ANDA SEDANG MEMBACA

18

Piala Asia 2011: Ben Williams Suka China Doll

Lucius Maximus Ahad, Januari 09, 2011 , , , ,




"Saya suka China Doll, saya okay"

Ben Williams adalah pengadil Australia yang cukup popular di Malaysia. Mamat Aussie ini pernah melayangkan 3 kad merah kepada pemain Harimau Malaya dalam perlawanan menentang China dalam Sukan Asia 2010. Malaysia kalah 0-3 dan K Rajagobal dengan pantas menuntut agar ujian kesihatan mental dilakukan ke atas Ben Williams.

Ingatkan yang Ben Williams ini tidak suka Malaysia. Rupanya tidak, beliau sebenarnya suka China Doll.

Malam tadi dalam perlawanan Piala Asia antara Kuwait dan China, Ben Williams membuktikan beliau merupakan seorang pelanggan tetap China Doll. Kuwait dinafikan penalti pada minit ke-12 apabila penyerang Bader Al-Mutwa dijatuhkan dalam kotak walaupun sangat jelas pertahanan China Du Wei mencantas kaki beliau. Pada minit ke-35 pertahanan Kuwait, Musaed Neda pula dilayangkan kad merah kerana dikatakan menendang testis Yang Xu. Dan awal separuh masa kedua, penjaga gol China Yang Zhi gagal menangkap baik rembatan Bader Al-Mutwa dan bola telah pun jelas melepasi garisan tetapi Ben Williams menafikan gol untuk Kuwait kerana telah dijanjikan 10 orang China Doll agaknya.

Jurulatih Kuwait Goran Tufegdzic kini menyertai K Rajagobal sebagai antara jurulatih yang mengutuk keras Ben Williams. Rakyat Malaysia dan Kuwait sudah boleh tubuhkan 'Solidaritas Rakyat Malaysia-Kuwait Menentang Ben Williams Dan China Doll'.

Pun begitu, Kuwait bermain baik sekalipun tewas kepada China. Walaupun hanya mempunyai 10 pemain untuk 50 minit permainan, Kuwait lebih banyak mengasak tembok besar China. Mungkin pengalaman negara kecil ini pernah diserang jiran besarnya Iraq lebih 20 tahun lalu menjadikannya berani berdepan dengan lawan yang lebih besar dan ramai. Juara Piala Negara Teluk lawan juara Piala Asia Timur. Tetapi China menang 2-0.

Malam ini perlawanan antara Jepun dan Jordan dan ianya akan bertembung dengan perlawanan FA Cup antara Manchester United dan Liverpool. Tetapi oleh kerana mutu bolasepak Piala Asia tidak menepati standard citarasa rakyat Malaysia maka ramai yang tidak akan ambil peduli. Walaupun sebenarnya mutu bolasepak Harimau Malaya sendiri belum lagi mencapai standard Piala Asia.

Jepun lawan Jordan pada 9.15 malam waktu Malaysia dan kemudian 'Arabian Affair' di mana Arab Saudi lawan Syria pada 12.15 pagi.

Berikut gol kedua China oleh Deng Zhuoxiang berserta terjemahan pakar bahasa Arab kami dari Universiti Al-Azhar!



"Cristiano Ronaldo dari Real Madrid merupakan idola beliau. Errrrrrrr tapi sebenarnya dia lebih sukakan Barcelona. Silakan merembat bola untuk tendangan percuma, oh sudah masuk ke dalam gol Kuwait, China di depan dan dia kini mendukung kawannya. Saksikan awek China Doll pegang pompom itu melompat. Ada gegaran di dadanya! Saya rasa mahu ke China cari China Doll!" - Pengulas Arab

18 Ulasan:

Kuwe berkata...

kaki kena kepit. terajang konek. dan terus dapat kad merah.


awwesome.

meen berkata...

ad gegaran di dadanya,
kah kah kah

Redz da Tsar berkata...

celaka... mcm haji hasbullah je terjemahannya

meen berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=9XEJ_pNZia8

hellghast berkata...

tendangan dibahagian alat sulit memang kena kad hadiahnya,namun kad merah bukan keputusan yang bijak.
aku dah tengok,keciwe team cine bukit ni memang...hahaha aku memang rasis hahaha!!!

jambz- berkata...

Mewakili seluruh team SokerLeaks, saya ingin memberitahu bahawa Abdul SokerLeaks @ Abdul SokerSoker @ #apalancauikutsukakauoranglah tiada kaitan sama sekali dengan pihak SokerLeaks. Beliau menyalak-nyalak di atas kapasitinya sendiri sebagai seorang anonymous yang takut dan kecut telur menggunakan identiti beliau sendiri. Jadi, saya menasihatkan anda semua supaya tidak melayan provokasi beliau. Melayan provokasi beliau seumpama melayan bapok-bapok yang baru selesai melakukan pembedahan jantina di Siam.

Sekian, wassalam.

Hazard berkata...

Apa salahnya melayan bapok²? Lu cuba bersikap sceptical ke, brader?

Lu tunggu.. tunggu sampai Obe masuk karang...

;P

SOKERNET tetap klasemen. Ben Williams n Sokerleaks suck.

(at least ada kaitan dgn entry kan?)

Obefiend Weiland berkata...

dah dah la tu jangan mengembek dan menguak macam tapir dekat sini

dua dau tua aku rasa akaun troll dan trap. nak lagakan dua belog melayu maju

mesti kerja yahudi yang tak senang duduk dan mahu tabur sianid dalam periuk speghetti blog kita

mari minum berbican. chill

bLaCx3n berkata...

tau xper..
ilang smgt kesukanan mcm nie..

I Am Legend berkata...

Okay adakah semua entri Sokernet akan diletakkan pengumuman Sokerleaks ini?

Hazard berkata...

Haha gua pun baru perasan.
Tapi gua memutuskan untuk tidak melayan sepertimana dinasihatkan oleh Incik Obe, nanti kena sumpah jadi tapir.

Sekian. GG. MU.

Word Veri : BRARQUIT = sape tak quit, dia layak pakai bra.

keli berkata...

Reff aussie mmg kotey dier bercabang 3....gua mmg ingt dier bg 3 kad merah kt player m'sia dlu....
'Tetapi oleh kerana mutu bolasepak Piala Asia tidak menepati standard citarasa rakyat Malaysia maka ramai yang tidak akan ambil peduli. Walaupun sebenarnya mutu bolasepak Harimau Malaya sendiri belum lagi mencapai standard Piala Asia.'
Kakakakaka....mmg makan dlm...baek pye perli. Gua sma2 terase...

hellghast berkata...

aku tengok juga siaran tertunda pagi td,gegaran ddada tu buatkan aku mcm nak inzal dipagi yang sejuk hahaha!!!
jahanam!!!

Bapak berkata...

memang pencinta China Doll betulla Ben Williams ni..heheh..

huffaz sejati berkata...

kenapa ben wiliams ni still jd refree ?? Welcme To Facebook btol la mamat ni...argggghhhhh

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Dengan penuh kesedaran dan rasa yakin, saya dengan ini mengisyhtiharkan sokongan yang tidak berbelah bahgi saya kepada pasukan bolasepak Australia sebagai pasukan pilihan yang akan menjulang Piala Asia buat kali ini.

Kalau bukan Australia, moga keturunan Ghengis Khan, orang Parsi atau orang dari Asia Timur yang menjadi Juara Piala Asia.

Semoga peng'Arab'ian Bolasepak Asia dapat dikekang dan dihalang demi kebaikan bolasepak sejagat!

r.k berkata...

sebenci-benci ghua dengan Howard Webb , benci lagi ghua dengan Ben Williams .

rating la , amacam ?

Ajeossi berkata...

LOL at translation..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...