati
ok
GG
hahahahaha... cayala obe..
*off topic - obe aku nk wat iklan sekejap..
ade sape2 minat nk join fantasy league x?
aku baru create Liga Patin Jantan at http://fantasy.premierleague.com/
Code to join this league: 471794-115037
everyone is welcome to join..
makin lama makin malas korang ni buat kerja apdet...bak sini kasi aku jadi pengulas plak...banyak menda nak hapdet nehh..promosi kuih raya pon nak hapdet gak ni..pose dah ganti?
kenape skrg entry mengarut2..
kaman writers2 sekalian!!
jgn menghampekan kami pembaca setia sokernet..
-__-"
Up datelah oi!....aku bayar internet ni ok...hiburkan aku dengan lawak jenakamu itu...
PSB...nak lawak jenaka jom layan last comic standing...bleh?:p
entah!
mana cerita Joe Cole simbol seks merseyside? takkan keluar tajuk je kot?? mana cerita kehebatan mencester siti dan celsi dlm perlawanan pra musim? mana cerita kontroversi kekalahan Em YU [ehem...]?? mana crita transfer humours, I mean, rumours?? mana? mana??
-aku yg menambahkan suara2 sumbang-
bagaimana dengan berita Cheryl Cole jatuh hati ngan Farid Kamil?
tolong.. tolong..
kami nak artikel baru..
dah tak tahu nak baca apa ni..
seminggu tak dapat baca sokernet, hidup tak ceria.
@jarr: ah! semua org nak jatuh ati dgn Farid Kamil! takde sape nk jatuh ati ngn aku ke?? asek jatuh ditimpa tangga jer... huhu
ape bijakla komen org mlaysia kat atas tu..mmgla ko bkn pnyokong pompey..tp kelab tu ade unsur islamic.. jd wlaupon aku ni xpnh pon sokong pompey..tp aku bgga klu pompey ni berjaya..klu muslim sndiri xsokong diorg...sape lg?
Catat Ulasan