ANDA SEDANG MEMBACA

29

Classic Craven Cottage; Bolasepak Sebenar.

Jorji Selasa, Ogos 24, 2010
Mutu permainan bolasepak Inggeris jelas ditunjukkan oleh Manchester United dalam perlawanan menentang Fulham 2 hari lepas. Kedua-dua pasukan wajar diberi pujian kerana secara langsung mengembalikan semula 'selera' peminat bolasepak TULEN seluruh dunia yang telah tumpul sedikit lewat ini gara-gara prestasi hambar England di Afrika Selatan dibawah bimbingan Crappelo.

Penuh aksi dramatik, action klasikk, cemas dan saling menyerang penuh keseimbangan. Itulah bolasepak sebenar yang kita mahukan dan disajikan dengan penuh 'passion' oleh kedua pasukan. Jumlah jaringan yang sangat ideal dalam satu pertembungan yang seimbang dan semua pemain menunjukkan semangat sukan yang tinggi, termasuk 2 pengurus mereka yang sangat berkaliber.

Itulah gaya bolasepak inggeris yang tertinggal kapal terbang ketika England bertandang ke Afrika Selatan bulan lepas.

Barisan pemain serta polisi kelab seperti Manchester United inilah yang banyak membantu dan menyediakan pemain untuk skuad England akan datang. Hugh Grant yang menonton bersama Capello berkata, saya minta izin ulang disini;

"Jumlah jaringan kemenangan sehingga 6 gol, tetapi dibarisi oleh pemain import sepenuhnya tidaklah membantu menaikkan imej liga inggeris tapi hanyalah satu kepalsuan bolasepak yang hanya sesuai disajikan kepada peminat bolasepak ikut-ikutan"

Panjang kata-kata beliau. Agak penat aku nak terjemah dan faham sebenarnya, aku percaya ianya datang dari semangat bolasepak inggeris sebenar dan bukannya 'skrip' filem. Kurang jelas, apakah maksud beliau dengan peminat bolasepak ikut-ikutan itu, tapi, sangat 'SESUAI!"

Manchester United kalah di Craven Cottage bukanlah benda baru. Semua peminat Red Devils tahu akan senario itu. Kurang menyengat diawal musim juga adalah benda biasa pada Manchester United. Lambat panas atau Cencaru makan petang bak kata Tuan Haji Hasbullah Awang. Justeru seri 2-2 adalah satu keputusan yang baik walau sepatutnya menang 1-3.

Apapun, menjuarai EPL adalah misi utama kelab pada musim 2010/11 ini. Manchester United sudah bosan memenangi piala liga inggeris HANYA 18 kali sahaja. Mereka mahu menang untuk ke 19 kali pula. Jadi mereka tidak boleh lagi melakukan kesilapan kerana kesilapan hanyalah untuk Almunia dan Pepe Reina.

150 SchGOAL!

Untuk rekod, Paul Scholes menjaringkan gol ke 150 dalam kariernya bersama Manchester United pada game menentang Fulham lepas. Untuk menjaringkan 150 gol dalam karier bukan sesuatu yang mudah bagi seorang pemain tengah dan untuk selalu menjaringkan gol pada jarak 20yards memerlukan seorang pemain yang sangat luarbiasa.

Semuanya boleh berlaku di Manchester United.

29 Ulasan:

Wanturd™ berkata...

-Jadi mereka tidak boleh lagi melakukan kesilapan kerana kesilapan hanyalah untuk Almunia dan Pepe Reina.

hahaha.

relek la man united. memang awal2 ni kita relek2 je.

amirulismail berkata...

ulasan dan perlawanan yang bagus. kecuali sepakan penalti nani.

Sito Kebaboom berkata...

hak tuih..

WQI082M berkata...

xkisah...gua bukan peminat england..haha

Unknown berkata...

8 dari 11 player newcastle yg menang smalam englishman...

FdausAmad berkata...

Jorji,

Sharp as usual!

r.k berkata...

tengok EPL wajib sokong England ke ?
Liga M takda orang luar , setiap match kira klasik ? LOL .

Unknown berkata...

player manu yg englishmen smalam p.scholes sorang je aku rase..pastu br msk owen..pekejadah mutu bolasepak inggeris...

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

"Jadi mereka tidak boleh lagi melakukan kesilapan kerana kesilapan hanyalah untuk Almunia dan Pepe Reina."

haha... sangat menggeletek la ayat tu... penuh dgn sindiran... tajam dan tepat...

mAxx berkata...

setuju dgn r.k dan ajis

Unknown berkata...

KAHKAHKAHKAHKAH...

Seri pon siap puji lagi..
Bahlol betol fans man u

SEPHIA berkata...

oiii..baik dr kalah 0-3. whutta shame.haha

Alke berkata...

Jorji, spt biasa terbaik....Man Untd spt biasa akan sejuk awal2 musim. kepada Biz, ko yang bahlol...aku jamin ko baru kenal EPL....budak hingusan. Tak payah panggil fans lain bahlol. belajar hormat orang lain.

Kepada Red Devils, musim ni target title ke-19. Liverpool dah malah nak jadi top 4, depa serahkan tempat ke4 pada Man Shitty.
So, ni peluang terbaik.

Luca berkata...

ayat xleh blah
man u pun xleh blah
kahkahkah

wanbu berkata...

haha.. Glory! Glory! Man United..

Azlan Zed berkata...

Scholes memang legend. Cheers !

- from a Liverpool fan -

SFB berkata...

Impossible is Nothing for Man Utd.. hehe

Kap berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kap berkata...

bila nak la liga ni?

Luca berkata...

player man u yg main lwn fulham

van der sar
jonny evans
evra
o'shea
vidic
fletcher
giggs
nani
park
SCHOLES <--------englaNd
valencia
berbatov
OWEN <--------------englAnd
hernandez

yg berhuruf besar player ENGLAND
lu peminat bolasepak ikut-ikutan ke brader?
keh keh keh

Gua! berkata...

Kalau dah tak bleh blah tu, ngaku je la.Englisman la konon..hakkktuihhhhh.selama wa duk perati2 ni, fans Man U adalah yang paling poyo...terserlah di kedai-kedai mamak.

WassapBerasap berkata...

"Untuk menjaringkan 150 gol dalam karier bukan sesuatu yang mudah bagi seorang pemain tengah dan untuk selalu menjaringkan gol pada jarak 20yards memerlukan seorang pemain yang sangat luar biasa"

Kalo camtu, Lampard super duper luar biasa?

Dewajiwa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Dewajiwa berkata...

hahaha. cayalah Ji.
tengok semua fan kelab-kelab boring dah mula menyalak & berkokok. bring on the envyness. kah kah kah.

GGMU.

Wan Ahmad Faiz berkata...

@ abershavin...

ramainya player england...hahahaha...MU memang terbaik la...hahahahaha..kesian~

talkIZcheap! berkata...

J or Ji = the Best!!

p/s: lu ada bau-bau bacang dgn George Best ka, J??

kitt berkata...

hehe..Glory Jorji!

talkIZcheap! berkata...

@biz: abis, takkan nak macam ko, menang pon ko kutuk team ko?? kah kah kah!!!

Unknown berkata...

@muaz

"Untuk menjaringkan 150 gol dalam karier bukan sesuatu yang mudah bagi seorang pemain tengah dan untuk selalu menjaringkan gol pada jarak 20yards memerlukan seorang pemain yang sangat luar biasa"

Kalo camtu, Lampard super duper luar biasa?


- ayat ni mmg terbaik laa-
HAHAHAHAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...