Pialo Malaysia Jang punyo!
Kito juaro Pialo Malaysia! Bukan kocik anak! Bukan ligo perdano yang Pahang main tu. Ini Pialo Malaysia, kalau tak handal, camno poie final? Kalau bungko camno boleh jadi juaro? Ado banner tulih; dah kapankan Selangor, nak arwahkan Negeri Sembilan, amboih handa eh? ni Jang nak tanyo, sapo akhirnya yang makan gulai Labu??
Haaa...nampak?
Jang sebonar eh tak tau nak tulis apo dah..banyak bona bondo yang Jang nak kono cerito. Gambar melampuh Jang nak kono lotak sini. Semuo eh berbaloi nak buek dan Jang sanggup buek demi pasukan Jang Ultra Jang.
Tapi walau apo pun yang Jang tulih atau walau gambar apo pun Jang lotak, semuo tu tak boleh nak gambarkan betapo girang eh hati Jang dengan kehebatan kito semua, Jang ultra Jang! Segalo drama pasukan Jang dari mulo sampai ke wisel penamat tak dapek nak diulas satu malam. Terlalu banyak cerito. Itu bolum hal Jang Ultra Jang berembat dengan FRU dan demo anti- FAM diluar stadium Shah Alam. Gilo!
Pendek kato, Only The Jang Knows The Feeling!
Perlawanan malam tu cukup hebat! Comeback yang dibuek oleh Jang sangat mengujakan! Orgasm bolasepak sebenar! Ahhhhhh!!
Tak sedotik pun Jang ragu akan kemampuan pasukan Jang menjadi Juara walau 1Malaysia meletakkan Ponyu sebagai pasukan feveret. Ketika ketinggalan 0-1 Jang banyak dapek sms dan twit yang suko akan kekalahan Jang. Tapi Jang tonang... Jang percayo pada Tuhan. Jang yakin pado pemain Jang, Kunanlan, Hai-O, Kombar, Shukor Adan dan NorHafiz Zamani Misbah. Apo ekau tak ponah tengok Norhafiz Zamani Misbah main sebolum ni? Apo ekau tak yakin dengan kepalo Nano Hai-O? Tak tau apo makan eh kombar kito? Tak nampak strategi provoke dan tendang ikut arah tolo Shukor Adan?
Kalau semuo tu tak dapek buek ekau semuo yakin, sekurang-kurang eh percayo la sikit dokek bookie. Bookie dah jolok baik punyo dokek keeper Terengganu. Stok tolo ponyu seumur hidup, mano boleh dio tolak...Ala. Gurau je!
Trengganu main baik. Kalau tak, takkan mereka layak ke perlawanan akhir. Cuma kesilapan keeper itu terlalu sukar untuk ditelan oleh peminat Terengganu. Penyu menangis siapa yang tahu kan, tapi kalau Gergasi Merah Kuning lawan Jang malam tu, memang Jang puleh telingo Gergasi tu. Misi 33 yer? Nak Misi poie spital Klang! Kuikuikui...
Jang rekemen semuo poie tengok gambar-gambar dan video yang banyak terdapek di fesbuk terutama di fesbuk Ultras nogori 9, kelab e-penyokong bolasepak negeri, Ninth-mania, Jang Brigade dan melampuh laie. Memang meromang bulu tongkok poit! Jang berani koba yang peminat bolasepak Nogori Sembilan adalah yang terbaik di dalam Malaysia. War-warkan perkara ini, biar seluruh alam jadi cemburu.
Ghombau, Siliau, Rantau, Mambau, Bahau, Jompol, Kolopilah, Senaling, Tampin, Air Mawang..apo macam setuju tak?
Gugusan Palong, Felda Pasoh, Lui Timur Utara Barat, Jolai, Bukit Rokan,Gomeh, Senawang, Paroi, Temiang, Rahang, Somban 2 semuo handal belako.
Batu Kikir, Jelobu, Simpang Portang, Lenggeng, Nilai, Pajamaica, PD, Lonek, Pasir Bosar, Tg.Ipoh, Bukit Putus, Ulu Bondul, Sri Menanti semuo gentar tiado!
MB, Undang, Luak, Porut, Penghulu, Tok Siak, Yamtuan semuo ado belakang kito.
Timo kasih Jang pado Ultras, tak kiro baru atau lamo. Tambahkan ahli, binasokan semuo musuh kito. Kepado N9Futbol.com yang jadi pemangkin penyokong, Jang tabik kek semuo! Kito penyokong beradat dari nogori adat perpatih, kono baco semuo tu. Pialo Malaysia dah kembali semulo ke lopak kito. Tahun dopan kito bertarung lagi, pertahankan pialo.
Jang mengundurkan diri untuk Liga Malaysia buek seketiko. Kok ado terkasar bahaso, bergurau tak sengajo, terguris hati lalu terluko, Jang mintak maap. Jang suko bergurau... Ingatlah, Bolasepak Kita, Wajah Kito. Berbanggolah dengan pemain, kelab dan negeri masing-masing. Bolasepak luar negaro ini memang la nampak bagus, tapi jiwo dan hati kito sebonar eh lobih dokek dengan tompek kito lahir. Kalau tak support pasukan sendiri sebab kononnya ada bookie dan jual game, itu semuo bondo yang tak dapek dibuktikan atas sobab-sobab yang hanya tuhan aje yang tahu. Kalau benar ada bookie, kenapo PDRM tak dapek selosaikan? sedangkan walau apo kes pun dalam Malaysia ni mampu diselosaikan dengan mudah,cepat dan betul oleh polis kita yang memang terkenal berwibawa.
Itu Jang akan bongkar dalam post akan datang. Kito nyanyi dulu lagu kegomaran Jang 2,3 hari ini..
Kita tengok penyu telor...
Kita tengok penyu telor.....
Hoi Hoi Hoi..
Bangun! Kelaut wei! Kelaut!
Jang ratah Sumandak
Jang kekah la!
Jang peratikan semakin ramai penonton mengisi stadium This is Paroi ni untuk memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan Jang dan bilangan Jang Ultra Jang juga semakin memberangsangkan. Mengikut risikan SB yang Jang terimo, Jang Ultra Jang mempunyai stok smoke bomb dan flare tak kurang 300 batang! Mano dapek agak eh budak ni? Jang jugo peratikan mereka semuo ni 'gentar tiado'. Apo makan eh?
Suko Jang nak sobut kerjasama Polis terhadap Ultra Jang juga amat baik. Mereka memahami semangat Ultra Jang yang datang memberi sokongan kepada pasukan bolasepak kesayangan mereka. Jang Ultra Jang tidak membuat onar atau perkara yang diluar batasan sebagai Jang beradat, justeru Sumandak dikekah dengan penuh bersopan.
Sonang cito Jang Ultra Jang ni semangat eh samo macam Ultras Besiktas FC kek Turki sanun.
Esok Jang nak makan budu!
Musuhnya Habis Binasa!
Jang tak cari musuh tapi Jang gentar tiada.Jang Ipoh mali tarak sombong, jumpa luar boleh tegur, Gedebe, Yob, Lebah, Lipan, gengster mata celet, UTK, semua kawan Jang.
Kita main bola!!!!
YearghhhHHHHH!!!!
Untuk UltraJang yang nak ke Ipoh, sila check website n9futball.com. Website kito antara yang terbaik, tercekap dan paling update diantara website persatuan bolasepak lain, hatta website FAM pun jauh kito tinggalkan.
Apa-apa berlaku, kontek Ayahanda Panglima Perang di Kg. Manjoi. Kawan kito tu. Cikgu Jan pun boleh jugak tolong.
Ok, kito jumpo kek sanun!
2 Kemenangan, 2 Seri, 6 Gol Dan Seorang Maut
Jang Pekena Singa Masak Lomak Cili Api
Negeri Sembilan 1
Perlis 0

Juara bertahan, Negeri Sembilan memulakan saingan suku akhir dengan langkah kanan apabila menang tipis 1-0 ke atas Perlis di Paroi. Jaringan tunggal pemain tengah Shahurain Abu Samah pada minit ke-50 cukup untuk mengukir senyuman di wajah Ebby Yus dan Jorji, dua penyokong fanatik Jang, walaupun Shahurain Abu Samah sebenarnya lahir di Kajang, Selangor (saja selit fakta). Bekalan satu gol akan dibawa oleh juara bertahan dan Jang sekalian ke Kangar pada 15 Oktober bila berentap dengan Perlis di gelanggang keramat mereka Stadium Utama a.k.a. Lion’s Den (ala-ala Milwall gitu). Adakah tuah akan menyebelahi Wan Jamak yang bongkak atau Yunus Aliff mempunyai rencana tersendiri menundukkan juara bertahan, kita nantikan debarannya.
Penyu Dan Kenari Terikat
Terengganu 2
Kedah 2

Lain pula ceritanya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, maaf terlupa pula stadium itu dah runtuh. Lain pula ceritanya di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, pasukan pelawat Kedah gagal memanfaatkan peluang walaupun mendahului skuad Penyu sebanyak 2 kali dalam perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh RTM. Seawal minit ke-23 Baddrol Bakhtiar terlebih dulu meletakkan Hijau Kuning di depan. Pemain Kedah yang dikenali dengan nama panggilan ‘Bad’ ini pernah berlatih bersama Chelsea sebelum ini. Tetapi pada minit ke-73 Joseph Kalang Tie kembali mengikat kedudukan melalui rembatan luar kota penalti. Pemain kelahiran Sarawak ini juga tidak kurang hebatnya, pernah menyertai latihan dua bulan bersama Hartlepool United. Meraikan jaringan dengan menjelir lidah serta menari di depan penyokong Kedah, Joseph kemudian dilayangkan kad kuning oleh pengadil yang tak berapa ‘sporting’. Kedah kembali di depan melalui Mohd Fikri Isa pada minit ke-51 hasil sepakan sudut yang disambut baik beliau. Ketinggalan, Terengganu melipat gandakan serangan dan kembali mengikat kedudukan pada minit ke-68 melalui Mohd Fikri Isa. Terengganu gagal mencari gol kemenangan sehingga wisel penamat dan nampaknya kini berdepan laluan sukar di Stadium Darul Aman Jumaat nanti.
Pasukan Kelab Merobek Jiwa Raga Sultan Bola
Johor FC 1
Pahang 0

Lawan tetap lawan, jangan tunduk pada persatuan negeri gila kuasa
Kita sudah sedia maklum perancangan halus untuk menguburkan Johor FC. Johor FA telah pun berbincang dengan FAM untuk memastikan rancangan mereka ‘menelan’ Johor FC berjaya. Dan seperti ditakdirkan, Johor FC telah ditemukan dengan Pahang, pasukan kesayangan Sultan Bola dan Pipiyapong. Khairi Kiman muncul wira pasukan berstatus kelab dalam menentang pasukan negeri yang dibiaya oleh duit jualan sayur Cameron Highlands dan duit jualan ‘sayur’ Genting Highlands. Gol jaringannya pada minit ke-59 cukup untuk memberikan tanda protes jelas dari sebuah kelab kecil yang stadiumnya tidak sampai separuh dari kapasiti Stadium Darul Makmur, tetapi besar jiwa penyokongnya.
Buntu Dan Maut Di Shah Alam
Red Giants 0
Red Warriors 0

Clash of Titans. Nasib baik Yob takde.
‘Old Trafford Malaysia’ malam tadi menjadi saksi kepada kebuntuan dalam perlawanan antara Red Giants dan Red Warriors, serta perginya seorang pencinta bolasepak kembali menemui Sang Pencipta. 50,000 penonton hadir ka Stadium Shah Alam dalam apa yang diiktiraf perlawanan suku akhir paling panas dan sensasi. Di satu sudut ialah para penyokong Selangor, dari Sabak Bernam hingga ke Sepang dan dari Klang hingga ke Gombak. Di satu sudut lagi padat macam sardin ialah penyokong Kelantan, dari Wakaf Che Yeh hingga ke Kompleks Pertama. Di tengah padang pula, P Gunalan dan Norshahrul Idlan Talaha dilayangkan kad merah setelah bertinju sesama mereka!
Perlawanan tidak disiarkan RTM tetapi mengikut laporan dari mereka yang bertandang ke stadium dan bernasib baik untuk masih pulang bernyawa, keadaan ibarat berada di Kabul, Afghanistan. Mercun dibaling oleh penyokong kedua belah pihak, sama ada kepada satu sama lain atau kepada abang FRU yang terpacak. Di tengah padang pula, kedua-dua pasukan gagal menyumbatkan sebarang gold an lebih banyak bermain secara agresif.
Penyokong Red Warriors baik dari Wakaf Che Yeh atau Kompleks Pertama yang ditempatkan padat macam sardin di satu sudut dikatakan mula bergerak masuk ke grandstand yang kosong. Tindakan mereka bagaimanapun dihalang oleh FRU. Dalam kesesakan inilah dilaporkan seorang penyokong Kelantan mengalami sesak nafas dan menemui ajalnya.
Perlawanan berkesudahan tanpa sebarang jaringan. Selangor bakal bertandang ke Stadium Sultan Mohamad IV dan kegagalan memenangi pusingan pertama di tempat sendiri bakal memberi laluan sukar buat Red Giants. Siapa-siapa orang Selangor yang ada merancang nak ke Kota Bharu pandu kereta sendiri berplet ‘B’, baik untuk tengok bola atau beli tudung di Wakaf Che Yeh, Sokernet nasihatkan tangguh dulu perjalanan anda.
Takziah dari Sokernet kepada ahli keluarga arwah dan semua peminat Red Warriors
Bolasepak Kita, Wajah Kito.
Jang, sebagai penyandang juara Pialo Malaysia, dah layak ke suku akhir untuk Pialo Malaysia musim 2010 ni. Malam tadi jang dah langgar tol booth. Ado ko kito nak ditahan eh suruh bayar tol. Botol budu Jang tolan, ini lak tiket tol Plus. Sonang jo Jang gigit. Menggelupur kono 1-2.
Jang tak tengok pun game malam tadi, tapi Jang dongar secaro live kek radio Nogori. Hancur Bro Adam jadi pengulas, tapi Jang goma donga eh. Ingat sampai bilo-bilo kato eh. Ghaso old skool jugak donga kek radio.
Itulah tu, Jang cubo carik kek internet ni, haram kok ado liputan game malam tadi. Habih mampuih ko manusio kek FAM tu atau kek mano-mano. Buek la update skit. Tengok laman web bola omputih, habih game terus ado liputan ke laman sesawang. Bondo camni pun nak upah kroni buek, makin copek la hancur negaro.
Apapun, yang ponting ado ko peluang Jang nak jontik tolo gergasi merah kuning agak eh? KAlau ado, elok la. Jang sedio bertarung bersama Presiden Seumur Hidup Persatuan Jang Sedunio, Ebby Yus. Ingat kek Pahang yo ado Presiden seumur hidup?
Pasukan lain camno?
Mano pasukan pun Jang tak kisah la. Kalau Yob pun Jang lamo tak jumpo, tapi Yob kene layak la dulu. Ater?
Kodah Maju 2010 pun dah lamo Jang tak tuai. Semonjak duo monjak ni, sonyap yo. Boreh banyak dalam kopuk agak eh.
Johor? Orang Johor main bola ko?
Jang nanti mano pasukan pun di Bukit Jalil, Jang tak kisah.
p/s ; Hebat jugak jadual perlawanan Piala Malaysia. Seminggu dekat 3 game!
EMEL KAMI
PENGULAS
DISCLAIMER
LANGGANI RSS KAMI





