ANDA SEDANG MEMBACA

9

Inter Milan

Abdul Sokernet Rabu, September 08, 2010 ,
It’s back!

Liga bola sepak utama Eropah kembali menghantui peminat sekalian. EPL, La Liga, Serie A mahupun Bundesliga, kini sudah memulakan sepak mula. Sudah pasti liga-liga ini jauh lebih menarik daripada Liga Super dan Liga Perdana anjuran FAM, yang “entahpape” mutu permainannya. Liga Bangladesh pun lagi seronok di tonton rasanya. Semoga orang-orang yang berada di kerusi empuk FAM, tersedar daripada “koma” yang dah berapa lama. Tapi, semua tahu. Ianya merupakan angan-angan kosong seperti angan-angan England menjulang Piala Dunia.



(Editor: Sandarkan Pada Kenangan. 1966 World Cup)

Ok, bukan nak bercerita tentang “rompakan” FAM terhadap khazanah bola sepak Negara tetapi nak bercerita tentang Serie A Itali sebenarnya. Ya. Mungkin ramai yang berasa bosan dengan Serie A kerana kebanyakan corak permainan pasukan yang bermain dalam Serie A adalah defensive dan membosankan. Tak seperti La Liga, EPL apatah lagi Bundesliga yang pantas. Malahan sekarang ini Serie A berada di kedudukan keempat dalam rangking liga terbaik Eropah selepas EPL, La liga dan Bundesliga.Tetapi, percayalah Serie A mempunyai dramanya tersendiri. Dan Serie A season 2010/2011 semakin menjadi menarik dan terdapat kemungkinan berlakunya pemecahan dominasi pada musim ini.

Serba ringkas tentang Serie A, ianya telah bermula sejak tahun 1929. Sebelum itu, dari tahun 1898 sehingga 1922, kejohanan dimainkan mengikut wilayah-wilayah di Itali. Juventus merupakan pasukan paling berjaya dalam sejarah serie A dengan 27 gelaran Scudetto, Inter dengan 18 gelaran dan Milan 17 gelaran.

(Editor: Boleh bikin Wallpaper ye? Klik untuk imej besar punya)

Antara ciri-ciri menarik Serie A, juara Scudetto akan diberi penghormatan untuk memakai lambang bintang pada jersi mereka musim berikutnya sebagai juara Itali. Stella d’Oro al Merito Sportivo" merupakan antara penghormatan tertinggi dalam bola sepak Itali. Pasukan yang telah memenangi 10 gelaran serie A akan dikurniakan satu bintang pada jersi mereka dan bertambah satu bintang lagi untuk 10 gelaran serie A yang seterusnya. Setakat ini, hanya Juventus( 2 bintang), Inter (I bintang) dan Milan( 1 bintang) yang berjaya memperoleh penghormatan itu.

Sebab apa Serie A pada musim ini semakin menjadi lebih menyengat? Tidak dapat tidak, disebabkan perubahan jurulatih kebanyakan pasukan utama. Rafa Benitez untuk Inter, Massimialano Allegri untuk Milan dan Luigi Di Neri untuk Juventus. Ketiga-tiga kuasa utama Serie A memperkenalkan jurulatih baru.

(Editor: ... )

Inter Milan mungkin paling terjejas kerana The Special One, Jose Mourinho telah meninggalkan mereka untuk Real Madrid. Dan tempatnya diganti oleh Rafa Benitez, lelaki Sepanyol yang telah membawa kepada malapetaka kepada pasukan “sandarkan pada kenangan” musim lepas. Mungkinkah tsunami akan berlaku sekali lagi di San Siro? Nantikan pada Mei 2011 atau lebih awal, sama ada lelaki reject Sepanyol ini, terus berdiri mencium trofi atau sekali lagi ditendang mencium padang.

Mengapakah Serie A musim ini menjadi lebih menarik? Tengok sahajalah transfer window di Serie A. Dua pemain bernama besar, Zlatan Ibrahimovic dan Robinho menyertai Rossoneri (The Red and Blacks). Sememangnya tonik terbaik bagi Milan dalam merampas kembali Scudetto daripada musuh sebandar Inter. Dengan penambahan Ibracadabra dan Robinho, kuartet serangan Milan yang sudah diisi oleh Ronaldinho dan Alexandre Pato, semestinya akan menjadi ancaman kepada mana-mana pasukan di Itali.

(Editor: Robinho. Harap mung dapat main unlike while you were in Citteh)

Inter pula masih mengekalkan teras yang sama seperti musim lalu. Juventus pula berjaya mendapatkan Milos Krasic, yang dianggap sebagai pengganti kepada Pavel Nedved. Selain turut berjaya mendapatkan secara pinjaman Alberto Aquilani, pembelian gagal Rafa Benitez di Merseyside, Armand Traore, Simone Pepe dan Fabio Quagliarella. Roma pula mendapatkan Marco Boriello secara pinjaman dari Milan. Secara kasarnya, memang Milan yang kelihatan berkuasa sekarang ini. Tapi bola itu bulat dan bulatnye bola itulah yang menyebabkan Liverpool Fc bermain di kejohanan kelas dua Eropah. Memang terbaik!

(Editor: Baby jaga diri baik baik, nanti balik Liverpool jadi star okay?)

Musim ini, adakah Inter berjaya mempertahankan gelaran mereka? Milan mampu merampas kembali Scudetto? Juventus berjaya bangkit daripada tsunami musim lepas? Adakah Roma berjaya mencelah dan menjulang kejuaraan Scudetto buat kali ke-4 dalam sejarah? Ibracadabra dan Robinho mampu menyerlah? Atau Milito dan Sneijder sekali lagi yang mencuri tumpuan? Siapakah pengurus yang akan di tunjukkan jalan keluar musim ini? Benitez? Allegri? Di Neri? Tak lupa juga siapakah yang akan tersingkir ke Serie B?

Drama Serie A baru sahaja bermula.



9 Ulasan:

LS berkata...

On paper, memang nampak attacking Milan terbaik, tapi kalau ikut team punya stail main, Inter lebih menyerlah.

Jarr berkata...

kau ni anti Liverpool ke apa?citer serie A Liverpool lak kau petik..air stokin penah minum?

SFB berkata...

hahah rilek jarr... kurang phala pose nanti..

linda radzi berkata...

ntahnya..
apa jadah tiba2 nak petik2 liverpool ni.
pastu nak kait2kan benitez plak masa kat liverpool..
naper tak kaitkan dengan juande ramos je masa kat spurs.

sebelum2 ni, memang susah juga nak dinafikan kalau ada orang cakap permainan dalam liga itali agak hambar..
ada benarnya juga di situ..
saya juga menyaksikan sendiri dimana kucing saya tersengguk2 menahan mengantuk ketika menontonnya..
kalau bagi tengok EPL, cergas je. tak payah lahap tongkat ali pun.
setelah disajikan dengan pertunjukan two-horse race musim lalu,
dan juga piala UCL yang dibawa oleh pasukan yang selain ac milan,
harapan peminat pada musim ini haruslah lebih bersemangat.
ditambah lagi dengan kemasukan pengurus2 berprofil tinggi,
sepatutnya ia akan jadik lebih terbuka.
sebab bila tengok team itali bertemu sesama sendiri dalam liga tempatan mereka,
mmg bosan gila tengok dorang main.
komentator pun dengar cam lain macam je..
tangan ni gatal je nak picit remote nak tukar ke cinta kirana.
tapi kalau tengok team liga itali lawan team dari liga lain,
baru la nampak sikit permainan tu.

talkIZcheap! berkata...

sebab fan Liverpool senang sentap kot, tu yg dia suka banding2 ngn Liverpool tu kot??

Mukmin Selamat berkata...

malapetaka?

first season dapat uefa CL cup? malang betol dapat cium eufa CL cup tu.

cukup-cukup la entri menganjing eks-eks Liverpool tu.

WassapBerasap berkata...

Tapi Seria A boring gilaa... last2 season kalo tgk, siap bole tertido2.. too taktikal laa.. baik tgk bundesliga.

Unknown berkata...

urh. fon tulisan x sesuai. mood nk baca hilang. sekian. selamat hari raya

Joe Milano berkata...

Power!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...