ANDA SEDANG MEMBACA

31

Arsenal 6, Chelsea 6. Tapi 6 Arsenal bukan biasa biasa punya 6.

Pipiyapong Abdillah Hamzah Isnin, Ogos 23, 2010
Wallpaper untuk penyokong Arsenal. Tampal di skrin kompiter masing-masing. Jangan sampai terpukul sesama sendiri.


Hai kembali lagi bersama gua, Pipistuta sebagai pengulas anda untuk pasukan paling power, Arsenal. Pasukan Arsenal pada musim ini sekali lagi menjadi calon utama untuk menjadi juara liga, juara Eropah, juara persatuan bola, juara passing dan sebagainya. Jadi memang patut penyokong Arsenal semua berasa sombong.

Bagi musim 2010/2011 ini, Arsenal menampilkan 2 muka baru berprofil tinggi ke dalam pasukan utama iaitu Laurent Koscielny yang bertindak sebagai pemain pertahanan tengah dan Marouane Chamakh selaku pemain penyerang. Kedua-duanya berasal dari Perancis. Di bahagian kejurulatihan, kekal tiada perubahan dengan gandingan mantap Arsene Wenger, Firdaus Abdillah, Pat Rice dan Boro Primorac di samping pembantu lain yang berkebolehan.

Lepas lawan Liverpool dalam perlawanan persahabatan minggu lepas, Arsenal sekali lagi berlawan kelmarin menentang pasukan yang kuat iaitu Blackpool. Pasukan Blackpool ini bukan calang-calang pasukan kerana memiliki beberapa pemain yang mantap seperti Harewood dan Jason Euell ketika zaman mudanya. Di samping itu pasukan ini juga pernah memenangi Piala FA iaitu sebuah piala berprestij yang sehingga kini masih tidak mampu didakap AC Milan walaupun di era Basten-Gullit-Riijkard.

Namun begitu malangnya hasrat Blackpool untuk meneruskan rentetan kejayaan tidak menjadi kenyataan kelmarin. Apabila bertemu pasukan yang mantap seperti Arsenal, pemain hanya mempunyai 2 pilihan iaitu kalah atau balik. Jadi mereka pilih kalah dan seterusnya memberi 3 mata penuh dan 6 gol kepada Arsenal. Sekian, terima kasih.


"Aku ni main biasa-biasa. Tapi aku skor 3. Minggu ni rumah aku ada buat pulut kuning sikit. Jemput la semua datang..." Walcott



Pengumuman: Kem Arsenal membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengulas. Peluang ini terbuka kepada perempuan sahaja. Diulang, perempuan sahaja! Kah kah kah!

Bagi calon yang berminat, sila mengirim resume ke emel Sokernet bertajuk 'Thierry Henry'. Keutamaan diberikan kepada pengulas yang memiliki Dennis Bergkamp di dalam senarai pemain kegemaran. Meminati Thomas Gravesen juga adalah satu kelebihan.



31 Ulasan:

Nazri berkata...

first

M. Adlail Zamiza berkata...

"lepas da bantai pulot kuning tuh,meh la kte ramai2 jemaah terawikh lak. berkat sikit 6gol smlm" kata wenger sambil mengenggam pulut didue2 belah tgn.

syahid berkata...

pipiyapong sudah bersuara!

Wanturd™ berkata...

sekali satu season je la walcott nak gol. boleh dah tu nak buat season review utk walcott

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

yeah... pipi dah balik!

mohd faris bin mohd aladin berkata...

harewood puasa bole la korg makan.silap la nak mng pas abes ramadhan nie

Zinedine Zaiddin berkata...

Ingatkan sape dia laa Firdaus Abdillah..nama dia sendiri rupanya. cett!!

kitt berkata...

nyempat je perlekeh Milan..cih.

Mukmin Selamat berkata...

bagus jugak Nasri injurd, boleh puasa penuh.

MOFASAD berkata...

sekejap je pipi rajin menulis nie. lama2 malas la dia


hahaha

Kap berkata...

kakak theo walcott cakap apa pula???

farwalis berkata...

cun ah arsenal! walaupun aku bukan arsenal, tapi aku nak sombong-sombong jugak

Adam Ruslan berkata...

Muka Chamakh sebelum dapat score macam dah nak teriak. Tambah-tambah bila terlepas sitter.

Baru sekarang nampak Arsenal dah ada penyudah gol tanduk yang betul-betul klinikal.

odd berkata...

wow!

adijaya berkata...

arsenal juara. fullstop.

kamarul arifin berkata...

benar tu amani. dah ada orang nak tanduk. tp dia x bangang mcm adebayor. tanduk merata2. tandukan chamakh nampak ada isi bak kata pipi.

Sofea berkata...

pipi tambah se-team lagi.. Newcastle 6.

Zinedine Zaiddin berkata...

Saed:

Ape kata ko review utk Newcastle plak? Hahaha

zul efron berkata...

gua fanclub adam lambert..
serta kacak dan berpandangan jauh..

bulih apply x?

Jarr berkata...

camp arsenal mcm musim durian dia punya update.berjinggut nak tunggu..pasni senyap lagi 2 season..haih.

mfh berkata...

jarr : durian pun dh tak main musim2 dh skrang.. tiap2 minggu ada org jual durian..

fadzlie berkata...

encik pipi, Arsenal Football Club Supporters Of Malaysia menantikan keahlian anda. bila nak join ni?

Jarr berkata...

Maoi - kalau gitu takleh pakai musim durian, pakai musim nangka je.

theo walcott nak kasi mesej kat Arsene Wenger yg dia boleh sumbat bola masuk gol..kekadang aku risau player Arsenal ni, fragile sgt..awal2 musim ni..kalau tak patah kaki,tulang selangka lari.Waima bersin sekalipun boleh injured...

maaf adijaya, "abg" berseloroh....

ajiem berkata...

juara angan2 la lg seosn nie k..!!! hua3..

kuma berkata...

hahaha...walcott wat pulut kuning?

Luca berkata...

aku pn nk ckp gak

arsenal juara. fullstop.

talkIZcheap! berkata...

ari tu aku nampak arshavin kat bazaar ramadhan PKNS, ape cer??

Aslina berkata...

eh laa... nak join... tapi tesis aku nanti takde yang nak tolong siapkan pulak...

reserve bley? tahun depan.

iKHwAn berkata...

Kita tggu liv nak wat brape lak mlm ni.. eh nak wat ke kene sumbat.. tggu je lah.. teraweh dlu.

kareem berkata...

"harewood puasa bole la korg makan.silap la nak mng pas abes ramadhan nie"

Oh,Chamakh tak puasa pulak?Bagaimana dengan Abou Diaby?Bacary Sagna?Sape nak jawap tuh??Kehkehkeh..

Pipiyapong ni bile org dah bising2 barula die nak post. Kalau tak menang besar jangan harapla die nak post. Pastu bukak tawaran utk kem Arsenal kat pompuan je plak tuh.Memang nampak tak ikhlas....Huhu

fariz izwan berkata...

Ulasan paling mantap pernah aku baca.Arsenal juara.Fullstop.Ah,phal aku terikut-ikut perangai adijaya dengan abershavin ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...