Peh, marah juak-juak EPL bila selera bola mereka disentuh terutama peminat no.1 J or Ji dan Lucius Maximus yakni anonimous, errr..Kareem yang bijaksana.
Okey, intro tak ada kaitan dengan entri.
Intro sebenar - memandangkan Sokernet sudah semakin kaya, dua minggu lepas bahagian akaun telah memperkenankan fund untuk saya pergi membuat laporan perlawanan liga Korea secara terus tanpa bantuan internet.
Maksudnya pergi ke stadium, tengok bola depan mata, bukannya melalui siaran langsung Astro atau bak kata Kareem yang bijaksana, menonton highlight (untuk La Liga).
Berikut adalah ulasan bergambar perlawanan tersebut.
World Cup Stadium
Ada pentas pertunjukan. Moga-moga kroni-kroni FAM bolehlah menghulur dana buat benda-benda macam ni. Alaa, tahun ni tak ganti kereta mewah takpe kot?
Home team
Makwe jual merchandise Seoul FC
Benda ni diberi percuma. Boleh dilipat dan ada dua kegunaan - satu sebagai kipas dan satu lagi bila dilipat dan tepuk beramai-ramai akan menghasilkan bunyi untuk menaikkan semangat home team. Sekali lagi, dana untuk tukar kereta mewah tahun ni boleh digunakan oleh pegawai-pegawai yang terlibat untuk disalurkan kepada benda-benda free sebegini sebagai memeriahkan perlawanan liga. Not only finals!
Makwe-makwe cheerleader. Ini daya penarik utama sebenarnya. Boleh saja diaplikasi di Malaysia, tapi mungkin pakaian sesuai dengan konteks Malaya. Tambah-tambah di stadium Malaya biasnya dikunjungi oleh jantan-jantan Melayu yang tak pernah tengok perempuan. Dengan adanya insentif sebegini, stadium Malaya akan kembali meriah. Teori la. Bukan tak tau perangai lelaki Melayu, mulut cakap tak suka, dalam hati terkinja-kinja.
Game bermula garang. Awalnya Jeju FC (pendahulu liga) bertalu-talu mengasak Seoul FC (yang berkedudukan no.3 sebelum game bermula)
Conductor sorak. Sebelum game dia akan beri taklimat macam mana dan bila timing sorak. Ada beberapa papan tanda sorak dengan pelbagai kegunaan. Kalau gol, papan tanda lain, kalau nak sorak player, papan tanda lain.
ZASSS! Gol pertama
Lepas saja gol, terus ada bunga api
Conductor sorak angkat papan gol, makwe-makwe cheerleader menari dan penyokong bersorak ikut conductor sorak. Bapak meriahnya
Half-time ada sukaneka keluarga. Mak ayah dan anak-anak ikut bermain
Cheerleader menari tanda second half nak bermula
Gol kedua oleh Seoul FC, lepas tu Jeju FC terus main macam gampang
Bunga api lagi
Yes! Makwe cheerleader keluar balik dan menari. Saya amat berharap agar Seoul score dalam 7,8 biji lagi agar makwe-makwe ni keluar menari lagi
dari Afrika Selatan ke Korea Selatan
Time haus bersorak, makwe-makwe cheerleader itu pergi distribute coke secara percuma. Boleh buat di Malaysia, rujuk isu pegawai FAM tukar-tukar kereta mewah di atas
Game habis dan makwe-makwe Cheerleader buat tarian penutup sekaligus meraikan kemenangan Seoul FC dan seterusnya melonjak Seoul FC terpuncak klasemen
Dah habis game, balik.
1. Penyokong-penyokong Seoul passionate tapi tak agresif seperti orang Malaya. Di sekitar radius saya tiada carut-carut. Tak tau tempat lain.
2. Tiada monyet-monyet bersiul atau ber-uk-ak ketika makwe-makwe cun lalu mengambil tempat duduk.
3. FAM adalah badan sukan yang paling tak ada otak di Malaysia.
Sekian ulasan bergambar saya. Nanti-nanti saya ulas besbal.
37 Ulasan:
ade makwe joget2??
xboleh2..nik aziz marah nnt
takleh 1st, 2nd pun jadi la..
ceh! aku ingatkan fan Man Utd semua tak tahu apa2 pasal BS [bola sepak] selain pasal Man Utd!!!
point no.3 yg last skali tu mmg style lahh..
yg no.2 tu aku mcm ade terasa skit..ekekeke
waaa.
itu pun stadium lopong.
kalau buat dekat sini, gerenti macam kenduri kahwin.
bukan Malaysia woii..
"FAM ialah badan sukan paling tak ada otak dan bingai di dunia"
Puas hati!
makwe semua cun!
Makwe edar coke tuh HOT.
*****
Takde motif nak tukar kete mewah baru tiap2 tahun. Apa gila? Kebajikan player taknak jaga, stadium taknak upgrade ada hati nak tukar kete.
Yg baik dtg drpd Allah, yg buruk dtg drpd aku.
Korea Selatan dah ade Culture tu.
errrr... t-shir sokernet apa citer?
silap.. t-shirt!
makwe menari menari tu bukan Nik Aziz je yang marah bro, TUHAN lagi marah!
tiket 12000 lebih kurang rm32. kalau terhibur macam ni memang ramai orang pi stadium slalu..
"Bukan tak tau perangai lelaki Melayu, mulut cakap tak suka, dalam hati terkinja-kinja."
Macam cilaka statement.
Terbaik bro!
Nice one dude!
Agak2 kalau Seoul FC kalah, ade ke makwe tu nak menari terkinja2 camtu apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ni?
Nak paksa oarng datang stadium, tapi harapkan match aje jadi daya tarikan. Tak paham ke konsep marketing...buat la something nak promote match Liga Super dgn Liga Premier tu.
Yang kelab2 dgn FA pun satu hal..tunggu arahan FAM yang paling bingai di dunia baru nak buat promotion. Cuba tgk team kelantan..siap ada banner promote game, ajak rakyat jelata gi stadium. Mane tak penuh slalu?
Dah lupa tgk katne..tapi memang ada bukti dia..
mana muka pengulas?
taruk gambar kasut pengulas kat bangku stadium pun boleh. hehe. tapi ulasan nih memang mantap. kelu lidah (jari) nak komen apa. huhu
FAM = Fak Anak Mahathir
Abang Nazri, sila jawab soalan mudah saya.
Mengapakah kem ManU sekarang memerlukan 3 pengulas, berbanding dengan kem-kem yang lain?
a) Pengulas kem ManU pengecut
b) Pengulas kem ManU bacul
c) Pengulas kem ManU kecut telur
d) Semua di atas
E)pengulas Men Yu pemalas... asek menang je, kalo aku pon malas nak ulas... wakakak!! :P
tak de sape2 nak fowardkan entri ni kat FAM ke? kasi diorang tengok sekali
kardio, sila jawab soalan mudah saya.
Mengapakah profile anda tak disertakan dengan email anda seperti orang lain?
a) Anda pengecut
b) Anda bacul
c) Anda kecut telur
d) Semua di atas
haha.. terbaik blitz...
aku rase ko kene betulkan balik la statement ko. FAM ialah badan sukan paling takde otak kt dunia, bukan takat dlm malaysia aje.
lann shaukani .
hebat betul lu sampai yang buruk datang dari lu .
sultan bola bolen tengah padang teman orghang petame sampe.
gua tak sabar tggu ulasan besbal dr lu nazri..
abang kardio rebellious...i like..ya aa aww(tiru nazri)...
Tapi gua stuju ngan encik kardio..Kem arsenal ape cite?Pipiyapong dahla jahanam...
setuju dgn blitz...
sebagai peminat arsenal tegar, saya memohon dengan sepenuh hati agar pengulas kem arsenal please la kreatif skit. kalau tak boleh pun, rajin-rajin la post entry.
kem lain semua ada pengulas best, malu la kalau kem kita kena ejek bab ulasan. padahal tahun ni arsenal nak angkut semua piala ke emirates.
dan saya juga nak bagi cadangan, agar ketua pengarah sokernet, en.lucius supaya cari pengulas untuk kem manchester city. polling kat sbelah masuk nominee, takkan takde pengulas kot.
sekian sahaja cadangan dari saya. semoga pihak pengurusan mempertimbangkan dengan sehabis baik.
terbaik la Blitz.
Kardio layak untuk diberikan semua 'kualiti' yang tertera. haha.
GGMMU
Jom adijaya..kita jadi pengulas kem Arsenal..
zaiddin, kalau lucius approve, gua on je..
Dem.Tak jawab lagi ke kardio.Gua online ni semata-mata tunggu jawapan lu.
haha.. aku pn snggup gi cc nk tgk jawapan kardio.. jawabbbbbbb kardio.. plzzzz.. :D
kardio ni diam tanda setuju la tu kot.. memang dia ada semua 'kualiti' seperti di atas..
kardio.. kardio.. haha
Catat Ulasan