ANDA SEDANG MEMBACA

34

Sejarah Gua dan Manchester United

Abdul Sokernet Selasa, Ogos 24, 2010

Nama Penuh : Mohd Shahril Izwan Bin Mohd Razali
Nama di Sokernet : d.a.n.y.^^a.r.m.a.n.d.o.
Link Blog :
http://anehanehsaje.blogspot.com/

Sejarah gua dan Manchester United

Gua mula mengenali pasukan Manchester United @ Malcolm Glazer United bak kate Obefiend ketika gua berumur 9 tahun atau lebih tepat lagi pada tahun 1996. Tahun dimana pasukan 'Setan Merah' menjulang kejuaraan berganda (EPL dan FA Cup) buat kali ke-2. Tahun dimana Martin O' Neill berjaya membawa Leicester City ke saingan EPL. Tahun dimana Alan Shearer, Robbie Fowler, Ian Wright dan Les Ferdinand amat berkuasa, tetapi menjunjung titah Eric Cantona sebagai Sultan Bola pada ketika itu. Dan juga tahun dimana David Beckham memakai jersi no. 24 dan purata pendapatan beliau hanya sekadar mampu pekena Char Kue Teow dan rokok samsu sepam dua.

Imbas kembali ketika Abah gua menghadiahkan sepasang jersi siam Manchester United pada keraian hari lahir gua. Gua renung muke Abah gua dalam-dalam sambil ketap gigi, adik beradik gua buat laju-laju makan mee, Mak gua pulak tunduk pandang wajah suci Siti pada majalah ketika baru melangkahkan kaki menjadi insan seni. Dengan hati yang panas, mata yang merah dan hidung yang berair, gua sound tepat pada abah gua, "Abah! Along nak patung mainan Ultraman Ace ataupun Power Rangers hitam yang boleh keluar bunyi!!" Abah gua senyum sipi dan jegilkan biji mata sambil buat muke Nasir Bilal Khan, "Along dah besar!! Jangan nak mengade-ngade!!" Gua tunduk sayu tanpa mengusik pemberian ikhlas abah gua yang memasang impian agar suatu hari nanti gua akan menjadi sehebat Maradona, setangkas Van Basten dan sebijak Romario. Gua masuk bilik, gua tekup muke kat bantal lalu menangis sambil meraung kuat-kuat mintak perhatian.

Esoknye lepas Abah gua balik meniaga dia panggil gua duduk di riba nya (gua rindu saat ni!) "Abah nak along jadi pemain bola sepak yang berjaya satu hari nanti. Kelab terhebat sekarang ni Manchester United, sebab tu abah hadiahkan along jersi Manchester United" Abah gua meluahkan hasrat hatinya pada gua. Gua tunduk buat-buat tak dengar sambil gentel-gentel bantal busuk Ultraman pemberian Mak gua. Gua kelu. Malam sebelum tidur, abah gua bagi majalah Manchester United pulak. Dia letak kat atas meja. Gua buat-buat pejam sambil bijik mata gerak-gerak.

Gua mula bermain bola pada usia 7 tahun ketika gua baru memasuki alam persekolahan. Tapi gua menganggap main bola ni sebagai permainan sampingan walaupun gua memang benar-benar berbakat! Pada masa itu karier dan pilihan hidup gua lebih ke arah 'main lastik', 'baling selipar', konda-kondi', 'nyorok-nyorok', dan mak-mak (masak-masak) bersama beberapa orang jelitawan kampung. Tetapi takdir menentukan segalanya. Bakat dan kemahiran gua dapat dikesan oleh cikgu PJK gua ketika berusia semuda 8 tahun. Beliau seterusnya mempelawa gua untuk menyertai pasukan bawah 10 tahun sekolah. Tapi gua tolak mentah-mentah kerana ketika itu setiap petang ada cerita Dash Yonkuro kegemaran gua dan Ultraman juga. Sedangkan latihan pasukan bola sepak pada sebelah petang. Gua terus lupakan bola sepak sejak itu.

Tapi abah gua dah bakar line dengan selalu bercerita dan mengajak gua berborak tentang Manchester United setelah gua pakai jersi pemberiannya sekadar untuk mengambil hati setelah dipujuk oleh Mak gua. Lalu gua mula meminati bola sepak sejak dari itu dan mula menyertai pasukan sekolah pada usia 10 tahun (gua masuk team senior tau bawah 12 tahun!). Rentetan dari itu, bergembira sakanlah orang tua tu. Seronok tak terkira beliau apabila gua akhirnya bermain bola sepak dan meninggalkan karier gua serta kartun superhero baru ketika itu iaitu Power Rangers!

Pada usia gua 11 tahun bakat gua dikesan oleh Razip Ismail (sila google especially Kardio) ketika gua bersama pasukan sekolah gua beraksi untuk pertandingan daerah. Beliau lalu mengesyorkan pada cikgu dan bapak gua agar mengahantar gua ke FAM kerana ketika itu ada akademi 'First Touch' yang dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman dan hebat iaitu Shebby Singh dan Aminuddin Hussin. Abah gua dengan cargas mendaftar nama gua untuk program itu tanpa meminta persetujuan dan pandangan peribadi serta luahan hati dari gua sendiri! Ini bermakna gua terpaksa melupakan terus aktiviti panjat pokok kelapa dan merembat ayam-ayam pada sebelah petang. Hidup gua berubah 180 darjah! Gua mula sibuk dengan latihan dan perlawanan. Disana, gua sepasukan dengan Titus James Palani serta Saravanan (sila google). Kami same-same mewakili Malaysia dan memberi amaran awal kepada Sultan Bola tentang kehancuran masa depan skuad negara dengan kekalahan memalukan 0-5 kepada Filippina pada Kejohanan Bola Sepak Asean bawah 12 tahun di Manila! Kami seterusnya dihantar pulang kerana format permainan adalah kalah mati. Pada tahun yang sama juga Titus dan Sara berjaya memenangi tempat pertama dan kedua di dalam pertandingan kemahiran bola sepak anjuran Coca-Cola di mana gua mendapat tempat ke-3 sekaligus menghancurkan impian gua untuk melihat sendiri Ronaldo (idola gua) beraksi pada Piala Dunia di France. Ade ke patut Coca-Cola amek no 1 dan no 2 je bawak pegi France! Bajet lari la tu!

Harapan gua hancur ketika itu lalu gua mengalihkan fokus pada pasukan kegemaran gua (setelah 'dipaksa' secara halus oleh abah gua) Manchester United. Sejak itu lah gua kenal Teddy Sherringham, Roy Keane, David Beckham dan Henning Berg (Cantona dah bersara). Gua mula 'addicted' pada Old Trafford dan majalah United. Abah gua la tukang support pada masa tu. Tahun yang menyaksikan Manchester United mengalahkan Chelsea 1-0 tapi masih terlepas kejuaraan liga kepada Arsenal.

Tahun demi tahun gua rasa gua semakin dekat dengan Sretford End. Sehinggalah gua meningkat remaja dimana gua sudah pandai bertaruh dengan classmate gua yang masih samar-samar tentang Manchester United khususnya dan Bola Sepak am nya. Kerja beliau hari-hari ialah menganjing gua kerana dia nampak anti benar dengan Manchester United sama seperti Linda Radzi. Apa yang dia tahu ketika itu ialah pasukan invincibles ciptaan Monsier Wenger dan rekod tanpa kalah semusim yang berjaya dilakukan. Tetapi beliau sendiri teragak-agak untuk menjawab ketika gua mengajukan soalan tentang kekalahan dan kehancuran 49 perlawanan tanpa kalah mereka kepada 'THEPOWERRANGERSULTRAMANTARO' Manchester United!

Jadi, jangan persoalkan kenapa gua memilih Manchester United dan bukan SelangorFC sebagai pasukan kegemaran gua. Kerana gua ada sejarah sendiri yang cukup sentimental untuk dikenang setelah karier bola sepak gua berakhir ketika berusia 19 tahun kerana kecederaan lutut yang teruk!
Akhir kata, GGMU dan undilah gua untuk menjadi pengulas Manchester United yang ke-4 sambil memanaskan lagi hati Kardio dengan penambahan kerusi dalam kem Manchester United!

Sekian...

34 Ulasan:

mfh berkata...

kalau ye pun tulisan tu tk boleh buat besar sikit ke..

fikiranlicin berkata...

bagus.. tapi ada tapi...lu ibarat sam winchester dalam Supernatural...sebab ape, itu lu cari sendiri..heh

ozilus caldinus berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ozilus caldinus berkata...

citer sikit pasal freemason dalam MU.
obefiend weiland amat suka entry freemason nih!
kakahkahkahakahakaha

syahid berkata...

sokundi 100 abdul

serius sentimental..nak nanges pun ade

eddie dewanaga berkata...

lu best, jujur...

Wanturd™ berkata...

haha. nice la dany^armando. ada sokundi tak ni? wahaha

Soldadu merah berkata...

gua sebak weh baca entry nie..semoga lu berjaya di menara gading...ek?

LS berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
LS berkata...

Ya. GGMU!

Azlan Zed berkata...

classic !

RyuJi berkata...

perrggghh menitis ayak mata aku baca ko punya entry abdul..aku kasi seploh 9/10 markah..1 markah kurang sebab ko tak kutuk liverpool sebab topik hangat skang liverpool kalah 3-0 dengan jiran tetangge yang bising..huahua

Putra berkata...

hahaha...d.a.n.y punya susu, abdul dpt nama, besar2 dia tulis name pengarang entry ni, abdul sokernet tolong masukkan je dlm sokernet ni.

Unknown berkata...

Mesti kau lahir kat Manchester..
Sebab tu kau tak pilih selangor FC

Hazyr berkata...

Bravo!

*suara pertama setelah sekian lama menjadi silent stalker sokernet*

RyuJi berkata...

wahahha..silap..abdul mmg tulis sokernet..sory dany wa nangis lagi sekali tanda penghormatan..whahaha

Tanpa Nama berkata...

cerekapen.

kareem berkata...

artikel sampah.Tulisan tiru pipiyapong punye stail. Takdak identiti. Cerita tokok tambah melampau sangat. Fakta banyak lari.

Sekian, komen ikhlas gua. Nak terasa? Sila berhenti.

kareem berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

terima kasih di atas komen-komen ikhlas kalian...
gua hargai semua komentar yang dilemparkan dan akan mengambil kira dari sudut yang positif... =)

untuk pengetahuan semua ini adalah kali pertama gua menulis... gua terpanggil untuk menghantar entry ini setelah sekian lama memendam hasrat untuk mennulis di sokernet... dan untuk pengetahuan semua juga gua mewujudkan blog gua atas sebab agar gua dapat melontarkan komentar di sini... gua menjadikan pipiyapong dan lucius maximus sebagai idola gua dalam gaya penulisan gua... pipiyapong satu ketika dulu amat dekat dengan gua kerana beliau pernah menjadi roomate gua di hostel... jadi sedikit sebanyak gua belajar dan terpengaruh dengan gaya penulisan beliau... bagi yang meragui kesahihan fakta dalam artikel gua, boleh jumpe dengan lebai google untuk meminta pendapat kerana gua tak pandai nak buat backlink... =)

terima kasih dan maafkan gua...

chill...

GGMU...

RyuJi berkata...

suke ati mamat ni le..die cite pasal diri die je..ko buat le cite korang lak aku pon tak bosan..bole gelak2 bace..huahuahua

Kiubrubik berkata...

betul tu ryuji!

kitt berkata...

ok gak la kisah artikel ni..

cuma nya, sokernet bagi guide sikit kot tentang format. i.e font, size, spacing..bla2..yg mcm stended article pun dah sedap, kalau nak beza kan, bagi satu format lain.

sebab yg kat atas ni mcm baca Siri Jiranku Janda or "Cikgu Tuisyen"..heh heh.

Jarr berkata...

lu mmg true arr bro..
entry lu ni ade version liverpool...tapi bulan april punya...
syabas.

r.k berkata...

hai a8jnme . :)

chesterchaz berkata...

terasa nk jumpe abah ko laa.. mmg true.. haha

faezah hairudin berkata...

waaa..terbaik aa bro..jup2..tyme men konda kondi n nyorok2 2 ko men gn spe ea????hahahah..

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Kah kah kah! Cilake. Budak bilik gua dulu rupanya. Mati mati gua ingat body lu keras sebab angkat sawit. Rupa-rupanya training timbang bola!

kitt berkata...

hai r.k.. hai hai hai.

andi eshak berkata...

kasik format tulisan sikit fdausahmad.ni dah macam baca dalam myfirsttime.com dah.hehehhe

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

pipi: kahkahkah... name je roomate tp nak jumpe seminggu sekali pun payah disebabkan kehebatan lu mempraktikkan jurus ghaib di hostel...

Unknown berkata...

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o., Pipi pernah buat lovebite kat lu tak?

talkIZcheap! berkata...

Hai Nora... :P

awazangi berkata...

pergh...aku membesar dgn robbie fowler
trademark letak plaster kt idung mmg jadi trend budak2 skolah rendah masa itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...