ANDA SEDANG MEMBACA

6

Pengadil Kontroversi Kantol Bawak Kokain

Obefiend Weiland Khamis, September 23, 2010 ,
Masihkah lu ingat?

Pengadil penuh kontroveris dari Ecuador, Byron Moreno ditahan di Lapangan Terbang John F Kennedy kerana cuba menyeludup masuk 10 paun (6 KG) kokain pada tubuhnya. Byron Moreno ialah pengadil yang dituduh makan suap oleh pasukan dan peminat Itali setelah pasukan mereka kalah pada perlawanan pusingan 16 Piala Dunia 2002. Beliau ditahan di US kerana kelihatan cuak semacam setibanya di JFK dari Ecuador. Pegawai kastam yang curiga melakukan body search dan menjumpai 10 bungkusan dadah yang dibungkus didalam plastic pada seluar dalam yang dipakai Moreno. Bagi perisa tambahan kepada kokain kalau letak dalam spender. Cepat high.



Dalam perlawanan kontroversi menentang Korea Selatan , Itali kalah mengejut 2-1. Franceso Totti dibuang padang, gol "kemenangan" Itali dibatalkan kerana offside dan penalti tidak diberikan keatas kekasaran pemain Korea.



Selepas Piala Dunia, Byron buat hal lagi. Dalam satu perlawnan liga Ecuador, Byron memberi masa tambahan selama 11 minit! And you guys complained about "Fergie Time" !. Akibat penambahan masa yang melampau, Byron Moreno digantung 20 perlawanan. Sejurus selepas itu beliau bersara dari menjadi pengadil.

Ketua pasukan Itali pada tahun 2002 apabila diminta memberi komen tentang penangkapan Byron berkata

"Gua rasa sejak 2002 lagi dia dah ada kokain dalam badan dia. Bukan dalam seluar dalam dia seperti semalan"

SUMBER KARDIO

6 Ulasan:

Lann Shaukani berkata...

Nak juga tuh Sumber Kardio. Kahkah

Zinedine Zaiddin berkata...

Ape kes ada Sumber Kardio..? mcm la dia baca lg blog ni..lama dh x nampak dia..

talkIZcheap! berkata...

dia pegi baca sumber dia la tu...

Jiraya berkata...

tak boleh blah muka ref, rasa nak shoot jea sekali kat muka dia.

alan zed berkata...

haha. steady kardio... eh ref...

Holden Caulfield berkata...

tgk mata dia pun cam high je kah kah kah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...