Kata orang, berpantang maut sebelum ajal. Begitulah yang dibuktikan oleh pemilik Liverpool, John W Henry II apabila beliau melakukan keputusan drastik dengan membuat pelaburan besar bagi mendapatkan khidmat pemain baru demi mencapai puncak klasemen seperti yang telah dilakukan Arsenal, Chelsea dan Manchester United.
Tarikh 8 Disember 2010 telah menjadi tarikh keramat apabila John W Henry II menurunkan tandatangan beliau ke atas buku cek bagi mendapatkan khidmat pemain tersohor tersebut. Yuran perpindahan sahaja dikhabarkan bernilai GBP90 juta (USD142 juta) dan pemain tersebut dikatakan telah diberikan kontrak 7 tahun!
Siapakah pemain tersebut yang yuran perpindahannya jauh lebih tinggi dari harga yang dibayar oleh Real Madrid kepada Manchester United untuk Cristiano Ronaldo? Pastinya beliau lebih hebat dari Ronaldo, Messi, Kaka, Rooney, Lampard mahu pun Ryan Babel!
Sokernet melalui sumber dalaman kami telah pun berjaya mendapatkan maklumat pemain bernilai GBP90 juta itu. Dan kami dengan penuh bermurah hati sedia untuk berkongsi dengan anda semua khususnya peminat Sandarkan Pada Kenangan tentang pembelian pemain terbaru oleh pemilik Liverpool itu.
Carl Crawford - Teruja bakal digandingkan dengan Nando Torres
Nama: Carl Crawford
Umur: 29 tahun
Lahir: 5 Ogos 1981 di Houston, Texas
Posisi: Left Field
Bats: Left
Throws: Left
Batting average: .296
Stolen bases: 409
Runs: 765
Hits: 1,480
Triples: 105
Home runs: 104
4 kali All Star Selection, 4 kali AL Stolen Base Champion, 3 kali Fielding Bible Award, 2010 Gold Glove Award, 2010 Silver Slugger Award, 2009 MLB All-Star Game Most Valuable Player
Bekas pemain Tampa Bay Devil Rays ini bakal menyarung jersi nombor 13 di Boston Red Sox dan diwar-warkan pembelian terhebat yang bakal membawa Boston Red Sox ke puncak klasemen. New York Yankees khabarnya sudah mula panik.
Sementara itu penyokong Liverpool FC dan Boston Red Sox bergaduh di sebuah laman berita kerana berebutkan duit John W Henry II (klik sini).
17 Ulasan:
You'll Never Yank Alone!
Bakal juara World Series!
kah kah kah .. terbaek punya spinoff haha .. canteek!!
=) gua senyum je ni.
Ahad gua jumpa lu kta minum kat one station bawah citer pasal partner torres baru ni.
kah kah kah..
bakal menyarung jersi no 13...ada kekosongan lagi stakat ni...
yang bab fans bergaduh kat komen agak lawak juge.tapi ade juge fans klasemen,bekas klasemen dan fans klasemen sebelum start season menyelit.jadah apa?
@jarr: seronok woo... jadik batu api :p
ohh. dan banner baru di atas sangat style. kah kah kah !
you'll never wank alone
demm! bekas pemain Tampa Bay DEVIL Rays berpaling tadah menyertai Boston RED Sox?!!
agak-agak mamat ni kene riot tak kalo jalan-jalan amek angin kat stretford end??
aku masih tetap dgn pendirian aku,
"klasemen tak klasemen ker, tak menang piala ker, yg penting da lauk chelshit 2-0"
ada apa hal lucy!!
-bukan fan Chelsea n MU-
YAWN! ka YNWA...team ayam brand bosan..
liverfool.. you will walk alone
kadang2 aku terfikir, adakah lucy ni juga liverpool fan in disguise macam obe manyoo in disguise?
lu kira entry lu sebut liverpool dgn sebut chelsea mana lagi banyak?
orang kata "bila ku rinduuuu aku tersebut nama muuuuu"
keh keh keh
http://www.youtube.com/watch?v=PdqNQZP3wwE
Duit krismas la tuuuu....thn ni boston thn dpn liverpool...gilir2 la...pelan2 kayoh...
Gua konpiden yg dier akn wat mende same kt liverpool next year....kalo x wat, jgn cri gua....
Pesanan gua beli kalo ader duit jgn hutang. Hutang2 x men....kikiki..
Catat Ulasan