Musim J. League 2010 masih lagi berbaki 3 perlawanan, tetapi 20 November lepas ketika Arsenal di bawah Arsene Wenger tumbang kepada Spurs di Emirates, para pemain dan pengurusan Nagoya Grampus sedang ber-kampai di Jepun meraikan kejuaraan liga pertama buat kelab dari Nagoya itu.
Nagoya Grampus baru saja menjuarai J. League dengan pesaing terdekat mereka Kashima Antlers, juara J. League 7 kali, ketinggalan 10 mata di belakang. Dan dengan hanya baki 3 perlawanan liga, Nagoya Grampus boleh saja memilih untuk kalah semua tapi masih klasemen, macam Chelsea.
Nagoya Grampus baru saja menjuarai J. League dengan pesaing terdekat mereka Kashima Antlers, juara J. League 7 kali, ketinggalan 10 mata di belakang. Dan dengan hanya baki 3 perlawanan liga, Nagoya Grampus boleh saja memilih untuk kalah semua tapi masih klasemen, macam Chelsea.
Rahsia kejayaan Nagoya Grampus? Mereka mewarisi seorang protégé peninggalan The Professor. Arsene Wenger berhijrah ke Nagoya Grampus dari AS Monaco pada tahun 1995 dan tahun kemudiannya membawa Grampus menjuarai Emperor’s Cup 1996 serta naib juara J. League musim yang sama. Ketika di bawah The Professor, Nagoya Grampus dibarisi tenaga import antaranya Gary Lineker dan Dragan Stojkovic.
Selepas memimpin Grampus kepada piala pertama mereka, Arsene Wenger berhijrah ke Arsenal. Tempat beliau diisi oleh banyak pengurus lain (antaranya termasuk Carlos Queiroz) tetapi tidak ada seorang pun antara mereka yang mampu menyamai pencapaian Arsene Wenger. Pun begitu di sebalik itu semua, falsafah bolasepak ART yang dipegang oleh Arsene Wenger dan Pipiyapong sebenarnya diwariskan kepada seorang pemain merangkap protégé, Dragan Stojkovic.
Selepas memimpin Grampus kepada piala pertama mereka, Arsene Wenger berhijrah ke Arsenal. Tempat beliau diisi oleh banyak pengurus lain (antaranya termasuk Carlos Queiroz) tetapi tidak ada seorang pun antara mereka yang mampu menyamai pencapaian Arsene Wenger. Pun begitu di sebalik itu semua, falsafah bolasepak ART yang dipegang oleh Arsene Wenger dan Pipiyapong sebenarnya diwariskan kepada seorang pemain merangkap protégé, Dragan Stojkovic.
Dragan Stojkovic - J.League MVP 1995
Stojkovic kekal sebagai pemain Grampus untuk 7 musim, entah kenapa beliau tidak pula dijemput Wenger untuk menyertai Arsenal. Tetapi tempoh yang lama di Grampus menjadikan Stojkovic satu susuk kultus dan pemain kelab yang setia.
Stojkovic bersara sebagai pemain Nagoya Grampus pada tahun 2001 dan pulang ke negara asal beliau Yugoslavia. Beliau kemudian melakukan sesuatu yang mengejutkan dunia bolasepak bila dilantik presiden FA Yugoslavia pada usia semuda 36 tahun. Mengejutkan kerana kalau di Malaysia, memang mustahil untuk mendapatkan seorang presiden FAM lingkungan 30-an merangkap bekas pemain bolasepak.
Beliau kekal sebagai presiden FA Yugoslavia hinggalah meletak jawatan pada tahun 2005, sedikit sebanyak berpunca dari kegagalan Yugoslavia layak ke Euro 2004. Usai dari itu, Stojkovic ditawarkan kedudukan sebagai presiden kelab Red Star Belgrade, kelab tersohor Yugoslavia dan juga Serbia. Di bawah teraju beliau Red Star Belgrade mencapai kejayaan Double bolasepak Serbia bila menjuarai Superliga dan Serbian Cup musim 2006/07.
Pada 22 Januari 2008, Stojkovic mendapat tawaran untuk kembali semula ke Jepun, kali ini sebagai pengurus Nagoya Grampus. Beliau tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran tersebut, apa lagi setelah menerima nasihat dari mentor beliau untuk menjadikan profesion pengurus bolasepak sebagai satu karier, sebagaimana mentor beliau lakukan di Arsenal.
Stojkovic pantas membawa Nagoya Grampus ke kedudukan ke-3 J. League musim 2008, tetapi pada musim 2009 kemudiannya Grampus jatuh pula ke posisi ke-9 liga. Menyedari beliau perlu melakukan sesuatu untuk memastikan Grampus akhirnya klasemen, Stojkovic berpaling kembali kepada mentornya di Arsenal.
“Setiap tahun saya ke London, bukan untuk membeli-belah tetapi untuk meluangkan beberapa hari bersama Arsene Wenger. Kami bercakap mengenai bolasepak, tentang ART dalam bolasepak yang merupakan falsafah Arsene Wenger,” tegas Stojkovic.
Hasil kaunseling bersama Wenger, Stojkovic mempunyai senarai pemain-pemain yang diperlukan Nagoya Grampus untuk musim 2010. Marcus Tulio Tanaka dibawa masuk untuk menguatkan barisan pertahanan. Pemain muda Mu Kanazaki pula cemerlang mengisi kekosongan yang dulunya milik Keisuke Honda sebagai attacking midfielder. Dan di barisan serangan, Keiji Tamada berganding baik dengan import dari Australia Joshua Kennedy (28 gol antara mereka), mirip kepada gandingan Marouane Chamakh dan Robin van Persie di Arsenal.
“Falsafah saya ialah untuk bermain bolasepak agresif dan menyerang,” jelas Stojkovic, memberi gambaran persamaan prinsip protégé dan mentor. Grampus mencetak 50 gol dalam J. League setakat ini, tetapi turut juga mempunyai jumlah bolos yang agak tinggi, sejumlah 34 gol. Mereka menjaringkan gol di setiap perlawanan tempat sendiri di Toyota Stadium.
“Kami komited untuk bermain bolasepak yang baik, bolasepak yang cantik dan pastinya mahukan kemenangan. Setakat ini kami cuma seri 3 kali, kalah boleh tahan juga banyak.”
Tanggal 20 November, gol lewat dari Keiji Tamada memastikan trofi J. League berpindah secara sah ke bandar ke-4 terbesar di Jepun bila Nagoya Grampus menundukkan Shonan Bellmare di tempat lawan. Nun di Kobe, pesaing terdekat Kashima Antlers cuma mampu seri 0-0 dengan Vissel Kobe.
“Arsene Wenger menghubungi saya dan mengucapkan ‘tahniah’. Beliau menasihatkan saya untuk sentiasa fokus kepada pasukan sendiri dan juga fokus kepada corak permainan sendiri. Yang paling penting ialah ART,” kata Stojkovic eksklusif kepada Sokernet.
Ditanya mengenai prospek si protégé menggantikan tempat si mentor satu hari nanti, Stojkovic menjawab pantas.
The next Arsene Wenger?
“Impian saya satu hari nanti ialah bekerja di England. Arsenal adalah pilihan terbaik selepas pemergian Arsene Wenger. Impian dan realiti dua perkara berbeza. Saya harap, jika Arsene bersetuju, satu hari nanti saya diterima sebagai penasihat khas dan dapat duduk di bangku sebelah beliau. Kejuaraan tidak penting, menang atau kalah juga tidak penting, apa yang penting kita bermain cantik dan itulah yang dinamakan bolasepak ART.”
Melihat kepada kejayaan Stojkovic bersama Nagoya Grampus, tidak mustahil beliau bakal ke Emirates satu hari nanti.
Untuk sementara itu, Nagoya terus berpesta meraikan ketibaan trofi J. League ke bandaraya itu. Klasemen akhirnya milik Nagoya Grampus buat kali pertama dalam sejarah mereka.
Grampus!
Klik sini untuk ke laman Nagoya Grampus yang lebih solid dari laman bolasepak FAM
27 Ulasan:
first!
furst!
frust!
frist!
hahahahaha :D
GGMU
seken !
Pergh. Sama siuutt wenger semasa di Nagoya. Mesti dia taukey langsir dulu masa kat sana.
waduh tulisan semua jepun je kat web tu - gua tak jumpa link anglais!kahkahkah!
gua harap dragan stojkovic tak mencangkung tepi padang macam meneran berak bila bocah cilik di arsenal kalah nanti..
muke wenger di grampus persis clark kent...cewaahh..
entry best...gaya penulisan penuh ART!
tapi.....kenapa lucy buat kerja pipi???
err....ada skandalkah?? kahkahkah....
wenger scout terbaik sepanjang zaman
giliran arsenal lak kene doggy.. huhu..
mana yana ggmu yg selalu tak puas hati bila lucy tulis artikel klasemen chelsea? dan yang sama spesis dengannya?
oh ye, budak2 mcm tu tak reti nak baca artikel level majalah times macam ni, suka baca artikel level mangga je
hORAAA..Sale harini! Sale!!, bole ajak mak serta bakal mak mertua
cara frust sebenar,
thanx 4 the info..aku x tau menahu psl protege wenger ni. lu mmg no. 1 kalo bg info berkaitan pasal bola ni..aku x kesah kelab aku dinganjing2kn oleh lu, asalkan lu tros komited dlm memberi info yg bernas untuk menghidupkan lg blog ni..bukan just nk post menganjing je..teruskan usaha anda!
Memandangkan ramai yang kelu lidah macam orang bodoh gua akan kembali kepada entri pendek menganjing yang tidak membina.
Siapa yang bising nanti gua anjingkan dia kepada Si Dubuk Liar.
lucy, nak request; cover la insider story pasal sacking assistant Ray Wilkins and the appointment of Michael Emenalo as No 2.
cakap pasal Stojkovic xsah a kalo x tunjuk gol ni
http://www.youtube.com/watch?v=XQPR43v64e4
Nagoya Grampus, also called the "NOBLE BARBARIAN" is committed to venture out into the sporting world with the keywords of "AGGRESSIVE," "CLEAN," "NEVER GIVE UP" and "VIVID" in their hearts. Bru true klasemen.
Tang CLEAN tu aper meaning dier...bersih rasuah ker....kaka..
Lucy da menmpkkn dark side dier...rilek arrr jgn mare...cheerz
Tp camner pon info ni mmg klasemen klo nk banding info sblm nih....
Tp dowg pyer maskot killer whale igtkn aku kt watak Orga komik Pendekar Laut.Kakaka......(info english sket jer kt website dier). Skrg Urawa Reds cmner pulok...
respek wenger..
harap2 k.rajagopal ulang alik ke london pas ni jumpa wenger.. muka dh nk sama dh tu..
tahniah juga hoki Malaysia masuk final lepas tewaskn India tadi..
pasni beat Pakistan plak kt final..
bro, wa rase lu kena cite sendiri siapa sebenarnya Dragan stojkovic nie. antara pemain handalan dunia. Kalau tak kerana perang balkan, Yugoslavia akan menang piala Dunia. bayangkan stojkovic, suker, pedrag dalam satu pasukan...perghhh memang klasemen. btw...itu semua memory...cuma teringat Yugoslavia lawan Argentina di World Cup 94 kalau tak silap.....terkincit gak maradona...
alke:
Bro, itu world cup 1990 la bro. Arg vs Yugoslavia kat quarterfinal, seri 0-0 dan argentina menang penalti.
Hehehe...
komen ringkas dri pipi
Arsene Wenger menyampaikan salam tahniah.
komen dari Art
good info...
tp aku lg suka entry lu yg balik2 apa ada hal lepas KALAH...
apa ada hal..
apa ada hal..
apa ada hal..
eh brp byk hal la lu ni lucy!
Orang yang komen entry camni biasanya yang IQ nya lebih tinggi berbanding entry mengarut2 yang selalu dapat sambutan. Aku termasuk gak IQ tinggi sebab komen kat sini,hahaha.
afterc:
bro, thanks for the info..aku lupe daaa...maklumla, dah berumur, kekekekeke..anyway thanks
eh baru perasan ada org mengata pasal saya...
point of view, kita kalau tak reti nk bercerita benda yg kita tak tau, diam adalah perkara yg terbaik dan belajar..
tak perlu nk buat2 pandai, menyampuk, melatah tak tentu psl..
anyway, it's good info from lucy.
thanks.
lucius maximus, harap kau bole review bundesliga lebih sikit macam time awal season dulu. kasik belen ar post nganjing dan post ilmiah, sure lagi padu.
Catat Ulasan