ANDA SEDANG MEMBACA

36

YOB 4 EVER

Nazri Jumaat, Oktober 08, 2010 , , ,

Bagi saya era terbaik Perak mempunyai pemain import pada ketika mereka memiliki Jang Jung, Aung Naing dan Kyi Lwin. Ini kerana ketiga-tiganya memang menjadi tunggak yang membantu anak tempatan (pemain Perak) pasukan menjadi antara team bola digeruni ketika itu.

Sejak dulu saya gagal mencari gambar-gambar Kyi Lwin dan Aung Naing di internet.

Ketika pulang ke Ipoh haritu saya cuba untuk menggodek balik kotak-kotak lama saya. Namun banyak keratan akhbar dan majalah melibatkan gambar dan berita pasukan Perak yang saya simpan telah hilang akibat proses pindah rumah beberapa kali oleh keluarga saya.

Yang tinggal hanya memori saya menampal poster trio import ini di tepi dinding bilik ketika saya berusia sekitar 9 ke sepuluh tahun (jika ingatan ini tidak salah).

Pasuka Perak akhir-akhir ini dibelenggu banyak masalah dan tidak sekuat dahulu. Namun sebagai anak Perak, sudah tentulah saya menyimpan harapan agar pasukan sokongan saya ini kembali gah dan berupaya untuk menitik Selangor seperti dahulu :P.

Cuma saya boleh berbangga Perak menjadi satu-satunya pasukan yang tidak pernah miss Piala Malaysia sejak era Semi Pro tanpa bantuan Sultannya. Cak!

Sumber gambar: Yeob4ever

Ater?

Trivia: Sebelum manager tahun 1992 ni jadi manager Perak, Mak saya selalu bawak saya dan adik-adik ke kliniknya untuk diperiksa dan diberi ubat. Dahulu, anaknya hot. Sekarang tidaklah saya tahu.

36 Ulasan:

LuciusMaximus berkata...

NOTA TAMBAHAN

Perak satu-satunya pasukan yang tidak pernah disingkirkan atau 'relegated' dari liga teratas semenjak era profesional bolasepak Malaysia tahun 1989.

Ater?

meor-name-depan-ku berkata...

dan Pasukan pertama menang Piala FA dan Piala Malaysia(ditukar name dari malaya ke malaysia)

Ajenyer...iye!!!

Shahrul Yusof berkata...

Lagu khas pasukan bolasepak Perak juga adalah yang paling sedap didengar. M. Shariff beb yang buat lagu tu. Memang retro habis.

print berkata...

Perak jugak merupakan pasukan pertama
menggunakan khidmat import dari
negara Asia Tenggara.

meor-name-depan-ku berkata...

Dr. Safri Nawawi. kan?

linda radzi berkata...

baru tiga hari lepas rasanya saya ke rumah khaidir buyong, bekas jurulatih perak pada ntah, lupa plak..
dan mengikut cerita beliau,
dalam banyak2 team yang beliau terajui,
ahmad shahrul azhar adalah seorang team kapten yang paling hebat.
ahmad shahrul ni mmg betul2 menyenagkan kerja beliau.
semua players perak time tu mmg respek giler kat ahmad shahrul ni.
dia menjaga player di dalam dan luar padang.
disiplin player mmg terpelihara la.
ada sekeping gambar yg saya amik bersama ahmad shahrul. kat jusco ipoh.
err jumpa ahmad shahrul kat sebuah kelab malam pun ada gak.
tapi tak amik gambar la. sebab kang ada yg bergusti dgn bini kang.
hehehe

itu dulu la..
sebab skrg ni saya pun dah x kenal dah player perak lg.
saper kapten pun saya dah tak tau dah.

pakkordi berkata...

Azizul Abu Haniffa the legend.

settle berkata...

Kalau orang cakap liverpool sandarkan pada kenangan.Aku rasa bolasepak Malaysia pon sandarkan pada kenangan. Those were the days..

Hazwan berkata...

player perak semua dh lari.selangor beli kot..hehe

Tanpa Nama berkata...

zaman dunhill der dunhill..zaman 90-an bolasepak malaysia mmg mantap..semantap abbas salleh wakaka

blitz berkata...

abbas salleh ke abbas saad?

BanDeLa berkata...

abbas saad + dollah salleh = abbas salleh...

zexter berkata...

nice one bandela

K berkata...

azizul abu hanifah? abbas saad? petui. makan suap punya kaki. haha
siot betul. the real champion of malaysia dah terang lagi bersuluh SELANGOR beb, 32 kali M-Cup + 5 kali divisyen 1/MSL + FA cup! boleh celen ke?

K berkata...

*5 FA Cup

print berkata...

Kay, tambah 2 lagi.

1.pernah turun divisyen

2.pernah tak layak saingan Piala Malaysia.

sekian...

meo sepul berkata...

Laszlo Repasi terbaek cho...

FdausAmad berkata...

"Nidzam Azhar beli proton saga pakai duit main bola..tak payah kerja engineer pun"

- 1991-

Ini ajaran cikgu bola sekolah gua supaya semangat budak budak up!.

meor-name-depan-ku berkata...

fdausamad, kehkehkeh!!! Azizul pakai ford laser time tu....

iklansampah berkata...

perak ke berak?

hahahaha

Cob Nobbler berkata...

lucy,pahang pernah relegated tak?
ye la,sejak ada sultan bola ni.
hahaha!

mr dimaz berkata...

kapten perak skrg nantakumar flop kowt...
harap tggi je cam galah,,pasing kelaut x suke tgk dy men..

Tanpa Nama berkata...

we are the yob...
yob4ever!!!

Raiden berkata...

skor yob skor!! rugi aku tak tengok match lawan Kedah aritu..cayalah Razali Umar..

reformist101 berkata...

Terkenang Laszlo Repasi. Hadir di separuh musim. Terus menang kasut emas. Juga terkenang Abukari Damba, keeper dari Ghana yang menangkap bola dengan sebelah tangan ala kartun Kickers.. Ahh.. those were the days..

Zinedine Zaiddin berkata...

Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang. Promosi kurang.

Xde promosi macam mana orang nak kenal team bola negara kita? Hatta Liga M pn promote nak tak nak aje..bullsheettt!!

zan berkata...

Takde pengulas dari Selangor ke? Takpe lah..nanti penat nak tulis senarai piala jer..plus the legendary Mokhtar Dahari...

suarasis berkata...

skuad perak da xmcm dlu...skrg yg aku kenal pun razali kandaqsamy n nantakurma..apapon hrp leh bg saingan dlm msia cup ni..kejor yobb....

orang_es berkata...

tambah lg fakta, perak menjadi pasukan pertama menjuarai piala malaysia yg dimainkan di stadium negara bukit jalil. perak juga yg pertama menjuarai piala malaysia utk abad ke 20.

kitt berkata...

pidomat...Nidzam Adzha ke? player kedah tu..

reformist101 berkata...

Kitt. Striker berwajah seperti Ian Rush itu, (Nidzam Adzha) bermain untuk Perak sebelum berhijrah ke Kedah.

kareem berkata...

"Trivia: Sebelum manager tahun 1992 ni jadi manager Perak, Mak saya selalu bawak saya dan adik-adik ke kliniknya untuk diperiksa dan diberi ubat. Dahulu, anaknya hot. Sekarang tidaklah saya tahu."

Sape manager tuh???

fikiranlicin berkata...

yes. gua perakian since -08- di IC gua. Palat, mengapa teknik teknik bermain bola Azizul Abu Hanifah tak dapat gua adaptasi dalam kehidupan gua sekarang? ni kes S.Soondramoorthy la ni

ruffey07 berkata...

salam semua...
jom sembang pasal bola kt blog ni..

http://demamfootball.blogspot.com/

reformist101 berkata...

Kareem. Manager tu namanya Dr. Safri. Di Ipoh, dia bukak banyak klinik bernama Klinik Safri & Hamimah. Tetapi kesemua klinik2 ini telah ditutup. Dengo kabonye deme dah bercerei..

Ejoi berkata...

Nazri penulis post ni ada talian persaudaraan dengan Nazrin Chong Kim Boon ex-keeper Perak tu ke? Dia tu memang hebat tapi selalu kantoi bila ada match besor-besor. Katenye makan suap.

;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...