ANDA SEDANG MEMBACA

4

Perjuangan

Abdul Sokernet Rabu, September 08, 2010 ,
Pertandingan diperingkat antarabangsa yang telah lalu, sedang dan akan berlangsung dalam kancah bolasepak Negara, kita maklum bahawa skuad Harimau Malaya berada dalam posisi yang tidak menentu namun itu bukanlah posisi selayaknya dengan segala fasiliti dan kemudahan yang kita ada sekarang walaupun patut disyukuri.

Tetapi bagi peminat dan penyokong tegar HarimauMalaya baik di Lembah Kelang mahupun di belahan kota yang lain di penjuru dunia dapat sentiasa mendukung secara langsung ataupun tidak langsung adalah suatu kebanggaan walaupun tidak dapat mengikuti setiap perlawanan kerana komitmen kerja atau hal-hal yang lain. Namun berkat doa yang tulus serta harapan yang menggunung tidak pernah putus untuk dilimpahkan ke atas kejayaan skuad HarimauMalaya.

Dari semua itu yang tak dapat dinafikan pada setiap perlawanan yang melibatkan HarimauMalaya adalah kehadiran penyokong setianya yang selalu memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi sebagai sebahagian daripada menunjukkan kesetiaan mereka kepada Negara tak terkecuali bagi peminat yang dilabel sebagai lalang.

Kehadiran mereka disamping memberi semangat juga memberi ‘warna’ disetiap perlawanan. Mereka adalah generasi-generasi Ultras yang terinspirasi dari semangat juang para penyokong dari Eropah tetapi tidak lupa akan budaya dan undang-undang yang didaulatkan di Malaysia. Mereka adalah generasi-generasi penerus kejayaan HarimauMalaya dan kebanggaan sebagai Ultras Malaya.

Di mata mereka yang belum mengenal ertinya budaya menyokong akan terlihat dan akan terakam satu nilai kejujuran,kesetiaan dan suatu nilai perjuangan untuk meraihnya.
Semakin kerap mereka hadir memberi sokongan, semakin banyak nilai positif dan semakin menebal semangat nasionalisme mereka berbanding mereka yang berkiblatkan bolasepak Inggeris, yang mengagungkan arena modern football sungguhpun nyata tiada apa yang baik dengan tindakan mereka yang seakan lupa bahawa mereka adalah rakyat Malaysia. Mereka membalas, walaupun kami berbaju merah atau biru tetapi kami tetap menyokon HarimauMalaya. Persoalannya bila mereka tunjukkan warna mereka hitam kuning kerana tidak pernah penuh stadium bila perlawanan melibatkan HarimauMalaya sebaliknya kedai mamak penuh sesak bila terdapat perlawanan dari Liga Inggeris?

Mungkin ini bukan sekadar mimpi sebahagian besar pejuang-pejuang ini. Atmosfera bolasepak tidak hanya dirasakan oleh orang-orang lama, namun dapat juga dirasakan oleh penyokong lalang dan lebih tinggi nilainya untuk Ultras Malaya. Tidak ada yang mustahil jika kita mendidik mereka dan merintis semangat mereka dan mula menempatkan mereka dikelompok kita di stadium (curva) sebagai sebahagian nilai kebudayaan bolasepak dan nilai nasionalisme yang tinggi seperti yang dapat kita saksikan betapa ‘berjuang’nya penyokong-penyokong di liga-liga Negara Balkan.

Ultras Malaya. Cinta mereka suci murni tak mengenal populariti tak kenal publisisti,cinta mereka sejati tak mengenal situasi tak mengenal prestasi. Cinta mereka mulia tak mengenal kuasa,cinta mereka putih tak mengenal perih. Cinta mereka ghairah tak mengenal lelah, tak mengenal menyerah. Dan banyaknya perasaan cinta mereka ini diungkapkan pada wajah-wajah mereka yang penuh makna dan dizahirkan pada kain rentang mereka yang tergantung di pagar-pagar sekitar stadium.

Sayang jika benih cinta mereka yang tumbuh berkembang tanpa bunga dan menghasilkan buah. Keringat dan rasa sayang mereka jangan sampai menjadi hampa dan sia-sia kerana sisi hitam bolasepak itu sendiri. Cukup bagi tragedi Red Warrior dan Laskar Kuning, setidaknya untuk mereka memahami disamping sukan bolasepak itu adalah hiburan dan mimpi-mimpi kecil yang indah untuk diraih.

Bagi mereka yang terus berjuang dan ingin berjuang bersama kami, semoga dapat menghafal setiap baris bait-bait pencetus semangat untuk wira kita dan menjadi penyokong tegar yang militan. Jadikan lapangan sorakan kita bukan sesuatu untuk ditertawakan bangsa lain, sesuatu yang jadi bahan jenaka dan cemuhan mereka. Jangan kita dikenali sebagai pencetus kekecohan, janganlah kita dilabel dengan gelaran perusuh, tetapi biarlah barisan hadapan pejuang ini diketahui dengan sifat kerasnya menyokong, tak akan pernah berhenti mempertahankan daulat Negara dan sanggup mati deminya.

Kelak kita tidak hanya bangga menjadi bangsa Malaysia tapi akan lebih bangga jika spirit dan kesetiaan tanpa batas akan diwarisi oleh generasi seterusnya secara hakiki dan penuh erti. Tuhan tidak mengirim kemenangan,kejayaan dan keberuntungan dalam kehidupan bila tiada perjuangan,pahlawan dan ianya tidak diwarisi.

“Hingga ke titisan darah terakhir..”

ULTRAS MALAYA


P/S : kredit kepada Freddie Marciano untuk artikel ini, Beliau merupakan salah seorang Ultras Malayayang menyokong dan terus menyokong skuad Harimau Malaya. Hatta yang datang melawan itu Manchester United mahupun Chelsea...



4 Ulasan:

adijaya berkata...

1st

Alke berkata...

1. Ultras Malaya - Superb name!
2. Hingga ke titisan darah terakhir - Tertarik!!

memang da bomb!!!!

performance Tiger sekarang bisa membuat aku lupe pada FAMangkuk.

Luca DK berkata...

asyik-asyik meor...

asyik-asyik meor..

gua nak holden!

print berkata...

Ultras Malaya memang true.
Gua respek!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...