ANDA SEDANG MEMBACA

23

Kebenaran Tentang Sokernet

Obefiend Weiland Khamis, Disember 16, 2010 , ,


Tiada lagi Misteri

Dalam komen kepada entry Pidomat dibawah I Am Legend mengatakan pengulas Sokernet tidak dibayar. Ini adalah penipuan fakta setaraf Illuminati dan satu lagi projek PSYOPS tajaan Mossad. Kami semua dibayar untuk menulis di Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia.



Kami semua digaji oleh benefactor kami yang enggan namanya didedahkan. Apa korang ingat ada ke lagi manusia didunia yang buat kerja secara percuma? Kamu ingat Sokernet ini website welfare? Please niggas! Kami semua dibayar mengikut jumlah makian dan butthurt yang boleh kami hasilkan untuk setiap hasil penulisan. Lagi banyak buat orang hangin satu badan, berbuih taik telinga dan untuk seketika hilang kawalan diri, lagi banyaklah habuan bulanan.

Dibawah ialah brekadown bentuk bayaran untuk setiap pengulas Sokernet;

Obefiend - Aku start dengan diri aku dulu. Aku dibayar dengan jersey-jersey vintage Manchester United untuk setiap entry yang berjaya menjelmakan komen dari Kardio dan Klasemen Forever. Sekarang ini aku tengah cuba kumpulan 20 komen dari Kardio dan 14 komen dari Klasemen Forever untuk melayakkan aku menerima jersey Green and Gold Man United circa 1994. Jersey ini sinonim dengan zaman Ryan Joseph Wilson yang pada ketika itu masih berambut Indomee. Aku bukan penyokong Man U. Aku cuma suka pakai jersey klasik team Setan Merah untuk menimbulkan kejakian dihati penyokong Man U. Kalau Non-Fan macam aku pun ada jersey klasik, mana derang nak letak muka kalau ada jersey zaman Man U dah juara sahaja? Nampak sangat lah korang PLASTIC fans yang hanya tahu makan sandwich udang, to prapahrase Roy Maurice Keane of Cork

Jannah - Jannah ialah seorang Apple Fan-Girl. Jika dia berjaya menjelmakan komen yang berbaur seksual atau "Hai Jannah jom ngedet/minum petang/tengok wayang jom" beliau akan menerima barangan perkomputeran dari sebuah syarikat buah berpengkalan di Cupertino. Aku yakin korang perasan sejak kebelakangan ini beliau sering mengupdate Sokernet dengan menggunakan iPad. iPad yang digunakan Jannah sekarang adalah bayaran pendahuluan untuk ambil gambar close up logo Liverpool pada jersey yang sedang dipakainya. Berpuluh fanboys Sokernet sesak nafas dan kejang gonad minggu lepas pasal entry beliau.

Pidomat - Pidomat special. Dia dibayar dengan gambar-gambar kontroversi/memalukan pengulas Sokernet untuk investment blackmail masa hadapan. Aku dengar dia ada gambar Lucius pakai hotpants sambil dipeluk 2 sumandak dari Putatan. Dia juga dikabarkan ada menyimpan gambar Dingin , J or Ji , Abdul Sokernet dan Nazri dalam IN FLAGRANTE DELICTO. Gambar-gambar ini bakal dikeluarkan dimasa hadapan kerana Pidomat seorang manusia yang keji macam Sir Alex.

Lucius Maximus - Lucius special. Dia dibayar bedasarkan jumlah perkataan ditulis, penggunaan bahasa Indonesia yang obscure dan fakta sejarah bukan dicedok dari Wikipedia yang digunakan beliau. Oleh sebab itulah entry-entry beliau panjang, menggunakan bahasa Indo dan penuh dengan fakta yang membuatkan Kardio emosi kerana tak dapat verify menggunakan Google. Setiap 10 Juta perkataan Lucius dibayar RM1. Lucius tidak percaya dengan konsep menulis kerana uwang. Bagi jejaka Toronto ini, menulis untuk sumandak berhotpants adalah lebih berbaloi. And since he got those in plentiful and non exhaustive supply, he writes for this goddamn blog almost for free. Lucky bastard.

Nazri - Dibayar dengan karipap dan cinta. Lately dia cuba nego kontrak dia dan minta dibayar dengan awek Morocco. Hendak berbesan dengan Marouane Chamakh kata dia. So far proses negosiasi kontrak baru masih berjalan. Jika tak boleh nego, dia mungkin akan berpindah ketika tingkap perpindahan Januari ke blog yang mampu memenuhi kehendak beliau. So far MARCA dan FourFourTwo ada menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat penulis prolifik ini.

Abdul Sokernet - Ini hanya bot. Semua orang ada password kepada akaun Abdul Sokernet. Kadang kala aku gunakan username Abdul Sokernet untuk tulis artikel merapek. Kalau orang tak suka Abdul Sokernet jadi mangsa dan nama aku kekal bersih. Aku keji. Sama keji dengan Pidomat.

Saudagar Garam - Dibayar dengan Gula kampit. Gula komoditi mewah kata beliau dan walaupun menggunakan sobriquet Saudagar Garam, cita-cita sebenar beliau ialah menjadi saudagar gula setaraf Robert Quok

J or Ji - Aku tak berapa kenal dia ni. Jumpa pun sekali sahaja. Kalau orang tak pernah jumpa adalah tidak arif untuk aku membuat lawak. Silap buat lawak kena pemampar

Dingin - USD 3400 setiap karya. Oleh sebab itulah karya beliau jarang muncul. Kami tak mampu membayar gaji beliau kalau menulis terlalu kerap.Susah ada penulis yang "cool". Demand!

Pipiyapong - Dibayar dengan piala plastik kecil yang sering diberikan kepada budak tadika yang menang acara lari bawak telur atau makan epal tergantung. Menurut Pipi, ini ialah bayaran yang sangat dalam makna tersirat ARTistiknya. Piala plastik kecil sukaneka tadika dijadikan bayaran bagi mengurangkan kesedihan diakhir musim apabila sekali lagi ARTsenal gagal menang apa-apa.

Ok dah. Selamat Malam. Hidup Sokernet pergi mampos The Sun.

23 Ulasan:

saiful aizat berkata...

giliran ARTsenal pulak? LOL.

Amirul Amin berkata...

mughollazzoh....

julu berkata...

kite tggu komen kardio..

Ajeossi berkata...

keh3..

Abdul Sokernet berkata...

ob, u patut tak dedahkan siapa abdul sokernet, biar sampai sudah kardio tak tau siapa yang dia dok hangin sangat tu.

Abdul Sokernet berkata...

baiklah abdul sokernet

aku tidak akan dedahkan identiti abdul sokernet

yang benar Obefiend

Unknown berkata...

bile nk wikileaks nih?? haha

ijan de bunks berkata...

kahkahkahkah
jannah ade aset untk dpt gji tggi
ape lg,gunakannnnnnnnn

Tanpa Nama berkata...

aku cadangkan pengomen juga harus di bayar hahahaha..


tape di akhir musim aku rasa pipi dapat kontrak baru sebab arsenal..menang piala season ni

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

terjawab sudah misteri abdul sokernet ni.. dulu ade pengkomen yang syak si abdul ni sebenarnye ialah lucius..

gua rasa tersangat rugi bila tak sempat tengok boobies yang hangat diperkatakan itu.. ada sape2? save tak gambar tu?

haha.. jangan marah jane..

Zaid berkata...

kardio dah dapat aiskrim?

Zaid berkata...

eh, kau tertinggal Dingin?

zX berkata...

trollin' tahap mughollazoh dah ni hahaha ..

Hafizzuddin Rubaee berkata...

toronto tu ak rase dlm malaysia je..ha3...bukan kt kanada

MOFASAD berkata...

nah dingin sedaas amek! hahaha

r.e.n.j.u.n.a berkata...

huh...

tahniah dengan income yang hebat untuk penulis-penulis sokernet. gua masih teringat dengan bobbies hari tue sampai setiap hari la ni bangun jam 5 pagi just untuk check samada Jane kluar entry bergambar.

satu saja jangan lupa bayar zakat pendapatan.

P/s: Buat Obe, kalau dapat 8 baju, i hasnatnya kena bagi satu baju dekat pengkomen. (buat peraduan)

Arajo Dilangit berkata...

pendedahan paling sensasi thn nie...hehe...please niggas? WTF...hehe...

Abdul Sokernet berkata...

Kecewa dengan dakwaan tidak berasas oleh Obe

Obefiend Weiland berkata...

ahahah LMAO

nwa berkata...

pada aku obi adalah king of parody kat sokernet ni...sampaikan aku kdg2 aku xdpt ape yg die nk sampaikan sbenanye...cam shial (ini komen serius)

Streetwizer berkata...

fffuuu..pendedahan yg kontroversi...

keli berkata...

Kesimpulan xder keje free......kerja amal mmg xder dlm kamus hidop pengulas2 sokernet. Sume bayr. No money no talk...okeh...
Gua rase dingin plig kaye....

kareem berkata...

Arsenal gagal menang apa2..Fulham plak, ade can menang pape x bro obe?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...