Acappan: Ayoyo Mr Os, itu Kelantan sama Selangor punya orang, belakang ada gaduh juga pasal bintang apa macam?
Mr Os: Mike usah riso Acappan. Deme ingat bintang deme aje. Ater gigi teman deme tak ingat? Sekali teman kokak baru deme tau! Riuh benor pasei bintang, teman nak nanye, deme pernah ke ada player sepet macam Park JS?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
41 Ulasan:
in Jang Jung we trust!
Ipoh Mali Talak Sombong!
Long live the Yobs - unrelegated, the one and only
player zaman dunhill tue...
4th !!!
haha...
dah macam jackie chan dah aku tengok. hahahahaha !
PERAK! YEAH!
1st time aku nengok football player bagi finger - Perak la. Pastu tiap kali lawan Penang, sure ada at least sebijik moto terbakor.
Kesimpulannya - aku Penang. Aku emo. Semua orang tak betui.
Aksara : facingle.
khairul fahmi pon sepet gak, Yakuza look alike lg, haha
sekali tengok mcm jackie chan..
amri yahyah orang jawa..orang jawa mata sepet gak...hohoho go go go jawa tanjung karang!
*jap lagi mesti ada orang jawa yg butthurt ni kang...haha
kelantan dah ada nicholas chan .. kasi chan la .. mata sepet gak tu haha
sambungan :
Amirulhadi pun mata sepet gak...tak percaya? tengok ni
http://www.faselangor.my/pemain/liga-super-2011
now now...siapa kata F.A.S tak ada player mata sepet? hohohoho
Apa guna ada pemain jawa bermata sepet, kalau pernah turun liga?
"Long live the Yobs - UNRELEGATED, the one and only"
Yeah!!! Aku Sokong Kau TTB!!!
Yob 4 Ever tetap The Best!!!....
Walau seteruk mana kita...tetap tak pernah tersingkir dari liga utama!!!!
Ayuh kembalikan zaman kegemilangan Perak...taun nih kasi penuh stadium!!!
p/s: tiba2 gua teringat final Malaysia 1998 ngan 2000....penuh sepanjang highway dengan lautan kuning. Time tuh baru feel layan final. Takde sempadan-sempadan macam sekarang nih. Bapak penakut!!!
sumpah...aku pon ingat jackie chan..
"player sepect macam park js"
lucy tak cakap pun:
"player sepet macam apek jual sayur atau jawa tanjung karang"
skrg ni, amirulhadi, kfcm, amri yahyah tu semua orang apa?
jang jung = park js = sepet+korea
hahaha comel !!
Check it out Entri Paling Best !
# Keputusan Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4, 2011#
# Suntik Tattoo Dalam Mata !! #
# Awek Pakai Magic Cup Kencing Berdiri ? #
# Lelaki Bodybuilder Bukan Pilihan Aweks. #
# Hari Thaipusam #
kejor yob kejor !
Jang Jung ialah "Three Lungs" untuk Skor Yob Skor pada zaman tu.
Pada era moden, Pulau Pinang di bawah kendalian Cikgu Jan ada ambik sorang player Korea main untuk skuad Haria. Aku dah lupa nama dia. Malangnya untuk Cikgu Jan season tu, Haria lingkup sepanjang musim - walaupun Cikgu Jan excellent di Perlis season sebelumnya.
Lucy mungkin tahu kot sapa player Korea ni. Aku dah puas google, tapi tak jumpa.
Ini zaman semi-pro bhai, masa 2 Azizul mmg femes ngan Diadora peta Perak kat tapak boot 2.
Aku darjah 4 masa start semi-pro masa 2 game Perlis kat Stadium Sheikh Ahmad main petang Jumaat,masuk tengok free manjang caranya menyelit celah orang tua.
Passion aku seorang budak masa 2 dapat tengok game bolasepak kat dalam stadium perggh memang best.
Tapi masa 2 idola aku dah tentu Ian Rush ngan John Barnes. Dengan finishing yang sungguh stim dah tentu kau x bleh nafi kehebatan Van Basten ngan AC Milan.
p/s masa aku darjah 4 tue pegi tengok bola kat stadium sorang2 ja naik bas dari umah.
YNWA
TTB - Bro, achievement tak pernah relegate je ke yg mampu korang banggakan? seriously? duhhhhhh~
dikwahab - why so serious? aku faham la apa maksud Lucy..duhhhhh~
ramai yang butthurt ke bila sebut pasal Jawa?
apa guna tak pernah relegate kalo stadium susah nak penuh??
:P
Kepada Ajiz Zulkifli Nasution;
Kalau saya ceritakan sejarah, nanti disamakan pula dengan 'pasukan sandarkan pada kenangan'. Tapi biar saya sentuh sedikit sejarah Perak.
Piala Malaysia, Liga, FA, Sumbangsih, semua sudah ada bekas tapak tangan pemain Perak. Cuma Perak GAGAL untuk memegang Piala Divisyen/liga kedua kerana Perak tidak pernah TURUN liga selepas naik ke liga utama. Mungkin kejayaan memenangi piala liga bawahan ini boleh dibanggakan Selangor kerana tidak lama dahulu mereka pernah turun liga.
Saya meraikan kehebatan The Yobs yang masih setia kekal di liga utama kerana memang ianya terbukti dan masih relevan dengan waktu sekarang. Ianya memang benar dan terbukti benar, bukan seperti satu pasukan di sebelah Pantai Timur Semenajung yang 'diselamatkan' dari jatuh ke liga bawahan atas ehsan Presiden FAM.
Sekiranya tidak puashati dengan kehebatan Perak untuk kekal di Liga utama sehingga sekarang, ingin saya memetik kata-kata hikmat koreoghraper Ahmad Kasan yang berbunyi :
"Kau ada?! TAKDAAAA!"
Soalan Cepu Emas : Mampukah kehebatan pasukan Kelantan pada waktu ini menjadi penyuntik semangat kepada Kelantan FA untuk memenangi Piala Bardhan?
brader TTB -
pehh nampak macam sopan gayo pojuang je komen anda ni.
jangan sopan sangat, kang ada yg butthurt.
kalau sopan sangat pun bukan nya boleh jadik adik ipar ke apa.. hahaha
dulu selalu je saya tengok orang pakai word 'emo'.
sekarang ni ramai dah pakai 'butthurt' utk emokan orang lain.
yenuwa beb, yenuwa.
Kelantan dan Piala Bardhan?
Ni lebih kurang macam negara China nak menang kriket ni.
Piala Bardhan ni bukan calang-calang piala. Hanya Perak yang konsisten dalam kejohanan piala yang pernah menjadi idaman Baichung Bhuttia tapi sayang tidak kesampaian!
Sekali teman kokak baru deme tau!
lol lawak sial bayangkan mr os cakap cmtu.
p/s: lega ada entry baru. ingt semua penulis dah retire
aku dari dulu sampai sekarang musykil.. apsal panggil OS, Mr.OS ..bukan Encik OS?? barat sangat ke die?
padahal sepatah bahase omputih die tak cakap.. kehkeh
Masih terserlah butthurtmu.
Itu je komen aku.
Tghanung ada Jo Kalang Tie!
PETEH TGHANUNG PETEH!!
relegated, lepastu tapau 3 piala sekali gus pun ok gak
Piala Bardhan? apa cer nie? aku x pernah dgr...memang ketinggalan zama btol laa aku nie...bila piala tue wujud?
p/s - peteh T-Team peteh...!! hehe...
memetik dari fb kawan aku:rahimi Zabidin
Perak diakui IFFHS sebagai pasukan Malaysia terbaik sepanjang abad ke -21 dengan penilaian secara keseluruhan sepanjang 2001-2010 menduduki ranking ke 58 Asia diikuti Selangor 75 Perlis 94 dan Kedah 116.
http://www.iffhs.de/?20f53510f43816ff3854a46817f7370eff3702bb1c2bbb6f00
aku sokong TTB."Ianya memang benar dan terbukti benar, bukan seperti satu pasukan di sebelah Pantai Timur Semenajung yang 'diselamatkan' dari jatuh ke liga bawahan atas ehsan Presiden FAM."---->>>>negeri sultan bola.kah3
talkIZcheap!:ala selangor,kedah,kelantan time xperform ad nk penuh stadium?jgn harap la.
Mungkin talkizcheap menyangka liga super seperti liga inggeris yang stadiumnya penuh sentiasa. Adatlah stadium tak penuh kalau di Msia jika team tak perform. Dulu pun mana ada fans kelantan turun stadium sampai penuh masa main divisyen 2.
kah6. epl pun bukannya penuh kalu team duk bawah2.
kareem, sory nak betulkan skit..time main liga perdana fan kelate penuh je beb.
mungkin ko patut kata time kelate main liga FAM dulu la. hehe
oh ya.Liga FAM.Saya lupa
Ade ape dgn Perak skrg? Hah ade ape, ade ape cobe citer sket?
Gua da tgk ranking IFFHS tu...tp nape dier tulis Selangor Bukit jalil sha alam..???? Bukit Jalil dgn Shah Alam jaoh la.....yg wat ranking men tarok je la tuh....entah2 ranking pon men tarok jer...konpius2
ye ke takde??
aku ingat penyokong kelantan cuma takde time penyokog dibanned dari pergi tgk game sebab ada kes keganasan tak silap hingga pagar runtuh...
Liga perdana Inggeris pun ada jugak stadium yg tak penuh, tapi pun ada jugak stadium yang penuh w/pon team tak pernah main liga perdana...
jadi bagi team yang tak pernah relegate, kenapa stadium takleh penuh? dengan reputasi sebagai team yg tak pernah relegate, sudah tentu team tersebut, jika tidak kuat pun, sekurang-kurangnya stabil... tapi kenapa masih gagal menarik peminat?
Sebab mutu bolasepak, or sebab peminat berlagak menjadi jauhari sedangkan tak pernah melihat manikam??
bukan takde talkizcheap, kurang. ada tetap ada but not fullhouse la. ramai ja. huhu
pasal team x pernah relegated tu, kena tnya geng dorang la. diorg lebih mengetahui..hehe
talkIZcheap!,
Piala Asia pun stadium tak penuh, inikan pula stadium-stadium di Malaysia sewaktu liga tempatan berlangsung.
Stadium Sultan Muhammad ke4 memang NAMPAK PENUH sebab Stadium Sultan Muhammad ke4 adalah antara stadium yang sudah outdated. Kalau stadium teres setingkat macam stadium di Kota Bahru, sukan sekolah Daerah Klang pun boleh penuh.
Sebagai seorang peminat Perak yang sempat merasai Stadium Perak yang lama dan stadium Perak yang diupdated sewaktu Sukma, memang tidak dapat dinafikan bahawa pertambahan kapasiti yang mendadak memberikan sedikit impak kepada kepadatan stadium sewaktu perlawanan liga.
Sekali lagi ditekankan, bukan orang tidak ramai, cuma kapasiti stadium sudah bertambah.
Yang penting, The Yobs masih tidak turun liga!
Catat Ulasan