Red Warriors yang tidak pernah membakar kerusi stadium, tapi sebaliknya membakar semangat juang pasukan Kelantan musim 1994
Rasanya tak ramai yang kenal Rosli Ismail. Hatta mereka yang selalu bakar mercun dan kerusi stadium serta mengaku penyokong kuat Red Warriors pun mungkin tidak tahu siapa Rosli Ismail yang sebenarnya.
Rosli Ismail mungkin tidak sefemes rakan sepasukannya yang lain, seperti Halim Napi atau Hashim Mustapha. Mungkin juga tidak sehandal pemain-pemain Red Warriors masa kini. Tapi bagi mereka yang benar-benar menghargai bolasepak sebagai sukan rakyat (bukan sebagai medan buat perangai nate beruk) maka mereka pastinya tahu sumbangan Rosli Ismail buat Negeri Tanah Rendah Sekebun Bunga.
Rosli Ismail bermain sebagai bek kiri Kelantan ketika awal dekad 1990-an. Beliau bukanlah pemain utama skuad Kijang Emas (masa itu jolokan Red Warriors belum ‘in’ lagi) tetapi lebih kepada pemain simpanan. Oleh kerana itu Rosli Ismail lebih banyak memanaskan bangku simpanan atau sekadar bermain untuk perlawanan Liga Simpanan.
Dalam penghujung saingan musim 1994, Kelantan yang berada di posisi pertengahan Liga-M berdepan dengan masalah kekurangan pemain. Zahasmi Ismail dan Halim Napi telah digantung sepanjang musim, sementara Wan Ezila Daud dan V Sundram Moorthy pula mengalami kecederaan. Kelantan tewas mengejut 1-0 kepada Perlis di Kangar, pasukan bawahan Liga-M.
Namun dalam perlawanan yang sama dalam Liga Simpanan, pasukan simpanan Kelantan menewaskan pasukan simpanan Perlis 4-3 selepas pada mulanya ketinggalan dengan dua gol. Salah seorang pemain yang menonjol dalam perlawanan itu ialah Rosli Ismail.
Kejayaan tersebut membuka ruang buat Rosli Ismail dan beberapa pemain simpanan lain bermain untuk kesebelasan utama, menggantikan tempat pemain utama yang digantung atau mengalami kecederaan. Kelantan mula menunjukkan peningkatan positif dengan Rosli Ismail bermain untuk hampir semua perlawanan skuad Kijang Emas seterusnya. Malah pada satu masa beliau bermain 90 minit penuh selama 3 perlawanan berturut-turut.
Apa yang hebat sangat bermain dengan 90 minit penuh selama 3 perlawanan berturut-turut?
Mungkin ia perkara biasa buat Norshahrul Idlan Talaha atau Indra Putra Mahyuddin. Tapi bagi Rosli Ismail ia satu pencapaian luar biasa. Luar biasa kerana Rosli Ismail adalah seorang bekas penghidap penyakit polio.
Diserang polio ketika kecil, Rosli Ismail mengalamai kecacatan fizikal kekal. Kaki kirinya lebih kecil dari kaki kanan. Dan seperti mana bekas pesakit polio yang lain, beliau sebenarnya tidak boleh melibatkan diri dalam aktiviti fizikal untuk tempoh yang terlalu lama. Doktor sebenarnya menghalang Rosli Ismail dari bermain 90 minit penuh.
Pun begitu, Rosli Ismail masih berdegil. Beliau sedar Kelantan kekurangan pemain ketika itu dan mereka perlu mengutip mata sebanyak yang mungkin untuk layak ke saingan Piala Malaysia (kelayakan hanya untuk 10 pasukan teratas liga). Atas sebab itu beliau terpaksa bermain 90 minit penuh untuk Kelantan. Kesan darinya Rosli Ismail mengalami kesesakan nafas dan selalunya muntah selepas perlawanan kerana tekanan fizikal yang melampau.
Semangat juang Rosli Ismail dan rakan sepasukan yang lain berjaya membawa Kelantan ke saingan Piala Malaysia. Mereka bagaimanapun gagal melepas saingan peringkat kumpulan, berada di dasar Kumpulan B yang turut dihuni Kedah, Selangor, Johor dan Terengganu, terperosok di dasar tanpa sebarang kemenangan.
Apa kisah Rosli Ismail hari ini? Sokernet cuba menjejaki beliau tetapi nampaknya tidak berhasil. Rosli Ismail tidak memenangi apa-apa trofi bersama Kelantan yang ketika itu bukanlah sebuah kuasa bolasepak Malaysia, tetapi pengorbanan beliau untuk Kelantan disebalik kekurangan pada dirinya hendaklah kita kenang dan hargai.
Inilah semangat Red Warriors yang sebenar. Semangat yang perlu dibawa oleh setiap Anak Kelate yang bertandang ke Bukit Jalil nanti. Bukan semangat bakar mercun atau kerusi.
36 Ulasan:
ini patut under s! True Sokernet Stories ni..
curik balik jpeng dari cerita Mario Balloteli aritu. letak kat atas..
btw.. nice gila entry ni.
polio for the win
'Tapi bagi mereka yang benar-benar menghargai bolasepak sebagai sukan rakyat (bukan sebagai medan buat perangai nate beruk)'
Cheh sempat lagi...hahaha!!! btw elok diselitkan kisah2 sebegini,kalau boleh setiap minggu seorang pemain dari setiap negeri...!!! kipidap!
kudos bertambah kudus ini entri
respect
bersemangat jugak nak membacanya..
nice entry bro...
entry marbeles dan ohsem. tq kerana sudi berkongsi ilmu
klimaks lucy....klimaks....
harap2 sek2 klate dok wak hal teruk2 sabtu nih
nie baru hero bola sepak sebenar.jasamu dikenang.terima kasih kepada mr lucius dgn entry yg mengharukan.
lucy ni selalu buat aku rasa cam nak men bola balik tau..
tak suka tau..
haha.. thumbs up!
terbaik!!..
Hashim Mustapha mane weh?kahkahkah!
like. very like.
ji, ekau kono cito plak psl lejen nogori. baru la balance.
nak tgk hashim mustapha pergi bukit jalil die pembantu sathia
inspiring~
sangat meneruja.cetak banyak2.bagi player Kelate baca....
nice entry.teruja.
buat flying flyers elok ni kat BJ .. takde la nak gocoh sajo ..
ore mudo lo ni buke kena pun pemain lamo , supo la mace ambo pun .
aku dpt goosebumps bila baca entri ni
terima kasih, penulis.
sokong!
aku pelik...ktan lwn sgor-bakar stadium/gaduh
ktan lwn nsembilan-gaduh/panas
ktan lwn johor (zaman johor pakar seri dulu) - pun gadoh gak
apesal gedebe sgt fan ktan ni ha?
sorry la,korang mmg dh bagus,penuh stadium...tp tolongla sportmanship sket
pastu kalo ktan ketinggalan jgn la boo....ni baru kena 1-0 dh boo player....apedaaaa
yang pegi stadium keje bakar-membakar tu, kalau sruh turun padang main bola, haram tak tahu tu...
tapi ada jugak yg bakar2, tp bagus orangnya..
yang bakar2 ayam atau ikan kat luar stadium, diorang tak kacau orang... ;P
oh ya, btw, nice lucy... :D
gomo kelate gomo!
very good entry sokernet!
i janji akan terus berkhemah kat sini dan membaca kesemua entry you all. pengalaman dengan penyokong kelantan, diorang mmg amuse :)kalau tak cari pasal bukan kelantan namanya...tp my buddy selalu ckp jgn layan, buat bodo aje... sbb kalau kita layan apa dorang ckp hatipun sakit dan tak boleh fokus kat game tengah padang...
apapun semangat dan sokongan depa,no doubt! hail hitler la red warriors...hehehe!
hye nazurah aishah.
i bkn org kelantan..:P
masa Zahasmi ngejek player Teganu tu kawe ado stadium hehe. tapi budok lagi la maso tu
sekarang dah berkerjaya nak tengok bola dengan aman. pergi dengan selamat, balik dengan selamat. gocoh2 bagi orang lain.
talkischeap: gi tengok final bola dop? ko komen kat sokernet sedap lagi? hehe
tiket mahal..wakakak!!
talk is cheap..
ticket is expensive??
hahaha
lucy, sambungan Ngap Sayut dah siap? :p
kawe kenal nih...
Tau je Kelantan masuk final gua dah ambik kontrak ganti kerusi di Stadium Bukit Jalil...mesti masyuk beb.
sape nk tiket lebeh...kawan i cancel last minit..die jual rm35...roger2 k
area cyberjaya
-mai 0124414164
@abeih: Lolzzz!! Kemah, kemah...
terbaik!
lucius maximus, jgn tekejut kalo sultan kelantan bagi ko darjah kebesaran sebab entri ni. NICE!
yeyyyy...
stadium tak terbakar tahun ni cuma banyak sampah sahaja :D
congrats red warriors!
nice artikel well done!!
kelate pom kemah keming hehe
kemah kemin boh! btul, AKU SAKET POLIO BUKAN KERNA NAMA...
Catat Ulasan