ANDA SEDANG MEMBACA
64
Piala Asia kembali lagi. Bagi mereka yang bukan baru bulan lepas menjadi pengikut Harimau Malaya, tragedi Piala Asia 2007 rasanya masih baru lagi dan terbayang di fikiran. Kita jadi tuan rumah bersama dan Piala Asia 2007 menjadi bukti jelas tahap bolasepak kita belum mencecah tahap Asia pada masa itu. Sekarang pun belum lagi sebenarnya, sebab itulah Malaysia dan semua negara Asia Tenggara yang lain gagal ke Piala Asia 2011 kali ini. Menjadi juara bolasepak Sukan SEA dan Piala AFF bukan jaminan bolasepak kita bagus. Piala itu semua kira standard kampung je. Kampung ASEAN.
Piala Asia 2011 akan berlangsung dari 7 Januari hingga 29 Januari. Tuan rumah kali ini ialah Qatar dan kerana Qatar ini negara padang pasir, maka sebab itulah ianya terpaksa diadakan pada bulan Januari yang merupakan musim sejuk di sana. Piala Asia 2011 ini juga penting buat Qatar kerana ia bakal menjadi kayu pengukur keupayaan negara Teluk ini untuk menganjurkan Piala Dunia 2022 nanti. Serius sampai sekarang aku masih tak percaya Qatar jadi tuan rumah Piala Dunia 2022.
Bersempena dengan Piala Asia 2011 yang akan bermula esok, Sokernet seperti biasa melakukan prebiu untuk semua pasukan yang bertanding. Kita akan cuba menilai semua 16negara Asia yang mengambil bahagian dalam kejohanan bolasepak terklasemen di benua Asia ini. Ya klasemen, sedap bunyi perkataan itu. Heh!
Piala Asia seperti lazimnya disertai 16 buah negara, dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan dua pasukan teratas layak ke pusingan kalah mati.
Kumpulan A – Qatar (113), Uzbekistan (97), China (87) & Kuwait (105)
Annabi
Qatar selaku tuan rumah dilihat berada dalam kumpulan yang agak mudah dan mempunyai laluan selesa ke peringkat seterusnya. Di bawah kendalian jurulatih Perancis Bruno Metsu, Qatar turut diperkuatkan oleh beberapa pemain naturalisasi seperti Lawrence Quaye yang berasal dari Ghana, Fabio Montezine dari Brazil dan Sebastian Soria dari Uruguay. Mereka ini kesemuanya berasal dari pemain import kelab-kelab dalam Qatar Star Leagues dan kemudiannya dinaturalisasikan. Kesemua 23 pemain dalam skuad Piala Asia merupakan pemain dalam liga tempatan, kecuali pemain tengah Hussein Yasser yang kini bermain untuk kelab paling klasemen di Mesir, Al-Zamalek. Sebagai tuan rumah, Qatar meletakkan objektif mereka untuk muncul juara Asia buat kali pertama. Kejayaan muncual juara juga dijangka dapat memberi kesan positif dan kredibiliti buat Qatar selaku tuan rumah Piala Dunia 2022 nanti.
White Wolves
Di bawah kendalian Vadim Abramov, Uzbekistan layak ke Piala Asia 2011 selaku naib juara Kumpulan C di pusingan kelayakan yang turut menempatkan Emiriah Arab Bersatu dan Harimau Malaya. Negara Asia Tengah yang ini pernah menggegar benua Asia selaku pemenang pingat emas bolasepak Sukan Asia 1994 dalam penyertaan sulungnya usai perpecahan Kesatuan Soviet. Tetapi selepas itu Uzbekistan masih lagi tercari-cari penghormatan selayaknya untuk mereka. Dalam Piala Asia 2011 kali ini mereka tampil dengan barisan yang agak kuat, setelah berjaya memanggil pulang beberapa pemain yang bermain di benua Eropah seperti Aziz Ibrohimov, Sanjar Tursunov dan Marat Bikmaev. Harapan juga diletakkan di bahu pemain berpengalaman, Maksim Shatskikh yang bermain untuk Arsenal. Tapi Arsenal Kyiv lah, bukan di Arsenal London. Igor Shkvyrin yang pernah bermain untuk Pahang dulu bagaimanapun telah bersara.
The Great Wall
‘Sleeping giant of Asian football’, China tampil dalam Piala Asia ke-9 buat negara terbesar Asia ini dan masih tercari-cari kejuaraan Asia pertama mereka. Jurulatih tempatan, Gao Hongbo memikul tugas berat untuk menjulang Piala Asia yang dinantikan oleh berbilion rakyat China. Kejayaan beliau membawa China muncul juara Piala Asia Timur 2010 sedikit sebanyak memberikan sinar harapan. Tetapi prestasi kurang meyakinkan dalam pusingan kelayakan apabila hanya muncul naib juara Kumpulan D di belakang Syria sedikit menjejaskan reputasi skuad China kali ini apatah lagi barisan pemain mereka kali ini kebanyakannya masih muda, termasuk Hao Junmin yang bermain untuk Schalke 04.
Al-Azraq
Negara yang pernah dilanggar Iraq, yakni Kuwait melengkapkan barisan negara dalam Kumpulan A. Juara Piala Asia 1980 kali ini dibimbing oleh jurulatih Serbia, Goran Tufegdzic. Dari senarai pemain yang disediakan, 11 dari 23 pemain dalam skuad Kuwait bermain dalam satu kelab iaitu Al-Qadsia yang merupakan salah satu kelab terkuat dalam Kuwaiti Premier League dan ini mungkin dapat membantu dari pemahaman sesama pemain. Fakta tambahan yang tidak relevan, 16 dari 23 pemain mempunyai perkataan ‘Al’ pada nama mereka. Bermain di tanah Arab, Kuwait boleh mengharapkan sokongan masyarakat Arab dan kelebihan geografi serta cuaca tetapi berdepan dengan China dan Uzbekistan mungkin ternyata lawan yang sukar buat mereka.
Tilikan Gudel Gurita Dewa Laut: 1. Qatar 2. China 3. Uzbekistan 4. Kuwait
Kumpulan B – Arab Saudi (81), Jepun (29), Jordan (104) & Syria (109)
The Gree Falcons
Negara penjaga dua masjid suci, Arab Saudi adalah juara Piala Asia sebanyak 3 kali (1984, 1988 & 1996) dan telah layak ke Piala Asia sebanyak 7 kali. Dipimpin oleh jurulatih asal Portugal Jose Peseiro dengan pemain terkenal Yasser Al-Qahtani bertindak sebagai kapten, Arab Saudi merupakan antara pasukan pilihan dalam kejohanan kali ini. Apatah lagi dengan kelebihan bermain di tanah Arab di mana bekalan kebab dan shai senang diperolehi dan bakal memberi pemain mereka kelebihan berbanding pasukan bukan negara Arab. Skuad Arab Saudi kali ini jelas bersandarkan kepada pengalaman dengan majoriti pemain berumur lebih 25 tahun. Kecuali seorang (Mohannad Asseri dari kelab Al-Wahda) kesemua pemain yang lain direkrut dari 4 kelab gergasi Saudi Professional League, Al-Ittihad, Al-Shabab, Al-Ahli dan Al-Hilal. Sebagai naib juara edisi 2007, Arab Saudi pastinya mahu menebus kekecewaan lalu dan memastikan mereka pulang dengan trofi kali ini. Kerabat diraja Arab Saudi dilaporkan sudah pun bercadang menghadiahkan telaga minyak kepada setiap pemain jika muncul juara.
Samurai Blue
Mengibarkan panji Asia Timur, Jepun diundi dalam kumpulan yang dipenuhi dengan negara Arab atau Asia Barat. Namun begitu ianya dijangka tidak menjadi masalah besar buat negara matahari terbit ini, juara 3 kali Piala Asia pada 1992, 2000 dan 2004. Jepun membariskan 10 pemain yang berpengkalan di Eropah, separuh darinya pula bermain untuk kelab Jerman. Harapan Jepun pastinya terletak pada pemain tengah sensasi, Shinji Kagawa yang baru berumur 21 tahun tetapi sudah terserlah kehebatannya dan kini klasemen bersama Borussia Dortmund di Bundesliga. Selain itu pemain CSKA Moscow, Keisuke Honda serta Atsuto Uchida (Schalke 04) dan Makoto Hasebe (VfL Wolfsburg) juga bakal menyumbangkan kepakaran serta pengalaman bermain di Eropah mereka untuk barisan pemain Jepun yang juga melibatkan 13 pemain J.League. Luar biasa sedikit, tidak ada pemain Nagoya Grampus tersenarai sekalipun kelab tersebut adalah juara J.League musim lepas. Tetapi Jepun di bawah jurulatih Itali Alberto Zaccheroni dijangka tiada masalah untuk layak ke pusingan seterusnya.
Al-Nashama
Jordan muncul buat kali kedua dalam Piala Asia selepas kali pertama melakukannya pada 2004.. Adnan Hamad, jurulatih dari Iraq bertanggungjawab mengemudi pasukan ini melepasi kumpulan kelayakan mereka yang turut melibatkan Iran selain dua negara ASEAN, Thailand dan Singapura. Kebanyakan pemain yang membarisi skuad Jordan untuk Piala Asia 2011 bermain dalam liga tempatan kecuali 5 orang yang bermain di liga Arab Saudi, Cyprus dan Syria. Dengan barisan yang agak sederhana adalah sukar untuk melihat Jordan pergi lebih jauh dari peringkat kumpulan apatah lagi dengan dua kuasa besar Asia di dalamnya.
Qasioun Eagles
Setelah 15 tahun tersisih dari kancah Piala Asia, Syria kini kembali selaku juara Kumpulan D dalam pusingan kelayakan dengan mengenepikan cabaran China, Vietnam dan Lebanon. Jurulatih asal Romania, Valeriu Tita menjadi arkitek yang memastikan bolasepak Syria kembali dihormati di benua Asia. Laksana amaran awal kebangkitan kembali Syria, mereka melakukan kejutan dalam pusingan kelayakan apabila menundukkan China 3-2 dan menghuni puncak klasemen. Tetapi diundi dalam kumpulan yang turut dihuni Arab Saudi dan Jepun, adalah sukar untuk melihat Syria layak ke peringkat seterusnya walaupun mempunyai Senharib Malki, penyerang yang kini bermain untuk kelab Lokeren di Belgium.
Tilikan Ayah Pin: 1. Arab Saudi 2. Jepun 3. Syria 4. Jordan
Kumpulan C – Korea Selatan (39), Australia (26), Bahrain (87) & India (142)
Taegeuk Warriors
Pemain tengah Manchester United, Park Ji Sung akan memimpin skuad Korea Selatan selaku kapten untuk kejuaraan Asia ke-3 negaranya selepas sebelum ini muncul juara pada edisi 1956 dan 1960. Ya, 51 tahun telah berlalu sejak kali terakhir Korea Selatan bergelar juara Asia dan Park Ji Sung pastinya tidak mahu negara kelahiran beliau terus ketandusan trofi, sekalipun Sir Alex Ferguson ada menyatakan rasa tidak puas hati beliau dengan pemergian Park sepanjang Januari. Jurulatih anak tempatan, Cho Kwang Rae meletakkan harapan pada campuran pemain-pemain Korea Selatan baik yang bermain di Korea, Jepun, Qatar, Arab Saudi hinggalah kepada mereka yang merantau di Eropah. Tidak terhad sekadar Park Ji Sung, Korea Selatan turut menagih khidmat Lee Chung-Yong yang cemerlang bersama Bolton Wanderers, pemain muda Son Heung Min (Hamburger SV) dan gandingan dua pemain Celtic, Ki Sung Yueng dan Cha Du Ri. Bermain di Qatar, Korea Selatan juga boleh menggunakan maklumat dan pengalaman dua pemain mereka, Cho Yong Hyung dan Lee Jung Soo yang bermain untuk kelab Qatar Al-Rayyan dan Al-Sadd. Berada dalam kumpulan yang agak mudah, satu-satunya cabaran Korea Selatan mungkin datang dari Australia.
Socceroos
Piala Asia 2011 adalah yang kedua buat Australia, ahli gabungan terbaru AFC setelah berpindah dari OFC pada 2006. Selepas bencana Piala Dunia 2010, Australia telah melantik jurulatih Jerman Holger Osieck untuk membina skuad yang baru dan mereka hadi dalam edisi 2011 ini dengan barisan 23 pemain yang bukan kecil anak. Hanya 4 pemain dalam skuad ini yang beraksi dalam liga tempatan A-League sedang selebihnya merupakan pemain-pemain kelab Eropah. Mark Schwarzer (Fulham), David Carney (Blackpool), Tim Cahill (Everton), Bratt Emerton (Blackburn Rovers) serta Brad Jones (Liverpool) membuatkan Australia kelihatan seperti sebuah pasukan EPL dan jika dicampur pula dengan Scott McDonald (Middlesbrough) dan Neil Kilkenny (Leeds United) ia kelihatan mirip sebuah pasukan England pula. Tetapi kelebihan Australia tidak terhad di situ, dua pemain veteran dari Galatasaray yakni Harry Kewell dan Lucas Neill sebagai kapten turut serta untuk menguatkan skuad Australia, sedang Jonathan McKain yang bermain di kelab Arab Saudi Al-Nassr dapat memberikan input bermain dalam kepanasan di tanah Arab. Australia dilihat ramai sebagai pasukan pilihan, tetapi faktor keletihan mungkin mempengaruhi permainan mereka khusus apabila majoriti dari pemainnya bermain di liga Eropah yang sedang berlangsung sekarang.
Al-Ahmar
Bahrain boleh dianggap sebagai ‘darkhorse’ dalam Kumpulan C. Ia mungkin tidak sehandal Korea Selatan dan Australia tetapi sebagai negara Arab dan bermain di Qatar yang tidak banyak berbeza dari segi iklim, keadaan geografi serta budaya mungkin boleh membantu Bahrain barang sedikit. Malahan mereka juga boleh mengharapkan sokongan dari masyarakat Arab dan ini sudah cukup buat jurulatih tempatan Salman Sharida dan anak buahnya dalam mengintai peluang ke pusingan kalah mati. Skuad Bahrain dibarisi oleh rata-rata pemain yang bermain dalam liga tempatan dan negara Arab sekitar. Hanya dua dari senarai 23 pemain mereka yang bermain di Eropah. Abdullah Omar merupakan pemain tengah di kelab Switzerland Nuechatel Xamax sedang pemain naturalisasi, Jaycee Okwunwanne adalah penyerang di kelab Turki Eskisehirspor.
Bhangra Boys
Bagaimana agaknya India boleh layak ke Piala Asia sedangkan Malaysia tidak? Hah bagaimana? Selepas Piala Asia 2007, AFC memutuskan untuk memberi kelayakan automatik kepada negara-negara Asia yang mundur bolasepak agar mereka memperolehi pendedahan sewajarnya bermain di tahap dewa. Tetapi untuk layak secara automatik negara mundur bolasepak ini perlulah menjuarai Piala Cabaran AFC (AFC Challenge Cup), sebuah kejohanan setiap 2 tahun untuk negara Asia yang mundur bolasepak.Malaysia bagaimanapun tidak bermain dalam kejohanan Piala Cabaran AFC ini kerana kita dikelaskan sebagai negara bolasepak membangun oleh AFC sama seperti Indonesia, Singapura dan Vietnam (jiran kita Thailand merupakan negara bolasepak maju). India merupakan juara Piala Cabaran AFC 2008 dan ini memberinya tiket automatik ke Piala Asia 2010. Pun begitu, India dilihat sebagai prospek pasukan belasahan dalam Kumpulan C sekalipun Baichung Bhutia turut bermain selaku kapten pasukan. Ya Baichung Bhutia masih bermain bolasepak.
Tilikan ‘almarhum’ Paul The Oracle: 1. Australia 2. Korea Selatan 3. Bahrain 4. India
Kumpulan D – Iraq (101), Iran (57), Emiriah Arab Bersatu (88) & Korea Utara (106)
Lions of Mesopotamia
Juara Piala Asia 2007, Iraq diletakkan dalam Kumpulan D yang merupakan huruf pangkal perkataan Death, sekaligus menguatkan reputasi Kumpulan D sebagai kumpulan maut. Selaku juara bertahan Iraq pastinya mahu membuktikan kejayaan 2007 mereka bukan secara kebetulan buat negara yang telah layak 6 kali ke Piala Asia ini. Jurulatih Jerman Wolfgang Sidka memikul tugas berat untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi Iraq 4 tahun lalu. Lantas dengan itu beliau memanggil semua pemain Iraq yang kebanyakannya bermain di kelab negara lain untuk menguatkan barisan Lions of Mesopotamia. Tidak ramai pemain dari skuad edisi 2007 yang turut serta kali ini, sebaliknya Wolfgang Sidka mempertaruhkan nasib pada bakat muda seperti Ahmad Ayad dan Alaa Abdul-Zahra yang bermain di Persija Jakarta. Namun berada dalam kumpulan maut dengan musuh tradisi Iran dan juga Korea Utara yang baru-baru ini layak ke Piala Dunia 2010, adalah sukar untuk melihat bukan saja Iraq mengulangi kejayaan 4 tahun lepas, malahan untuk melepasi peringkat kumpulan juga nampak sukar.
Team Melli
Musuh tradisi Iraq, Iran mempunyai rekod Piala Asia yang cukup membanggakan. Layak ke Piala Asia 11 kali dan muncul juara 3 kali berturut-turut. Tetapi ianya berlaku lama dulu dalam edisi 1968, 1972 dan 1976 dan semenjak itu Iran tidak lagi berjaya menjulang Piala Asia. Kejatuhan mereka dalam kancah Piala Asia sinonim dengan kejatuhan kerajaan Shah Reza Pahlavi, biarpun Iran layak secara konsisten dalam Piala Asia pasca Revolusi Islam Iran. Juga salah satu pasukan yang bergantung pada jurulatih tempatan, di mana Afshin Ghotbi diamanahkan untuk merebut kembali trofi Piala Asia. Barisan 23 pemain Team Melli yang dipilih oleh Afshin Ghotbi merupakan campur aduk pemain dari berbagai kelab di Iran Pro League dengan hanya 2 pemain dari Persepolis dan seorang dari Esteghlal, dua kelab terkuat Iran. Selain itu dua pemain Iran yang bermain dengan kelab Sepanyol Osasuna yakni Javad Nekounam (sebagai kapten) dan Gholamreza Rezaei turut dipanggil pulang untuk bersama Team Melli. Iran dijangka mampu melepasi peringkat kumpulan tetapi prospek untuk bergelar juara masih kelihatan samar. Jika Khodadad Azizi, Karim Bagheri, Ali Daei dan Mehmed Mahdavikia dulu gagal melaksanakannya, apalah pula harapan yang ada pada Team Melli hari ini?
Al-Abyd
Emiriah Arab Bersatu melengkapkan senarai negara Arab dalam Piala Asia 2011 ini kepada 8 buah negara semuanya, separuh dari jumlah keseluruhan pasukan yang layak ke peringkat akhir ini. Layak buat kali ke-8 dalam sejarah, Emiriah Arab Bersatu di bawah bimbingan jurulatih Srecko Katanec dari Slovenia membariskan pemain yang 100% bermain dalam liga bolasepak tempatan. Pasukan ini merupakan juara kumpulan dalam pusingan kelayakan dan bertanggungjawab memberikan kekalahan besar 5-0 kepada skuad Harimau Malaya awal Januari tahun lepas, ketika masih belum ramai rakyat Malaysia yang menjadi pengikut Harimau Malaya. Berada dalam Kumpulan D yang merupakan kumpulan maut bagaimanapun adalah cerita lain dan lawan yang berbeza dan buat sekali ini anak buah Srecko Katanec bakal menerima ujian sebenar.
Chollima
Seperti India, Korea Utara menerima tiket automatik ke Piala Asia selaku juara Piala Cabaran AFC 2010. Bagaimana AFC masih boleh mengkelaskan Korea Utara sebagai negara mundur bolasepak sedangkan mereka sudah 2 kali layak ke Piala Dunia tidaklah dapat dijelaskan oleh pihak Sokernet. Perkara ini Sokernet harap Sultan Bola ambil perhatian dengan segera. Apa pun kali ini Korea Utara dikemudi oleh jurulatih baru Jo Tong Sop, masih juga berdarah Korea Utara. Ini kerana tidak ada jurulatih luar yang hilang akal mahu kerja di sana dan mengambil risiko di ceramah di khalayak ramai selama 6 jam seperti apa yang berlaku kepada jurulatih dan pemain usai Piala Dunia 2010. Pemain yang diberi jolokan ‘Wayne Rooney Asia’, Jong Tae Se berjaya mendapatkan pelepasan dari kelab beliau VfL Bochum dan begitu juga 3 pemain Korea Utara lain yang berpengkalan di Eropah, Cha Jong Hyok dan Kim Kuk Jin dari kelab Switzerland, Wil manakala kapten pasukan, Hong Yong Jo dilepaskan oleh kelab Rusia, Rostov. Selebihnya adalah mereka yang bermain di liga tempatan dan Korea Utara kali ini membariskan skuad yang hampir sama seperti di Piala Dunia 2010 yang lalu.
Tilikan Paranormal Andi S Chalin: 1. Iran 2. Emiriah Arab Bersatu 3. Korea Utara 4. Iraq
Jika pilihan-pilihan di atas semuanya tepat, kita bakal menyaksikan dalam perlawanan suku akhir pertembungan antara:
Qatar lawan Jepun
Iran lawan Korea Selatan
Arab Saudi lawan China
Australia lawan Emiriah Arab Bersatu
Tetapi ada baiknya kita tunggu dan lihat terlebih dulu bagaimana keputusan sebenar nanti bakal mencorakkan kedudukan setiap pasukan dalam kumpulan masing-masing. Jangan percaya sangat dengan tilikan ini semua. Tahyul lagi khurafat.
Sokernet telah sepakat menghantar Pipiyapong ke Qatar sebagai koresponden Piala Asia 2011 kami. Kami turut sertakan pakej umrah ke Arab Saudi untuk saudara Pipiyapong selesai Piala Asia nanti. Harapan Sokernet beliau pergi dan pulang dengan selamat, kembali sebagai insan kamil yang bertaqwa dan semoga mendapat gelaran ‘haji kecil’ hendaknya.
(Peraduan Piala Asia 2011: 16 gambar di atas mewakili 16 buah negara yang bertanding dalam Piala Asia 2011. Mereka adalah individu terkenal dan simbol negara masing-masing. Namakan semua 16 individu tersebut dan negara mereka dan hantar jawapan anda ke sokernetmail@gmail.com. Mereka yang berjaya meneka dengan tepat akan memenangi hadiah misterius!)
Asia Untuk Orang Asia: Piala Asia 2011

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
64 Ulasan:
first!
smoga msia layak ke Piala Asia nnti..
@apis,
Kau ni taubat jenis komen dulu baca kemudian. Akal nak merebut nombor satu je! :)
terbaik lah entri, bersemangat bila baca..tp demit, aku kenal 8 org je tokoh ni, dah melepas hadiah misteri..
btw, kalau Malaysia layak, nak letak gambar siapa erk? sultan bola?
@ apis aku tak paham betul...bukan nak baca betul2 abg lucy taip panjang berjela,taunya nak 1st aje...adoi...
btw sayang Malaysia tak dapat masuk,ini semua sultan bola punye pasal walaupun takde kaitan aku tetap nak petik nama sultan bola hahaha!!!
disini nampaknya lebih kepada pasukan timur tengah...belah2 arab yang bakal mendominasi...
ape kes muka Crocodile hunter tu ade kat situ hahaha!!!
apapun menganjing kepada apis...semoga malaysia berjaya Piala Asia hahaha!!!
Yang aku nampak, Putera Manchester City ada. Adakah ini bermakna Tevez akan bermain untuk UAE? Haha
@hellgast; cilaka, nak petik nama sultan bola ada apa hal?
masa Malaysia menang AFC piala suzuki tak lalu nak petik nama baginda.
gua rasa, klasemen kena ada definisi dia dalam dbp.
sebelum baca nk ckp:
sayang pada luci sedikit pudar bila dia mula menulis esei taraf Dr. Falsafah.
boleh goreng 2 pinggan cekodok sambil baca entri abg luci.
nanti balik yana baca ye...
mari kita amalkan menganjing sape2 yg first comment. confirm lepas ni takde org main first2 ni. hehe.
btw, aku ley kenal setengah je dari semua gambar ni. teruk tul ilmu sejarah aku. rase nyer liverpool fans ley jawab sume kot. hee
p/s - ape hadiah misteri tu? t-shirt sokernet?
br 1st time dpt 1st komen dh kena bedal...adoiii
Brader Luci, bkn pe pnjg sgt entry kali ni..klu entry pnjg2 kena baca dgn tenang bru layan..ak tabik spring entry ni,byk info..
walaupon kena kondem ak tetap skong sokernet,klu sehari x view boleh hilang smgt ak...hidup malaysia!hidup MU!hehehe
YESSS!! Setelah berhari-hari artikel menganjing, akhirnya artikel soker-bolasepak sebenar-net muncul jua. Tima kaseh abg Lucy. Walaupun Yana tak baca, jangan risau.. kami tetap bersamamu.
"Jangan percaya sangat dengan tilikan ini semua. Tahyul lagi khurafat."
Alhamdulillah, Abg Bung takkan marah lagi lepas ni.
Gua nak sokong Stevo punya team - agak coolio kat situ! Jujur nih, tanpa ada rasa prejudis terhadap mana² keturunan penyamun yg masih ada kat situ. Heh.
Apapun, Apis suk. Paham kan IQRA' tu apa? Haha.
saya sokong awak apis..
sehari tanpa sokernet, rasa cm tak lengkap...
anda ni mmg hazardous btl la..
bkn tak baca..tp tgh keja, takleh baca.hehe..
bersejarah btol entri kali nie...Lions of Mesopotamia...siap ada roket tue...dan semoga malaysia menang piala asia di masa akan dtg(aku x nganjing sape2)...hehe...
kerokkedail hunter tu negarawan gak tu..hehehe
apis?MU?
patutlaaaaa.........jakun mak yeh
yana?MU?
patutlaaaa...kalo artikel2 ilmiah mmg mls die baca,kalo artikel menyembah MU,20 muka surat pun die selamba
biadab anda ni makanbola...
thnks yana (harap brader luci x jeles k)..haha
mcm tu la adat org benci MU yana, sbb diorg x jadi klasemen..
Erm.. ok Yana, u gi beli bola, bagi MB tu makan bola secara literal. Haha.
AWANG JOE : AMIIIIIIIIIN.
@apis,
ni bukan blog kardio nak main 1st 2nd ke.. sib baik OBE x tgk lg.. kalau tak, dpt la ko hadiah 1st kpala bapak dr OBE..
damn. syria ada jugak. aritu syria kne titik 4-1 ngn skuad Panthera tigris malayensis. tak tahu la dia anta 2nd squad ke ape. tapi fam kata 1st squad.
Gua root kat Samurai Blue kali ini - dan gua ada berpendapat ada baiknya team Nippon kali ini pergi berguru dengan Israel yang dikelilingi negara Arab.
Boleh jadi negara terklasemen dalam Kumpulan B mengalahkan semua negara-negara Arab lain.
BANZAIIII!!!!
Gua yang selama ini komen dua tiga ulas dengan masyurnya menyokong #Jepun untuk #AsianCup2011.
Jangan tanya kenapa.
aku dah give-up siapakah gambar kat Uzbek dgn Kuwait tu, penat menggoogle..
melepas hadiah misterius
aku sokng negara sachin!!!
takpe..setiap org berhak untuk bersuara disini...
luci tak jeleslah..dia pandang sipi2 je apis..
Yana ni kalau abg fdaus yang up entry takde pulak dia komen..
Gua suspek Jepun boleh pergi jauh. takde hal lah! Banzaiiii!
gua sokong nippon paint dgn memakai selipar jepon sepanjang mase...
banzaiiiiii!!!!
@1st komen..
errr...tahniah??mntak pendapat sikit sokong negara mana, tak pun bg lar tips mcm mana nk jwb peraduan tu..mana tau, kalau menang hadiah bole kongsi ;)
aku setuju ngn makanbola. sep sket..haha
sumpah jahanam team qatar nih...player import je sokmo
ak masih tak puas hati Australia dimasukkan dlm AFC...byk kot ngr Asia, ada apa hal Aus nk menyemak gak?? they are more closer to Oceania than to Asia, wtf r they doin' here???! syoh2, g meramaikan OFC tuh...
erkk...ter-emo lak...sori2...gud luck Harimau Malaya utk edisi akan datang...
@ makan bola,aku bukan nak cover yana sebab dia comel,tapi sebab komen ko too harsh...tapis2 sikitlah...jgn kasar sangat...semua org ade hati yang sensitif,terutama penyokong sandakan pada kenangan....
ar sudah ar abg fdaus...kt fb, block yana..yana xleh komen pun fb abg daus...
da g main jauh2..
ala..so sweet hellghast..thank you...
apapun aku sokong team Ali Karimi dengan Keisuke Honda,sebab noppon banyak anime eecchi...Iran plak ade Nuklear hahaha!!!
btw merujuk kepada tajuk entry aku pun tak berapa sokong Australia dlm Asia,part Ekonomi atau bangsa nak mengaku org barat,tapi kalau bab bola mengaku Asia...
@ yana...tehehe...*wink2 (menekup muka menahan malu depan lappy) hahaha!!!
sapa mamat jordan tu r. style sial. kalo berlakon citer the expendables tu mesti smart.
"takpe..setiap org berhak untuk bersuara disini...
luci tak jeleslah..dia pandang sipi2 je apis.."
HOI! NAK KOMEN TU KOMEN JELAH. JANGAN NAK MENGGATAL. NI BILA KAU KOMEN PASTU KAU MENGGATAL, POTONG STIM ORANG LAIN YANG MACAM AKU NI NAK BACA KOMEN-KOMEN SETERUSNYA.
KALAU NAK PAKWE, PERGI CARI KAT BUKIT BINTANG. RAMAI BUDAK-BUDAK SHUFFLE TU KAU BOLEH AMBIL BUAT MAKWE. BUAT KACAU PAKWE ORANG.
PAHAM?
Aku rasa Jepun menang kot tahun ni.
Tapi aku memang tak puas hati dengan Asian Challenge Cup ni. Aku ada tengok tournament ni masa keluar dekat Astro dulu.
Teruk gila taraf permainan India. Aku tak tau la motif AFC bagi tema belasahan masuk pertanding paling berprestij kat asia ni
"Bagi mereka yang bukan baru bulan lepas menjadi pengikut Harimau Malaya, tragedi Piala Asia 2007 rasanya masih baru lagi dan terbayang di fikiran"
"Pasukan ini merupakan juara kumpulan dalam pusingan kelayakan dan bertanggungjawab memberikan kekalahan besar 5-0 kepada skuad Harimau Malaya awal Januari tahun lepas, ketika masih belum ramai rakyat Malaysia yang menjadi pengikut Harimau Malaya."
owhh aku suka ayat ayat mcamni hahahaha
baru ku sedari yang baichun buttia main utk india...aku ingt dia main utk tibet dulu
"HOI! NAK KOMEN TU KOMEN JELAH. JANGAN NAK MENGGATAL. NI BILA KAU KOMEN PASTU KAU MENGGATAL, POTONG STIM ORANG LAIN YANG MACAM AKU NI NAK BACA KOMEN-KOMEN SETERUSNYA.
KALAU NAK PAKWE, PERGI CARI KAT BUKIT BINTANG. RAMAI BUDAK-BUDAK SHUFFLE TU KAU BOLEH AMBIL BUAT MAKWE. BUAT KACAU PAKWE ORANG.
PAHAM?"
LOLz...br nk join mengorat
hellgast:kau apehal?nk jadi romeo?
ramai sokong jepun...even aku ske gak jepun,tp mcm biasa aku akan rebel...menjadi cliche adalah benda yg membosankan kat dunia ni..oleh itu,aku sokong..............
Corea
Dgn entri ni maka entri2 doggy sblm ni kelihatan spt xde faedah utk dihyati....Buang karan.kikiki.
Thanks lucy, u truly save the day. Gua silent mode je nk tggu dowg abis doggy.
Ayat2 last sbut psl pakej umrah dgn haji kecil, insan yg bertaqwa tu mmg x bley blah...kakaka.
Gua sokong Iraq kli ni lbh dripd gua benci MU. Mcm entri sblm ni gua rase kalo nk power bolasepak kne bermazhab syiah sbb da terbukti berkesan. Kakakaka....kt m'sia da kne haramkn.
gua syorkan entri ilmiah ini dibukukan !
abdul dubuk take note!
peace.
:)
abdul sokerleaks pun ade komen sini?huhu...dahsyat bahase...
abdul:
????????????????????????????????
tak perlu nk caps lock sgt...
why so mean? daaaaaaaaaaaaaaaaa..
@kareem .. tu le pesal ...nape? kat sana tak meriah? hehe
bising lah abdul sokerleaks
apabende ntah dia ckp tu
tak best langsung
harap arab saudi muncul juara kali ke-4 dan piala asia diarak dari riyadh ke jeddah ke mekah dan ke madinah
takbir!
aku pon sokong Korea jgk...
tapi rasa macam cliche dgn makanbola plak...
The Arab states gonna win this for sure, its at their backyard. Granted S. Korea and Japan are the best Asian performers at World Cup and then there is Australia, but when it comes to Asian Cup it's the Arabs prerogative!
I am rooting for Saudi Arabia or Bahrain to win...
Rajinnya Lucy menulis...patut kerja dgn FAM dalam department Pembangunan bolasepak tempatan.
kah kah kah! ada arwah abang buaya..
adus nape israel dah tak de kat afc, nak gak tengok cucu cicit mordechai spiegler main. melepas siol.
Kalau entri ni "up" hari ni, sesuailah kerana Asia Cup bermula 7 januari tapi sehari selepas Chelsea tertonggeng di molineux?
Cuba lari yer lucy mussy? Kah kah.
aku sokong Taegeuk Warriors...yaeaah...winter sonata...hehe...
Syyy.. Yana..
nampak benda pelik² jangan tegur..
Biarlah dia.
Sure visitor sokerleaks mencanak lepas dia rage kat sini kan.
Encik Abdul..
Asalnya saya nak tunjuk jari tengah, seb baek ari jumaat. So tunjuk jari kelingking jelah, sesuai dgn saiz.
Dush!~
29 januari habis piala asia
tapi bermula nya liga super malaysia 2011 :DD
korea utara tu layak pasal die masuk AFC challenge cup.. AFC challenge bukan amik pasukan mundur je.. die pun amik pasukan membangun dan maju.. korea utara dalam kelas pasukan maju.. *sumber wikiwiki
ade hadiah misteri lagi x?
Catat Ulasan