ANDA SEDANG MEMBACA

28

Temubual Eksklusif bersama Pengurus pasukan Johor FC

FdausAmad Khamis, Oktober 14, 2010
Seperti yang di janjikan, Sokernet telah menghubungi pengurus pasukan Johor FC, saudara Md Faizal Abdullah untuk mendapatkan pandangan beliau tentang perkembangan khabar angin penggabungan pasukan Johor FA dan pasukan Johor FC. Beberapa perkara lain yang menyentuh isu semasa bolasepak Malaysia turut dibincangkan.


Ikuti temubual eksklusif yang julung kali dikendalikan oleh pegawai Sokernet:


Excerpts:


Bahang Piala Malaysia semakin panas, jadi rasanya sesuai untuk kami interview Encik Faizal sedikit sebanyak mengenai bolasepak Malaysia terutamanya kejayaan Johor FC memasuki suku akhir setelah menewaskan Perak. Harap pihak tuan dapat memberi jawapan padat dan panjang lebar kerana kami percaya pihak tuan lebih mengetahui inside story dalam scene bolasepak Malaysia untuk kita kongsi bersama seluruh peminat.

Sokernet:
Perasaan selepas melihat Johor FC wakil tunggal pasukan kelab yang layak ke suku akhir Piala Malaysia? Peluang untuk menang berdepan dengan Pahang FA dalam saingan suku akhir?

Faizal:
Alhamdulilah kami bersyukur dengan pencapaian setakat ini yang merupakan tahun ketiga berturut turut JFC berjaya layak ke suku akhir Piala Malaysia.
Bagi kami, peluang masih lagi terbuka buat kedua-dua pasukan kerana Pahang juga merupakan sebuah pasukan yang kuat dengan pemain-pemain & jurulatih yang baik/berpengalaman jadi ia akan menjadi satu cabaran yang getir buat JFC.

Sokernet:
Prospek kelangsungan pasukan kelab dalam bolasepak Malaysia memandangkan sokongan peminat masih banyak tertumpu kepada pasukan negeri?

Faizal:
Saya percaya prospek kelansungan kelab dalam bolasepak Malaysia adalah cerah berdasarkan kepada beberapa faktor:

i) Keperluan di peringkat nasional bagi memperkembangkan bolasepak sebagaimana termaktub dalam Statut FIFA dan juga FAM. Struktur yang melibatkan kelab adalah salah satu cara paling mudah dan cepat bagi memperkembangan sukan bolasepak memandangkan jika terikat dengan struktur berasaskan negeri sahaja, Liga Malaysia akan terhad kepada 14 negeri + KL sampai bila-bila. Saiz liga tertinggi yang dicadangkan FIFA adalah sekitar 20 pasukan setiap divisyen sebagaimana digunapakai di Eropah ;

ii) Faktor kewangan dimana penglibatan syarikat2 serta agensi2 terbesar di negara ini masih terhad – saya fikir dengan insentif dan approach yang betul banyak lagi syarikat/GLC/agensi akan berminat bagi menubuhkan pasukan (kelab) bagi menyertai Liga Malaysia. Potensi kelab berdasarkan syarikat/GLC/agensi di dalam bolasepak negara ini sangat besar memandangkan mereka memiliki sumber yang mencukupi bagi bersaing selain yang paling penting, memahami kepakaran pengurusan serta “governance culture/system” yang baik ;

Sokernet:
Reaksi terhadap cadangan oleh Johor FA untuk menggabungkan Johor FA dan Johor FC dalam satu pasukan tunggal mewakili negari Johor? Adakah ianya tindakan yang bijak atau sekadar langkah mudah oleh Johor FA setelah pasukan negeri pimpinan mereka gagal menyerlah?

Faizal:
Pertamanya, perlu ditekankan yang buat masa ini, perkara tersebut masih lagi di peringkat cadangan di mana masih belum ada apa-apa kata putus yang ditetapkan.
Kedua, di dalam peraturan Liga Malaysia, tidak ada istilah “penggabungan”. Ini bererti salah satu pasukan mesti menarik diri selepas “penggabungan”. Dengan mengambilkira tradisi bolasepak negara ini, cadangan tersebut akan akhirnya menjurus kepada penarikan serta kemungkinan pembubaran JFC.

Secara peribadi, saya melihat setiap pandangan atau cadangan berdasarkan kepada objektif serta meritnya. Berdasarkan kepada apa yang disiarkan di media, matlamat utama cadangan tersebut adalah bagi mewujudkan satu pasukan yang kuat bagi negeri Johor dan mengelakkan “kekeliruan” di kalangan peminat bolasepak negeri Johor kerana ada lebih dari satu pasukan yang mewakili negeri ini.

Dari segi meritnya tidak semestinya dengan “penggabungan”/penarikan diri JFC, pasukan negeri Johor akan menjadi lebih kuat. Banyak faktor lain sebenarnya mempengaruhi pencapaian pasukan dan ianya tidak akan boleh dicapai tanpa penat lelah dan pengorbanan. Meskipun dihimpun bajet kedua-dua pasukan Johor dan JFC, kejayaan tidak semestinya dapat dicapai.
Dari segi kekeliruan kerana kewujudan lebih dari satu pasukan di dalam sesebuah negeri, saya fikir peminat bolasepak sebenar tidak akan keliru kerana mereka mengetahui setiap pasukan yang bertanding dan secara “conscious” akan memilih pasukan yang mejadi idola/sokongan masing-masing. Jadi rasional ini bagi saya tidak begitu relevan.
Dari segi motif sebenar cadangan itu, saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi.

Sokernet:
Bolehkah bolasepak Malaysia terus dengan campur aduk pasukan negeri dan kelab? Atau kita perlu mengikut jejak negara Eropah dan menumpukan pada penubuhan kelab sebagai pasukan bolasepak domestik?

Faizal:
Saya fikir boleh dengan syarat fikiran terbuka dan semangat kerjasama yang ikhlas dapat dibentuk demi kemajuan bolasepak Negara.
Dari segi pembangunan bolasepak terutama bagi menjadikan bolasepak satu industry/produk, memang struktur berasaskan kelab saya rasakan mempunyai banyak kelebihan tetapi berdasarkan tradisi dan sejarah bolasepak negara ini, struktur berasaskan kelab sahaja tidak mungkin dapat diwujudkan dalam masa terdekat.

Sokernet:
Secara peribadi, bagaimana anda melihat quality bolasepak di msia sekarang berbanding era 80 an dahulu?, mengambil kira kejayaan Korea dan jepun yang sudah ke piala dunia.

Faizal:
Kualiti bolasepak negara secara umumnya mencapai sedikit kemajuan dari pelbagai segi berbanding era 80 an. Perbincangan mengenai faktor2 “stagnant development” ini telah terlalu banyak dibuat tetapi kita perlu fahami yang kita tetap mencapai kemajuan.
Malangnya dalam masa sama negara2 yang lain seperti Jepun/Korea malah di Asia Tenggara Thailand/Vietnam juga meningkat & maju dengan lebih cepat dari kita. Secara relatifnya kita tertinggal jauh meskipun dari segi “absolute” tetap ada kemajuan dicapai.
Secara peribadi saya kurang gemar apabila setiap kali polemik ini dibuka, perbandingan dengan nama2 besar dari era terdahulu dibandingkan dengan pemain2 masa kini kerana permainan telah berubah dan yang lebih penting lagi structure/environment/technology bolasepak telah jauh berubah. Nostalgias are OK sometimes but it won’t bring us anyway, especially not forward.

Sokernet:
Ramai lebih cenderung menyalahkan FAM kerana pada mereka kemerosotan bolasepak kita sangat bergantung pada kualiti pengurusan. Pendapat anda?

Faizal:
Secara peribadi berasaskan pengalaman saya yang terhad ini, FAM bukan penyebab kita gagal meningkat sebaik Jepun/Korea etc. Mereka mempunya ramai pegawai/petugas yang bekerja kuat & terbuka kepada cadangan. Sebagai contoh, dari segi urusan administration & management FAM banyak membantu memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada JFC dan berdasarkan inilah system/urustadbir JFC dilaksanakan.

Memang hakikatnya FAM tidak sempurna dan banyak aspek yang boleh diperbaiki lagi tetapi bagi saya mereka sentiasa berdepan satu kekangan yang besar – ahli-ahli gabungan mereka sendiri yang kebanyakannya terdiri dari PB negeri (bukan semua). Mungkin ramai yang akan marah tetapi bagi saya hakikatnya ahli-ahli gabungan FAM ie negeri2/persatuan lain spt PB Melayu/India/Cina dan termasuk juga “to an extent” kelab2 yang sebenarnya bersalah. Bagi saya – “We claim we are the football people in Malaysia & as such if football in Malaysia failed, we all failed” bukan FAM sahaja. Ianya adalah collective failure mainly due to conflicting interests : most State/Club FAs in Malaysia rather win the Malaysia Cup/Super League than seeing Malaysia becoming a world beater. That is their priority because it is their key objective.
Mungkin saya silap tetapi itulah impression yang saya terima.

Sokernet:
Kita memiliki banyak akedemi bolasepak.sekolah projek bolasepak sejak lebih 10 tahun lalu.namun hingga sekarang keberhasilan program sebegini masih menjadi tandatanya. Di mana silapnya?

Faizal:
Refer jawapan di atas & kekangan kewangan.

Sokernet:
Bila agaknya Montel akan kembali sponsor Johor fc?

Faizal:
Montel masih menyumbang kepada JFC tetapi dari segi penaja utama, syarikat penaja kami adalah Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim). Untuk makluman Montel merupakan antara brand yang dimiliki oleh Kulim.

Sokernet:
Kami tahu anda dulu belajar di Canada. Macam mana sana?, ada main bolasepak untuk universiti?

Faizal:
Saya ada bermain di peringkat kelab yang diwakili pelajar2 dan komuniti muslim setempat (kebanyakannya dari Libya, Iran, Arab Saudi) di dalam liga Kingston, Ontario. Di peringkat university, cuma intra mural games/antara fakulti. Tidak dapat mewakili pasukan universiti mainly kerana faktor kekurangan fizikal (coverline – sebenarnya memang tak bagus pun:))

Sokernet:
Ok ni soalan last..apakah kelab EPL anda?

Faizal:
Malu nak sebut takut di anggap copycat. Tapi saya menyokong mereka sejak zaman kecil kerana pemain seperti Bryan Robson, Norman Whiteside, Frank Stapleton, Arnold Muhren. Just remember we endured a very depressing 80’s:)

Sokernet:
Edi helmi pakai scrump cap itu hari memang cool:)

Faizal:
FYI Due to injury



Sokernet:
Terima kasih en faizal kerana sudi meluangkan masa untuk Sokernet.


Faizal:
Thanks for featuring JFC in your blog and looking forward to the end product.


Semua jawapan adalah raw tanpa edit.

28 Ulasan:

Holden Caulfield berkata...

Glory Glory Johor FC!

gua walaupun penyokong ultra selangor sejak dulu,tapi gua ada deep respect dengan johor fc.

physawleepart berkata...

hari ni jumaat ke???

ayobkelubi berkata...

Hidup Johor FC!.

Aku memang tabik habis kat kelab yang satu ni. Lihat saja bagaiamana mereka boleh maintain dalam menjaga kewujudan kelab ini. Ini yang sebenarnya boleh diambil sebagai contoh untuk semua pihak pentadbiran bolasepak berasaskan negeri. Bukannya dengan membuat satu pakatan licik untuk melingkupkannya!.

Sekurang-kurangnya sedikit sebanyak orang Johor masih ada lagi pasukan untuk di"boast"kan untuk jadikan modal dalam sesi pengajingan sempena Piala Malaysia ni. Nak harapkan Johor FA?.Jahanammm,mmg jahanammmmm.

Kamonlah Johor FA.Kamu yang dalam tu semua berteraskan keinginan untuk mengaut seberapa banyak yang boleh dalam pembolehubah yang kita namakan duit tapi tgk Johor FC?. Derang pun mmg ada kaut jugak kot tapi dalam masa yang sama derang nak kaut juga all the gold, glitter and glory. baru ngam!.

Sepatutnya urusan mengenai bolasepak ini diberikan kepada mereka yang betul-betul "heart" dengan sukan ini, bukan lantikan diatas pandangan-pandangan berbau politik.

Alasan untuk mengelakkan kekeliruan tu memang aku tak boleh nak terima!.nonsense!.

Aku telefon sepupu aku kat johor. Tanya dia, orang johor react macam mana bila tahu cerita gabungan ni. Dia cakap...kat area Pasir Gudang tu.berpuluh sepanduk dan kain rentang menentang pengabungan ni.

Lihat?. Masih tak nampak ke Johor FA?. Betapa sense of belonging (pinjam terma lucius) orang johor masih kuat untuk melihat kejayaan negeri mereka dalam arena bolasepak tempatan walaupun datang dengan bentuk yang dinamakan sebagai team kelab, bukan team negeri.

Sepupu aku cakap, sejak akhir-akhir ni memang JFC dapat sokongan padu, stadium boleh kata penuh jugaklah.

Kamonlah JFA. Bangun dari tidur. Kalau dah tak minat, letak jawatan, jangan guna cara yang licik lagi busuk untuk selamatkan diri sendiri!.

Hidup Johor FC!.

HASRUL NIZAM berkata...

HIDUP JOHOR FC! KAMI PECINTA BOLA SEPAK MALAYSIA MENENTANG PENGGABUNGAN DENGAN JOHOR FA...

p/s: pecinta bola sepak Malaysia dan pecinta wanita, bukan pecinta FAM... hu3

Jarr berkata...

anjakan paradigma..syabas pidomat.

bindo berkata...

keep it up sokernet!
long live malaysian football!

amxar berkata...

politik sial dalam pentadbiran fam mahupun pentadbiran pasukan bola negeri yg berjaya melingkupkan aspirasi memajukan bolasepak negara...

next year flip flop ting tong punya dasar nak bawak balik pemain luar masuk Malaysia... dulu2 buktikan bahawa kemasukan pemain luar banyak mengisi ruang pemain striker n midfield... dan kemasukan pemain luar mencurah2 itu jugalah yg berjaya menghancurkan prestasi pasukan boa negara akibat kekurangan pemain striker dan midfild yg berkaliber...

time goes by, dan fam yg penuh dgn kejijikan dan kebowdohan ultimate bolasepak mengundur masa... mengulangi lagi... sindrom down pasukan bola sepak negara...

tak cukup dgn masalah itu, timbul pula politik busuk menghapuskan pasukan kelab yg lebih berjaya dari pasukan korup sengal negeri. Malang kpd rakyat johor kerana politik membusuk hati dalam pentadbiran haram jadah pasukan negeri yg retarded mengendalikan memajukan bolasepak negeri... ambik laa jalan mudah ngap sumber pemain dan kaliber pasukan kelab johorfc...


akhir kata... Lingkuplah bola sepak negara lagi 20 tahun selagi sultan bola tidak mati...selagi anak beranak sultan bola yg tak tahu apa2 menguasai fam... selagi pegawai politik merangkap pemimpin korup umno membawak politik busuk kedalam fam dan menghancurkan fam dan bolasepak Malaysia menjadi sama2 retarded dan senile seperti mereka...

al-rashid berkata...

good job!

[ a D D y h A I K A L ] berkata...

beliau adalah fan man u

HASRUL NIZAM berkata...

dulu2 pemain import ade dlm liga malaysia=bola kite memang lingkup, ngan thailand pon bleh kena samapi 7 gol, memang taik. Then pengharaman import = mula naik sikit especially bile menang emas sukan sea, tapi itu tak cukup. Lepas ni nak bagi balik pemain import masuk balik, rase2 aku makin melingkup bola kite ade laa... banyak team amik import sekadar tangkap muat, kualiti xde, bagus lagi player malaysia, lepas tu sombong2 plak player import ni(sesetengahnya) especially bile diorang main ngan youngsters kiter... cilake kan :P

HASRUL NIZAM berkata...

harap2 aku x out of topic hu3

encik azuwan berkata...

xde interbiu dengan penyokong lak ke?hehe..

aranhellstorm berkata...

bagi aku ada player import rasanya lagi meningkatkan kualiti player yang ada. tapi masalahnya player import yang bagaimana? amek import tapi macam lahanat pun tak bagus juga untuk pembangunan bola sepak negara.

tapi bagi aku, polisi yang flip flop macam FAM selalu buat tu lah yang lagi menjahanamkan lagi pembangunan bola sepak negara.

Obefiend Weiland berkata...

soalan montel muncul! YEZZAAAAAAAAAA

Kay berkata...

problem paling besar bola malaysia adalah politik!

reformist101 berkata...

Aku harap Sokernet dapat menemubual pula taikun Singapore yang nak beli Loserfool pulak..

babystrokes berkata...

Jikalau JOHOR FC & JOHOR FA bergabung, saya memang sakit hati! Sebagai penyokong, saya percaya kita berhak untuk menyuarakan sesuatu & kita sendiri dapat menilai performances antara 2 team tersebut, memang kami di Pasir Gudang ada menggantungkan banner² untuk memboikot penggabungan tersebut.. Saya berharap pihak yang berkenaan dapat memahami luahan hati kami sebagai penyokong JOHOR FC..

"JANGAN KUBURKAN JOHOR FC"
"WE LOVE JOHOR FC"

JOHOR FC terbaik !!!!!!!!

Azizan berkata...

aku sebagai anak johor di perantauan membantah keras cadangan "penggabungan" johor FC dengan johor FA.

"JANGAN BUNUH TEAM KAMI"

hellghast berkata...

aku anak jati Johor dan penyokong kedua2 team baik Johor FA dan Johor FC menentang keras penggabungan ini! Hidup Real Madrid!!!
punca bola sepak tak maju = Sultan bola!

AlexiaAqram berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
AlexiaAqram berkata...

johor fc je. MPPJ selangor, bekas juara piala malaysia yang dah berkubur tak nak cerita ke?

hidup black widow!

hellghast berkata...

dah berkubur nak buat ape cerita,menang piala pastu berkubur,sia2 aje menang piala.
btw dah entry tentang masalah yang dihadapi oleh Johor FC,takkan nak bincang lain cerita nanti lari tajuk.

r.k berkata...

ghua terbayang jugak , kalau-kalau jadi gabung , ada rusuhan ke tak ?

hmm ...

haziq berkata...

norman whiteside juga di hati..hehe

Alke berkata...

Lucius Maximus, ur the man!!! anyway, aku support Faizal jadi presiden FAM!!!

Luca De Ketiak berkata...

soalan edi helmi muncul! YEZZAAAAAAAAAA

Ejoi berkata...

Harap boleh lihat foto-foto sepanduk yang menentang penggabungan itu di dalam Sokernet kelak.


sekian.

syamil berkata...

Majulah sukan untuk semua.
Buat interview banyak banyak lagi sokernet.
Good job and well done

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...