ANDA SEDANG MEMBACA
30
Negara kecil macam Malaysia ini memang tidak ada banyak sukan yang kita boleh mendabik dada. Kena pula sukan jenis berpadang macam bolasepak. Memang kita power dalam sukan macam badminton dan skuasy, tapi ada ke orang main badminton dan skuasy atas padang?
Tak ada kan?
Jadi berbalik kepada sukan jenis berpadang ini, dalam acara bolasepak memang sudah terang lagi bersuluh kita ini tak handal mana. Begitu jugalah dengan acara ragbi, apatah lagi pula acara American football. Kita tidak boleh mendabik dada kononnya setaraf seperti Brazil dan Jerman dalam bolasepak, atau England dan Argentina dalam acara ragbi dan semestinya langit dengan bumi jika dibandingkan dengan New York Giants dalam acara American football.
Tapi ada satu sukan jenis berpadang di mana kita boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi atau paling tidak memberi cabaran selayaknya kepada negara-negara seperti Jerman, Belanda, England, Sepanyol, Australia dan Argentina. Negara-negara yang kalau kita ajak berlawan bolasepak atau ragbi memang konfom kita kena lauk.
Tapi tidak dalam hoki. Kalau pun tak menang tapi masih boleh melawan.
Hoki adalah satu-satunya sukan jenis berpadang dalam dunia di mana kita boleh mendabik dada mampu memberi lawan yang sengit buat England atau Argentina, atau mampu menewaskan dengan mudah negara seperti Portugal atau Brazil. Kalau dalam bolasepak, kirim salam.
Dan dalam hoki juga, kita boleh merasa gah kerana duduk dalam ranking antara 20 pasukan terbaik dunia (Malaysia di ranking ke-15 sekarang).
Tapi cukupkah dengan kedudukan sebagai pasukan ke-15 terbaik dunia?
Setiap sukan ada KPI mereka sendiri. KPI untuk badminton, sepaktakraw dan skuasy ialah untuk menjadi juara dunia. KPI bolasepak kita asalkan dapat masuk ranking 50 pasukan terbaik pun dah cukup bagus. Tapi apa KPI sukan hoki kita?
Hah, apa KPI hoki?
Hanya putera Sultan Bola, yakni Tengku Hoki saja yang tahu. Sebab aku dah cuba cari laman web rasmi Persatuan Hoki Malaysia tapi haram tak jumpa.
Aku rasa KPI hoki kita ialah untuk menjadi antara 10 pasukan terbaik dunia dan juga nombor 1 di Asia. Ini bukan angan-angan Mat Jenin, sebagai bekas pemain hoki pencen aku rasa ini KPI yang realistik untuk kita sebagai sebuah negara hoki dunia.
Kita layak perlawanan akhir Sukan Asia 2010 dan itu bagi aku satu pencapaian yang baik. Tapi kita sepatutnya layak lebih kerap ke perlawanan akhir hoki Sukan Asia dan Piala Asia atau paling tidak berada dalam kedudukan 4 terbaik secara konsisten. Dalam Asia je pun, selain Pakistan, India dan Korea Selatan siapa lagi yang boleh lawan kita? Jangan biar Jepun atau China pijak kepala kita. Tengku Hoki kena ambil berat perkara ini.
Tapi semenjak kebelakangan ini kedudukan hoki kita dalam Asia dah makin tergugat. Dah tak menonjolkan cirri-ciri klasemen lagi macam dulu. Kalau dulu dalam Asia yang ada hanya Pakistan dan India sementara Malaysia menjadi the third force, tapi sekarang tidak lagi. Bermula dekad 1980-an dan 1990-an negara Asia Timur yakni Korea Selatan, Jepun dan China sudah mula meningkat sukan hoki mereka secara mendadak.
Dan yang paling bahaya ialah Korea Selatan. Malah kalau nak dikirakan, Korea Selatan sebenarnya dah pun mendahului Malaysia dalam bidang hoki ini. Padahal kalau nak dikirakan tahun 1970-an dulu, mereka ini boleh kita katakan standard ayam.
Persoalannya, adakah hoki kita ini menempuh nasib sama macam bolasepak? Macam bolasepak, dulu Korea Selatan dan Jepun diayamkan oleh Harimau Malaya tapi sekarang kita pula yang diayamkan oleh mereka.
Benda ini Tengku Hoki kena ambil berat. Jangan sampai terikut Sultan Bola punya kes pula. Walaupun kita layak secara mengejut ke perlawanan akhir Sukan Asia 2010, langkah-langkah proaktif perlu dilakukan. Kena pastikan hoki kita terus berdaya maju dan pasukan lawan tidak mendahului kita. Jangan sampai nanti Jepun dan China pun atas kita dan Singapura, Bangladesh atau Sri Lanka pun berani melawan.
Apa pun, petang ini tanggungjawab kita semua ialah untuk berhimpun depan televisyen sambil menyanyikan lagu ‘Jika Kau Fikirkan Kau Boleh’, dengan harapan kejayaan layak ke akhir ini bakal membawa sinar kebangkitan semula hoki Malaysia.
Sasaran kita, Sukan Olimpik 2012 nanti kita mampu kalahkan juara Piala Dunia bolasepak, Sepanyol. Tapi dalam acara hoki la.
Pautan: Cerita Hoki Lain
Hokinet: Bersempena Malaysia Ke Perlawanan Akhir Hoki Sukan Asia 2010

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
30 Ulasan:
sial... first pulak..
masalahnya sekarang, ada ke pelapis yang berminat nak teraju pasukan hoki kita masa depan nanti? minat nak pupuk dari mana? semua budak2 sekarang dah tertumpu kepada PSP, Shuffle, Akedemi Fantasia, Bangfes, Maria Ozawa, dan kissing depan Pavillion.
Bola tu, kalau letak sebiji, 30 orang pun boleh main dalam satu padang. Sampai tiang gol hoki pun diorang jadikan gol bolasepak. Tapi berapa ramai yang lari pergi stor sukan ambil kayu hoki masa PJK kat sekolah?
Minat tu, Tengku Hoki kena fikir macam mana nak pupuk.
Lucius kena tulis buku CHM plak. Cerita Hoki Malaysia.
Mengecam Jarr kerana telah memberikan idea yang ingin gua nyatakan
apa benarkah encik akmal? tidak ada lagi yang berminat?
kesian encik akmal jadi 1st kali ni.marah betulll ya?
eh tapi geng aku ramai gak yang terel men hoki. kosmet aku, ramai je budak hoki upm. budak2 ni takley diserap masuk jadi hoki malaysia ke ek?
dialog tengku hoki kepada sultan bola:
"team aku masuk final. team kau ade?.."..
hahaha...
dialog lagi:
"team aku ada kayu depan mata, takde pulak gaduh2 pun macam team kau."
dialog team takraw:
"team aku bleh menani-nari kt Thailand depan net..team ko bleh?"
ada idea bernas utk alasan balik awal? tak tahan ni .. kena tgk gak camne² pun .. arghhh!!
mati2 gua ingat hoki kite masih top ten.. cis!! dah lama kite jadi naib juara sukan komanwel aritu rupenye~
*gua rasa permintaan gua terkabul. trime kasih lucius!!
petang ni pukul bapo woii!!!
aku rasa team hoki yg main final hari ni mostly ada generasi baru.tinggal keeper jek yg otai. yg lain semua mostly mmg muka baru.
semua produk Bukit Jalil.
rasanya.
sorang cek boleh?.
apa-apa pun. Team Hoki mmg boleh menang emas petang ni. konpem!.
Lepas ni banyak la orang sibuk nak rebut jawatan dalam PHM.
Pasukan menang, banyak duit insentif kerajaan beri. Lepas tu tak bayar gaji pemain, duit habis dijoli. Pemain mogok tak puas hati. Prestasi terus merundum gila babi.
Kitaran hidup sukan Malaysia. Bahana apabila yang bukan ahlinya tetapi sibuk nak tunjuk pandai.
kepada tengku hoki, jangan jadikan hoki malaysia sandarkan pada kenangan. kita mesti bangkit!
kalah ngan pakistan, sohail abbas tu pernah main dalam liga hoki malaysia.
cilake la rmbut player mesia...
sume pakat nk befesyen je...
thn bola penalti corner pn hampeh
haishhhhhh
rambut team hoki malaysia ada style.
malaysia = individual.
gua tengok pakai iphone made in china yang ada aerial tu. Walaupun kalah, tapi ada la 2-3 chance open goal, 3-4 chance penalty corner haram tak masuk.
Takpe cuba lagi.
btl ke lu yg tulis ni lucy..
apsal mcm patriotik semacam je...dah berubah ke?
boleh la match td...
skill pun ok...siap boleh
solo lps 3 org
team work kurang sket.
Sukan yg berpadang.....eermm...bowling padang kire ok gak per team m'sia. Agknyer kot. Danny Chia gua rase patot diserap dlm pskn hoki klo nk wat long pass yg tepat....kakaka...
Pengulas partner Minarwan kat Asetero Arena tu nak jadi hasbullah awang agaknya siap citer anak lahir bila, sekolah kat mana. Tapi undang2 hoki x berapa pass.
10 minit akhir tertinggal 2-0 dah sebut "satu Malaysia kecewa!" emo siut. Minarwan ingatkan dia yg 10 minit hoki tak sama mcm 10 minit bolasepak. Sekali pukul dah sampai ke hujung padang.
Tapi akhirnya memang sedikit mengecewakan. Perlu lebih team work.
apa yang penting ?
kerja sama..
apa yang penting ?
kerja sama..
Wonder Pets Wonder Pets…
kami datang..
membantu (anak haiwan) yang kesusahan..
kami tak besar..
dan kami tak kuat..
bila bekerjasama semua jadi mudah…
Patot sume team m'sia kne igt tagline wonderpets nih.....kakaka..
pada saya, kemenangan Malaysia hingga layak ke final tu cuma disebabkan 'ngam timing' je, bak kata org sabah. sebab jika dilihat pada persembahan, lebih kurang je, cuma semangat tu ada lain macam sikit. mungkin kerana disebabkan dorongan daripada amoi-amoi skirt pendek kat guangzhou (kita lihat dr sudut positif k). Ini berbeza dengan pasukan bola tampar pantai Yaman yg tewas dengan alasan terganggu dengan cheerleaders berbikini di tepi gelanggang..kehkeh..
Oh ya, ada sedikit pembetulan yer.. Persekutuan Hoki Malaysia aka MHF, bukan Persatuan Hoki Malaysia (sekadar berkongsi kebenaran..jgn marahhh..)
aku pn sokong kita kurang teamwork..
Pakistan pn mmg pioneer sukan hoki tp dorang pn hati2 gak time lawan dgn team M'sia..
jangan putus asa..
tengok bola kalah..
tengok takraw kalah..
tengok badminton kalah..
lepas2 dari ni nak tengok skuasy je la.
konfom menang punyo!
haha
still benci tgk rmbut
hahaha
atleast tengku hoki xsegan melompat kt seat vip mase tngok hoki masuk final arituh
Catat Ulasan