Line up para Pemutsal
Seperti yang umum tahu, malam tadi telah berlangsungnya sesi Sokernet Futsal edisi celebriti atau dalam nama saintifiknya dikenali sebagai Klinik Futsal bersama Abang Lucius. Maka dalam entry kali ini gua akan mengulas event berkenaan serba sedikit melalui perspektif neutral, adil, jujur dan tidak berpaksi pada mana mana regim atau sentimen.
Tempat: The Club, Damansara
100% milik Kapitalis totok yang kejam, non-sensible dan tidak berperikemanusian. Siapa yang pilih tempat ni?, Bola pun kena bawak sendiri!. 87 dari 56 pemain yang hadir menikmati takdir kesesatan di persimpangan The Club dan terpaksa membuang masa, minyak kereta dan tenaga sebelum sesat sekali lagi di kawasan parking tempat yang sama.
Kedatangan: termasuk WAGS..ada la dalam puluh puluh.
Main sepatutnya mula pukul 9, tapi pemain semuanya tak berdisiplin, masing masing sampai pukul 9.40 malam. Tapi bab ni gua tak berkira sangat sebab ramai yang sesat.
Pasukan Sokernet:
Diketuai oleh Lucius yang berumur 36 tahun, Jorji juga 36 tahun, Pipiyapong 33 tahun, Rochaang Noor 33 tahun, Awi rui 33 tahun dan Luca 32 tahun. Nazri 32 tahun, tak dapat hadir sebab ada bisnes trip di oversea. Obefiend 34 tahun, juga tak dapat datang sebab dah beli tiket tengok Inception untuk assignement Inception versi bola macam entri kat bawah.
Pasukan Lawan:
Adik adik Sokernet yang umur mereka paling tua sekali 25 tahun, dan paling muda sekali 20 tahun. Frank, Deus, mofasad, Schomey, siggplus, fa rid, frwls...hah yang lain ramai sangat tak larat nak petik nama.
Pemain paling mencuri tumpuan:
Lucius Maximus a.k.a Libero (C), atas arahan beliau, Sokernet bermain flat midfield dengan satu penyerang.
Kesimpulannya, Klinik Futsal Bersama Abang Lucius sangat memuaskan. Sokernet harap anak anak muda yang hadir dapat mempraktikkan ilmu yang di curahkan oleh Abang Lucius semasa sesi Klinik semalam. Kalau ada yang kurang faham, terutamya dari aspek taktikal dan strategi, boleh emel sahaja kepada beliau. InsyaAllah, masalah lu orang akan selesai.
Ok, rasanya sampai di sini sahaja review gua,
Apa macam?, Ada yang tak puas hati?, Nak tambah rencah?, di bawah ni ada tempat komen..
25 Ulasan:
1st!
taknak review game by game? dan prestasi lucius?
kenapa review fokus pada umur setiap pemain? ada sesuatu yg nak ditunjukkan?
kalau ada video lucius tengah mengelecek lgi best..hahaha
lagi best kalau gambar tu letak nama sorang2 kat caption dia...huhu
-gua yg byk permintaan-
mencari2 di mana abdul sokernet. tade pon semalam. hahaa
Jadi, yang pakai jersi chelsea tu la lucius ye??
gua 43 tahun la
gua rasa bangga... mofasad dan fa rid orang yang sama...
hahahaha
skill lucius? yang mana? berjalan dalam game? tu ke? hahahahaa
gua ada apahal lu tak mention nama?
takpe, nanti gua buat Hospital Futsal pulak. Klinik2 apa barang.
Emmm hujung tahun nanti kita up jadi kementerian kesihatan futsal pulak.
dingin ada semalam? yang mana satu ea? aku segan nak tanya lah semalam
frwls keeper of the match...menanahan rembatan padu menggunakan kepala hee
1. ada orang kata nak bagi jersi dan air. habuk pun takdak.
adijaya mana adijaya?
2. selepas berfutsal ada jugak la sedikit perbincangan serius mengenai LIGA BOLASEPAK LEMBAH KELANG, tapi tukang bagi ideanya takde, nak bincang ape ye dok? stail FAM juga.
holden mana holden? pegi u.k ke?
Gua nak dengar gak cerita dari adijaya.baper gol die sumbat aritu?
sokernet ada hantar staff tak buat liputan malaysia vs korea ptg ni?
adijaya takut dgn Schomey la tu kot... haw haw!!
adijaya poyo je lebih.. sembang bukan main beriya.. pung pang.. habuk pun tarak.. sama la macam arsenal.. hahahaha
@luca : aku pon tertanya2. hehe
@talkizcheap: aku tak terer pon. goal pon sebijik dua je malam tu. byk jatuh bergolek2.
tapi kalau orang tak datang tu, tak tahu la nak kata ape. haw haw!
adoyai..jgn samakan adijaya ngan arsenal..beza besor tu..
Team Power malam tu..
schomey sibuk tanya mana adijaya hari tu, nanti diharapkan pihak sokernet menganjurkan futsal jejak kasih di antara schomey dan adijaya
terbaik farwalis dan amir
Pipiyapong perform tak weh?
pp ni entah bila masa dia pandai main futsal entah...
Catat Ulasan