Memaparkan catatan dengan label sukan asia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan asia. Papar semua catatan
17

From Pak With Love

LuciusMaximus Jumaat, November 26, 2010 , , , , ,


LOL!


Malaysia turun petang semalam dengan fesyen rambut ala-ala Pekan. Pakistan seperti biasa membariskan muka penjual karpet, tukang uli roti Naan dan hero filem Hindustan. Selepas menewaskan Singapura, Oman, China dan India serta seri dengan Korea Selatan, kita kehabisan stim.

Betul macam cakap Nazri, kita ini macam Belanda dalam dunia bolasepak. Itu pun sebab Sepanyol dah menang Piala Dunia (bolasepak) baru-baru ini. Kalau tidak, boleh disamakan dengan dua negara ini dalam bolasepak.

Kata Times of India, Malaysia adalah perennial under achievers sukan hoki. Jolokan yang sama pernah diberikan pada Sepanyol sebelum mereka menang Piala Dunia (bolasepak).

Kita kena terima itu sebagai pujian. Kerana itu pengiktirafan dari India yang mengakui kita sebagai sebuah negara hoki yang dihormati. Tapi pada masa juga ianya satu sindiran kerana kita sentiasa gagal mencapai tahap sepatutnya.

Bagi India, Malaysia ialah seteru utama mereka selain dari Pakistan. Selalu jadi kuda hitam. Corak permainan Malaysia terlalu laju untuk India.

Tapi seperti komen pemain hoki lagenda, Pipiyapong, Malaysia laju tapi Pakistan lebih laju. Dan bila bertemu Pakistan kita gagal menyaingi kelajuan mereka. Selain dari fesyen rambut ala-ala Pekan milik pemain Malaysia yang gagal menyaingi rupa paras hero Hindustan milik pemain Pakistan.

Persekutuan Hoki Malaysia (bukan Persatuan, terima kasih afterc) mensasarkan pingat emas sebelum Sukan Asia bermula. Ramai yang kurang yakin selepas prestasi hambar kita di Sukan Komanwel. Tapi akhirnya kita dapat perak dan itu agak baik juga sebenarnya. Malaysia kini memiliki pingat perak hoki Sukan Asia dan juga negeri Perak Darul Ridzuan.

Sasaran seterusnya ialah untuk memastikan kita terus berusaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 London. Hanya ada 3 slot saja untuk negara-negara yang gagal menjuarai kejohanan benua masing-masing. Kita bakal berdepan dengan lawan-lawan seperti Argentina, Afrika Selatan, Sepanyol dan Selandia Baru contohnya selain dari lawan-lawan benua Asia yang lain.

Sokernet melalui proksi Hokinet akan sentiasa memantau perkembangan skuad hoki negara dan mengawasi KPI peribadi Tengku Hoki.
8

Malaysia 0-2 Pakistan

Pipiyapong Abdillah Hamzah , ,
Pemain Malaysia turun berambut baru. Game terlalu laju. Malaysia bermain laju. Pakistan lebih laju. Ini hoki baru yang laju. Pusher Pakistan siram air masa ambil short corner untuk kasi bola lebih laju. Masa berlalu begitu laju. Peluang short corner ada tapi tak dapat tahan sebab laju. Akhirnya dapat pingat perak saju. Sekian laporan gua dari Alimaju.
30

Hokinet: Bersempena Malaysia Ke Perlawanan Akhir Hoki Sukan Asia 2010

LuciusMaximus Khamis, November 25, 2010 , , , , ,


Negara kecil macam Malaysia ini memang tidak ada banyak sukan yang kita boleh mendabik dada. Kena pula sukan jenis berpadang macam bolasepak. Memang kita power dalam sukan macam badminton dan skuasy, tapi ada ke orang main badminton dan skuasy atas padang?

Tak ada kan?

Jadi berbalik kepada sukan jenis berpadang ini, dalam acara bolasepak memang sudah terang lagi bersuluh kita ini tak handal mana. Begitu jugalah dengan acara ragbi, apatah lagi pula acara American football. Kita tidak boleh mendabik dada kononnya setaraf seperti Brazil dan Jerman dalam bolasepak, atau England dan Argentina dalam acara ragbi dan semestinya langit dengan bumi jika dibandingkan dengan New York Giants dalam acara American football.

Tapi ada satu sukan jenis berpadang di mana kita boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi atau paling tidak memberi cabaran selayaknya kepada negara-negara seperti Jerman, Belanda, England, Sepanyol, Australia dan Argentina. Negara-negara yang kalau kita ajak berlawan bolasepak atau ragbi memang konfom kita kena lauk.

Tapi tidak dalam hoki. Kalau pun tak menang tapi masih boleh melawan.

Hoki adalah satu-satunya sukan jenis berpadang dalam dunia di mana kita boleh mendabik dada mampu memberi lawan yang sengit buat England atau Argentina, atau mampu menewaskan dengan mudah negara seperti Portugal atau Brazil. Kalau dalam bolasepak, kirim salam.

Dan dalam hoki juga, kita boleh merasa gah kerana duduk dalam ranking antara 20 pasukan terbaik dunia (Malaysia di ranking ke-15 sekarang).

Tapi cukupkah dengan kedudukan sebagai pasukan ke-15 terbaik dunia?

Setiap sukan ada KPI mereka sendiri. KPI untuk badminton, sepaktakraw dan skuasy ialah untuk menjadi juara dunia. KPI bolasepak kita asalkan dapat masuk ranking 50 pasukan terbaik pun dah cukup bagus. Tapi apa KPI sukan hoki kita?

Hah, apa KPI hoki?

Hanya putera Sultan Bola, yakni Tengku Hoki saja yang tahu. Sebab aku dah cuba cari laman web rasmi Persatuan Hoki Malaysia tapi haram tak jumpa.

Aku rasa KPI hoki kita ialah untuk menjadi antara 10 pasukan terbaik dunia dan juga nombor 1 di Asia. Ini bukan angan-angan Mat Jenin, sebagai bekas pemain hoki pencen aku rasa ini KPI yang realistik untuk kita sebagai sebuah negara hoki dunia.

Kita layak perlawanan akhir Sukan Asia 2010 dan itu bagi aku satu pencapaian yang baik. Tapi kita sepatutnya layak lebih kerap ke perlawanan akhir hoki Sukan Asia dan Piala Asia atau paling tidak berada dalam kedudukan 4 terbaik secara konsisten. Dalam Asia je pun, selain Pakistan, India dan Korea Selatan siapa lagi yang boleh lawan kita? Jangan biar Jepun atau China pijak kepala kita. Tengku Hoki kena ambil berat perkara ini.

Tapi semenjak kebelakangan ini kedudukan hoki kita dalam Asia dah makin tergugat. Dah tak menonjolkan cirri-ciri klasemen lagi macam dulu. Kalau dulu dalam Asia yang ada hanya Pakistan dan India sementara Malaysia menjadi the third force, tapi sekarang tidak lagi. Bermula dekad 1980-an dan 1990-an negara Asia Timur yakni Korea Selatan, Jepun dan China sudah mula meningkat sukan hoki mereka secara mendadak.

Dan yang paling bahaya ialah Korea Selatan. Malah kalau nak dikirakan, Korea Selatan sebenarnya dah pun mendahului Malaysia dalam bidang hoki ini. Padahal kalau nak dikirakan tahun 1970-an dulu, mereka ini boleh kita katakan standard ayam.

Persoalannya, adakah hoki kita ini menempuh nasib sama macam bolasepak? Macam bolasepak, dulu Korea Selatan dan Jepun diayamkan oleh Harimau Malaya tapi sekarang kita pula yang diayamkan oleh mereka.

Benda ini Tengku Hoki kena ambil berat. Jangan sampai terikut Sultan Bola punya kes pula. Walaupun kita layak secara mengejut ke perlawanan akhir Sukan Asia 2010, langkah-langkah proaktif perlu dilakukan. Kena pastikan hoki kita terus berdaya maju dan pasukan lawan tidak mendahului kita. Jangan sampai nanti Jepun dan China pun atas kita dan Singapura, Bangladesh atau Sri Lanka pun berani melawan.

Apa pun, petang ini tanggungjawab kita semua ialah untuk berhimpun depan televisyen sambil menyanyikan lagu ‘Jika Kau Fikirkan Kau Boleh’, dengan harapan kejayaan layak ke akhir ini bakal membawa sinar kebangkitan semula hoki Malaysia.

Sasaran kita, Sukan Olimpik 2012 nanti kita mampu kalahkan juara Piala Dunia bolasepak, Sepanyol. Tapi dalam acara hoki la.

Pautan: Cerita Hoki Lain
55

Punca – Punca Malaysia Tunduk Kepada Iran




LOL!


Amaran: Entri berikut tidak sesuai dibaca oleh seorang mamat bernama Biz.

1) Iran bermain bolasepak. Malaysia masih lagi bermain bola.

2) Iran tidak mengikut telunjuk Amerika Syarikat. Malaysia jadi pak turut Uncle Sam. Tiada keberkatan di situ.

3) JAKIM mengharamkan mazhab Syiah dan menangkap penganut mazhab Syiah di kalangan rakyat Malaysia. Tapi tak pernah pula berani mengatakan Iran negara pengamal ajaran sesat. Kepura-puraan merugikan diri sendiri.

4) Pulak tu, bila bab bergocoh dengan Israel tiba-tiba Malaysia kamcing dengan Iran. Watahel?

5) Presiden Iran lagi mantap main bolasepak dari Perdana Menteri 1Malaysia. Tak percaya? Tengok gambar berikut.


Approach yang betul, angle ala-ala Stevie G nak sepak free kick, pakaian yang sesuai dan menutup aurat, lokasi atas padang walaupun kasut agak lari konsep



Approach agak pelik, angle macam M Daud Kilau tengah bergelek, pakaian menutup aurat tapi lari konsep, lokasi atas gelanggang simen pecah-pecah hasil kerja Kontraktor Bumiputera Kelas F dan kasut Bally

33

Iran 0 - Malaysia 0 (Separuh Masa Pertama)

LuciusMaximus Isnin, November 15, 2010 , ,
1) Malaysia menerapkan formasi tanpa penyerang

2) Penjaga gol Malaysia pakai baju ungu dan stokin ungu sedondon

3) Pengadil Bangladesh nampak lebih cermat mengeluarkan kad. Ini penting kerana periuk nasi rakan senegaranya yang berjuta jumlahnya berada dalam tangan beliau sendiri. Nanti tak berasap dapur kat Dhaka pula.

4) Sistem tendangan ikut arah telur Malaysia membuatkan Iran kucar-kacir.

5) Asraruddin (4) boleh menggantikan Branislav Ivanovic

6) Keeper Malaysia cemerlang!

7) Iran menyerang macam Chelsea tapi haram tak gol

8) Tengok bola waktu pejabat ni memang ART.
34

Jepun 2-0 Malaysia

Pipiyapong Abdillah Hamzah Rabu, November 10, 2010 ,
1. Pemain Malaysia cukup cergas.
2. Pemain Malaysia menggunakan langkah yang banyak berbanding pemain Jepun kerana masalah first touch.
3. Pemain Malaysia mantap membuat hantaran di dalam kawasan sendiri.
4. Pemain Jepun pula mantap membuat hantaran di dalam kawasan sendiri dan kawasan D Malaysia.
5. Kebanyakan pemain Malaysia berpunggung tonggek (terutamanya pemain bintang). Gua rasa ada benda yang tak kena dengan sistem latihan bola sepak Malaysia.
6. Pertahanan bernama Muslim bagi gua adalah the next Shukor Adan.
7. Gelecek bola ada hadnya.
8. Kini di atas kertas, Malaysia lebih baik berbanding China. Di atas padang siapa yang tahu?
9. Sebenarnya gua tengok dari mula separuh masa kedua saja.
56

Samurai Blue Cuak Hadapi Harimau Malaya


Cuak.


Anak buah K Rajagopal ramai yang dilaporkan telah pecah telur, tetapi itu tidak bermakna Jepun boleh memandang Malaysia dengan sebelah mata dalam perlawanan peringkat Kumpulan A di Sukan Asia 2010 Guangzhou.

Jurulatih skuad Jepun, Takashi Sekizuka percaya tiada yang lebih menggerunkan selain berhadapan dengan harimau yang tercedera.

“Mengikut cerita adik saya yang bekerja di Zoo Kyoto, seekor harimau yang tercedera jauh lebih merbahaya dari seekor harimau yang sihat. Saya percaya senario yang sama boleh diaplikasikan terhadap skuad Harimau Malaya,” jelas beliau dengan wajah cuak.

Sekizuka berjaya mengemudi Samurai Blue untuk menang besar 3-0 ke atas tuan rumah China dan memastikan Jepun terklasemen.

“Tetapi Malaysia ialah lawan yang berbeza. Mereka kaya dari segi sejarah lebih-lebih lagi ketika dekad 1970-an dan 1980-an di mana Harimau Malaya dahulu lebih kuat dari Jepun. Walaupun kini kedudukan bolasepak mereka tidak setanding Jepun, itu tidak bermakna mereka tidak mampu untuk membuat kejutan.”

“Lihat contoh Liverpool dan Chelsea. Sebuah pasukan bersejarah masih mampu menundukkan sebuah pasukan klasemen,” tambahnya lagi.

Hakikat bahawa Jepun bukan saja klasemen tetapi turut menggunakan jersi berwarna biru seperti Chelsea menggusarkan lagi Sekizuka yang takut badi Chelsea merebak ke Samurai Blue.

Sementara itu di kem Harimau Malaya, K Rajagopal tetap optimis biar pun ramai pemainnya pecah telur.

“Perlawanan kami menentang gergasi Asia yakni Jepun merupakan satu cabaran besar,” jelas Rajagopal. “Tetapi jika Liverpool mampu menundukkan Chelsea, kami juga mampu menundukkan Jepun”.

Khairul Fahmi Che Mat bakal menggalas tugas pertama beliau sebagai penjaga gawang pasukan Malaysia. Ditanya mengenai perasaan beliau berdepan dengan penyerang Jepun seperti Daisuke Suzuki, Khairul Fahmi menjawab ringkas.

“Pepe Reina adalah idola saya!”
30

Sukan Asia: Malaysia 2 - Kyrgyzstan 1

LuciusMaximus Selasa, November 09, 2010 , , ,


S Chanturu - Wira Harimau Malaya dan kini dalam perhatian Roy Hodgson


Malaysia memulakan saingan bolasepak Sukan Asia 2010 Guangzhou dengan langkah kanan apabila berjaya menundukkan Kyrgyzstan 2-1 malam tadi.


Norshahrul Idlan Talaha meletakkan Malaysia di depan seawal minit ke-27 sebelum Ruslan Sydykov menyamakan kedudukan 10 minit kemudian.


Terikat 1-1, jurulatih K Rajagopal menerapkan permainan menyerang pada separuh masa kedua dan pada minit ke-60 pemain baru S Chanturu berjaya merobek gawang Kyrgyzstan untuk memberikan 3 mata penuh buat Harimau Malaya mengatasi Snow Leopard.


K Rajagopal ketika dihubungi Subuh tadi oleh pihak Sokernet berpuas hati dengan permainan anak buahnya walaupun beberapa pemain tercedera. Ahmad Fakri Saani, Norhafiz Zamani Misbah dan juga S Chanturu adalah antara mereka yang tercedera dalam perlawanan tersebut.


"Kami hadir dengan pasukan yang terdiri dari pemain yang kebanyakannya tercedera dan kini keadaan lebih sukar dengan lebih ramai lagi pemain yang tercedera," jelas K Rajagopal.


Ditanya mengenai ura-ura Liverpool mahu mendapatkan khidmat S Chanturu, K Rajagopal menegaskan "adalah mustahil untuk seorang pemain Red Warriors berpindah ke England dan bermain untuk sebuah kelab pertengahan EPL yang tidak klasemen 20 tahun lamanya".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...