ANDA SEDANG MEMBACA

56

What Went Wrong?


What Went Wrong?
Tajuk je omputih, tapi gua tulih bahasa ibunda juga..
Takkan melayu hilang didunia kata Hang Tuah, ntah sapa yg dengar Tuah ckp gitu pon gua tak sure.Yg gua syak Tuah ada darah Cina.Ntah.Tanya Khoo Kay Kim.

Ok hari ini gua nak bercerita tentang masalah dalaman yg melanda Liverpool buat masa ni.Seperti yg kamu semua, - kamu semua itu merujuk kepada penyokong tegar liverpool dan pembenci Liverpool sebagai kelab paling success di England suatu ketika dulu - Dan skarang liverpool dah menjadi kelab adik adik yg bisa diperkotak-katikkan oleh supporters kelab lain terutamanya Scumchester.Masalah dalaman yg berpunca daripada 2 ekor Yankees itu telah menjurus Liverpool ke lembah penyingkiran.Dengan bebanan hutang yg membukit dan keras kepala 2 ekor lahabau itu, krisis dalaman Liverpool dah sampai ke kemuncak.

Manakan tidak Jovanovic yg baru nak bertatih di Liverpool sudah menyatakan kekesalan beliau menyertai kelab berprestij suatu ketika dahulu - lagi sekali gua tekankan suatu ketika dahulu.
Apakah bala yg melanda Liverpool?bermula dengan kekalahan kepada man citeh, man u, northampton di Carling Cup dan terbaru tersungkur dilaman keramat, Anfield kepada Seasiders, Blackpool?Anfield bukan lagi fortress Kopites, sesiapa sahaja bisa dtg dan mengaibkan Liverpool.Attractive football yg biasa disajikan sudah tidak wujud dlm kamus Liverpool, rata rata pemain Liverpool mcm dlm keadaan separa sedar disaat ini dan tak tahu hala tuju selain Gerrard yg tau kalau score goal kena cepat2 lari gi cium kamera, ya, at least dia ada halatuju, kan wawasan namanya tu.

Potential buyers yg digembar-gembur sebelum ni nak takeover Liverpool semua dah tarik diri dek permainan bangang 2 ekor americanos itu.Melihat saja keduanya di Anfield cukup membuat darah semua kopites dan liverpudlians menyirap sampai ke ubun ubun.Kenapa dan mengapa jadi gini sudahnya kelab Liverpool?Kalau mengambil kira dan iktibar dari kelab kelab sebelum ni yg gah sejak zaman Kejuaraan Liga sampailah Road to Wembley hinggalah sekarang era Barclays, Nottingham Forest, Derby County,Newcastle Utd, Southampton dan Leeds Utd adalah nama nama besar dlm liga inggeris suatu ketika dahulu - ya, sekali lagi gua tekankan suatu ketika dahulu.

Dan kelab kelab hebat ini akhirnya tersungkur ke liga bawahan atas sebab sebab dalaman dan dibebani hutang yg memaksa mereka menjual aset aset berharga mereka - pemain.Aset paling berharga adalah pemain pemain.Dan bagi kelab "besar" seperti Liverpool, sebahagian pemain berharga cukup utk menampung sebahagian hutang mereka yg duk ada skang.Tapi berbaloi ke menjual pemain utk melangsaikan hutang?bila dah jual aset dan tinggal fringe players dan hot prospect ( aku pakai terms dlm CM, kah kah kah) boleh build up the team balik ke?tgk apa jadi pada Leeds, contoh terbaik.Betapa lama masa mereka nak build up balik dan sampai skang masih belum promoted lagi..Big 4 yg duk ada skang, Chelsea, Man U, Citeh dan Spurs dulu pon takleh makan Leeds (even season lepas pon Man U takleh makan Leeds masa FA Cup - betul ke fakta gua ni?).

Adakah Liverpool akan menerima nasib serupa seperti Leeds?To think about relegation agak relevan buat masa ni, walau Uncle Woy Si Penggigit Kuku ckp "I have to accept that we are in the relegation zone after seven games.But if you asked me whether we will be (there) after 38 matches, i would say that defied credulity" - Saya harus menerima bahawa kita berada di zon penyingkiran selepas tujuh games.But jika anda bertanya apakah kami akan (ada) setelah 38 perlawanan, saya akan mengatakan bahawa mencabar mudah percaya - terjemahan berbunyi begitu, mencabar mudah percaya, prof. bola sila explain kat gua apa itu mencabar mudah percaya?Ayat nak kasi sedap hati ke apa?cilake.

Sejurus selepas wisel penamat dibunyikan weekend tu hari di Anfield, rata rata Liverpudlians melaungkan nama King Kenny.Mereka ada hak utk menyatakan kekecewaan mereka terhadap pengurus skarang - itu kata Roy.Mana taknye, korang ingat season ticket murah ke?Babi dia punya mahal..nak nak plak kelab kelab mcm Liverpool, Chelsea, Man U dan sebagainya.Walaupun kekadang harga siling sampai 1,800 pound utk season ticket, ttp sold out.Let say amik minimum 1,000 pound for season ticket (ni rege utk kelab pertengahan - liverpool kelab bawahan, so jgn nak banyak cekadak), kalau 45,000 season ticket holder kat Anfield kumpul duit banyak tu each of them, sure kick out that buggers from the ground already. Ok pengiraan gua tak masuk akal, abaikan.

Tapi itu yg gua cuba berfikir secara rasional skang ni, Liverpool in their dark moment of century.Dan gua tak paham situasi dan pemainan cilake musibat 2 ekor tu.Tingkap perpindahan January dah bermcm mcm rumours keluar.Gua tak mengharapkan pape, gua cuma rasa akan ada few big names from our beloved club will make a move.Kita kena terima apa saja kemungkinan yg mendtg, kalau jatuh Liverpool, kita jatuh sama-sama..kalau bangkit Liverpool, kita bangkit sama-sama.

Jangan cepat amarah kalau di nganjing, sebab Lucy dah declare Board Sokernet dah sebulat suara mengisytiharkan tahun 2010 adalah promosi besar-besaran Tahun Menganjing Liverpool.

Akhir kata, dimana saja my fellow scousers berada, You'll Never Walk Alone!

jarr
http://lebatkulebat.blogspot.com/

56 Ulasan:

deus X machina berkata...

fes

adijaya berkata...

second pun jadi la.

saya dengan ini memberi sokongan moral kepada liverpool. board members liverpool kena belajar dari wenger, biarpun arsenal tak banyak beli player mahal, tapi masih dapat bagi saingan epl.

in wenger we trust.

Mukmin Selamat berkata...

YNWA Jar.
Jangan risau, relegation tu jauh lagi. Kalau lihat sebelum ni, pasukan Tottenham Hotspur pun pernah alami bende sama circa Martin Jol & Juade Ramos dengan kadar yang lagi teruk.

The Swinger berkata...

kehkehkeh.. kental.

MOFASAD berkata...

YNWA!

i'msosupernotcool berkata...

pompey! pompey!

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

steady jarr! true liverpudlians!

pssst.. mane menghilang linda sentap?

BanDeLa berkata...

liverpool = FAM = tukar pemimpin....kehkehkehkeh

talkIZcheap! berkata...

korang ni...

Linda rajin, berdedikasi, kerja kuat, tanggung famili...

mana ada masa online 24 hours cam korang, lebih2 lagi kat sokernet ni, apa dapat??

ngeh3 :P

ijan de bunks berkata...

jarr mmg steady la....

sgguh trharu la tgk fan libepul mcm ko...
xcm kwn2 libepul ak..
abes gme libepul klh blk trs tido...
klu team ak klh menyenggih mcm org gile je kat ak...

ak support jarr jd pnulis tegar tok kem libepul kat sokernet...

ade spe2 stuju???????

luci or pedomat da leh bt poll kat sblh k...

eh ttbe smngt lak ak sokong c jarr...
peace....hahahaha

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

jarr.. walaupun bukan 1 kem ngan gua, tapi gua respek kewibawaan lu sebagai penyokong tegar.. pakkordi ngan henrymevez pun same..

tetibe gua syahdu plak ngan perjuangan mereka. apakah?

r.k berkata...

kalau jadi hasrat Liverpool turun divisi , kene training lebih lah untuk tambah kental ye dak ?

steady jarr .

nasz playersz berkata...

perjuangan masih panjang. bulatkan bola panjangkan tangan menggenggam leher si 2 ekor keparat tu kasik ajar sket.

LS berkata...

Kehkehkeh.. Liverpool salah percaturan. Tu je.

Shank berkata...

good anylisis tapi empty folder.
kbykan kelab ada masalah kewangan dan owner mgmt.
cth - Manyuu, Barcelona , roma etc.
tapi adakah masalah BOD kacau game kt padang?? ridiculous
Club menang game or win cup/title - sape yg dpt ?
x pernah dlm sejarah bolasepak owner di puji.
chelsea get title - Mourinho and player di julang
Manyuu get title - SAF and player di puji.
so player main utk themself - they get honor and appreciation.
so it back to basic - Manager !!! - hw to handle team and game .
conclusion - Roy is bangsat.

Jimmy Stracqualursi berkata...

big 4 - man u chelski citeh spuds? arsenal mana bai? hehei.

hantuLongkang berkata...

kalau hang tuah idup lagi, kompom dia ckp... "TAKKAN ENGKAU BERJALAN SENDIRIAN"! miahaha

Jimmy Stracqualursi berkata...

aku tak rasa suma ni 100% salah uncle roy atau board nye instability. ia lebih kepada on-field problem. paling obvious sekali bila tengok spine of the team suma nya telah diganti ngan new signings, poulsen la meireles la jovanovic etc. maka continuity dari zaman alonso & masch tu terhapus camtu je, lantas secara tak lansung dynamism team pun akan berubah, terang2 kita bole nampak yang player suma macam tak bape nak click lagi. tukar la dalglish ke paisley ke souness ke, kalau player tu sendiri yang tak mau perform susah gak kan.

tunggu la sikit masa lagi liverpool mesti leh naik nye. tak kan nak jadi macam liga argentina selang 3 match terus nak buang manager. rilek lu.

Jarr berkata...

terima kasih utk komen komen membina..gua cuba luangkan masa mentelaah krisis liverpool secara upclose and personal dan melaporkan disini...haha.

Pet Shop Boys berkata...

Liverpool kena belajar dengan Chelsea.

Tahu kenapa Chelsea kuat? Sebab banyak player black.

Bercerita tentang beza Torres dan Drogba,Torres mungkin ada skill dan rambut blonde ie hensem.
Tapi Drogba ada skill dan ada speed. Bila dia berlari macam kerbau.

Seperti yang kita tahu untuk jadi bergaya dengan game English ni kita kena ada speed.
Itu beza antara EPL dan Serie A dan juga Liga Spain.

Ngog sorang je tak cukup untuk Liverpool.

yang pi beli mamat Portugal tu buat ape? Sebab dia banyak tatoo ?

Liverpool perlu hentikan beli player yg ada tatoo ni....

Jarr berkata...

Pet..ahahhaha..nice bro.kena panggil titi camara,bernard diomede,traore ngan vignal la main balik.Momo takleh, dia black yg lembik..kah kah kah.Dulu lepas WC2002 meroyan beli El Hadji ngan Salif Diao...El Hadji skill meludah ada la..Diao tenggelam gitu jer..

tattoo kasik nampak garang..mcm Skrtel, muka cam Russian Mobster..kah kah kah.

FreeMen berkata...

through thick & thin. YNWA!

ayobkelubi berkata...

hidup jarr!.

kami mahu jarr sebagai suara liverpool dalam sokernet!

@charlatans : mmg betul, player tak beberapa ngam lagi tapi sudah tentu mereka sebagai pemain profesional akan mengetepikan sentimen nak tunggu ngam atau tidak tu ke tepi. mereka akan bermain bersungguh-sungguh tapi disebabkan pemikiran mereka telah disogok dengan masalah dalaman liverpool maka secara automatik mereka akan jadi morale down.

contoh senang mcm azizulhasni kat delhi lah..dia nak racing final dengan cyclist dari australia ..masa nak racing tu dia nampak coach dia..mamat australia tu gelak-gelak dengan pencabar dia sambil tunjuk2 kat dia. jadi sedikit sebanyak azizulhasni akan jadi goyang bukan?. hah, macam tu lah jadi kat jovanovic.

@shankly : mmg lah tak pernah dalam sejarah BOD dipuji pun tapi ini kira macam kekuatan dalaman tambahan.

kira macam nak pergi perang. sebelum pergi perang. kau tentu akan memastikan anak-bini atau orang tersayang kau akan sentiasa selamat bukan?. baru moral kau nak tembak musuh tu tinggi. macam tu lah analogi dia.

mmg masih ada lagi 31 perlawanan utk di tempuh tapi kalau masalah dalaman ni tak diselesaikan mmg tak akan kemana dan sumpahan obiefiend yg kata liverpool will be the next leeds boleh jadi kenyataan. perghh, mmg mimpi ngeri betul beb!. macam analogi (lagi sekali). ko nak pergi amik SPM tapi kau kena rasuk dengan hantu penunggu asrama, takkan nak pergi dewan periksa sambil meracau-racau kan?.

@petshopboys : black player kuat?. i beg to differ. apa jadi dgn eric djemba-djemba?. apa jadi dgn kleberson?. anelka pun used to considered as a flop sebelum sinar hidayah memenuhi dada.

ya, uncle woy telah membuat kesilapan penilaian membeli player tapi itu jek player yg mampu milik hatta akan kekangan kewangan yang macam musibat. itu sebenarnya. kalau duit banyak tapi tersalah beli player pun sama gak kan?.

apa-apa pun

hatta liverpool jatuh, tersungkur mahupun tergolek. gua terus sokong liverpool!.

bab tahun menganjing liverpool tu. alah, tak sakit sangat pun. keh keh keh. takat dlm ni, dlm hphone, dlm facebook jek pun.takde efek gaji pun. keh keh keh.
lain lah, kalau kena ngajing, gaji kena potong RM 10. tu harus kita risau. keh keh keh.

sekali lagi.

YNWA!.

nota kaki : http://bleacherreport.com/articles/451740-epl-10-most-predicted-flop-stars-of-2010-11

Jarr berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Jarr berkata...

YNWA dzulfikar.

Rigobert Song tak dilupa..kental gak tuh.Tapi dlm Gerrard autobiography, dia kena bantai ngan carragher dlm training..nasib baik tak injured lama..mulut tempayan punya pasal..kena la tackle maut dari true scouser.haha...

ayob - lu mmg true bro.itulah jawapan kepada persoalan yg korang usulkan dan dijawab padu oleh en ayob.terbaru plak 2 ekor tu nak remove Purslow ngan Ian Ayre dari board dan nak masukkan anak beranak dia ganti...apakah?

ayobkelubi berkata...

@jarr : anak beranak dia pula dia nak bawak masuk?. habislah.mmg habis. it will be the most remembered history in liverpool kalau liverpool jatuh. siap ada buku teks nanti. demmit!.

nwa berkata...

aku sbg fan kelab yg nk relegate 90% membangkang artikel ni...kalo korang sume opinion camni,mmg kte layak utk relegate
tolongla xpyh nk slhkan owner 100%.Permainan menyalahkan owner adalah politik dari manager utk menutup kelemahan drang...come on la,even barca berhutang byk la beb...tp tgk la team drang maen...ada effect besar ke?xde la dolll
Benitez menyalahkan owner xbg duet(igt,die slhkan owner sbb xbg duet,tp bkn sbb owner ni nk byr utang die je)tp dlm masa sama bp byk die blanja nk beli player?yer,mmg btl income ada masuk lps jual player..tp pandai2 la manage,yg ko pegi beli sampah sarap buat pe?beli aqua 20 juta beb...nak mampos ke ape beli player injured???
sbnanye manager selalu saja menggunakan excuse2 menyalahkan owner utk menutup kelemahan drang memanage team

Dan peminat jgn la jd bodoh mengikut rentak manager ini...after 7 game and di relegation zone,time's up roy...bkn kau xbagus,tp kau bodoh je...xpyh nk ckp aku xloyal,kena backing who ever manager we have la,kalo nk layan loyalty dan emosi je,mmg xg mana kelab ni nnt..mmg roy kena out noww!!pasal owner cite lain,owner bkn alasan xperform kat padang,bkn player xdibayar gaji pun!!

Jarr berkata...

betulnye marah makanbola..
leks bro..tapi internal problem juga effect performance.dah brape lama kita duk mengadap kerenah owner?dah brape kali owner kasi janji manis kat players ngan manager?

betul ckp kau, its up to the player nak perform ke taknak perform.tapi morale boost tarak, camne?dorang bkan jenis main bola semata mata nak makan gaji buta.passion to football yg buat mereka terus bermain..ya, kita takleh salahkan owner semata.Woy pon ade silapnye juge, dan betul masih terlalu awal nak judge Woy.

Tapi come on la bro, 7 games with 6 points.Internal affairs plus Woy gigit kuku...player mana akan perform?So benda ni kita kena tgk dari segi general view..maybe this part aku tekankan permainan owner belum masuk woy punye job scope.

So rileks ye bro.Kita sama sama bleeding reds, takde sapa sapa akan ckp kau tak loyal ke apa.Jgn paranoia..peace. =)

nwa berkata...

hehe...thats why aku x agree 90% je beb...haha
bkn ape beb,dh dkt 2 mggu xtgk sports channel...arghhh...

Jarr berkata...

haha mana pergi lu nye sports channel?tapi 90% tu menunjukkan besar nye kekecewaan lu ngan team skang..takpe bro.semua org dlm mood berduka skang ni..kasi chill skit.

nwa berkata...

tu la..blog gua pun dlm mood bekabung...chanel tu ada,tp saket ati la kalo tgk..hehe

Jarr berkata...

ok takpe bro.
Tom jefferies dah upload short film Redmen kat youtube.Sila layan, even supporters Man U pon teremo sama nak Glazer fuck off from Old Trafford.haha..

Jarr berkata...

correction: Mike Jefferies laaaaaaaaaaaaaa.Tom plak...

ayobkelubi berkata...

@jarr : dah ada kat youtube ek?. gua nak roger..lu kasip uplah link dia kat sini. senang sikit.

nwa berkata...

gua dh ckp...gua xnk layan sebarang bentuk bola pun dlm kehidupan gua wat masa skrang...skrang gua tgh menyibukkan diri belajar membeli belah dipasaran antarabangsa...kahkahkah

Jarr berkata...

yg ni behind the scenes kot..

http://www.youtube.com/watch?v=9_2yKTqztBM

http://www.youtube.com/watch?v=9_2yKTqztBM

salah tgk, maybe ni behind the scenes, belum upload the short film.

Azlan Zed berkata...

gua rasa kalau seluruh kops seantero dunia tong2 satu pound sterling sorang, boleh jer take over.

ke aku terlalu idealist?

YNWA!

Nabil Hussein berkata...

owner liverpool siap buang dua director and tukar dgn family sniri so any bid dari luar takkan diterima..best.

mcm pak lah punya politik plak.

mat berkata...

januari nti Loserpool beli je semua pmain Blackpool tu.. kasik tukau nama je..konpem power. hahahha

duit nk amik mana?? jual je Toghes n Reina tu, ngan Holloway skali leh bli

Nazrin Saad berkata...

gua bkn fan liverpool tapi gua still nak salahkan yanks dua orang tu.

dgr cerita dh ada buyer nak beli liverpool tapi yanks 2 org ni xnak sbb dia dh overvalue kelab ni smpai 800 juta.

sampai tgh oktober ni, kalo utang tak setel, abes la.

hodgson mgkin gampang. tp hicks dgn gillet sumpah lagi gampang.

aranhellstorm berkata...

ni janji palsu lagi atau for real:

http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=830261&sec=england&cc=4716

apa2 pun, just hope and pray the best for Liverpool. YNWA!

Iwan Shah Zainal berkata...

bukan yankees yg plan gameplay mcm gampang..tp coach...

bukan coach yg men atas padang, tp player.

argh pening gwa...

paper pun gwa pedulik haper kena kutuk.

true scousers never walk alone...sekian......

aranhellstorm berkata...

from LFCTV : http://www.liverpoolfc.tv/news/latest-news/board-agree-proposed-sale

lepas tu amerika gampang laknatullah 2 ekor tu boleh plak nak remove ian ayre sama purslow nak ganti dgn kroni dia.

udah2 la, blah je la, nak blah pun nak buat hal lagi.

3rdfrom9 berkata...

Macam mana aku nk start komen nie.... tapi yang pasti 15 Okt nie klau 2 Yank tak settle bunga hutang dengan RBS masalah makin kusut bley jadik macam Pompey bro.....

kalu bank takeover berapa lama sebelom dapat new owner baru demmm... Yank.

On the field kalau hang pengalaman 35 tahun mengurus team bola jangan la sampai 7 games baru menang 1 games.... cittt.

kalau rajin bleh baca http://online.wsj.com/article/SB10001424052748704814204575508070757773784.html

YNWA

Encik Din berkata...

http://www.liverpoolfc.tv/news/latest-news/board-agree-proposed-sale

dah agree dah..

3rdfrom9 berkata...

New owner takeover

New England Sports Ventures (NESV)

Jarr berkata...

Boston Red Sox la tu kan...
Jahanam la jugak kan...

oni berkata...

mak rasa nak menangis nok! YNWA!

Shank berkata...

Secara prinsipnya - Liverpool akan bertukar tangan ke John W Henry II.berusia 61 tahun dan kekayaan mencecah £540m . Syarikatnya kendaliannya Boston Red Sox baseball team dan juga NASCAR motor racing.

Proposal secara prinsipalnya diterima Liverpool BOD dgn undian 3 - 2 dgn harga £300m
Proposal itu adalah kerjasama New England Sports Ventures (NESW)-juga dimiliki oleh john W henry dan Boston Red Sox Baseball team.

Proposal itu diterima kerana latar belakang John W Henry yg berpengalaman dalam pelaburan dan membangunkan perniagaan sukan .- Cthnya kejayaan Boston Red Sox.

pembelian ini dijangkakan membawa keuntungan kepada Liverpool dan Bolasepak England (BPL) dgn pasaran US yg luas - kini mencecah 300juta penduduk.

kareem berkata...

manager xcukup duit ke beli player zaman benitez dulu? Asal wenger lek je bole beli player murah2 tp still dok top 4, still qualify champions league?heran gua...

Unknown berkata...

nuff said,let them do all the talking...from what i can see,the way they play now,they don't deserve to wear the Reds color...benitez have done damage through his signings,expensive yet flop,the only masterpiece he can be proud of is Torres and Alonso...and Torres has faded and the latter has shown his worth to Madrid...jangan cakap liverpool xde duit nak beli player sebab benitez dah spend banyak tapi semuanya either stay 1 season atau jadi makin hampeh...- i'm no t a KOP

faisalsaila berkata...

One bad season can't be consider as a flop for one manager, arsenal main cantik tp masih cupless after a few season apecer? kalau x layak champs league 2006 (kalau x silap) cmn? dek kerana satu team spurs sakit perut arsenal bleh mara ke CL. Takyahla kutuk rafa kalau bukan fan lfc, pegi cungkil cerita kelab sendiri, alor setar fc or rhu rendang fc. lu x tau cerita sebenar dlm lfc x payah nak pandai2 judge rafa.. kalau nak masukkan facts mmg berderet komen gua ni..

jarr, uncle woy mmg dh tak relevan, kebangkitan fulham last year once in a blue moon je kot, mmgla dia manager of the year tp nothing special bout him, chances given, liverpool vs sunderland, liverpool vs blackpool.. kalau nak analisis players head to head mmg side liverpool patut menang, tp manager punyala pakai taktik mangkuk sampai kena outplayed, even kat anfield.. demm.. xleh diterima akal..

mungkin ini adalah storm sblm datangnya sinar kejayaan, mungkin gua salah ttg uncle gigit jari woy? time will tell...

YNWA (exclude uncle woy?)

pakkordi berkata...

NESV ke, SUV ke, HIV positif ke, yang penting performance player mesti mau solid skit.

linda radzi berkata...

i was born in red.
i will die as a red.
i am bleeding red.
anda juga. alien je yg berdarah hijau dan mengakis.

ada jugak orang yang mencari saya rupanya.
dua bulan tak jenguk sokenet ni.
makan sehari setengah jugak la nak menghabiskan baca entri2 baru.
saya pegi baitulmaqdis.

takde apa lagi yang boleh diterangkan.
semuanya dah dianalisis oleh abang2 pengkomen.
makanya, tak perlu saya bercerita pasal bastrad yanks, BOD, rafa atau pun roy.
zaman ribut liverpool sedang berlaku.
kerana specialnya liverpool,
saya tidak akan membayangkan kelab ini akan menjadi seperti leeds, atau newcastle.
inilah masanya kepercayaan dan kesetiaan penyokong2 liverpool diuji.

'when you walk thru a storm.
hold your head up high.'

tak payah la saya terangkan tentang frasa di atas.
bila dengar lagu tu,
hayatilah sebagaimana kita menyanyikan lagu negeri perak darul ridzuan.
tak keterlaluan kalau saya samakan ini seakan munich disaster bagi manure.
kalau keterlaluan, harap maaf.
sebagaimana sabarnya manure sehingga dapat bangkit selepas disaster tersebut,
sehingga menjadi antara kuasa soccer dunia era baru,
mari kita bersabar dan berharap agar liverpool juga dapat melakukan perkara yg sama.
setakat yg tahu tanpa menggoogle,
hampir dua dekad jugak la liverpool tak merasa juara liga.
baru dua dekad.
apa la sgt kalau nak dibandingkan dgn chelshit atau pun arse-anal pernah menunggu sehingga berdekad2 hanya utk menjadi juara liga.

pada sesiapa yang sgt yakin bahawa liverpool akan bermain liga kokakola musim depan,
mari kita memplace bet.
tak payah citer liverpool tangga ke berapa musim ni.
bukak bet pasal liverpool stay atau tak je dalam premier league ni utk musim depan.

kareem berkata...

judi tu haram la

ijan de bunks berkata...

linda da sentap dow....
hahahaha

tp judi memang haram

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...