ANDA SEDANG MEMBACA

15

Yeah Terbukti Memang Sunderland Kelab Elit

Obefiend Weiland Ahad, Ogos 29, 2010 ,

Sunderland 1- 0 Money City Al Arabiyya Toyyib


Tadi Sunderland menang 1-0 dengan Manchester City. Walaupun sudah berbelanja 130 juta pound sterling , pasukan Man City gagal membolosi pertahanan Sunderland yang hebat. Sunderland melakarkan kemenangan hasil jaringan dari penalti Darren Bengkok di masa tambahan. Dengan itu D Bent sudahpun menjaringkan 2 gol untuk musim ini. Satu lebih banyak dari The Scouse Pele - Wayne Rooney.


Apa? Korang gelak dengan Sunderland? Korang ingat Sunderland team cak ayam ke? Harus diingatkan Sunderland bukanlah kelab bankrap tak ada duit nak bayar gaji pemain macam Barcelona. Bukanlah kelab yang menjual top player bagi melangsaikan hutang pajak gadai macam Manyoo dan Liverpool. Ini kelab ada maruah bai. Tak main jual-jual player pasal nak mengimbangi buku baki bawa bawah.

Minggu lepas City tapau Liverpool 3-0. Maka terbuktilah minggu ini Sunderland lebih hebat dari Liverpool dan City. Nak bukti lagi? Season lepas Sunderland tapau Liverpool 1-0 ehsan gol bola pantai.

Welcome to the top 4 Sunderland.



15 Ulasan:

Zinedine Zaiddin berkata...

Awatnya Adebayor tu macam siamang aje ghopenye...

Jiraya berkata...

club with no football spirit....

syahid berkata...

kahkahkah...galaktikos englahn!!

talkIZcheap! berkata...

ramai gak player ManYoo pindah atau loan kat sini...

talkIZcheap! berkata...

maksud aku Sunderland, bukan Citeh...

Mukmin Selamat berkata...

steve bruce!

.Gory. berkata...

" Astaga, kenapanya aku tinggalkan Arsenal untuk ke kelab Top-Four-wannabe? Sepatutnya aku ke Sunderland!" teriak Adebayour.

fikiranlicin berkata...

ahhh...Sundalland. Gua masih ingat lagi bagaimana chairman Sundalland hampir2 sarung Jersy Red Giant..gua masih ingat Niall Quinn oii..

aranhellstorm berkata...

fikiran licin: aku pun masih ingat..sekali tiba2 tak jadi plak..haramjadah punya niall quinn.

keli berkata...

Gua tgk Citeh lwn smbil mkn kurma Yusuf Taiyoob. Enak dimakan begitu saja.

tsubasa berkata...

bagus².. aku suka. goodjob sunderland...

mat berkata...

bola pantai... aduhh, teringat sejarah silam

Jarr berkata...

aku setuju komen zinedine zaiddin, ade"terlebeh"bayor muka sejibik cam siamang..ceh kurus pahala pose aku mengata orang arini..eh saling tak tumpahla dia ni ngan siamang..demn.

LS berkata...

city kalah. yes!

Unknown berkata...

@keli

kurma Yusuf Taiyoob mmg terbaikkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...