ANDA SEDANG MEMBACA

24

Selamat Berpuasa - Kecuali Di Jerman

Obefiend Weiland Rabu, Ogos 11, 2010 ,

Ada fatwa


Selamat berpuasa kepada pembaca Sokernet. Ramadhan datang lagi dan selepas sesi testing dan menganjing in the last couple of days time to get serious eh? Sempena kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini ada baiknya aku post berita fatwa hukum berpuasa bagi pemain bola professional di negara Jerman.

Seperti yang kita sedia maklum didalam pasukan Jerman terdapat beberapa orang pemain muslim. Mereka adalah Sami Khedira, Mesut Ozil dan Serdar Tasci. Setipa kali datang bulan puasa pemain berugama islam menghadapi dilemma sama ada mahu berpuasa atau didenda kelab yang menggaji mereka. Tahun lalu 3 orang pemain FSV Frankfurt berugama Islam didenda kelab kerana berpuasa tanpa meminta kebenaran kelab. Mengikut pandangan ahli fioslogi pemain bola yang berpuasa lebih mudah penat dan cedera disamping mengalami performanca issue. Pemain Islam seperti Nicolas Anelka (Abdul-Salam Bilal) terang-terang mengaku beliau tidak berpuasa jika musim bolasepak bertindan dengan bulan ramahdan.



Bagi mengelakkan salah faham untuk musim akan datang. Persatuan Bolasepak Jerman meminta pandangan German Central Council of Muslims. Pihak kounsil ini pula mendapatkan pandangan Universiti Al Azhar. Universiti Al Azhar mengeluarkan fatwa dimana;

"Pemain bolasepak professional dibenarkan tidak berpuasa pada bulan Ramadhan atas alasan perkerjaan mereka. Jika berpuasa memudaratkan prestasi melakukan kerja mereka maka tidak salah jika tidak berpuasa"

Nice

Walau bagaimanapun terdapat beberapa pemain yang berkeras untuk berpuasa. Mereka ialah pemain FC Cologne Adil Chichi dan Youssef Mohamad. Mereka percaya prestasi mereka tidak terganggu kerana sudah biasa bermain bola dalam keadaan berpuasa.

Sebelum fatwa ini dikeluarkan ada pemain-pemain berugama Islam menggunakan loophole untuk tidak berpuasa. Sebagai contoh pada hari perlawanan, mereka akan memandu sejauh beberapa kilometer diatas jalan raya bagi mendapatkan status musafir. Clever

Apa-apa pun selamat berpuasa kepada pembaca sokernet!

Diterjemah dari DW-World.DE

24 Ulasan:

adijaya berkata...

1st

oni berkata...

okeh gua nak pegi memandu utk beberapa kilometer kejap. pegi-balik klia dah cukup syarat ni.

Unknown berkata...

Entri yang cukup bagus. Banyakkan lagi artikel macam ni kat sokernet...yeah, hidup sokernet!

Cicadasx berkata...

Nice artikel Sokernet.
Nak gi isi minyak jap.
Esok nk gi memandu jauh haha

HafizChan berkata...

Suka dengan pendekatan hadhari oleh sokernet, ehehe

Zinedine Zaiddin berkata...

Kalau tak dibiasakan memang ar letih nak mampus..tapi ada je yg boleh puasa time main..hehehe

Kap berkata...

untuk tambah berkat.
ketengahkan sekali fatwa pengharaman rokok.

Faiz Tapit berkata...

stuju ngn kap...
haramkan skali pmakaian tube ngn legging pegi bndar

Redz da Tsar berkata...

Kah3x... Hampeh...

Kalau main away buleh jugak status musafir...

(^^)

Kalau Liga Super camne? Kena yang main tym petang sebab stadium tak bayar elktrik?

Slurpp berkata...

liga super cuti bai time bln pose.

farwalis berkata...

tiba-tiba aku sejuk hati dengan obe. selalu dia rage. panas gak a kadang-kadang.

thanks obe!

Luca DK berkata...

agak2 liga lembah klang kita nanti jalan tak time bulan pose?

AzR0 berkata...

bebe bebe bebe..xnk mesut

Nerzhul berkata...

selamat puasa pemain jerman.

Azlan Zed berkata...

sungguh kontemporari universiti itu... haha...

mirovsky berkata...

hahaa... team ARSENAL paling ramai dalam EPL punyai player MUSLIM... jangan jeles arr... termasuk bekas2 player... cam henry n anelka...

Semoga semua player Muslim tabah mnghadapi ramadhan al mubarak... jangan ikut perangai tak senonoh sultan bola... asal ramadhan je... mesti fly lari luar negeri... nyuruk tak mau puasa... chehhh...

SFB berkata...

baru aku tau Ozil, Khedira & Tasci tu muslim...

Cob Nobbler berkata...

Time aku sekolah dulu,mata pelajaran Pendidikan Jasmani dibatalkan bila bulan puasa.

Apasal fatwa ni baru dikeluarkan?Apakah fatwa ni dikeluarkan suka-suki mak tiri si geng serban ni supaya kita semua ikut?

Anyway,selamat berpuasa.

-MsGoodNite- berkata...

Ala.. kalo Ozil tak leh puasa camne nk ajak berbuka sama2 nih?

Berbo berkata...

eleh henry dengan anelka tu islam islam gak.tapi bila menang cup kena simbah arak gak

Zaid berkata...

selingan:
http://s2.kimag.es/share/85118568.jpg

esok nak pegi kelas turun melaka dulu bagi cukup syarat musafir.

xhafizi berkata...

yg penting mental pn kene kuat , ape2 hal wa tggu ozil g barca.baru ngam! ozil , iniesta , xavi.hehe

el. Q berkata...

haha org turki dekat germany mmg pelik weyyy

aku kerja pong penat, boleh guna pakai fatwa ni ke?

btw europe tahun ni puasa lama, tuh la kot.
summer loophole!

Ilham-Kembara berkata...

Jerman banyak player import ropenya.. Sudah jadi team rojak hehe. Podolski pun dari Poland. Malaysia pun bleh guna idea ni..

http://ilham-kembara.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...