"Terima kasih pada Chelsea, seluruh Ghana dapat melihat Asamoah Gyan menari" - rakan seperjuangan dari Sokernet Ghana
Satu lagi siri perlawanan EPL telah berlalu dan sekali lagi, Chelsea kekal klasemen walaupun tunduk kepada Asamoah Gyan. Memang susah untuk menafikan puncak klasemen dari The Blues. Menang klasemen. Seri pun klasemen lagi. Kalah dan masih juga klasemen. Nampaknya satu cara untuk menghalang Chelsea dari kekal klasemen ialah dengan menyuruh Chelsea berhenti bermain dalam EPL.
Ya, begitulah nampaknya.
Apa pun, setiap hero pasti ada zaman duka. Setiap juara pasti tersungkur sebelum muncul juara. Langit tidak selalunya cerah, kadangkala ada hujan gerimis menanti. Kadangkala kita di atas dan kadangkala kita masih di atas macam Chelsea. Yang tak pernah naik atas faham-faham sajalah siapa.
Namun begitu tidak perlulah kita terus bermadah. Kata-kata indah ini hanya sesuai untuk kelab yang banyak kenangan. Chelsea kalah dan masih klasemen. Itu fakta. Maka dengan kekalahan mengejut malam tadi aku pantas melakukan sesi muhasabah diri dengan King Carlo.
Hasilnya, kami mengenal pasti 3 punca kekalahan.
Terry, Lampard, Alex & Essien
Memang tidak dinafikan, skuad yang turun malam tadi lebih cocok untuk bermain menentang MSK Zilina bukannya Sunderland. Tetapi kekangan kecederaan dan penggantungan memaksa King Carlo bermain dengan senarai pemain yang ada. Entah apa nasib Chelsea yang senasib nampaknya dengan skuad Piala Asia 2010 Malaysia di bawah bimbingan K Rajagopal.
Captain Marvel dan Alex tidak dapat turun untuk menguatkan barisan pertahanan The Blues. Ini bermakna tugas berat diisi oleh Paulo Ferreira di bahagian centre back, berpasangan dengan Branislav ‘Tonggek” Ivanovic. Hasilnya? Huru-hara.
Bila situasi begini melanda, Chelsea tidak dapat menggunakan kelebihan overlapping full back yang selalunya diperolehi hasil larian pantas Ashley ‘Overlapping’ Cole di sebelah kiri dan Jang Bosingwa di sebelah kanan. Kebanyakan masa kedua full back ini terpaksa membantu Si Tonggek dan Ferreira yang kucar-kacir.
Kepincangan di barisan pertahanan juga berjangkit ke bahagian tengah, yang merupakan gandingan paling cacamarba dilihat sepanjang musim ini. Yury Zhirkov dan Ramires jelas tidak setanding dengan gandingan Super Frank dan Michael Essien. Maka kelebihan fizikal yang selalunya dimiliki Chelsea di bahagian tengah hilang dan bekalan peluru ke bahagian serangan punah.
Ray Wilkins
Selepas menang ke atas Fulham, Ray Wilkins telah ditunjukkan jalan keluar. Sehingga saat ini belum dapat dikenal pasti apa silapnya. Mungkinkah kerana kecenderungan beliau menggaru telur di tengah padang ketika sesi latihan?
Ketiadaan mamat gemuk botak ini dilihat sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan. Ini kerana Ray Wilkins kerap digunakan oleh Chelsea untuk menggugat konsentrasi pihak lawan. Kepala botak licinnya mampu memancarkan sinar cahaya yang boleh mengganggu pandangan pemain lawan dan memberikan kelebihan buat Chelsea di atas padang.
Tetapi malam tadi ianya telah diganti dengar seorang mamat kurus tinggi berambut yang bernama Paul Clement. Sayangnya Paul Clement ini tidak mampu memancarkan sinar cahaya. Masa dia berbisik dengan King Carlo pun, King Carlo macam tak berapa layan.
Apa kes?
Kesilapan Aku Sendiri
Sesi muhasabah diri yang diadakan malam tadi juga mendapati kekalahan Chelsea berpunca dari salah aku sendiri. Begitulah kata King Carlo dalam bedah siasat yang dilakukannya.
“Hang punya pasai la ni, buat kerja biaq buat cara Chelsea,” kata King Carlo.
“Awat aku lak kena?”
“Yang hang pi buh pos Respek kemarin apa jadah?”
Ya. Kesilapan aku semalam ialah dengan meletakkan pos Respek merujuk kepada kekalahan Liverpool kepada Stoke City. Ini sangat bertentangan dengan norma kem Chelsea yakni riak, sombong, takbur dan berlagak.
Dengan meletakkan pos lembut yang tidak menganjing pihak lawan membuatkan Dewa Kemenangan di Stamford Bridge murka. Apabila Dewa Kemenangan murka, maka kekalahan menimpa The Blues. Inilah akibatnya melanggar pantang larang.
Oleh sebab itu, aku terpaksa mengubah nada dan kembali kepada sikap riak, sombong, takbur dan berlagak. Serta kembali menulis pos-pos berunsur propaganda, provokasi dan menganjing tak ingat dunia yang merupakan satu budaya dan adapt resam kem Chelsea di Sokernet.
Kesimpulan
Hasil sesi muhasabah diri yang dibuat, maka kesimpulan yang dicapai ialah tidak perlu muhasabah diri. Apa barang muhasabah ini? Chelsea kalah tapi masih klasemen, itu yang penting.
Apa ada hal?

38 Ulasan:
Aku rasala kan, team klasemen kena hadir klase tambahan utk belajar bagaimana nak konsisten supaya tak ditapau ditempat sendiri sampai 3 biji...
ye, norma riak,takabur dan bangga diri dah sinonim ngan kem chelsea.tapi kita takleh menidakkan karma..
ecehh.
Kucing Hitam pon boleh kekah Singa Stamford.
urm. 3-0. tempat sendiri.
erm apa ada hal? masih klasemen kot
Gua dah bagi greenlight dah dulu supaya Liverpool beli Gyan tu...tapi taknak! Liverpool nak beli gak player banyak tatoo ni!
Supaya nampak cantik dan matching dgn Torres dan Skrting katanya....
relek la, celsea top team pertama yang kalah besar berbalas telur. apeadahal?
hah. tak ke bangge tu? boleh la takbur dengan pecapaian ni.
3 bijik tempat sendiri? maluuuu
Come on Baby Jet !
Semalam saya ada melihat bola pantai Liverpool di Stamford Bridge, tetapi dalam bentuk Ashley Cole!
"Menang klasemen. Seri pun klasemen lagi. Kalah dan masih juga klasemen. "
apa ada hal..
dem! u r good lucy..
keh keh keh keh keh!
riak dan takbur sedang bergema di kem chelsea. jangan kacau woiii!. keh keh keh!
yeaaahhh
chelse masih klasemen lagi.
apa ada hal?
seri pun klasemen, kalah pun klasemen.
lepas ni, rasanya tak payah datang terus la ke stadium, tentu masih lagi klasemen kan. kira macam buang game je gitu.
simpan la tenaga untu UCL. amacam?
ye betul, liverpool pun kena tapau gak kat home.
well at least kepada team yang berada di atas mereka.
menunjukkan team yang tapau liverpool tu dah sah2 lagi terer dari liverpool yang berkedudukan di tebing2 zon relegasi. ketika itu.
itu pun liverpool masih lagi dapat seri dgn sunderland yang terer tu.
tapi takde la sampai bertelur kena tapau.
sebelum ni, berdegar2 words konsisten dan klasemen di maya sokernet ni.
apa dah jadik sekarang ni?
dah kurang satu perkataan nampak..?
tak relevan ke lagi perkataan tu?
jangan sampai satu hari nanti, perkataan klasemen tu jugak tidak dapat ditaip oleh brader lucius ni.
tapi, saya lebih rela brader lucius yang menaip perkataan klasemen ini,
daripada melihat brader jorji atau brader nazri yang menaip untuk team syaitan mereka sendirik.
hishh!
Zu..
Hatimu terlalu keras
"Menang klasemen. Seri pun klasemen lagi. Kalah dan masih juga klasemen. "
biasala kalo dh kalah...ni sume ayat2 nk menyedapkan ati je...kahkahkah
woi luci,
chelsea masa 90an klasemen x?kahkahkah
main bola ke main Tombola?
biasalaa..bila riak,takbur dan berlagak ada balasannya..
sifat2 syaiton semua tuu..harus dibalas dgn kejahanaman.
hahahaha.
1 team kena MALARIA ke sampai 3-0 tempat sendiri nih?
makanbola -
apa yang anda cerita ni?
tahun 90an? laa itu sejarah laa..
janagn diungkit. chelsea ni mana la tau sejarah2 apa keparat ni semua.
masa tahun 90an tu, chelsea tarik diri daripada liga perdana.
tak main.
kalau chelsea main masa tu,memang tak merasa langsung la manure nak angkat piala tu sampai berbelas2 kali.
sebab klasemen hanya milik chelsea.
kalau nak team lain kalsemen, tunggu sampai chelsea dikeluarkan dari liga. atau abramovic jatuh bengkrap. bak kata lucius la..
tak gitu chelshits sekalian?
baru la lengkap seluruh elemen2 ujub, riak, sombong, bongkak, takabbur, menganjing apa segala.
Sebenarnya Luci menulis entry ni dgn penuh air mata didalam dada...tak percaya baca la dgn jiwa raga..klasemen terpaksa pretends bongkak, riak dan masih ujub...
padahal dalam taman dh penuh air hujan, kuciwaaaaaa...keh!keh!
Luci, hentikan lah kepura-puraan kebongkakan mu itu....keh!keh!!!
zu , yes betul tu ! memang riak ujub takabbur belagak sombong memang hak sang klasmem macam kami .
lucy,seriusly....
srh la chelsea bangkit kalo dah ketinggalan....MU leh wat,takkan kelab klasemen takleh buat...kan klasemen....hahaha..:D
zu,
thn 90an xdela sejarah sgt,baru je tu...kata kekeal klasemen...kekal klasemen sejak ada abramovic je ke?kahkahkah
ckp bia teghanggg...thn 90an chelsea klasemen x?kahkahkah
Chelsea 'klasemen' ke Chelsea 'clinton' neh...??? Hak... hakkk....
ohhh...lupa, 3- telurs..
semalam pon sejarah...lagikan citer 90an.
tapi sejarah itu indah, kalau tak, takdela syllabus sejarah kat sekolah..ye dak?
jangan citer psl sejarah kat chelsea...diorang benci sejarah...kekekeke....
Chelsea punya fan kena terima hakikat sandarkan pada kenangan... Kalu tak, mcmana nak review kejayaan chelsea hari ni pada 10 tahun akan datang kalu tak percaya pada sejarah???
yer,smlm pun sejarah
kalau mcm tu,klasemen chelsea hanyalah sejarah saje...kahkahkah
eh silap,smlm chelsea klh,so bile chelsea klasemne ni?thn 90an xmungkin...semalam lg la xmungkin...kahkahkah...dh lama melayu dibodohkan dlm negara ni,ke'klasemen'an chelsea ni pun antara pembohongan terhadap bani melayu ke?kahkahakh..jgnlah tipu kami wahai lucius nostradamus...kahkahkah
ah sudah , dah macam agenda sulit dah !
kehkeh, klaseman? skali lg sore piece of crap berkumandang nih, nk bersandarkan pada kenangan, kenangan pun xde, baru setahun jagung mempelopori arena epl dh melatah, bdk2 kt arsenal pun tersenyum ikhlas je tgk...hehe...bile almari tu dh ade 5 ketul cup CL nnt baru kite duduk semeja ye, owh! tu blum lg kira cup2 yg lain yg x seberapa tuh ek, ermmm xpe la its ok...apa ada hal.
"Kadangkala kita di atas dan kadangkala kita masih di atas macam Chelsea."
best!
GGMU
budak2 MU melalak cam anjing. bajingan manchester
Walaupun kalah, sikap ujub takabbur egois riak gaya mutu keunggulan masih tersemat di jiwa..thank pada artikel nih..naik balik semangat klasemen aku..muahahhaa..
semangat adik-adik cuba ditonjolkan oleh 'klasemen forever'..
nice try.. kahkahkah!
akan tetapi d.a.n.y tiada 'adik' di dalam seluar.HAHA
haha. jom kuar lepak minum. kite tengok sape xde 'adik'.. kahkahkah.
Heysátan berkata...
kehkeh, klaseman? skali lg sore piece of crap berkumandang nih, nk bersandarkan pada kenangan, kenangan pun xde, baru setahun jagung mempelopori arena epl dh melatah, bdk2 kt arsenal pun tersenyum ikhlas je tgk...hehe...bile almari tu dh ade 5 ketul cup CL nnt baru kite duduk semeja ye, owh! tu blum lg kira cup2 yg lain yg x seberapa tuh ek, ermmm xpe la its ok...apa ada hal.
---> mamat ini bercakap macam dia yang bantu Liverpool menang 5 UCL?
---> mamat ini bercakap macam dia yang bantu Liverpool menang 5 UCL? yer mamat 2 dan liver fan yang bantu menang 5 UCL dan besi-besi tersidai kat dalam muzium kelab, kalau tidak tak ada la 2 batang lilin kat logo.
p/s - Sejarah wajib lulus akan datang setuju dengan pak menteri wkwkwkwk.
bakar membakar amalan mulia
p/s:jgn lupe bce note kat bwh 2..
ikhlas dri fan arsenal :D
Catat Ulasan