ANDA SEDANG MEMBACA
17
Oleh kerana aku sibuk untuk 4 atau 5 hari kebelakangan ini, maka tidak ada berita rangkuman Piala Asia buat beberapa ketika. Ini lumrah Sokernet. Bila pengulas sibuk maka Sokernet akan sunyi sepi. Adat menulis secara percuma.
Piala Asia 2011 kini sudah memasuki fasa pusingan kalah mati. Lapan pasukan telah berjaya layak ke peringkat suku akhir manakala lapan yang lain bungkus dan pulang awal.
Sebelum bermulanya Piala Asia 2011 aku ada meletakkan tilikan pasukan yang bakal melepasi peringkat kumpulan. Berikut keputusan sebenar setiap kumpulan dalam Piala Asia 2011 dan tilikan asal yang diletakkan.
Kumpulan A
Uzbekistan
Qatar
China
Kuwait
Tilikan Gudel Gurita Dewa Laut
Qatar
China
Uzbekistan
Kuwait
Uzbekistan melakukan kejutan untuk muncul juara Kumpulan A serta turut meletakkan White Wolves antara calon pilihan untuk menjuarai Piala Asia 2011. China seperti biasa kekal dengan jolokan ‘Asian perennial underachievers’ apabila terpaksa pulang awal dan menghampakan berbilion rakyat China yang mengharapkan Piala Asia pertama mereka. Qatar yang tewas kepada Uzbekistan pada perlawanan pembukaan kembali bangkit untuk memastikan tuan rumah terus berada dalam kejohanan dan menjamin kehadiran penonton ke stadium. Kuwait pula sekadar melengkapkan jadual.
Kumpulan B
Jepun
Jordan
Syria
Arab Saudi
Tilikan Ayah Pin
Arab Saudi
Jepun
Syria
Jordan
Tilikan Ayah Pin seperti biasa memang tak boleh pakai. Arab Saudi melakukan kejutan dan kemaluan besar ke atas diri sendiri apabila menduduki tangga tercorot kumpulan yang sepatutnya muda buat mereka. Jepun bagaimanapun lebih bernasib baik dan membuktikan keupayaan Samurai Blue berdepan dengan pasukan negara Arab. Jordan dan Syria merebut slot terakhir terima kasih pada kejatuhan Arab Saudi dan dalam perlawanan antara dua negara berjiran ini Jordan muncul pemenang untuk mara ke suku akhir mengiringi Jepun.
Kumpulan C
Australia
Korea Selatan
Bahrain
India
Tilikan ‘almarhum’ Paul The Oracle
Australia
Korea Selatan
Bahrain
India
‘Almarhum’ Paul The Oracle terus mengekalkan reputasinya sebagai penilik bolasepak paling berjaya di alam semesta. Atau mungkin ianya kerana kedudukan Kumpulan C mudah diduga kerana ianya memang mudah. Australia muncul juara mengatasi Korea Selatan dengan kelebihan jaringan tetapi seperti diduga kedua-dua ‘heavyweight’ Asia ini melangkah ke suku akhir dengan mudah. Bahrain yang cuba mengintai peluang untuk mencuri satu slot jelas bukan tandingan dua ‘heavyweight’ tersebut. Sedang India pula sekalipun kalah semua perlawanan akhirnya pulang membawa pengalaman berharga. Paling tidak rekod mereka lebih baik dari rekod Malaysia dalam Piala Asia 2007.
Kumpulan D
Iran
Iraq
Korea Utara
Emiriah Arab Bersatu
Tilikan Paranormal Andi S Chalin
Iran
Emiriah Arab Bersatu
Korea Utara
Iraq
Apa yang awalnya dijangka sebagai kumpulan maut rupanya adalah kumpulan yang mudah buat dua negara berjiran yang pernah berperang sesama sendiri dulu, Iran dan Iraq. Iran mengekalkan rekod kemenangan 100% manakala Iraq pula membuktikan kejayaan edisi 2007 mereka bukan secara kebetulan dan Lions of Mesopotamia sebenarnya masih berkeupayaan untuk mempertahankan kejuaraan kali ini. Korea Utara dan ‘Wayne Rooney Asia’ rupa-rupanya sekadar auta dan bahan propaganda komunis, mereka tidak sehebat mana dan sama membosankan seperti penyokong mereka yang berkemeja dan bertali leher untuk ke stadium. Emiriah Arab Bersatu pula sepatutnya sedar duit yang banyak elok dilaburkan untuk bolasepak tempatan bukannya ke Manchester City.
Dengan selesainya saingan peringkat kumpulan maka kedudukan pusingan kalah mati dan suku akhir terbentuk seperti berikut:
Uzbekistan lawan Jordan
Australia lawan Iraq
Jepun lawan Qatar
Iran lawan Korea Selatan
Melihat kepada kedudukan suku akhir di atas, perlawanan paling sukar diduga ialah pertembungan antara Iran dan Korea Selatan. Australia lawan Iraq juga tidak kurang hebatnya dengan status Iraq sebagai ‘darkhorse’. Uzbekistan dan Jepun sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk ke separuh akhir.
Jepun lawan Qatar adalah pada 9.25 malam ini sedang Uzbekistan lawan Jordan pada 12.25 pagi nanti. Australia lawan Iraq jam 9.25 malam esok diikuti Iran lawan Korea Selatan pada 12.25 pagi Ahad.
Siapa yang sibuk berkata akan tengok Piala Asia 2011 apabila bermula peringkat kalah mati, inilah masanya.
Piala Asia 2011: Suku Akhir

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
17 Ulasan:
go samurai go
eh eh .. terklasemen la plak .. haha
"Siapa yang sibuk berkata akan tengok Piala Asia 2011 apabila bermula peringkat kalah mati, inilah masanya."
Terima kasih Lucius, kerana mengingatkan saya.
Dush! Dush!
kenapa 3 unta?
yeah...pasukan pilihan ku mara...selamat lg pitih ambe...hehe...
masa tuk memberi tumpuan tuk suku akhir piala asia plak..... dan suku akhir badminton malaysia open..
Korea Selatan terus membara... iyaaarrgghhh!!!
inilah masanya...
demmmm...ak trase...
nk tgk tp mamak msti nk tgk liga dieorg main...shite
paul mmg terbaik...huhu
cayalah samurai men seploh org pon blh mng...shinji kagawa terbaek..
aduh subkhidin...jatuh sikit kredibiliti ref malaysia
tengok piala asia lagi mendebarkan dari tengok epl.
ini aje komen?aduh...cuba kalau EPL bukan main menyembur2 komen...apapun tahniah nippon...menewaskan qatar seperti menewaskan indonesia,btw qatar dah takde pemain ke?hahaha
"menewaskan qatar seperti menewaskan indonesia,btw qatar dah takde pemain ke?hahaha"
mana sama.. jepun nnggak laserin mas.. wakaka.. MALAM NI! MALAM NI! TEAM GUE!
Goooooo STEVOOO!!!~
malam ini!!!
malam ini!!!
Catat Ulasan