Nama: Mohamad Faizal bin Rosly
Blog: http://ijaicool.blogspot.com
Dalam saingan liga tempatan, aku menyokong pasukan Kedah walaupun aku langsung tiada darah hijau kuning yang sejati. Mungkin minat aku timbul untuk menyokong Kedah sejak sekolah rendah setelah melihat kelibat Jan Janostak di bawah pimpinan Robert Alberts membenam Selangor di Stadium Shah Alam. Sejak hari itu, kalau Kedah ada bermain di Lembah Kelang, aku pasti akan pergi ke stadium jika berkesempatan. Oleh kerana selalu pergi ke stadium, aku sedikit sebanyak dapat mengenali karekter-karekter yang kita boleh jumpa di stadium bola sepak. Tak kiralah korang menonton perlawanan bola sepak ke, perlawanan hoki ais ke mahupun menonton Akademi Fantasia secara live di stadium, watak-watak stereotype ini pasti boleh anda jumpa.
1) Mamat carut
Mamat carut ialah orang lelaki yang suka mencarut tak kira masa dan situasi ketika perlawanan sedang berlangsung. Contohnya, ketika Kedah menentang Nogori dalam perlawanan akhir Piala FA awal tahun ini, ada seorang mamat carut yang duduk di belakang aku. Sepanjang perlawanan aku terpaksa dengar jeritan carutan dia. Berikut merupakan contoh-contoh carutan yang kita boleh lemparkan sekuat hati walaupun carutan kita memang tidak mungkin akan didengari oleh individu-individu di padang apatah lagi hendak membawa sebarang perubahan kepada corak permanian. Haa haa aku taip permanian instead of permainan.
"Butuh la hang pengadil! Takdak teluq pi mampuih la anak haram!!"
"Pookey cibai laknat syaitan kau Aidil Zafuan Rita Rudaini pergi Thailand kahwin lari!"
Mereka adalah orang-orang yang emosi, mereka akan sentiasa mencarut tanpa mengira perasaan orang lain. So either anda pergi duduk di tempat lain ataupun join sekali dia mencarut.
2) Peminat fanatik dari kampung
Well selalunya orang yang pergi tengok bola di stadium ni merupakan peminat fanatik dari kampung. Ketika berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA tempoh hari, mestilah ramai orang Kedah dan orang Negeri Sembilan yang pure yang hadir dari kampung kan. Bukan macam aku yang merupakan penyokong Kedah celup. Anyway senang je kita nak tahu bagaimana perwatakan dan ciri-ciri peminat fanatik dari kampung.
Aspek yang utama ialah loghat mereka. Kita boleh dengarla mereka membebel dan mungkin juga mencarut dalam bahasa utagha atau nogori. Sila lihat contoh di bawah:
"Eh cemuih la cheq depa main lagu tu. taik punai betui takdak peliaq pi balik Aloq Setaq la woi"
Translation: Bosan la saya mereka bermain begitu. Haram jadah tiada zakar (keberanian) pergi balik rumah la woi.
"Apo kono ekau ni jang. Ngabih an boreh yo. Den hobin kang nayo jo"
Translation: Apa yang tidak kena dengan anda ini? Menyusahkan sahaja saya belasah kang.
Aspek lain yang kita boleh lihat ialah benda yang mereka bawa dari kampung. Orang Kedah sering membawa padi ke stadium untuk mengingatkan para pemain yang mereka telah menghabiskan wang hasil jualan padi mereka semata-mata untuk memberi sokongan datang dari jauh. Orang Kelantan pula sering membawa budu untuk dibaling kepada penyokong pasukan rival mereka. Ok aku mungkin exaggerate di sini.
3) Pasangan ringan-ringan
Nak cari mereka senang sahaja. Anda hanya perlu memandang di sudut-sudut di mana orang tak ramai duduk, dan anda boleh melihat pasangan jejaka dan gadis yang duduk rapat-rapat bermain bola sendiri. Hahaha lucunya analogi yang aku gunakan. Mereka selalunya terdiri daripada pasangan yang baru bercinta di masih ringan-ringan di tempat awam merupakan sesuatu yang thrill buat mereka.
4) Mamat komentator
Mereka ini berinspirasi untuk menjadi Haji Hasbullah Awang mahupun Andy Gray and John Motson. Apa yang berlaku di padang, mereka akan ulas tanpa disuruh. Memang annoying mendengar kata-kata mereka kerana kadang-kadang fakta mereka salah just nak tunjuk terer dekat awek dia yang buta bola dan suara mereka just plain sengau.
5) Penjual yang keji
Peniaga di stadium semuanya cekik darah. Mereka tahu kita tidak boleh membawa makanan dari luar jadi mereka meletakkan harga komputer riba untuk makanan yang mereka jual. Burger boleh mencecah RM3 dan sebotol air mineral ialah RM 2. Burger dia dahla bentuk macam tahi rasa pun macam tahi juga tapi kita still makan sebab tiada pilihan. Lepastu tatkala pasukan kita tewas kita pun segera keluar dari stadium dan mereka akan menjual 2 biji burger dengan harga RM1 untuk menhabiskan stok tahi mereka. Penjual jersey di luar pun sama cuba menipu pelanggan dengan menjual jersey palsu dengan mahal.
6) Hooligans
Hooliganism bukan sahaja terkenal di Liga Inggeris, tetapi kita boleh melihatnya di local scene juga. Perangai mereka yang tipikal ialah membaling misil ke padang seperti botol air mineral, duit syiling, mercun dan juga panties kepada pemain kegemaran mereka. Dengan semangat kenegerian yang membuak-buak di dalam diri, tidak hairanlah kita selalu melihat penyokong bolasepak tempatan bergaduh macam dalam cerita Green Street Hooligans. Tapi takdela sampai bunuh-bunuh, sekadar gaduh mulut carut dalam dialek masing-masing je.
Sekian. Kedah pantang kalah, walau sakit jatuh dan rebah! Oh kalau Liga Inggeris aku team Liverpool sehingga mati.
11 Ulasan:
Kahkah.
aku memang tunggu mamat ni sebut liverpool.
pandai kau, jai.
dah hujung baru mention hah.
fukin nice..
ahahahah...masuk sokernet eh ko bro...thanx la brader brader sokernet,mamat ni kalau mengarut memang gah di muka bumi...
Ijai, kau memang ensem.
pengalaman di stadium baling botol dari tingkat atas ke bawah.....
terima kasih abang-abang sokernet. yo kap. assalamualaikum jerr. kau memang bercakap benar jarr
penyelup punya citer xde jai..
yang berjaya menyeludup mercun memang powe..
kakakaka.. ijai ko apply la jd penulis skoernet.. komfem ko kene lempang sbb ngarut.. kekekeke
scene2 begini yg menceriakan bolasepak kita.
yer dok?
Jan Janostak,memang puaka.
Catat Ulasan