Nama Penuh:Nama Nami
Nama kat Sokernet:Holden Caulfield
Link Blog:http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com
Ketika mana aku pernah bercerita tentang penganjuran Piala Dunia Remaja 1997 oleh Malaysia satu masa dahulu,aku percaya penganjuran Piala Dunia Remaja hanyalah sebesar hama berbanding Piala Dunia yang sebenar.Ini kerana pada tahun 2007 di Canada,Piala Dunia Remaja dianjurkan di sana(pemain-pemain seperti Angel Di Maria dan Ezaquiel Lavezzi adalah pemain-pemain Argentina yang menjuarai Piala Dunia Remaja) tidak dikecohkan kerana pada waktu yang berhampiran dengan itu,kejohanan Piala Dunia Remaja Hoki Ais turut dianjurkan di Canada lebih kecoh.Aku mendapat surah ini dari Ez dan Aril yang tinggal di sana.Mungkin bola sepak sememangnya tidak mendapat tempat di hati rakyat Canada.
Apapun,menganjurkan Piala Dunia Remaja dan Piala Dunia adalah dua perkara berbeza.Seolah-olah ingin membandingkan untuk membeli kereta Perodua dengan kereta Aston Martin.Penganjuran Piala Dunia Remaja tidak akan mendapat pot dari media sukan antarabangsa - cuma media Malaysia yang suka membesar-besarkan imej.Contohnya,Sukan Komanwel yang pernah disabdakan sebagai "sukan kedua terbesar di dunia selepas Olimpik" - sebenarnya tidak.Sukan Asia,Sukan Pan-American lebih besar dan lebih banyak atlet berkelas dunia beraksi.Aku tak pasti kalau sekadar nak mengharapkan negara Komanwel - berapa ramai sangat atlet berkelas dunia akan beraksi.Arwah Elly yang pernah tinggal di Vancouver - tempat berhampiran dengan Victoria,tuan rumah Sukan Komanwel 1994 - pun kata stadium dia - Centennial Stadium - kapasiti 5,000 orang,kecik je.Bayangkan Malaysia spend berapa billion untuk advertising Sukan Komanwel 1998?
Bahkan arwah Elly pernah kata - Victoria tu bandar besar Kajang je - boleh je anjurkan Sukan Komanwel.Well,imagine bandar Hambanota,Sri Lanka pun selamba je bid untuk jadi tuan rumah 2018.Jadi Sukan Komanwel ni tak besar mana - hanya negara-negara yang jadi tanah jajahan Britain je yang masuk Sukan Komanwel ni.Di negara-negara jajahan Perancis - mereka juga ada Jeux de la Francophonie - yang equally seperti Sukan Komanwel.Tetapi penganjurannya lebih bersifat karnival dan dan kebudayaan.Bayangkan - dalam Jeux de la Francophonie ada pertandingan berpuisi?Pertandingan melukis pun ada?Memang berjiwa seni rakyat Perancis ni.
Tetapi penganjuran Sukan Komanwel 1998 yang gilang gemilang mencetuskan hutang yang maha besar kepada Malaysia.Hingga sekarang kabinet gagal untuk membentangkan bajet untuk Sukan Komanwel 1998.Selain itu juga,Sukan Komanwel 1998 hanya meninggalkan Stadium Bukit Jalil yang digunakan setahun sekali,Stadium Juara di Bukit Kiara yang tak pernah langsung ada apa-apa event pun,serta monument-monument keris dan maskot Wira yang ditelan masa - yang mencacatkan pandangan mata di Kuala Lumpur.
Ingat lagi apa yang Aril cakap - Sukan Olimpik Vancouver 2010 - semua maskot,banner dan segala macam sudah dibersihkan dan dighaibkan - seperti magic stick Papa Smurfs - dalam masa kurang dari dua minggu.Aku tak tau macam mana di Afrika Selatan selepas Piala Dunia - tapi di Canada,pesta sudah tamat - jom kita kemas.Tetapi di Malaysia,maskot Wira Sukan Komanwel tu masih aku nampak lagi sehingga tahun 2008.Aku tak pasti patung-patung,keris-keris tu masih wujud lagi atau tak.Tapi sehingga tahun 2008,10 tahun tu?
Anyway,berbalik kepada penganjuran Piala Dunia - baru-baru ini telah disurahkan oleh Johan tentang bagaimana FIFA dan Sepp Blatter merompak Afrika Selatan sepanjang penganjuran Piala Dunia 2010.FIFA telah untung berbillion dolar Amerika melalui license,merchandise serta corporate sponsorship.Afrika Selatan - yang membina stadium dan meruntuhkan setinggan di Soweto - menanggung hutang 75 billion rand(10 billion USD) untuk infrastruktur,serta bidding hak penganjuran.Afrika Selatan juga menanggung hutang tambahan yang tidak dinyatakan berapa jumlahnya - untuk bajet keselamatan dan perlindungan dari ancaman pengganas sepanjang kejohanan tu berlangsung.Bayangkan time World Cup - berapa banyak kapal perang tentera US,Brits,Perancis,Brazil,Spain dan berlambak lagi berlabuh di Cape Town.Tu tak cerita Korea Utara mungkin hantar spy - mungkin pemain tu sendiri adalah spy.
Jadi penganjuran Piala Dunia bagi Afrika Selatan hanyalah membebankan dan bakal menghancurkan ekonomi Afrika Selatan - sama ketika Greece menganjurkan Sukan Olimpik 2004,dan Portugal menganjurkan Euro 2004.Akibat dua negara ini tidak mampu menanggung hutang yang besar akibat bajet sukan yang tinggi - kedua-dua negara ini terjerumus dalam negara-negara PIGS.
Jadi,aku dapat menjangkakan,negara yang paling menerima tekanan selepas ini adalah Brazil.Ini kerana Brazil menganjurkan Piala Dunia 2014 serta Sukan Olimpik 2016 - dua sukan terbesar di muka bumi dianjurkan dalam masa 2 tahun.Aku boleh bayangkan - penebangan hutan Amazon akan diperbanyakkan lagi untuk mencari sumber ekonomi untuk membiayai 2 sukan ini.Hutan Amazon adalah "jantung" bagi muka bumi - memberi sumbangan yang cukup besar terhadap ekosistem dan biodiversiti Bumi.Bayangkan 2 sukan ini berlaku di Brazil - negara yang sememangnya tidak equal dari segi pembahagian kekayaan.Tak caya sila tonton filem Cidade de Dios.
Sekarang - jejak menganjurkan sukan sekarang sudah menjadi trend dan menjadi satu idam-idaman sesebuah negara.Pada akhirnya,sukan tidak lagi dipentingkan - tetapi yang dipentingkan berapa canggih stadium yang dibina,berapa besar stadium yang dibina dan berapa gilang gemilangnya upacara pembukaan dan penutup dilangsungkan.Pembangunan sukan - tidak diutamakan.Apa yang tinggal untuk anak-anak setinggan Soweto selain padang tanah merah dan palang gol kayu?
Dan apabila Malaysia dan Indonesia ingin menganjurkan Piala Dunia 2026 - dalam fikiran aku,berapa billion lagi kedua-dua pihak pemerintah ingin belanja untuk membina stadium baru dan prasarana baru?Berapa billion lagi nak digunakan untuk belanja keselamatan?
Dan pagi tadi - harga minyak naik 5 sen,gula naik 25 sen.Cuba bayangkan berapa lagi yang naik bila Malaysia berjaya bidding untuk Piala Dunia ni?
Oh ya - Shabery Cheek,kalau ada masa,sila rajin-rajin turun stadium tengok Liga Super.Kalau ada masa cuba kira ada berapa kepala manusia dalam stadium.Kalau boleh kira semua kepala dalam masa sebelum separuh masa pertama habis,jangan berangan nak jadi tuan rumah Piala Dunia.
p/s:kalau rajin,sesiapa boleh tolong carikan aku buku "Soccernomics".Buku tu cerita macam mana FIFA merampok negara tuan rumah.
18 Ulasan:
Entri penuh ilmiah. Syabas!
Membuka mata akan contra nya penganjuran sesebuah negara. Semesti mestinya Amazon akan ditarah sedikit sebanyak. Takdak lagi dah ikan pirana lepas ni.
2nd!
tulis la lagi. tulis la lagi.
soccernomics tak silap ghua kalau tak eddie , meor ada ..
bagus.komen pun bijak,tulih pun bijak
banyak jer kat kedai buku...
macam aku cakap holden kat blog ko, xde hyperlink susah aku nak telan. mana ko dapat figure 75 billion rand tu...aku dah google tapi x dpt pape.
Figure 75 billion rand tu setelah dikira2 jumlah duit pelaburan pinjaman IMF, pinjam sana sini..kos buat stadium..bla bla bla~
terbaik...!!!
kau tahu apa yang kau tulis, bagus.
good writing holden.
Dalam pelaburan yang macam ini, hasil yang kita cari mungkin tak terang sangat. Menatang ni macam buat iklan lah. Hasil pelancungan jangka panjang, "exposure" negara kita mungkin bukan di media tapi kepada beribu atlet yang hadir ketika itu yang ada pengalaman "first hand" tentang keindahan negara kita. "Word of mouth" ialah teknik pemasaran yang paling gempak.
Shell baru-baru ni bercadang untuk melabur USD10billion dalam biofuel dari tebu. Tak tentu berjaya lagi, tapi duit mesti mau keluar.
Semua orang nak cepat kaya, tapi bila time nak keluarkan duit, semua lari. Tak percaya, tanya Luca De Ketiak.
terbaik!
ah shabery cheek, ngan anwar x lepas...
ada hati...
bnyk kali tengok city of god.....ganas amat sangat
@avid gunner,
gua tak carik kat internet la brader.gua baca kat newsweek asia punya magazine.sorry la - banyak sumber gua dari magazine2 macam ni,gua tak dapat linkkan.
p/s:abdul,apa kes letak nama novel gua punya title?hahaha - aku lupa letak title kot.kah kah kah nevermind.
next time gua tulis pasal superclasico argentina pulak - but so far vamos futbol belum lagi keluar game river-boca..
deep2...thanks for sharing.!
syabbas!!
Catat Ulasan