ANDA SEDANG MEMBACA

21

WHO'S THE REAL POOL?

Saya terpaksa mengutamakan deadline menyiapkan skrip drama untuk Astro menyebabkan entri ini lambat di up.

Salah satu sebab kerana saya terpaksa mencari balik gambar-gambar di bawah yang diambil sekitar awal tahun 2010.

Maaf kepada semua pembaca kerana lambat untuk update mengenai game antara Blackpool vs Liverpool pagi semalam. Pertarungan antara dua pasukan yang berkongsi nama Pool seterusnya menentukan, siapakah true POOL.

Perlawanan berkesudahan pasukan pimpinan King Kenny Rogers ditumbangkan oleh pasukan Blackpool sekaligus menjadikan Blackpool mencatat kemenangan double ke atas Liverpool, pertama kali sejak 47 tahun.

Dah terang lagi bersuluhlah Liverpool bukan true champion dalam nama Pool ni.

Tapi sebenarnya bukanlah Blackpool juga.

Ini kerana the true Champion yang layak memegang nama Pool ini adalah;



KACANG POOL HAJI




Ini adalah true Champion. Terletak di food court bandar Larkin, bersebelahan balai bomba, Kacang Pool Haji merupakan satu landmark must go untuk sesiapa yang ke Johor Bahru.


Kacang Pool Haji ini diadun dengan daging kisar dan rempah ratus yang ummphhh campur sebiji telur mata kerbau. Cara makan seperti brader yang jerit YENUWA (YNWA) di atas. Makan dengan roti bakar tebal. Masuk je mulut, memang Yenuwa!


Di sini dapur akak steady bakar roti tebal. Roti sudahberlonggok dibakar sebab pengunjung yang datang tak putus-putus. Gerai ni boleh kata meriah dengan sorakan Yenuwa! setiap kali kacang pool ni masuk mulut mereka.


Ada buka cawangan di Damansara, tapi dah tutup. Tak champion di gelanggang luar nampaknya. Lihat wajah kemesraan dan kejaguhan tauke gerai yang champion berbanding rupa wajah King kenny.

Wajah-wajah kepuasan dan kepenatan menikmati the true Pool Champion - Kacang Pool Haji!
Kecuali Pak Kordi sebab masa berbalas twitter semalam, dia kata dia tak minat kacang. Bersabarlah.

YENUWA!

21 Ulasan:

Mohd Rasydan berkata...

1st!!!!

AlpocodelaCruz berkata...

Macam sedap.

Lenkali aku singgah , makan sambil pakai jersi leverpool.

Artduyasi berkata...

betul2 nganjing ni.......terbaik...

woooff woooff....

r.e.n.j.u.n.a berkata...

Pak Kordi sakit Gout ker tak boleh makan kacang..dan kekacang yang lain.

LS berkata...

kacang pool ni memang betul2 padu siot. gua dah rasa. sedap gila. tapi bukan kat larkin, kat bangi. sumpah sedap.

hellghast berkata...

Cilake!!! pagi2 dah baca entry makanan!!!
tahap menganjing yang agak munasabah digabungkan dengan selera Asia sempena Piala Asia...hahaha!!!

btw,sumpah! Kacang Pool memang sedap!!! susah nak jumpe sekarang,dulu aku makan kat cafe bangunan kerajaan Johor Bahru...

@ LS bangi kat mana? aku nak serbu pagi ni!!!

Adleen berkata...

wow macam best. belum pernah try kacang pool ni tapi tengok gambar terus terasa nak pergi larkin weekend ni :)

NiZaM berkata...

setuju dowh 'true pool' adalah kacang pool... makan pon mesti xkan rasa bosan.. hahaha

A w a N berkata...

hohoho... pagi2 jumaat pun dibangau'n lagi.. ape la nasib sbg penyokong LFC ni..

ape2 pun, YENUWA..

Your End Not Utterly Win All

**banner mcm syial!!! hahahaha

.Gory. berkata...

Pak Haji taknak eksport Kacang Pool ke Liverpool? Scene pool dekat sana tengah tak molek sangat tu.

Jef Bahari berkata...

Emmm...

Pet Shop Boys berkata...

Pak Kordi ada gout? susahlah nak main golf macam ni :(

Jarr berkata...

melihatkan gambar pakkordi di fb tgh swing, gaya dah mcm Nick Faldo.Mmg kena la kalau dia tak makan kacang pool..

Pet Shop Boys berkata...

Biar gaya cam Nick Faldo, jangan Tiger Woods hahah....nanti lain jadinya.

j or ji berkata...

aku sempat meratah kacang pool di damansara 2,3 kali. kepuasannya serta debarannya nyata berbeza jika dibandingkan dgn pertahanan liverpool.

lara_nur berkata...

yang botak berbaju hijau lumut dan berkacamata bingkai bold hitam beraksi makan kacang pool dalam pic kat atas tu siapa?

Hazard berkata...

Sori SAF, saya terpaksa akur dengan kenyataan ini. Kacang Pool memang idaman hati. 1st time gua rasa memang gerai ni ah, kat Larkin. Baru je minggu lepas. Perghhh..

GLORY GLORY POOL!~

LS berkata...

@Hellghast

lu try ushar kat seksyen 3 (area UKM) kalau gua tak silap. kat belakang petronas. tempat lama Cat Ruffedge berniaga. Kedai Kopi Kawan kalau tak silap. dekat dengan mapeley hassan ke ibrahim.

hellghast berkata...

esok gua turun sane cari itu kedai...

alan zed berkata...

ini entri jalan2 cari kacang pool !

YENUWA !

haha.

hafiz.nasir berkata...

bastard. kacang pool haji memang lagi champion dari liverpool! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...