ANDA SEDANG MEMBACA

22

Piala Asia 2011: Laporan Hari Ke-6

LuciusMaximus Khamis, Januari 13, 2011 , , , , ,


Bruno Metsu=Michael Bolton


Pergh, bukan main lagi masing-masing komen bila bab bolasepak England. Memancut deras komen yang keluar macam masa kali pertama bersetubuh dulu. Tapi bila masuk bolasepak Asia, terus meleleh macam orang tua tak dapat Viagra.

Tidak apa, memang itulah mentaliti kita. Bukan kita di Malaysia saja, tapi hampir seluruh Asia. Arab berjubah yang di Qatar itu pun berat bontot nak ke stadium apatah lagi kita yang beribu kilometer jauhnya. Dari tengok negara Arab entah mana lawan negara Gohedgostan baik layan slot drama Gerak Khas, ye dak?

Pada pendapat aku perlawanan-perlawanan Piala Asia akan penuh stadiumnya kalau dianjurkan di Korea Selatan, Jepun atau Australia. Dan kalau nak dikira dalam edisi Piala Asia 2011 ini juga, tiga negara ini yang banyak memberikan tumpuan serta liputan penuh tentang kejohanan ini. Dan tidaklah menghairankan juga bahawa 3 negara ini merupakan 3 negara bolasepak terbaik Asia.

Jadi apa pengajaran moral untuk kita semua di situ? Senang saja, pindah ke Liverpool dan tuntut kerakyatan Britain. Baru senang nak mendabik dada sambil mengaku darah Liverpool mengalir dalam badan dengan menggunakan slanga Scouse tanpa rasa bersalah kepada arwah Mokhtar Dahari.

Uzbekistan Bukan Gohedgostan

Dua perlawanan, dua kemenangan. Apa makan pemain Uzbekistan ni? Budak-budak kot?

Uzbekistan bukannya klasemen sangat dalam sukan bolasepak ini. Tapi permainan mereka bagus, ada taktikal dan strategi. Untuk perbandingan boleh katakan setaraf dengan Ipswich Town. Lawan Chelsea memang tak dapatlah tapi setakat Arsenal apa ada hal?

Sebagai sebuah negara bekas jajahan Soviet, Uzbekistan banyak mewarisi kemahiran bolasepak gaya Eropah. Hantaran lintang yang agak tepat, banyak ’through pass’, stamina kuda serta ’winning mentality’. Mereka gemar menggunakan kelebihan full back yang pantas untuk flanking attack dan hantaran lintang ke dalam kotak.

Kapten pasukan Server Djeparov (FC Seoul serta pemenang Asian Footballer of the Year 2008) kerap menjadi arkitek jentera tengah Uzbekistan. Bahagian serangan pula dipertajamkan oleh Maksim Shatskikh (FC Arsenal Kiev) dan Alexander Geynrikh (Pakhtakor Tashkent) yang setakat ini merupakan antara gandingan berbisa dalam Piala Asia 2011

Malam tadi lawan Kuwait, Uzbekistan memastikan kemenangan 2-1. Kuwait jadi negara Arab kedua mangsa Uzbekistan selepas Qatar. Djeparov dan Shatskikh muncul penjaring untuk White Wolves manakala Bader Al-Mutwa menjaringkan gol untuk Kuwait melalui sepakan penalti.

Qatar Kembali Bernyawa

Skuad tuan rumah yang kalah perlawanan pembukaan turun melawan China tengah malam tadi. It’s a do or die mission buat Qatar dan Bruno Metsu.

Bruno Metsu, atau nama lainnya Abdul Karim, membuktikan kepakaran taktikal beliau apabila memastikan peluang Qatar ke suku akhir terus hidup. Menyedari bahawa skuad Great Wall kali ini dibarisi pemain muda, Metsu menggunakan taktik intimidasi serta pendekatan bercorak fizikal untuk mengatasi China.

Qatar kali ini mengharapkan tenaga anak muda tempatan untuk merobek gawang China setelah pemain naturalisasi seperti Sebastian Soria, Fabio Cesar Montezine dan Lawrence Quaye semuanya tidak boleh diharap. Dan penyelamat itu muncul dalam bentuk Yusef Ahmed, 22 tahun, yang meledak 2 gol Qatar pada separuh masa pertama.

“Dengan pemain asing di samping kadang-kadang sukar bagi pemain muda Qatar untuk masuk, tetapi Yusuf Ahmed telah lakukan yang terbaik dan beliau layak untuk kesebelasan utama,” jelas Metsu yang mengharapkan kemenangan ke atas Kuwait dalam perlawanan terakhir Kumpulan A nanti.

China, perennial underachievers Asia kini berdepan tugas berat untuk mengatasi Uzbekistan dalam perlawanan berikutnya jika mahu ke suku akhir.

Malam Ini

Jordan bertemu Arab Saudi dalam satu lagi Arabian Affairs paka jam 9:15 malam. Arab Saudi perlu menang perlawanan ini kerana dua perkara. Satu kerana mereka perlu layak ke suku akhir dan kedua kerana jika mereka tidak menang, gerenti Sultan Bola mereka akan pecat jurulatih lagi kot.

Pada jam 12:15 pagi pula, Syria akan bertemu Jepun. Kemenangan untuk Syria bermakna Qasioun Eagles semakin hampir untuk layak ke suku akhir. Sedang Jepun pula memikul harapan Maria Ozawa dan seluruh rakyat negara matahari terbit dalam pemburuan kejuaraan Asia ke-4 mereka.

Sebelum berpisah, saksikan aksi jaringan 2 gol Yusuf Ahmed ketika membenam China. Tolong kira berapa kali pengulas Arab itu sebut perkataan Allah.

22 Ulasan:

LuciusMaximus berkata...

1st

Cob Nobbler berkata...

Misi Nippon menyekat hegemoni Arab malam ni.Yeaahhh!

Kamon BANZAAAIIIIIIIIII!!!!

Ajeossi berkata...

Maria Ozawa FTW..!!

PELAUNG PULAU berkata...

okeh..untuk gol pertama..pengulas tu sebut perkataan allah sebanyak 4 kali..soalan seterusnya..selepas itu brapa kali die sebut perkataan "gol"... hahahhaha

hellghast berkata...

" Pergh, bukan main lagi masing-masing komen bila bab bolasepak England. Memancut deras komen yang keluar macam masa kali pertama bersetubuh dulu. Tapi bila masuk bolasepak Asia, terus meleleh macam orang tua tak dapat Viagra."

Mcm haram ulasan!!! ini blog sukan ke blog Dr Rozmey?!!! hahaha!!!
apapun gameKuwait vs Uzbek memang best! padan muke China kalah!!! hahaha!!!

Obefiend Weiland berkata...

tengok semalam game qatar

memaki je gua kat twitter tengok IMPORT XI derang

Cob Nobbler berkata...

Obefiend:ni baru 2011

kalau 2022 macam manalah gamaknya team Qatar tu yer?

hantuLongkang berkata...

bukan taknak layan asian cup ni.. tapi masa tak kena... ada ke pukul 9.15pm dengan 12am?.. buat la pukul 4 pagi...

cina kalah... bagoss

Shah Amirul berkata...

ok la tu 9pm dgn 12am.rasa nya timing world cup brazil 2014 lagi teruk kot

Jojoe Ali berkata...

" Jadi apa pengajaran moral untuk kita semua di situ? Senang saja, pindah ke Liverpool dan tuntut kerakyatan Britain. "

Saya akui, saya insaf. Maka marilah kita menonton Piala Asia malam ini (tak jadi tunggu sampai kalah mati - niat asal)...

AKSARA : Mistigr = mistake, istighfar.

eswandyasre berkata...

aku bersama rakan menyokong kuat Jepun dari wc '98 !!

Azizan berkata...

shah amirul: aku rasa memang teruk. teringat masa aku form 1 tahun 2000 lau tak silap tengok copa america kat colombia game start kul 9 pagi. habis tu nak tengok bola cam mana. cuti sebulan???

Zinedine Zaiddin berkata...

Nasib baik bukan Ben Williams yang jd ref game ni..kalau x kompem2 china dolls menang lagi..hak3

aranhellstorm berkata...

aiseh, LM, lu punya ayat makan dalam la..

okla kawan2, aku mau berangkat ke mersey malam ni juga, mau migrate sebab makan hati dgn ayat LM tuh..

wakakaka!

Adleen berkata...

saudi lost again. serves them male chauvinists right ;)

hellghast berkata...

Arab Saudi tewas lagi...good for them...especially sultan bola diaorg hahaha!!! bongk! lain kali kalau nak pecat pengurus tunggu sampai terkeluar,bukan tewas sekali terus buang hahaha!!! serve them right!

Tonight!
Ganbatte Nippon!!!

tuan director berkata...

sini la weh
http://cisdel.com/2011/01/13/karikatur-pemain-bola-sepak-terkenal-yang-sangat-comel

Unknown berkata...

fuh baru pas tgk jepun syria..xsangka boleh tahan gak dramatik piala asia

Tanpa Nama berkata...

Aku kipas-susah-mati Korea Selatan sejak dari tingkatan 2. Nanti update pasal Korea Selatan best-best skit.. hahhaaa..

---minat korea bukan sebab Park Ji Sung main untuk Man.u (sebab terang lagi bersuluh aku ni minat kelab terhebat dunia-Chelsea)---

Jojoe Ali berkata...

Chelsea kelab terhebat di dunia?
Tak cukup terang la tu.. suluh lagi. Come on, u can do it bro. Haha.

Aksara : 'maked'. sure ponteng klas grammar dulu nih...

Tanpa Nama berkata...

Dah habes terang ni... aku nmpk Chelsea je kelab terhebat dunia... hahahaaa...

"kata lah apa kau ingin selagi kau mampu berkata"- petikan lirik lagu alasanmu-exists...

Unknown berkata...

woi, kire la bape kali al-hasbol-allah awwanguna tu sebut Allah,yg main gebang team hebat bulu lebat ni ape hal?

12 kali der total, 12 kali dia sebut Allah. gol no dua tu aku rasa pengulas tu dah inzal betul tu. gol takde la cantik sgt bandingkan dgn gol 1st,tapi excited dia bukan main lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...