ANDA SEDANG MEMBACA

11

Cinta Kosmik! New York Cosmos Kembali!

LuciusMaximus Rabu, Ogos 04, 2010



“Ia sangat menakjubkan. Kami telah berusaha keras untuk mengembalikan ‘permainan indah’ ke New York, dan akhirnya kini kami mempunyai sokongan untuk ini,” jelas Pele ketika dihubungi oleh Sokernet awal pagi tadi. Sokernet pantas menghubungi beliau setelah menerima makluman bahawa New York Cosmos telah kembali muncul.

“Satu hari nanti saya berharap New York Cosmos dapat bermain menentang New York Red Bulls.” Oh, New York Red Bulls ada Thierry Henry.

Atau menentang Los Angeles Galaxy? Cosmos lawan Galaxy satu tajuk perlawanan yang tus air liur.

Siapa yang tak kenal Cosmos maknanya dia hanya reti tengok bola bila Eric Cantona masuk Manchester United. Lama sebelum Silvio Berlusconi melabur dalam AC Milan, sebelum Real Madrid jadi Galacticos, sebelum Chelsea jadi Chelski dan sebelum Manchester City dibeli Abu Dhabi, Cosmos terlebih dulu muncul kelab bolasepak pertama di dunia yang membariskan bintang ternama dari gawang sendiri ke gawang lawan.

Antara mereka yang pernah membarisi kesebelasan Cosmos tidak lain dan tidak bukan ialah Pele. Franz Beckenbauer pun pernah bermain untuk Cosmos dan di New York inilah beliau bertemu Pele dan mandi bogel bersama. Lagenda Afrika Selatan, Jomo Sono juga pernah bermain untuk Cosmos dan kemudiannya bila bersara menubuhkan kelab Jomo Cosmos di Afrika Selatan. Juga tidak lupa Mordechai Spiegler, Johan Neskeens, Giorgio Chinaglia dan ramai lagi. Jersi New York Cosmos tidak menggunakan adidas atau Nike tapi sebaliknya Ralph Lauren.

Kemewahan Cosmos pada dekad 70-an ini jika dibandingkan dengan kelab-kelab di Eropah ibarat langit dan bumi. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan Cosmos adalah kelab bolasepak pertama yang merevolusikan pengurusan bolasepak. Membawa masuk nilai-nilai komersil dan aspek perniagaan. Ini kerana di belakang Cosmos ialah Warner Communications, konglomerat gergasi komunikasi dan media Amerika Syarikat ketika itu.

Cosmos memenangi Piala NASL sebanyak 5 kali dan juara liga NASL sebanyak 7 kali. Kelab ini bagaimanapun bungkus pada tahun 1985 selepas NASL (North American Soccer League) bungkus tahun sebelumnya.

Namun dengan kemunculan Major League Soccer (MLS) pada tahun 1996 dan kemajuan yang telah dicapai oleh MLS sehingga hari ini, usaha dilakukan untuk mewujudkan kembali New York Cosmos. Pesuruhjaya MLS, Don Garber sendiri memberi sokongan penuh untuk kelab bolasepak kedua di New York. Tambahan lagi bila kelab-kelab era NASL seperti Seattle Sounders, Portland Timbers, San Jose Earthquakes dan Vancouver Whitecaps juga telah diwujudkan kembali untuk menyertai MLS.

Timbers dan Whitecaps telah ditetapkan untuk bermain dalam MLS pada musim 2011, sekaligus membawa angka kelab yang bersaing dalam MLS kepada 18 buah (tahun 1996 hanya 10 buah kelab bermain dalam MLS). Sementara itu Montreal Impact pula telah disahkan bakal menyertai MLS pda musim 2012.

Berkemungkinan besar dalam tempoh 2 atau 3 tahun New York Cosmos bakal memperolehi hak francais untuk menyertai MLS dan dengan Pele sebagai Presiden kelab, ada potensi pemain-pemain ternama kembali bertandang ke New York.

New York Cosmos yang baru disahkan penubuhannya tanggal 1 Ogos 2010. Sokernet telah pun menerima maklumat bahawa beberapa individu berpengaruh dalam bidang perniagaan dan bolasepak berada di belakang Cosmos, menaja hal kewangan dan program bolasepak. Kita mungkin sedang menyaksikan pembentukan sebuah kelab bolasepak mega.

Persoalannya, adakah 10 tahun akan datang kita lagi syok layan MLS dari EPL?

11 Ulasan:

Encik Akmal berkata...

Apakata kalau Sultan Bola pun buat....

Oppsss..

adijaya berkata...

saje nak promote, Liga Sokernet 2010/11 di fantasy premier league.

code to join this league: 158892-46098

majulah sukan untuk negara.

MOFASAD berkata...

persoalan tu lucius lu suh sultan bola tanya.. dia mesti tertarik dengan MLM..

erk?

hahahaha

pembaris berkata...

Lebih kurang MPPJ Selangor pulak.Mungkin patut diwujudkan semula untuk menentang Selangor.

ayobkelubi berkata...

well lucius. tak mustahil kiblat peminat bolasepak akan bertukar jika MLS benar-benar komitmen dalam usaha menaikkan sukan tersohor ini ke mata dunia.

ini boleh dilakukan dengan melakukan beberapa usaha serta kemampuan MLS menarik minat pelabur-pelabur mahupun taikun syarikat konglomerat untuk membeli kelab-kelab di bawah naungan MLS.

macam sokabar metro pulak.

K berkata...

ex-player of Sngor MK Land & Kedah FA is now playing for Whitecaps

K berkata...

opps forgot to mention the name - Marlon Alex James

ska berkata...

aku pon rase2 macam ramai pakai jersey team MLS lagi 2-3 tahun..bak kate anak2 mude zaman sekarang..."yang baru itu cool...."..

ngeh3

i'msosupernotcool berkata...

kalau wags diorang nanti megan fox,paris hilton takpun marion caunter..
boleh juga..

Amirul Idham berkata...

MLS punya live game mesti pukul 4-5 pagi. sape nak tengok?

Zinedine Zaiddin berkata...

@i'msosupercool:

agak2 time MLS naik nnt Megan Fox, Megan Dog, Megan Wolf ape tu semua ada lg ke aset nk jadi WAG?

hehehehehehehee



Contest Menang T-Shirt @ Blog Lompat Tikam

FC Lviv : Champion of Persha Liha 2008-2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...