ANDA SEDANG MEMBACA

24

Tumbukan padu ke udara!

Jorji Ahad, Ogos 29, 2010
5 bulan aku tidak melakukan tumbukan padu ke udara. LIMA BULAN Wayne 'The Rudeboy' Rooney tidak menjaringkan sebarang gol selepas menyumbat beberapa puloh gol sebelum tercedera dan memberi peluang kepada drog mengambil kasut emas musim lepas, TETAPI TIDAK malam tadi!

Aku melakukan beberapa tumbukan padu keudara bermula awal sekitar jam 10 malam. YA! Beberapa jam sebelum Manchester United membuat sepak mula,aku telah melakukan SATU TUMBUKAN PADU KE DAGU SENDIRI gara-gara untuk memastikan aku terus berjaga. Semua bahana menonton perlawanan pasukan paling bosan Chelsea bermain. Bosan ya amat, aku terpaksa lakukan larian setempat, makan kueh lapis 2,3 round, push up dan sit down (bukan up).

Aku tak mahu terlelap, takut nanti terlepas pula perlawanan bolasepak sebenar jam 12.30am.

Mujur aku menukar siaran ke channel, err...aku tak ingat pulak, tapi dokumentari bertajuk RAMPAGE. Kisah riot sana sini seluruh dunia. Berbagai aksi manusia seluruh dunia aku tengok dalam program itu.Menunjuk perasaan, keganasan ketika tunjuk perasaan di Korea, USA dan sebagainya. Tiba-tiba aku tersedar, menonton aksi manusia hilang pertimbangan akal fikiran lebih mengujakan dari aksi Chelsea? Gila babi!



Di Old Trafford, sebelum sepak mula, Wayne 'The Rudeboy' Rooney dihadiahkan Sir Matt Busby Player of the Year award. Memang sesuai!

33minit kemudian beliau membuka semula akaun golnya dengan begitu yakin mengambil tendangan penalti yang SAH apabila Giggs dijatuhkan, berbeza dengan tendangan penalti Lampard yang diselamatkan secara 'insult' oleh penjaga gawang Stoke - agaknya penalti dapat secara 'dive' la tu..apa lagi taktik nak cari gol gandingan penyerang Chelsea!

Old Trafford dirangsangkan lagi dengan larian Nani pada minit ke 50 sebelum membuat bidikan tepat kegawang gol untuk menambah jaringan Manchester United menjadi 2-0. Alhamdullilah..
The Hammer memang jadi tukul besi berkarat bila Nani sekali lagi membuat hantaran bola tanggung dalam botol Roslin Hashim kepada Berba yang melakukan llibasan pari dan seluruh Old Trafford klimaks!

Inilah bolasepak sebenar yang tidak bosan. Manchester United membuktikan kematangan dalam permainan sebenar, tidak seperti pasukan yang menjaringkan 6 gol diawal musim tetapi 'sampai awal' dalam permainan.

Glory Glory Manchester United

24 Ulasan:

LuciusMaximus berkata...

Hi Jorji!

Kap berkata...

counterattack menarik.

la liga punya cerita tak kan tak ada?

Encik Akmal berkata...

Hai j or ji!!!

BanDeLa berkata...

yes...sampai awal...kehkehkeh

brandon flowers berkata...

berseloroh benar ye menang 3-0.

keli berkata...

Haahaha.... btl gak time chelsea main mmg bosan. Sume kastemer kdai mamak sunyi sepi je...aku yg tgh lepak mengeteh pon bley tido sambil minum teh.Tp kenapa kem MU ade 3 pengulas.....TRIBUTE TO KARDIO....wakakaka

iKHwAn berkata...

huh gol penaltiii.. kardio pun boleh score.. kakakak..

Berbo berkata...

wuhuuu berbatovv

Gua! berkata...

penalti tu kasik can je rudeboy tu score.kang balik teghiyak macam mamat liverpool tu..ha ha ha ha ha

r.k berkata...

penalti tu bagi can untuk sape2 yang ada rooney dalam fantasy . thanx rooney .

KTBFFH .

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

inzal tengok berba nye gol...

SFB berkata...

1 tumbukan padu ke udara... yeah yeah....

talkIZcheap! berkata...

lampard pon kasik can je kat sape2 ade Sorensen utk dpt point lebih... tak dilupakan jgk Sorensen yg bagi can kat sape2 yg ada drogba dlm fantasy team... :PP

linda radzi berkata...

huh macam mana la tak jadik legends..
kalau camni, sumer player manure pun boleh jadik legend.
dengan sokongan pegawai perlawanan, boleh la jugak tumbuk2 ni..
kalau tak, sampai ke sudah laa jawabnya menunggu.
berbatov tu pulak siap tolak defender lagi nak bagi clearkan ruang depan.
kalau camtu, lipat pari dua kali pusing cam ong bak pun sempat lagi..
gol nani, takde komen.
brilliant individual effort. hmm takde la brilliant sangat. tapi good jugak laa..
tapi saspek, defender dan golkeeper kena bayar sebab nampak tak sungguh2 nak stop bola tu..

ketika komen ni ditaip,
torres baru je first timer bola bagi masuk gol..
tapi tak secantik first timer giggs tu.. uwek!

talkIZcheap! berkata...

Linda: Klasik!

blitz berkata...

linda : jom la main futsal seround.. nak juga tgk skill u main futsal.. adakah sehebat tangan u menulis komen..

Slurpp berkata...

gol torres tuh bek west brom da kene rasuah 100k suh bg torres skor. saje je buat tanak tahan.padehal bleh je kalu nk tahan.bola sng je pun. bg bek msia konpem xgol.

keli berkata...

Gua nk cdgkn Linda sebagai pengulas kem liverpool(tgk! aku eja liverpool penuh x main2)U nver walk alone Linda..

top_ace7 berkata...

gua syak, Berba akan start scoring spree again macam dekat hotspur dulu. and someone has to take some pressure off Wazza. and he's the man !

Berba memang mantap lipat gunting kain.

Jarr berkata...

pasni berba kena belajar mcm mana Lipat Maniam plak.

Cesc Luzeza berkata...

bro jarr..macam nak main takraw lak ni..hahaha..

Jarr berkata...

hahahaha...tu la pasal.kalau main takraw tak pandai lipat maniam, maknanya tak khatam lagik..hahaha.

kareem berkata...

Ape da..tgk gol berba pun penduduk Old Trafford boleh klimaks ke?xpower betul fans manyur..

pessa berkata...

Bosan la tgk game man u...serius

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...