Subuh tadi aku duduk depan TV tengok Blackpool lawan Liverpool. Liverpool kalah lagi tapi kali ini para Kopites tidak lagi boleh menyalahkan Roy Hodgson mahu pun Howard Webb.
Macam biasa, kepala otak aku pantas berfikir idea nak menganjing Liverpool di Sokernet. Tapi entah macam mana, mungkin kerana kesyahduan dan sejuknya cuaca tika Subuh membuatkan aku berubah fikiran. Ada semacam 'nur' meresapi diri ini. Satu rasa sesalan kerana dosa-dosa aku selama ini kepada geng Yenuwa. Aku rasakan macam dapat satu pencahayaan semula.
Ya, satu azam baru untuk tidak menganjing Liverpool lagi. Sebaliknya satu keinginan suci dan murni pula yang timbul. Keinginan untuk membantu Liverpool.
Salah dan silap Liverpool selama ini memang terletak pada bahu pengurus pasukan. Atas sebab itulah Cik Fara Benitez dipecat kerana 'berjaya' menduduki tangga ke-7 musim lepas. Ianya salah Cik Fara Benitez! Dan Uncle Woy Hodgson juga dipecat kerana kalah 9 dan seri 9 dari 31 perlawanan Liverpool di bawah beliau. Ianya silap Uncle Woy Hodgson!
Salah dan silap Liverpool selama ini semuanya berpunca dari pengurus yang tidak berguna. Bukan berpunca dari penyokong Liverpool yang suci, bersih lagi Yenuwa. Bukan juga berpunca dari pemain mereka yang juga suci, bersih dan tidak pernah mengucupi mana-mana perempuan yang bukan muhrim kecuali kamera.
Salah dan silap ini semua berpunca dari pengurus yang hanya mahukan duit tapi tidak faham erti sejarah Liverpool yang sebenar. Cik Fara telah dipecat kerana kegagalannya. Uncle Woy telah diusir kerana pengkhianatannya. Mana-mana pengurus Liverpool yang kalah dalam perlawanan mereka mesti dihalau dengan kadar segera! Kita tidak boleh biarkan mereka terus mencemari rekod sejarah Liverpool yang suci, bersih dan Yenuwa.
Maka dengan itu, atas nama semangat solidaritas dan niat yang tulus, suci lagi ikhlas untuk membantu kawan-kawan Yenuwa, aku bermula hari ini akan membantu menyelamatkan Liverpool dengan memulakan kempen:
Dan sebagai penanda aras kegagalan King Kenny aku akan membantu kawan-kawan Yenuwa dengan mengira statistik kebangangan King Kenny:
KING KENNY LEAGUE OF DOOM
Liverpool P2 W0 D0 L2 G1 A3 PTS0
Bersama-sama kita akan terus mengira statistik kebangangan ini dan berkempen sehingga John W Henry menukar pengurus yang lain pula atau sehingga teknologi sains berjaya dicipta untuk membangkitkan kembali Bill Shankly dari kubur!
UPDATE!
Sokernet telah bermurah hati untuk membuka talian bantuan derma khas untuk mengutip dana buat Liverpool mendapatkan pengurus baru:
(tertakluk pada caj telco semasa, individu berumur bawah 18 tahun sila dapatkan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu)
63 Ulasan:
1st
kita mulakan kempen : Membantu Liverpool walau hingga divisyen 4! di fesbuk skrg.
jums!
kahkahkah apa ke bengap betul liverpool ni.
pool kalau jumpe kelab pool...memang berdouble2 fool dia hahaha!!!!
btw Pipi mana Pipi?yana pagi2 dah sebut2 nama dia...hahaha
Mari kita tunggu dan lihat apa Jarr, pak Kordi, Ayub Kelubi, Arhell, hantu, Petz dan lain lain penyokong Liverpool kata tentang ini..
"Bukan juga berpunca dari pemain mereka yang juga suci, bersih dan tidak pernah mengucupi mana-mana perempuan yang bukan muhrim kecuali kamera."
Serta merta aku pun insaf sama. Maafkan saya, Afdlin Shauki. Harith Iskander. Dollah Cantek. Dan semua penyokong Liverpool yang lain.
Word Veri : BLING. Ironic. I Like...
hahaha..
eleh, u yg pop chat gn i dulu..
jap, jap...
luci lately ni berhati murni betul..
aritu buat entri respek MU, arini demi liverpool, lepas ni nak puji memuji arsenal pulak ke?
peh..nganjing stail reverse psychology plak dah. memang abnormal cara pemikiran Luci.
okeylaa, aku pun nak bantu Liverpool gak laa..huahuahuahua
Kalah lagik. apadahal...
biarla dorang belajar supaya mentaliti tu tak tepu ditakuk lama.
Kenny baru handle 2 game,dan terima 2 kekalahan.apadahal.Aku sikit tak ter intimidate dengan benda benda mcm ni..mcm aku ckp sebelum ni, mungkin bilamana Liverpool angkat title ke-19, aku dah duduk kerusi roda tak larat nak jalan, dan mungkin time tu Man U dah angkat league title ke 67 kali dan Chelsea telah dibubarkan.Who knows kan?
Have faith.Itu satu perkara pasti yg aku takkan pernah ubah kepada pasukan Liverpool.Main kat non league sekalipun..nama nak tukar kelab, sorry tak dapat arr jack.
Liverpool is my soul.We get behind the players and manager.Setaakt dimenganjing kelab kelab lain?kah kah kah...itu cuma parasit parasit kecil yg cuba tumpang gembira atas kebebalan Liverpool skang.Apadahal ye dak?
okeh, sambung nganjing.
1st class punye menganjing YNWA
"Liverpool is my soul. We get behind the players and manager."
Whoaa.. that is one thing, undoable by us the devils nor the other clubs' maniacs.
No matter how respectful I am pada SAF, tanak ah main blakang dengan beliau. Hahaha...
I love the spirit jarr...
I'll do the same thing for MU...
semua nak menang sape nk kalah kan?
apa laa nsb malang season nie...manager msti turunkn player out of date dlm setiap game...yg bgus smpan wt pekasam...YNWA.
aksi ben foster disensasikan dlm semua paper arini...
kihkihkih..
tu menganjing kalo time subuh..
kalo time maghrib cmno la plak ek..
insaf wei. sebagai tanda bertakafur, aku tak akan komen untuk 2 entri menganjing Liverpool lagi. 2 entri tau. sian wei.
tapi poster mamat cengeng tu tetap tidak pernah gagal gelak guling-guling gua. sial la. wakaka
Arsengal 1st team menang 10-0 ker pagi tdi ngan Ipswich.
nampak gaya tak tamat tempoh lagi tema tahun menganjing liverpool ni walaupun kalendar dah masuk 2011 ..
aku sokong king kenny resign .. pasni nak appoint sapa plak?
rafalution balik agaknye .. ye dok?
Terima kasih Hazard dan Jarr. Komen anda amat saya hargai.
Dan terima kasih juga kerana setia dibelakang Liverpool walaupun masih lagi kalah.
penyokong macam ni yang kita cari.
pipi mane pipi?
apa guna pecat uncle roy kalau king kenny pun 2 kali 5 bebal cam dia ye dak?
bingai ke apa nak kenny resign after 2 games?tak kira la korang nak ckp sarcasm or parodi..
tapi kekadang komen biar nampak menganjing, bukan bingai tak tentu hala.Korang bernasib baik idop zaman Liverpool tgh crisis..kalau tak takde bahan nak buat nganjing.
lain kali belajar ngan arsenal mcm mana nak kalah ngan Ipswich, pastu baru dtg sini nganjing.
okeh aku emo.apadahal.
aksara merki, aku tunggu kuar maki jer.
anda tidak akan jalan sorang2!!
xpo xpo,dalam proses revolusi nieh,nanti pasti kembali menggegar,nak bagi dlu kat puak2 Man Utd dapat nombot 19 season nie,kalau dapat laa,xdpt kalu,insyaAllah,season seterusnya kami plak nak jadik hero.
biasala,citer bollywood selalu tunjukkan,hero kalah dulu,then baru menang dgn gagah dan hensem sekali......
Erk? Bila yg gua support YENUWA?
TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!
jarr..takyah pose la..jom, i belanja u mkn kenny rogers kt midvalley...
bila perut lapar, akn bertambah emo..
kang aku gi takde, mmg aku upah abdul sokerleaks jadi stalker kang yana. kah kah kah
hahahahaha..tgklah cmne..
ramai takde kt opis arini..
kalau boleh lari,nnt gua tunggu lu kt mid...
kuang kuang kuang...
jgn disebut nama itu...
ini membantu dlm menganjing. keh keh keh!
nice 1.
Oiiiii!!! Abdul Sokerleak mane!!! gue rindu banget sama dia....!!! udah lama tidak ketemu...hahaha!!!!
"Korang bernasib baik idop zaman Liverpool tgh crisis..kalau tak takde bahan nak buat nganjing."
- Jarr , 2011..
best ayat ni bro...hehe.
marilah kita bersama jayakan kempen ini..
kehkehkeh.. dasar hati kaca.. gah dengan semangat tapi kene troll dengan 1 ayat.. kehkehkeh.. kehkehkeh.. kehkehkeh.. oo ye.. mungkin sebab MU tak pernah kalah membuatkan gua sombong dan bongkak.. tapi linda radzi dan zu yang mengajar gua agar menjadi pembenci kuat liverpool.. kehkehkeh..
Apa guna nak menganjing Arsenal The Art Club sekiranya ada ratahan lebih sedap seperti Liverpool yang boleh dijadikan bahan kutukan untuk seminggu?
PS - Abdul Sokernet mana?
okay, so liverpool lost 9 games out of 31 under hodgson. then pastu hodgson kena kick out.
already under kenny now lost 2 out of 2 games. dia ada lagi 7 games to go to equal hodgson. genap 9 losses nanti ganti dengan saper lak?
hi adleen..
dasar hati kaca tak berapa sesuai digunakan utk Kop supporters.Kop supporters semua hati kering.
sila cari supporters kelab lain utk terms dasar hati kaca.
Cth kelab, Persib Bandung,Persija Jaya atau Pohang Steel. buleh?
alah, 2 game 2 kalah. rilek la. 10 game 10 kalah pun.. king kenny tetap king kenny. liverpool tetap liverpool. nganjing tetap nganjing
sokernet tetap sokernet.
dan aku tetap liverpool sampai mati jugak.
orang kata tak bernanah la telinga mata tgk ayat2 nganjing lu orang ni... bring it on haters...
lagi pun kalah lawan team premier league jugak, bukan dengan championship punya team..takdehallahhhh
Jarr:kalau hati kaca, sokong Crystal Palace..heh
hehe mmg memerlukan hati yg kering nk support Liverpool ni.. kene tahan hanjingan team2 lain..
hehe
dah tiba masanya liverpool amik dollah salleh ataupun abd rahman ibrahim.. kalau nak amik rajagopal x leh r.. x layak.. hehehe
ributnerakaaran,
memang la 10 game 10 kalah king kenny tetap king kenny. nombor 7 epl pun fara tetap fara. kalah 9 dari 31 game pun uncle roy tetap uncle otai gak.
but then king kenny by that time kalau 10 game 10 kalah mmg dah kena pecat juga, jadi tua bangka, masih king dan legend tapi org juga akan ingat dia punya failure.
u retire at ur best, at ur peak. if u plan on comeback make sure its equal to ur last time.
kalau x, kena anjing serigala apa semua la jwbnya!
marah betul kome semua ngan liverpool ni weh.berdosa banyak beno liverpool dgn kome semua ni weh.
ater. dah musim ni teruk bebeno, nak kata apa?. kalau teruk bebeno jatuh pergi liga peringkat keempat pun, teman still sokong liverpool. lantaklah deme semua nak kata apa weh.
cuma nak ngingat aje.musim depan kalau mana2 team senasib dgn liverpool.standby ajelah yer dok?.
mana-mana yg rasa nak konbet sokong team lain. silakan, koser teman nak halangnye weh.
nak suruh king kenny out?. takpe, nanti teman BB ngan king kenny bagitau permintaan kome semua.
terima kasih yer?.
cmon la beb.
walaupun liverpool tetap liverpool.
owners lain-lain.
zaman rafa, banyak sangat konflik dalaman, dan rafa boleh tahan dengan G&H sampai season lepas pun gua respek sama dia.
sekarang zaman owner baru. Roy hodgson is nowhere near Rafa's statistics walaupun menggunakan data Rafa's last 20 games sebelum kena sack.
korang baca dan buat la perbandingan sendiri kat sini:
http://tomkinstimes.com/2011/01/roy-vs-rafa-endgame/
dan pada aku sebab utama rafa kena sack bukannya pasal dapat no 7 pun season lepas, sebab mainly pasal tak ngam ngan owner, pastu owner plak memang cari pasal nak sack Rafa.
So bila dapat no 7, kira justify la the sacking tu.
alah cakap banyak2 ngan lu orang bukannya nak paham pun, tau nak nganjing je, tapi for the sake of healthy banter gua kena la cakap sikit jugak.
dah la, gua nak gi makan buah tangerine. balas dendam malam tadi.
Aku mengaku aku adalah generasi muda penyokong Liverpool yang mane tak pernah lagi merasa kemenangan memegang title Liga Utama..
So, ape ade hal.. Blaja terima sandarkan pada kenangan dulu. who knows kenangan2 ni akan berubah gak..
YENUWA..
Your End Not Utterly Win All..
-Time Kasih- YNWA.
baru aku tahu yang kamera tu, perempuan...
kesian kesian...harap2 fan tegar libepool xpupus...
kalah lagi tapi king kenny sekali lagi kacak di sisi kamera.Jadi melihatnya sahaja sudah cukup mengujakan.
lepas ni kalo SG goal ,bukan cium camera sahaja ,malah terus kucup cameraman langsung !♥ YNWA
aku pun tidak lagi menganjing liverpool sejak 2,3 mggu lepas. kesian kan? xsampai hati..wakaka
kenny still rasional utk posisi pengurus.player kena sedar kesilapan dorg.room for improvement still there.jgn jatuh liga sudah.tu je harapan aku
Johnson kena up perfomance dan berkata pada anaknya yang baru lahir "lihatlah anak ,bapak ada skill macam Safee Sali x ?"
YNWA
ni ramai2 komen ni ada tengok ke game semalam?.. korang tau2 je berita, liverpool kalah...
korang tak tau ke kenny macam tengah ber-ujikaji dengan line up?... johnson dia letak kiri, jovanovic dah lama tak main dia bagi main lama, poulsen dia bagi chance, lucas dia bagi naik atas...
dan palyer2 macam tak berapa nak serasi dengan stail kenny(pass n move)... dah lama dengan taktic roy a.k.a 'hoof boy hoof'
ahhh... ado den kesah?.. haha
hantu longkang:
gua tengok la beb. Kelly main kanan, sekali wa terkejut johnson pun ada gak.
rupanya main kiri.
Poulsen, Lucas sama Meireles pun main sekali. Damn.
lu tengok... yang bising2 atas tu semalam tengah layan pr0n... mana tengok... haha
gua tgk smlm cmne si toreh bebal sampai kena kad kuning...n kehebatan pepe reina mnepis2 bola yg dasat tu...sbb tu la pak alex minat dia..tp apakan daya reina ttp dgn yenuwa dia...kahkahkah...
hantulongkang pesen nak kena jentik telur punye komen..aku outstesen kat burkina faso pon sanggup cari rumah ada tibi nak tgk game.inikan semalam.cett...
haha.. ko memang la tengok... majority fans liverpool/blackpool la senang cerita, memang tengok.. yang fans2 lain tu ada la 2-3 bijik telur yang tengok..
so skang ni, telur mana satu kita nak jentik dulu ni.. haha
aku puas berentap dengan uncle2 tua arsenal kaki betting bola semata2 berebut siaran untuk menonton match semalam di ns kandaq!hasilnya
1st half gua streaming jer
2nd half berjaya mendapat hak penyiaran secara rasmi
hahahaha
jerong:
torres bukan bebal, dia frust. defender dah boleh baca cara dia main. Yang lain kena la sapot, nak harap dia sorang je skor letih la bai..
~lagipula Blackpool deserved to win.Ian Halloway memang manager yg cool .Anyway ,salute to king Kenny becos dare to experiment.dan aku sangat suka Lucas 4 his perfomance.Sapa kata Luca x bagus aku tonjol buku lali dia !!
YNWA
ak gembira jovanovic kembali beraksi.dgr cite safee sali nk pegi Liverpool.hahaha
hantu longkong ak tgk game libefool smalam,,mmg best tgk fool kna anjings..standed la klb bwhan mne reti cari gol..
aku nak antar dimaz ni gi smart reader balik belajor ngeja.mcm hanjing pesen ngeja.
kah kah kah
jarr emo??
ye la LIVERPOOL..HAHA
skrg aku nak manganjing ko....tutup je laman ko ni...dan jgn jd fan the reds....cari kelab lain yg boleh menghappykan ko...tolong jgn tumpang gembira dgn kemenangan the reds selepas ini sbb kamu tidak layak menikmatinya.....
Catat Ulasan