ANDA SEDANG MEMBACA

24

Piala Asia 2011: Laporan Hari Ke-5

LuciusMaximus Rabu, Januari 12, 2011 , , , , ,


Subkhiddin



Anak Harimau Malaya beraksi malam tadi dalam Piala Asia 2011. Tapi sebagai pengadil sajalah. Apa pun prestasi Subkhiddin aku rasa memang terbaik, boleh bagi 5 bintang. Bukan senang nak adili perlawanan antara sekumpulan Arab bodoh sombong dan sekumpulan komunis Korea Utara yang jenis nak tembak orang saja kerjanya.

Dikhabarkan bahawa Pak Alex Ferguson belum pernah lagi berdepan dengan Subkhiddin sepanjang kariernya sebagai pengurus Manchester United. Ada kemungkinan kerana Subkhiddin ini antara pengadil yang sangat digeruni oleh Pak Alex.

Sokernet sebagai laman web rasmi bolasepak dunia juga turut menegur suara Twitter rasmi AFC, @afcasiancup kerana mengeja nama Subkhiddin tanpa huruf ‘h’. Ianya dibalas kembali dengan tweet:

@SOKERNET_TWEET my apology. You are right, it’s Subkhiddin.



Sokernet memang tidak akan berkompromi dalam hal begini. Subkhiddin adalah Harimau Malaya sejati dan legend dunia pengadilan bolasepak!

Wayne Rooney Asia? Hak Tui!

Semenjak dari Piala Dunia 2010 lagi Jong Tae-Se telah diheboh-hebohkan sebagai Wayne Rooney Asia. Dan semenjak dari Piala Dunia 2010 juga lagi aku dah bersedia untuk membuat ‘tumbukan padu ke udara’ (istilah hakmilik Jorji &Sokernet) apabila Wayne Rooney Asia menjaringkan gol. Tapi sampai ke hari ini haram tak ada jaringan darinya.

Yang sebenarnya malam tadi lawan Emiriah Arab Bersatu kau pun tak pasti Jong Tae-Se ini main ke tidak. Nama ada dalam senarai tapi main haram tak macam Rooney pun. Rooney yang sebenarnya macam haram pun lagi bagus aku rasa.

Dan Korea Utara pada pendapat aku menghantar bukan skuad pemain bolasepak tapi mungkin pekerja Ladang Gandum Kolektif 3415 atau Lombong Arang Batu Kim Jong-Il Pemimpin Agung Penyinar Kesejahteraan Korea. Main bola macam bangang. Bosan sampai buat aku rasa nak pergi Pyongyang untuk mendaftar kerakyatan Korea Utara dan kerja lombong arang batu sampai mati.

Sebab Korea Utara tidak bermain bolasepak, maka Arab kaya dari Emiriah Arab Bersatu juga tak reti hendak menang. Maka perlawanan tamat dengan seri tanpa jaringan. Tidak apa sekurang-kurangnya Subkhiddin dapat bersenam 90 minit atas padang.

Perang Iran-Iraq Revisited



Kebosanan tahap rasa nak pergi Pyongyang dan kerja lombong arang batu sampai mati kesan dari perlawanan pertama Kumpulan D akhirnya ditebus oleh pertembungan panas antara Iraq dan Iran, Arab dan Parsi, Sunni dan Syiah dan apa-apa lagi yang boleh dikaitkan dengannya.

Lebih 20 tahun dulu dua negara gergasi Teluk Parsi ini pernah berperang selama 8 tahun yang memakan angka korban jiwa berjuta jumlahnya. Semuanya berpunca apabila Saddam Hussein mula merasa bosan di Baghdad setelah bertahun-tahun meracun orang kampung puak Kurdish di utara Iraq dan penganut Syiah di selatan Iraq dengan senjata kimia miliknya.

Maka pada satu hari yang indah bersamaan 22 September 1980, Saddam mengarahkan tentera Iraq menyerang Iran yang ketika itu di bawah pemerintahan Ayatollah Ruhollah Khomeini. Alasan yang digunakan ialah untuk membebaskan orang Arab di Iran, menyekat penyebaran Revolusi Islam serta ancaman Syiah dan menuntut kembali wilayah milik dunia Arab berdasarkan sejarah lampau. Secara rahsia dan terbuka, negara-negara Arab yang lain turut menyokong tindakan Saddam.

Untuk beberapa bulan yang pertama Iraq mara ke dalam wilayah Iran dan tampak bakal menenangi peperangan ini. Tetapi kemudiannya Iran bangkit kembali, mengusir tentera Iraq keluar dan akhirnya menakluki wilayah Iraq sendiri. Campur tangan PBB akhirnya membawa kepada perjanjian damai. Itu pun selepas 8 tahun dan Saddam sudah mula menggelabah takut kalah. Dua tahun kemudian Saddam kembali melakukan apa yang malaon ini pandai iaitu membuli lawan yang kecil dengan menakluki Kuwait.

Malam tadi pertembungan Iraq dan Iran dalam Piala Asia 2011 mempunyai jalan cerita yang mirip pada peperangan lebih 20 tahun lampau itu. Iraq selaku juara bertahan Piala Asia dilihat pilihan utama untuk mengatasi Iran. Tetapi Iran sekalipun tidak sehebat zaman Mehdi Mahdavikia, Karim Bagheri, Khodadad Azizi dan Ali Daei dulu; masih lagi mempunyai reputasi dan keupayaan yang wajib digeruni.

Seperti peperangan itu, Iraq terlebih dulu di depan. Seawal minit ke-13 kapten Lions of Mesopotamia, Younis Mahmoud telah merobek gawang Iran untuk memberikan kelebihan buat juara bertahan itu. Tetapi Iran mempunyai mentaliti kental dan daya resilien yang baik. Gholamreza Rezaei yang bermain untuk Persepolis menyamakan kedudukan pada minit ke-42 untuk kedua pasukan terikat pada separuh masa pertama.

Masuk babak kedua, Iraq lebih banyak mengasak kubu Iran sedang Team Melli pula memilih untuk melakukan serangan balas kilat apabila mempunyai ruang. Dalam pada satu lagi keputusan seri dilihat bakal tercipta, Iran mendapat tendangan percuma pada minit ke-84. Pemain Esteghlal, Iman Mobali menyempurnakan sepakan untuk gol kemenangan Iran.

Iran memungut 3 mata penuh, terima kasih kepada dua pemain Persepolis dan Esteghlal, dua kelab bermusuh Iran ibarat Manchester United dan Liverpool. Sedang juara bertahan Iraq pula perlu menang perlawanan berikutnya untuk menghidupkan peluang mempertahankan kejuaraan.

Malam Ini

Uzbekistan bertemu Kuwait pada jam 9:15 malam dan China pula berdepan tuan rumah Qatar pada 12:15 pagi.

Untuk Kuwait dan Qatar, mereka perlu menang jika mahu ke suku akhir. Uzbekistan dijangka tidak mempunyai sebarang masalah berdepan dengan Kuwait. China pula bergantung kepada kekuatan mental pemain muda mereka lebih-lebih lagi berdepan skuad tuan rumah yang kini dalam misi wajib menang.

Sebelum berpisah, saksikan semua gol-gol perlawanan Iraq dan Iran. Tiada terjemahan kerana pengulas Arab cakap punyalah laju. Kuat berzikir munajat malam-malam dia ni aku rasa.

24 Ulasan:

ijan de bunks berkata...

rosakkan

Ozzz3000 berkata...

kacau dia.haha

se7en berkata...

superSUBKH...

Jojoe Ali berkata...

Mr Sub punye respon, "Subkiddin? R u kiddin me?"
Dush!~

keli berkata...

Wooi hazard lu da tggl hrof 'H' la...lu jgn carik psl plak....kakakaka..

AlpocodelaCruz berkata...

Apa guna ada pengadil Malaysia tapi team bolanya takde , ye tak?

Tanpa Nama berkata...

tu pemikiran pesimis namanya..

kasi optimis la

mula2 hantar ref,,lepas ni hantar team la pulak

come on!

Zaid berkata...

semangat Ahmadinejad bersama pasukan Iran

hellghast berkata...

" Rooney yang sebenarnya macam haram pun lagi bagus aku rasa."

pada aku kedua2nya haram sebab dua2 same aje...
rooney haram sebab season ni tak sampai 5 gol dia score
Jong Tae-Se main cam haram mlm td tapi tak tau la lepas ni dia score pulak.

sape butthurt aku buat tak tau lalala~~~ hahaha!!!

Adleen berkata...

uzbek to top group a. they play macam most european teams

hellghast berkata...

Uzbekistan pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet.dan memang dekat sangat dengan benua eropah,dan tidak menghairankan jika cara uzbek main mcm eropah...
tengok nama player sudah...

Isa berkata...

Subkhidin memang ref Malaysia yang solid. Tapi macam ada unsur ugutan kat situ. Lembut je padahal jatuh.

Aku syak Presiden Kim Jong-Il ugut nak serang Malaysia. Tu yang Subkhidin gelabah semacam.

talkIZcheap! berkata...

usaha alpoco untuk entri ke laut lah nampaknya... ye dok??

:P

talkIZcheap! berkata...

*entri NI... tertinggal plak tadi...

AlexiaAqram berkata...

Kalau Subkhiddin masih bujang, mesti ramai gadis melayu nak jadi isteri.

berkarisma sungguh.

kareem berkata...

gua syak lucy mesti tgh beronok2 pasal arsenal kalah..kehkehkeh

Ape ade hal...lvpool pun nk kalah gak nih...hahaha

Jojoe Ali berkata...

Laaa.. kemarau trofi berterusan lagi lah ni. Simpati gua menggunung...

Raiden berkata...

Ahsengal pulak nak ikut perangai LIverfool ke?? HAhahahahaha~

Blackpool - the best pool in town
Ipswich - lagi sedap dari sandwich


KTBFFH!!

zX berkata...

hahahahhaa .... nampaknya King Kenny pun takleh selamatkan team yenuwa ni ..

Jojoe Ali berkata...

Sure tambah point lagi org tua wenger tu kan.. makin byk tak menang, makin banyak point dapat. haih...

adinda anna liyana berkata...

tak tau nk kesian kt liverpool ke arsenal..

Dewajiwa berkata...

yapedaa korang. ini entri Asia Cup la.

(err Yana kesian la kat Chelshit plak. hehe)

FeRoZ SuLaiMaN berkata...

kat arsenal x payah nak kesiankan lagi...ada lagi 2nd leg utk gasak balik ipswich ngan leeds...

tumpukan kesian mike tu untuk liverpool sahaja...keh keh keh

PELAUNG PULAU berkata...

hahah gol minit ke 13 gua dapat tangkap sikit2 je...

"cross,ah gol.. allaaaaaaaaahhhhhh!!!!gooooooolllllllll!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...