ANDA SEDANG MEMBACA

74

2 Kemenangan, 2 Seri, 6 Gol Dan Seorang Maut

Lupakan kelab bawahan seperti Liverpool, ini bulan Piala Malaysia.

Jang Pekena Singa Masak Lomak Cili Api

Negeri Sembilan 1
Perlis 0



Shahurain Abu Samah ketika memperbudakkan budak Kelate dulu-dulu (bukan malam tadi punya gambar)

Juara bertahan, Negeri Sembilan memulakan saingan suku akhir dengan langkah kanan apabila menang tipis 1-0 ke atas Perlis di Paroi. Jaringan tunggal pemain tengah Shahurain Abu Samah pada minit ke-50 cukup untuk mengukir senyuman di wajah Ebby Yus dan Jorji, dua penyokong fanatik Jang, walaupun Shahurain Abu Samah sebenarnya lahir di Kajang, Selangor (saja selit fakta). Bekalan satu gol akan dibawa oleh juara bertahan dan Jang sekalian ke Kangar pada 15 Oktober bila berentap dengan Perlis di gelanggang keramat mereka Stadium Utama a.k.a. Lion’s Den (ala-ala Milwall gitu). Adakah tuah akan menyebelahi Wan Jamak yang bongkak atau Yunus Aliff mempunyai rencana tersendiri menundukkan juara bertahan, kita nantikan debarannya.

Penyu Dan Kenari Terikat

Terengganu 2
Kedah 2



Peteh jumpa Pulun = Seri

Lain pula ceritanya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, maaf terlupa pula stadium itu dah runtuh. Lain pula ceritanya di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, pasukan pelawat Kedah gagal memanfaatkan peluang walaupun mendahului skuad Penyu sebanyak 2 kali dalam perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh RTM. Seawal minit ke-23 Baddrol Bakhtiar terlebih dulu meletakkan Hijau Kuning di depan. Pemain Kedah yang dikenali dengan nama panggilan ‘Bad’ ini pernah berlatih bersama Chelsea sebelum ini. Tetapi pada minit ke-73 Joseph Kalang Tie kembali mengikat kedudukan melalui rembatan luar kota penalti. Pemain kelahiran Sarawak ini juga tidak kurang hebatnya, pernah menyertai latihan dua bulan bersama Hartlepool United. Meraikan jaringan dengan menjelir lidah serta menari di depan penyokong Kedah, Joseph kemudian dilayangkan kad kuning oleh pengadil yang tak berapa ‘sporting’. Kedah kembali di depan melalui Mohd Fikri Isa pada minit ke-51 hasil sepakan sudut yang disambut baik beliau. Ketinggalan, Terengganu melipat gandakan serangan dan kembali mengikat kedudukan pada minit ke-68 melalui Mohd Fikri Isa. Terengganu gagal mencari gol kemenangan sehingga wisel penamat dan nampaknya kini berdepan laluan sukar di Stadium Darul Aman Jumaat nanti.

Pasukan Kelab Merobek Jiwa Raga Sultan Bola

Johor FC 1
Pahang 0

Lawan tetap lawan, jangan tunduk pada persatuan negeri gila kuasa


Kita sudah sedia maklum perancangan halus untuk menguburkan Johor FC. Johor FA telah pun berbincang dengan FAM untuk memastikan rancangan mereka ‘menelan’ Johor FC berjaya. Dan seperti ditakdirkan, Johor FC telah ditemukan dengan Pahang, pasukan kesayangan Sultan Bola dan Pipiyapong. Khairi Kiman muncul wira pasukan berstatus kelab dalam menentang pasukan negeri yang dibiaya oleh duit jualan sayur Cameron Highlands dan duit jualan ‘sayur’ Genting Highlands. Gol jaringannya pada minit ke-59 cukup untuk memberikan tanda protes jelas dari sebuah kelab kecil yang stadiumnya tidak sampai separuh dari kapasiti Stadium Darul Makmur, tetapi besar jiwa penyokongnya.

Buntu Dan Maut Di Shah Alam

Red Giants 0
Red Warriors 0

Clash of Titans. Nasib baik Yob takde.


‘Old Trafford Malaysia’ malam tadi menjadi saksi kepada kebuntuan dalam perlawanan antara Red Giants dan Red Warriors, serta perginya seorang pencinta bolasepak kembali menemui Sang Pencipta. 50,000 penonton hadir ka Stadium Shah Alam dalam apa yang diiktiraf perlawanan suku akhir paling panas dan sensasi. Di satu sudut ialah para penyokong Selangor, dari Sabak Bernam hingga ke Sepang dan dari Klang hingga ke Gombak. Di satu sudut lagi padat macam sardin ialah penyokong Kelantan, dari Wakaf Che Yeh hingga ke Kompleks Pertama. Di tengah padang pula, P Gunalan dan Norshahrul Idlan Talaha dilayangkan kad merah setelah bertinju sesama mereka!

Perlawanan tidak disiarkan RTM tetapi mengikut laporan dari mereka yang bertandang ke stadium dan bernasib baik untuk masih pulang bernyawa, keadaan ibarat berada di Kabul, Afghanistan. Mercun dibaling oleh penyokong kedua belah pihak, sama ada kepada satu sama lain atau kepada abang FRU yang terpacak. Di tengah padang pula, kedua-dua pasukan gagal menyumbatkan sebarang gold an lebih banyak bermain secara agresif.

Penyokong Red Warriors baik dari Wakaf Che Yeh atau Kompleks Pertama yang ditempatkan padat macam sardin di satu sudut dikatakan mula bergerak masuk ke grandstand yang kosong. Tindakan mereka bagaimanapun dihalang oleh FRU. Dalam kesesakan inilah dilaporkan seorang penyokong Kelantan mengalami sesak nafas dan menemui ajalnya.

Perlawanan berkesudahan tanpa sebarang jaringan. Selangor bakal bertandang ke Stadium Sultan Mohamad IV dan kegagalan memenangi pusingan pertama di tempat sendiri bakal memberi laluan sukar buat Red Giants. Siapa-siapa orang Selangor yang ada merancang nak ke Kota Bharu pandu kereta sendiri berplet ‘B’, baik untuk tengok bola atau beli tudung di Wakaf Che Yeh, Sokernet nasihatkan tangguh dulu perjalanan anda.


Takziah dari Sokernet kepada ahli keluarga arwah dan semua peminat Red Warriors

74 Ulasan:

eJAI berkata...

syok wooo...Bukan game atas padang tapi 'game' luar padang...perghhh

eJAI berkata...

opp..ter1st plak..haha..ni 2nd ar ni..

Jarr berkata...

takziah buat keluarga arwah dan alfatihah.

arghh teghanu, harap korang semua dpt beat kedah kat Darulaman nanti.

rindukan Ariffin Osman ngan Frank Pastor...

iampali berkata...

mula bergerak masuk ke grandstand yang kosong

apa ke bodo sgt tak bukak grandstand tu..kan dah sesak

ieda berkata...

kerja bodo je gaduh sebab bola.. kan dah mati.. kalo mati bertempur dengan dajal takpa ni sebab bola.. sia sia..... apapun takziahh aku ucapkan..

p/s: dari anak kelantan di perantauan ...

snomed3 berkata...

steady sokernet!

AdamX berkata...

dgr kater 2 org yg meninggal.. sorang lg kena tikam ngan fan selangor.. Takziah kpd kedua2 keluarga..

BigMek berkata...

yess..!!pengurusan stadium shah alam yang pandai. yess!!

Kuwe berkata...

Aku tengah cari orang tulis pasal baling batu bata. Nak tengok betul ke idak.

Kalau lah betul. FAM nak kena banyak kerah buah fikiran ni, untuk mengharamkan stadium mempunyai unsur unsur batu bata, simen, mahupun plastik. Kerana ia membawa kepada kemudaratan.



Payah juga tu. Payah.

encik azuwan berkata...

harap sultan bola dtg stadium darul makmur 2nd leg nnt..kihkihkih..kata sultan berjiwa bola.

pjoe berkata...

"Siapa-siapa orang Selangor yang ada merancang nak ke Kota Bharu pandu kereta sendiri berplet ‘B’, baik untuk tengok bola atau beli tudung di Wakaf Che Yeh, Sokernet nasihatkan tangguh dulu perjalanan anda."

Pernah ke fans selangor pergi sokong team diorang kalau lawan kat kelantan?

Jarr berkata...

tapi aku muyskil, kalau betul, mcm mana dorang buleh bawa masuk batu bata?

zanetti_be berkata...

Aku cabar geng selangor datang ke KB.Menginap kat umah aku takpe.5 minit je dari stadium malah aku sendiri tolong beli 5 tiket untuk orang selangor.Lepas ini jangan salahkan kelantan kalau jadi apa-apa.ada geng selangor berani?lepas tengok bola kat stadium aku rela banjer mkn abc

BigMek berkata...

Ramai jugak orang percaya cakap bharian,metro,utusan hari ni.hari lain tak pecaye pulak.heran. keh keh keh

Ahmad Hamidi berkata...

diorang gaduh kat luar la

alan zed berkata...

"Pernah ke fans selangor pergi sokong team diorang kalau lawan kat kelantan"

kena tanya kelab penyokong selangor, pjoe.

biasa diorang naik bas...

x tau la ler nie...

Susuhunanan berkata...

"Aku cabar geng selangor datang ke KB.Menginap kat umah aku takpe.5 minit je dari stadium malah aku sendiri tolong beli 5 tiket untuk orang selangor.Lepas ini jangan salahkan kelantan kalau jadi apa-apa.ada geng selangor berani?lepas tengok bola kat stadium aku rela banjer mkn abc"-giler samseng gak ko neh..haha..arwah meninggal kene pijak dgn fan korg sendiri gak..so xbaek tudoh2..management stadium sengal tak open byk pintu keluar..al-fatihah ntok arwah..

Jarr berkata...

sentimen sentimen kenegerian ni tak perlu negatif.bila di negatifkan, camnila jadinye.dua dua belah penyokong kena banyak bersabar dan rileks.kalau nak ikut rivals, terengganu ngan kelantan dulu pantang berjumpa, baik dlm bolasepak atau luar padang.gaduh saje, tapi peredaran masa tu mengubah persepsi.

dulu kalau terengganu lawan kat kelantan, bas,keta,van terbalik, terbakar tu biasa.pastu bila kelantan dtg teghanu pon jadi benda sama.Sampai satu tahap, dah takde dah semua tu, sikap kena ubah dulu.ni general utk semua penyokong, termasuk aku.

jom gi makan.

p/s:pidomat, udoh udohle melayan lagu Maher Zain tu.moh kite makan dulu.Oh ye, semoga org rumah kamu cepat sembuh.selamat!

zanetti_be berkata...

samseng ke ayat macam tue? aku pelawa dengan ikhlas lagi bai..kalau ayat samseng buat pe lak nak ajak2 orang kan? sekarang semua orang ada otak bai.aku sendiri pun ada otak bai.hidup mahu pakai otak.salah ke aku nak ajak geng selangor tengok bola sekali.aku sendiri pergi ngan kawan selangor tengok bola semalam.

Taufiq Ali berkata...

bai...ade otak bai..keh..keh..keh..

takziah utk arwah..

pjoe berkata...

alan - kalau bagi tiket free pun yang jenis ada telur 18 pun tak berani pergi kot

nasz playersz berkata...

buang masa...layan PES lagi bagos

Hidup Sihat berkata...

daripada Pencipta kita datang, kepada Pencipta juga kita kembali. takziah untuk keluarga arwah.

abershavin berkata...

takziah buat keluarga arwah

jangan cemari kemeriahan bolasepak kita yg x berapa nk meriah ngn perkara mcm ni
harap-harap xde insiden balas dendam di kota bharu nanti

good luck to red warriors

kitt berkata...

disebabkan entry Jasa jadi Kenangan, aku pun sedap2 gak layan live kat tv nasional. tgk kedah main.Sedap gak cik Bad tu punya long shot2..xde la ke laut sangat..dua2 kaki hidup lak tu.

pastu second gol equaliser ganu tu kira cantik la utk tahap Mesia,siap golek kena tiang lagik.mamat tu pun nak celebrate ala kaka lagik kan.

(hehe..alih tumpuan skit..atas suma asyik cite game yg 0-0 tu je..)

nasr berkata...

sebelum ni ada yg pergi ngn trajedi bas di simpang 4. ni plak 'pergi' ketika berada di stadium. macam mane la agknye giliran kita nt. sm² la kita beramal spt kita akan mati esok hari. :)

AlFatihah kepada mereka yang telah pergi..

nasr berkata...

diaorg yg merusuh tu sbnrnya pergi nk tgk bola ke nk merusuh?? team diaorg main sure xleh nk concentrate.

lay berkata...

"Penyokong Red Warriors baik dari Wakaf Che Yeh atau Kompleks Pertama yang ditempatkan padat macam sardin di satu sudut dikatakan mula bergerak masuk ke grandstand yang kosong. Tindakan mereka bagaimanapun dihalang oleh FRU."

aku rasa salah ni bro. polis+fru yg bagi masuk sebab dah padat sangat. game malam td agak menarik tp sayang segelintir penyokong dua² pasukan macam sampah.

theyohan1234 berkata...

klau stadium kt england tempat duduk penonton btul2 tepi padang.(paling ketara kt stamfot bridge). Klau kt mesia, dh la jarak dgn track balapan, pastu ade pagar dan jaring plak..

klau stadium mesia buat mcm kt england, dh lama player2 kita arwah..

aranhellstorm berkata...

masalah fan malaysia ialah cepat teruja. Ramai orang je buat perangai. Plak tu yang buat perangai yang jenis datang sekali semusim tapi berlagak macamlah pegang pas bermusim. Aku pergi stadium dulu selalu jugak, tapi bila tak berapa ramai takde plak benda pelik2 jadi.

Apa pun Red Giant have to curse themselves for chances yang dilepaskan dengan sia-sia. At least 3 clear cut chance depan gol malam tadi tapi apakan daya defender kelantan tadah badan untuk pastikan gol tak bocor.

Selain dari aksi ganas dan terjahan kasar kedua2 pasukan dan penyokongnya. aku rasa game malam tadi best sebab tak banyak useless pass cuma banyak useless gerakan je...

Lucius Maximus berkata...

Aku setuju dengan Aranhellstorm. Peminat bolasepak Malaysia cepat teruja. Dan seperkara lagi ada kecenderungan bila dah beramai-ramai terkeluar perangai kera mendapat bunga.

Kalau tak baling objek agaknya memang tak sah kot? Satnika barang nak dibaling, dari cawan atau botol plastik hinggalah ke mercun. Itu belum kira perangai bila nampak awek lagi. Terpekik terlolong macam siamang.

Macam pernah Nazri ulas, di Korea ada tarikan gadis-gadis untuk ke stadium. Tapi rasanya di Malaysia memang tak dapat nak buat macam tu, lain pula jadinya nanti kot.

Mr. Schomey™ berkata...

kamon la TOKGAJAH! johor fc kita da bantai 3-0 kat home utk game superleague season ni. apedehal..

pipi kena aktif membekap sultan bola. takkan duk diam je kott.. keh3

top_ace7 berkata...

tak perlu nak hooligan sangat lah buat para penyokong. bahaya kalau excited sangat. kena beringat sikit.

MOFASAD berkata...

esok gua pergi maher zain..nak tanya dia sokong sel ke kel

kah kah kah!

abeih berkata...

alfatihah buat mangsa. berharap dan berdoa agar fan2 kat malaysia lepas ni berubah. pihak berkuasa pulak diharap berfikir pakai otak. dah tau game panas, apasal la dekat sangat jarak antara fan kelantan ngan selangor. bukankah pernah ada sejarah?

tahniah buat sokernet sbb dah cover liga M. harap2 musim dpan korg cover dari awal season lagi.

apapun, game selangor vs kelantan semalam bolehlah tahan untuk liga malaysia. passing x de la teruk sangat. cuma byk gerakan dipatahkan bukan di tengah tapi di kawasan defend. blehh tahan laju la game. berbaloi rm70 travel dari kb ke shah alam dengan adanya game yg baik dan fan yg passionate. bukti liga malaysia masih lagi org kita ambik tau.

SFB berkata...

ganas btol game2 Piala Malaysia thn ni. terutama Red Giants vs Red Warriors.

tp aku pelik la, nape juara kumpulan main home 1st game. Mmg format saja FAM mcm tu ke? ke yg buat format tu main copy paste dlm komputer?

huhuhu

SFB berkata...

semlm aku dgr komentator tu ckp sebelum habis siaran live tu:

Bolasepak Kita = Wajah Kita

Soalan cepu emas

Bolasepak Kita = Wajah Kita

or

Bolasepak Kita = Wajah FAM

???

hehe

aranhellstorm berkata...

Bolasepak kita = wajah Sultan Bola.

Kah kah kah kah!!!!

by the way lucy, satu perkara yang senang kita nak tengok orang tu datang stadium setahun sekali ke datang selalu, tengok je aksi depa time awek hot damn melintas depan depa.

kalau dia buat tak port je ngan awek tu sama ada dia gay atau memang true fan bola.

Kalau awek tu kena sorak....sah la, fan nilah yang datang dari jenis fan-poser-setahun-sekali-datang-stadium-konon-true

Noel Cienfuegos berkata...

semalam adalah hari yang cukup gelap untuk bolasepak. football riots serentak di malaysia dan italia yang dicetuskan oleh geng2 reds belaka. red giants selangor, red warriors kelate & delije red star belgrade serbia. suma nya berpunca dari sikap nasionalisme / asobiyah yang melampau. gegen fascismo!

aishah_conteng_je berkata...

saya bukan tak suka Kelantan. cuma...






Takziah :(
rasa bersalah pulak menyampah kat penyokong Kelantan.



Hobin!

Obefiend Weiland berkata...

hidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FChidup JOHOR FC

r.k berkata...

hidup Johor fc .. pasal batu-bata , portal kelantan FA ada cakap .. takkan portal rasmi pun nak kencing lagi kan .. lagipun portal tu dibuat untuk menaikkan nama Kelantan FA , so ghua yakin , batu-bata tu kes betul .

dua orang meninggal , ini tak keluar kat berita lagi ..

pasal sedium seat rapat dengan padang , sedium johor FC , seat memang rapat dengan padang .. memang sedium bola , takde trek ..

pasal kes ini , ghua tunggu berita keluar pasal dua kematian , setakat ni seorang .

pasal match di kelantan sabtu ni , orang Selangor , fikirkanlah keselamatan anda . Kerna nila setitik habis baju MU jadi biru . Bukan nak kata anda kecut atau apa-apa , tapi bila dah ramai dan masing-masing teruja , lu fikirlah sendiri ..

Untuk skuad Nismilan , korang memang goma monang kek tompek lawan , jangan buek hal pulak sesajo kalah . den nak poie bukit jaley laey poit .

palytoh berkata...

nasihat perjalanan perlu diberikan kepada warga selangor - wisma putra

Noel Cienfuegos berkata...

2 kematian? bia boto? media harap jangan bias la kalini, salah tetap salah tak kira la team mana pun.

kek kangar nanti, den harap wan jamak drop norizam, masukkan kocik tak pun asrap al jafri tu. karim pulak kono jadik deep lying midfil, biar halim botak main kat hole belakang striker. wing macam biaso la kunalan ngan ching. aih raso cam nak poie yo jemahat ni, tapi jauh sangat la pulak.

ijan berkata...

aisah..kte serupa...
bkn nkbnci dak klntan..
tp habit sglntir 2 mmg x leh d trime..

hobin jang hobin

julu berkata...

harap kebenaran kan muncul nnti.. ada yg ckap fan klate tu kene pukul sbb salah keluar pintu stadium..

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=157608397605135&set=a.100386689993973.652.100000679260261&ref=nf

nasr berkata...

we love you johor fc...

pakkordi berkata...

Kuala Lumpur!!

thenocturnalzulkhairi berkata...

gomo klate gomo dah xrelevan
gocoh klate gocoh!! ini baru betol!
:P

MONEY MAKING berkata...

SET-SET YG GADUH TU SET-SET HULU SELANGOR DAN ULU KELANTAN, MANA MARI TAU, MESTI SET-SET JAWA MANA NTAH VS GUA MUSANG, ORANG NAK TENGOK GAME PUN TAK SENANG....

MONEY MAKING berkata...

KALAU REPORT KAT FIFA NI BEST JUGA.....BIAR SEMUA KENA GANTUNG.....PENYOKONG DATANG 80,000 ORANG, SEAT BAGI 20,000 JE, SEMUA DAH SESAK NAFAS, BODOH KE APA FAS....NAK JAWATAN SAJA DALAM FAM...

MONEY MAKING berkata...

CERITA SEBENAR NYA, MAMAT SGOR NI INGAT YG MATI TU MEMBER DIA, DIA MENGAMOK TAK TENTU PASAL, ALIH-ALIH TENGOK MAMAT YG MATI TU MAMAT KELANTAN YG SESAK NAPAS, JADI DIA DAH MALU, MAMAT KELANTAN NI PULA INGAT MAMAT TADI YG BUNUH MEMBER DIA, JADI GADUH LAH....PUNCA NYA SESAK NAFAS SEBAB SEAT YG FAS BAGI TAK CUKUP.....PIKIR SENDIRI LAH

MONEY MAKING berkata...

JADI LAH MACAM TAN SRI ANNUAR MUSA, AWAL-AWAL DAH NAIK KAN TIKET KPD RM15 SEBAB NAK RAISE FUND 80k SUPAYA DAPAT TINGKATKAN SAFETY DAN SECURITY PADA PERLAWANAN-PERLAWANAN PANAS, TU PAAL DIA MENANG SBG TIMBALAN PRESIDEN FAM, TAPI SINCE BANYAK SGT WAKIL DARI FAS DALAM FAM, MAKA DIA DISURUH JAGA BOLASEPAK WANITA JE, WHAT A SHAME....

MONEY MAKING berkata...

KALAU NAK JADI MEDIA PILIHAN DAN BLOG PILIHAN TOLONG BAGI BERITA YG ADIL LAH, JANGAN NAK SENSASI DAN MENGIKUT EMOSI SAJA...

hellghast berkata...

ah!!! bosan.tak abis2 cerita giant tu giant ni,kasi sengat dengan lebah baru tau!

Luca De Ketiak berkata...

itu sebab gamaknya perak sengaja taknak masuk quater, takut benda2 camni jadilah.

so, penyokong perak semua, kita tengok sume orang gaduh yek..

Alke berkata...

MONEY MAKING, LU PEGI REPORT KAT FIFA LA, WA PUN RASE SETUJU NGAN LU, BEST GAK!! BIAR DUA2 TEAM KENA GANTUNG...TAK PUN MAIN STADIUM BERKECUALI. NANTI KALAU LU DAH REPORT, LU BAGITAU SAMA SOKERNET, KAMI SEMUA PASTI SUPPORT!! SERIUS BRO!! WA RED GIANT SUPPORTER, TAPI WA RASE ADE KONSPIRASI FAM NAK JAHANAMKAN SELANGOR SAMA KELANTAN....APSAL TAKDE LIVE KAT TV MALAM MARIN? APSAL FAM TAK HENGATKAN FAS OR SUPPORT FAS MLM MARIN? TU KAN DAH DIWARWARKAN GAME PALING HEBAT DAN PANAS TAHUN INI!! SEJARAH PUN PANAS...TAKKAN FAM TAK TENGOK KOT? KE TIDUR LAGI FAM? DAHLAH JUARA KUMPULAN MAIN HOME UNTUK FIRST LEG...APA PUNYA RULE NI!!! RULE SULTAN BOLA PELANCAU KA?!!!

adijaya berkata...

salam buat semua sokernetians,

lama jugak aku tak tulis komen kat sini, just jadi read-only-follower je sejak kebelakangan ni. nak tunggu arsenal topping-the-table dulu baru aku nak start aktif balik tulis komen. tapi apakan daya, krisis bolasepak negara telah memaksa aku keluar dari pertapaan ini.

piala malaysia?

kalau diikutkan, PM tidaklah grand seperti era bolasepak semi-pro suatu masa dulu. piala malaysia sekarang hanyalah pelengkap jadual dan ladang duit pegawai-pegawai FAM. piala keramat yg akan berusia 90 tahun itu tak ubah seperti api dalam sekam buat sultan bola.

lawak apa yg sultan tua tu dah buat sehinggakan jadual piala malaysia lebih bangsat daripada jadual liga sekolah-sekolah. 3 games dalam masa seminggu: 14, 17 dan 20 september. pastu 3,6 dan 9 oktober. kalau jadual mcm ni di apply kat hubungan intim, belum tentu mani akan keluar normal.

selepas habis group stage, timbul lagi masalah utk menentukan juara group. diorang buat bodoh je. memang anak haram pegawai-pegawai kat FAM tu. takde langsung guideline utk tie-breaker. jadual quarter pun tak berapa jelas. at least juara group main kat away dulu, baru ada advantage. tapi takpe la, boleh consider lagi. main home atau away bukan masalah.

jadi, secara keseluruhan, semua boleh tgk penganjuran piala malaysia tidak dibuat dengan serius. hanya utk cukupkan syarat je. itu belum termasuk match update yg tak pernah ada. nak tahu result kena tunggu esok, baca dlm paper.

walaupun banyak komplen yang dihantar ke dalam inbox gmail FAM, semuanya mcm takde tindakan susulan. pegawai-pegawai mereka baru start nak buat-buat sibuk bila dah ada penyokong yg meninggal kat stadium. buat FAS, kalau dah tahu byk penyokong yg datang, kenapa tak buka semua ruangan dalam stadium? takkan benda remeh mcm tu pun korang takde otak nak fikir.

buat semua penyokong kelantan, aku turut berkongsi kesedihan yg korang semua rasakan. jom kita sama-sama sedekah al-fatihah buat arwah. walaupun fans kelantan pernah robohkan pagar stadium darulaman tahun 1994 dulu, aku tak rasa kes yg terjadi kat stadium shah alam tu patut dipersalahkan 100% kat mereka. kalau FAS pandai handle, kes mcm ni mungkin boleh dielakkan.

dan aku rasa dalam kes ni, FAM yg celaka pasti akan memberikan hukuman ringan kepada FAS, atau tidak ada hukuman sama sekali. cuba imbas kembali, pertandingan liga super yg dijadualkan di stadium sultan mohd ke-IV tidak dapat dilangsungkan kerana hujan lebat dan padang dilimpahi air. team budu dinyatakan kalah 0-3. tapi bila lampu limpah stadium darulmakmur tidak berfungsi, boleh pula sultan tua nak mampos tu postphone game dan main kat KL. kegagalan disebabkan bencana alam dihukum 0-3 namun kegagalan teknikal manusia diberi penangguhan dan pindah stadium. inilah wajah sebenar bolasepak kita.

sebelum pen-off, sedikit pesanan:
kepada abg jarr – dijemput ke aloq staq utk tgk game kedah vs terengganu.
kepada kak linda radzi – lama tak nampak? merseyside derby this weekend ada peluang nak bangkit ke?
kepada lucius – post tentang sejarah bolasepak kedah memang terbaik.
kepada semua fans selangor – tgk 2nd leg kat tv je la ye. kalau pegi KB takut tak balik nanti.

abeih berkata...

fan selangor menjadi mangsa kebodohan FAS. ada ke patut bahagian atas fan selangor ada fan kelantan? senang la balingan dilakukan. di KB yg katanya stadium buruk still ada check2 poket seluar ni tapi kat Shah Alam apapun takde..


FAM..tmbah sikit dari adijaya..

khairul anuar baharom hantuk kepala - still lepas..

halim napi - terus kena.

bukan salah fan selangor, tapi ni bukti FAM yg bangang.



apapun, hujung minggu ni tak melepaslah match liga M ngan EPL..muahahahaha..bleh tgk liverpool kena plak..huhu

Ke berkata...

cube kire brape byk pemain yob dlm kelate ngan sela ngok ..
pihak yob disaran utk contact hicks n gillet yg tumpas di court sebentar td utk membeli semule player2 tersebut.. lol

Nazri berkata...

steady yop setedi, keh keh keh

SeMek berkata...

dengar² cite ada 4 buah bas Puteri UMNO Selangor nak mai Gua Musang nanti neh...! hehehe so apa cer..? tadak welcoming party ka...? Selangor tau... yak ar auwwww seme.. jenis ladies night belaka...! miahahahaaa

hobin jang hobin.......!!!

billionman78 berkata...

tamau gaduh2 la wei..hooligan bolasepak ni mana2 ada..

baik selangor, kelantan, johor, perak, pahang, perlis etc..

puncanya bila dah ramai, masing2 rasa kuat..pantang kena provok cepat je darah tu menyirap..

jangan asyik salahkan kelantan aje..selangor pun apa kurangnya...dulu aku pergi perlis pun pernah kena kepung..diorang tunggu sampai kul 11.30 malam..bas kena escort sampai changlun..itu pun sempat gak batu singgah sedas dua kat tingkap bas..hahaha

johorfc juara piala malaysia 2010!

theyohan1234 berkata...

banyak jugak vote kedah kt sbelah..
tp rekod kedah kt tempat sendiri agak kurang cemerlang berbanding tempat lawan..

kalau lagu ni kedah kena pulun sungguh lawan depa lepaih ni kt aloq staq..

pulun kedah pulun

mietxer berkata...

salam warge sokernet sekalian..
erm,aku nk citer sket psl ape yg tjadi kt stadium time slgor vs klate smlm..ni drp POV aku la..aku slh sorg fans klate yg bduyun2 dtg stadium..wlpn aku bkan dr wakaf che yeh..aku dok mengaji kt sek 17 ni jek..
1st skali, aku xbli tket sbb aku igtkkn ade jual tiket time nk msuk..rupenyer xde..aramm btol..ape la bengap sgt xjual tiket,of coz rmai yg nk bli tket mlm tu..tp xpelh tpakselh aku crik jln msuk..t'dgrlh org dok jerit.."cni2,tiket pree"..rupenyer pntu dh kolepse da..kah3..wlpon kne mniarap utk msuk,at least ble join tgk bola..msuk arr ape lg..xyah jd warge bdisiplin time2 cmni..
2nd..insiden bling mercun smpaila bling seat..air sirap yg xde rase kecuali kaler je merah terbang cm ade sayap..mmg xleh nk elak..tp ksian plak kt mamat resQ,xpasal2 jd target mercun klcc tuh..sorg tu terbang cm james bond mnyelamatkn diri...
3rd..ade stu time tu,most of the people kt tmpat aku dduk dok tgk org bling2 drp tgk match..bkan slalu dpt tgk aksi2 gtu..ye dok?
4th..aku dok tgkt ats skali..time nk trun tgge,ade ke ptut die wat hiway 3 lorong ade 1 exit je?ble plak die wat pntu,keadaan kt pntu tu mmg panas gile..kesukaran utk bnafas mmg dh trase bg aku yg sehat normal neh..
5th..last event yg aku rase nk marah tp aku xbdaye nk buat pape..ade mamat klate sorg ni bw awek..tetibe plak ade sorg mamat gtal tgn p rabe bontot minah neh..hangin le si bopren neh,pnye nk tunjuk macho..die p lwn2 ckp ngan mamat tuh..tp mamat klate tu dh buat stu kesilapan besar dlm idup die, semua org kt ctu fans slgor..time die dok langgar2 dade ngan mamat tuh,dgn tidak semenanye..bangg,kne ketuk ngan helmet dr blakang..jtuh bgolek,da jatuh abes la..jd lauk la kamu..wlpn aku fan klate kt ctu,aku chose utk tgk jela..mmg xleh nk wat pape..kalo aku try tlg,aku plak yg akn jd lauk kang..seb bek rela ade 3-4 org kt ctu..bkan nk kate ape tp yelh..marah2 mmg marah tp nk wat cane..lpas tu kne baling mercun bola sjibik plak tu..

kpd fans slgor yg bjiwe kental perkase..simpan la hajat anda nk ke kb tu..bkan xkasy..tp tkut xbalik dh lpas tuh..

p/s:dh tau mesty gaduh..sbb tu aku pkai bju kaler itam..keh3

Ann Zickler berkata...

dua2 samalah. aku keluar ikut gate kelantan. gate depan tu. ada 2 budak selangor kene belaasah ngan set kelantan. Nasib baik aku tak pakai jersi. aku pakai skarf jer. itu pon dah kene attack. Fan kelantan yang keluar kat gate selangor pon kene aim jugak, kata member aku. so, dua2 fan ni, sebenarnya takde intelectual punye pemikiran. (sesetengahnya lah). Agak2 lah nak bantai pon. Takkan takde membe2 kelantan / selangor yang korang ngam. Pikir lah sebelum buat apa2.. sengal.

Ann Zickler berkata...

aku orang selangor dan aku ada banyak membe2 kelantan yang selalu tolong aku time susah! Takde maknenye aku nak bergadoh2 pasal benda bongok. Bila lepak ngan geng kelantan, masing2 jadi humble and we dont event talk about what happen last night. Malu lah.

CM berkata...

harap maklum
hanya game kelantan-selangor saja pada hari jumaat
game lain semua hari sabtu

Lucius Maximus berkata...

Cis, FAM punya laman sesawang punya pasal jugalah ni. Puas aku periksa haram tak letak tarikh jadual perlawanan. Terpaksa harap ke Wikipedia...

[ a D D y h A I K A L ] berkata...

osah ghamai komen eh..

hobin..
walaupun fan club kito lagu eh samo yo..
xdo inisiatif nak nyanyi hobin jang hobin..
nak tunggu dah monang baghu nak nyanyi lagu tu..

tapi ingat..
kito dah di sughuh jangan bawak meghecun kek stedium..

ingat x insiden acik tu..

Pet Shop Boys berkata...

....Itu tanda kebangkitan bolasepak Malaysia.

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

FAM akan baiki mutu laman sesawang. kosmo hari ni.

pergh ini mesti penangan sokernet la ni. gua dah agak dah.

Alke berkata...

adijaya and abeih...wa pu rase sepatutnya FAS kena hukuman berat wooo...jadi tuan rumah tapi tak jaga fans..kes berat!!! mari kita tengok FAM punye action..err...btw, diorang tau ke apejadi?

tapi onething official la...fans selangor pu8n dah nak jadi hooliganz gak, kurang ajar pun ye gak.....macam mietxer cakap la..tang raba awek orang tu, memang selalu berlaku...nak2 lak kawasan fasn selangor nerhadapan VIP....paling kecoh pun ye, paling celake pun ye gak....

anyway....sebenarnya, fan kelantan dah kena cop lebih je..tu pasal orang pandang slack kat fan kelantan...tapi sape selalu gi tengok selangor main....diorang mesti taunye...fan selangor pun cam celake..tanye yop and fan sabah.....provoke sampai ke luar stadium..nak2 lak menang....lagi la berkokok (aku hengat lagi mase selangor v sabag final piala malaysia, fan sabah mengamuk pasal kena provoke ngan fan selangor kat luar stadium....last2 yang kena fan sabah tu gak....adaka patut?), FAM sial ambil tindakan, fan selangor yang baru naik ni....kalau hebat sangat, gi battle royale lak kat KB, kasi habis apa yang korang mulakan.......anyway VIVA Selangor ( aku tak pernah gi Selangor v kelantan, memang gadohnye...dua2 fan kaki gaduh)

Jantan Terhangat berkata...

aku ingat lagi fans Sabah waktu final piala malaysia lawan MPPJ..fans Sabah bawa Samurai...mmg terbaik lah..! hahaha

apa2 pun...kita terima je la kot..mmg mcm ni la situasi nya..kalau x de benda mcm ni..sapa lagi nak tgk bola ek..so skrng sapa nak g tengok bola..pastikan pakai baju besi, helmet full face..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...