ANDA SEDANG MEMBACA

17

Klinik Futsal Sokernet Bersama Birthday Boy Pipiyapong


Ya, Klinik Futsal Sokernet datang lagi!

Melihat kepada kejayaan klinik futsal edisi pertama bersama Abang Lucius, Sokernet mengambil keputusan untuk sekali lagi menganjurkan klinik futsal edisi yang kedua pula.

Klinik Futsal Sokernet Bersama Pipiyapong

Tempat : De Stadium Futsal Subang (03-80249778 kalau sesat)
Alamat : Lot 862 Jalan Subang 8, USJ19 Taman Perindustrian Subang, Selandia Baru.
Tarikh : 24 September 2010 bersamaan 15 Syawal 1431H
Waktu : 9.30 malam hingga 12 tengah malam

Kepada semua pembaca Sokernet, khususnya pemuja Pipiyapong dan bolasepak ART, sila datang beramai-ramai untuk mengimarahkan majlis.

Antara pengisian program klinik futsal ini ialah:

1) Mendalami seni bolasepak ART mengikut falsafah Arsene Wenger, Thierry Henry dan pastinya Pipiyapong Abdillah Hamzah.

2) Meraikan ‘belated birthday’ Pipiyapong. Ya, Pipiyapong juga sambut birthday macam kita semua!

3) Merapatkan silaturahim antara pengulas dan pembaca Sokernet, antara Diego dan Nazri, Bungwahab dan Lucius, Kardio dan Fdausamad dan sebagainya.

4) Mengasah bakat-bakat terpendam. Kalau ada lah.

Aturcara majlis (tentatif):

9.00 – 9.30 : Ketibaan para peserta klinik futsal berserta WAGS masing-masing dan pendaftaran peserta

9.30 – 9.40 : Ucapan alu-aluan oleh Pipiyapong diikuti nyanyian Allah Selamatkan Kamu oleh para perserta khusus untuk Pipiyapong

9.40 – 9.50 : Taklimat keselamatan oleh Nazri dan sesi memanaskan badan dibawah kendalian Awi Rui

9.50 – 10.00 : Bacaan doa oleh jemputan khas Al-Fadhil Ustaz Fdausamad

10.00 – 12.00 : Sepak mula dan sepak bola

12.00 merangkak ke Subuh : Sesi post mortem dan minum-minum sambil mengupas dan mengkritik persembahan setiap peserta (moderator: Jorji)

Bagi mereka yang berminat bolehlah hadir. Peluang sebegini tak datang bergolek tiap-tiap hari. Banyak ilmu yang nak diturunkan oleh Pipiyapong nanti. Kalau terlepas yang ini terpaksalah tunggu sampai Prof Arsene Wenger turun Malaysia nanti. Tapi kalau ikut gaya Arsenal sekarang yang tak menang apa trofi pun, memang lambat lagilah.

Seperkara lagi, jangan letak harapan terlalu tinggu untuk dengar Pipiyapong bersuara. Orang ART ni banyak diam. Kita harap diam-diam ubi lah, bukan besi.



Para graduan Klinik Futsal Sokernet edisi pertama dulu. Dengar cerita 90% dari graduan dah disambar oleh Arsenal, Chelsea, Manchester United dan Kelantan Red Warriors

17 Ulasan:

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

kah kah kah! Macam jahanammmm

farwalis berkata...

betul. current job gua ni, ajar berbatov lipat gunting.

nampaknya berhasil.

lepas ni gua try dia ajar score dengan gaya tandukan terbang lak

LS berkata...

Aiseh! Tak dapat hadir. Again Happy Besday Bro PP!

tsubasa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MOFASAD berkata...

kah kah...

pipi tendang ke laut!!


macam haram! upload gambar gua takde!!!

bengkek luci!

hahahaha


takdehal

team gua mai.. dengan harapan kemenangan besar ke atas team sokernet 4-0 jadi 8-0 plak...


*luci.. di stadium tu ang letak ko9rdinat... senang gua nak guna GPS.. dah la sesat ari tu! macam haram!!! sek bek nampak pipi dekat jalan sesak! hahaha

tuan director berkata...

jauh la

Pet Shop Boys berkata...

Pipiyapong...the first local Blogger Celebrity.

Happy Birthday Pipi

BraderDiego berkata...

apa yang terjadi antara gua dengan nazri?

Wanturd™ berkata...

weh. ramai bakal sesat ni. haha. futsal ni belakang carefour baru usj19 ni.

blitz berkata...

kalau linda radzi datang, gua datanglah..

fikiranlicin berkata...

dem. taim gua dekat Kanada , taim tu lah klinik segala.Cunt!

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

duhh! teringin sgt nk main ngan korang...

Tabok berkata...

bola padang pleaseeeeeeeeee!

Unknown berkata...

bro requested change avenue pleaseeeeee....to sport planet ampang

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

booking dulu baru mintak tukar! jangan main nak change je.

farwalis berkata...

benda esok, pastu mintak kat sport planet ampang?

perghhhh... nak men kul 5 pagi ke apa?

Azlan Zed berkata...

gua harap rosicky dapat turun... baru art!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...