Memaparkan catatan dengan label nazri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nazri. Papar semua catatan
32

MANCHESTER UNITED TEAM PALING POWER

Nazri Selasa, Disember 13, 2011 , ,

Menang 4-1. Power!











23

MALAM BERSEJARAH BUAT MANCHESTER UNITED - KELAB PALING POWER DI DUNIA

Nazri Khamis, Disember 08, 2011 , ,
Mari kita raikan kejayaan ke Europa League dengan lagu power ini.

11

THE REAL BANA

Nazri Khamis, November 24, 2011 , , ,

 
 
21

WHO'S THE REAL POOL?

Saya terpaksa mengutamakan deadline menyiapkan skrip drama untuk Astro menyebabkan entri ini lambat di up.

Salah satu sebab kerana saya terpaksa mencari balik gambar-gambar di bawah yang diambil sekitar awal tahun 2010.

Maaf kepada semua pembaca kerana lambat untuk update mengenai game antara Blackpool vs Liverpool pagi semalam. Pertarungan antara dua pasukan yang berkongsi nama Pool seterusnya menentukan, siapakah true POOL.

Perlawanan berkesudahan pasukan pimpinan King Kenny Rogers ditumbangkan oleh pasukan Blackpool sekaligus menjadikan Blackpool mencatat kemenangan double ke atas Liverpool, pertama kali sejak 47 tahun.

Dah terang lagi bersuluhlah Liverpool bukan true champion dalam nama Pool ni.

Tapi sebenarnya bukanlah Blackpool juga.

Ini kerana the true Champion yang layak memegang nama Pool ini adalah;



KACANG POOL HAJI




Ini adalah true Champion. Terletak di food court bandar Larkin, bersebelahan balai bomba, Kacang Pool Haji merupakan satu landmark must go untuk sesiapa yang ke Johor Bahru.


Kacang Pool Haji ini diadun dengan daging kisar dan rempah ratus yang ummphhh campur sebiji telur mata kerbau. Cara makan seperti brader yang jerit YENUWA (YNWA) di atas. Makan dengan roti bakar tebal. Masuk je mulut, memang Yenuwa!


Di sini dapur akak steady bakar roti tebal. Roti sudahberlonggok dibakar sebab pengunjung yang datang tak putus-putus. Gerai ni boleh kata meriah dengan sorakan Yenuwa! setiap kali kacang pool ni masuk mulut mereka.


Ada buka cawangan di Damansara, tapi dah tutup. Tak champion di gelanggang luar nampaknya. Lihat wajah kemesraan dan kejaguhan tauke gerai yang champion berbanding rupa wajah King kenny.

Wajah-wajah kepuasan dan kepenatan menikmati the true Pool Champion - Kacang Pool Haji!
Kecuali Pak Kordi sebab masa berbalas twitter semalam, dia kata dia tak minat kacang. Bersabarlah.

YENUWA!
14

THE REAL KING KENNY


is him..


Sekarang counter-attack untuk entri video di bawah sinun:

"Eh, laaaa, Oasis je ke? Apa ada hal? Kugiran attention seeker. Lepas tahu mereka takkan dapat mengalahkan kugiran Blur sebagai raja Brit Pop, ini saja la yang mereka boleh buat untuk meraih populariti."

Ishhh, malunya. Kalau Iron Maiden ganas la jugak.


J. EVANS

20

DUBUK HAMPA

Nazri Khamis, Januari 06, 2011 , , ,


Indah sungguh panorama
Bagaikan bulan nirwana
Oh la la tropika
Hujan bagai mutiara
Seri seribu warna
Oh la la indah alam tropika

Menarilah bersama
Ikut rentak irama
Bagai alam ditiup sang bayu

Bayangkanlah semuanya
Menyala dan berirama
Menyanyi dengan riang ria
Sepanjang masa

Matahari bercahaya
Menyuluh tiap jiwa
Oh la la indah alam tropika

Indah sungguh panorama
Bagaikan bulan nirwana
Oh la la tropika
Hujan bagai mutiara
Seri seribu warna
Oh la la indah alam tropika

Menarilah bersama
Ikut rentak irama
Bagai alam ditiup sang bayu

Bayangkanlah semuanya
Menyala dan berirama
Menyanyi dengan riang ria
Sepanjang masa

Matahari bercahaya
Menyuluh tiap jiwa
Oh la la indah alam tropika
Oh la la
Oh la la
Tropika
Oh la la
Oh la la
Tropika
Oh la la oh la la
Oh la la oh la la
Tropika









Sementara itu, saya tumpang simpati pada team Yenuwa. Takpe, Februari korang reborn lagi. Dun worry Jannah.





28

TERBAIK DARI EPL

Aiseh, klasemen lagi pagi ni. Terpaksa la bongkak.

Pemain Portugal terbaik di EPL


Pemain Mexico terbaik di EPL

Pemain Brazil terbaik di EPL

Pemain Perancis terbaik di EPL selepas Evra

Goalkeeper yang ada dua huruf Z pada namanya terbaik di EPL


Kanan - pengurus terbaik di EPL, kiri - pakcik yang selalu dengar sorak sorai yenuwa yenuwa yenuwa. Entah apa yang yenuwa yenuwa entah. (hint: YNWA)


Terbaik dari Malaysia


Notakaki: semua gambar di-google tanpa kebenaran






33

LINE-UP TEAM PERAK MUSIM 2011

Nazri Selasa, Januari 04, 2011 , , ,
wallpaper dari Yob4ever forum


1 GK Khairul Amri Salehuddin *
2 DF Mohd Khairi Zainuddin
3 MF Mohd Sharul Hafiz Mohd Syafie *
4 MF Shahrulnizam Mustapha
5 DF Mohd Arif Ismail
6 DF Mohd Syazwan Mohd Roslan
7 GK Mohd Nasril Mat Nourdin
8 MF Muhammad Shafiq Jamal
9 MF Harizul Izwan Abdul Rani
10 MF Mohd Nazri Mohd Kamal
11 DF Chan Wing Hoong
12 MF Khairul Izzat Jamaluddin
13 FW Akmal Rizal Ahmad Rakhli
14 MF Mohamad Nasir Basharudin *
15 DF Azmeer Yusof *
16 MF Mohamad Khalis Ibrahim *
17 DF K.Nanthakumar
18 FW Muhammad Nurridzuan Abu Hassan *
19 DF Mohd Syahman Zainuddin
20 MF Isma Alif Mohd Salim
21 DF Mohd Noor Hazrul Mohd Mustafa
22 DF Mohammad Hisyamuddin Mohamed Shaari
23 FW Razali Umar Kandasamy
24 GK Kamarul Effandy Abdul Rahim
25 DF Nurul Nasriq Kamarudin *
No. Posisi Pemain
26 DF Mohamad Fazrul Hazli Mohd Kadri *
27 MF Wan Hossein Wan Abd Ghani
28 DF Mohd Zulhariz Mohd Noor *
29 GK F. Mohan Raj *
30 DF M. Tamilselvam *
31 DF N. Kartigesu *
32 MF P. Moganadass *
33 MF Shahrul Mohd Saad *
34 DF Nur Ezrul Firdaus Zakariah *
35 MF Muhamad Tajuddin Firdaus *
36 FW Muhammad Hafizuddin Harun *
37 MF Abdul Hafis Amran *
38 DF Muhamad Izaire Mohd Radzi *
39 MF Hazril Here *
41 MF Lee Hoon Loon *
43 DF D. Sasi Kumar *
44 MF R. Nandkopal *
45 FW Muhammad Naim Hashim *
46 GK Muhamad Hazim Isa *
47 GK Phoo Kai Lun *
48 DF Meor Nasrullah Meor Ali *
49 DF Khairul Azlan Mohamed *

*pemain Piala Presiden

Senarai di ambil dari wikipedia dengan crosscheck dari forum Yob4ever serta chat fb dengan kawan-kawan. Kalau ada source lain yang lebih reliable boleh kemukakan.

Nak harap laman web rasmi Seladang dot Net? belum update, senarai masih tahun 2010. Entah apa yang deme kerojekan entah le weh.

Kalau ada silap fakta mohon kemuka dalam komen.

Kat sini nak rebel jugak tak tahu la yob. Entri senarai pemain je pun.
19

JANJI ITU SATU AMANAH


Lelaki di bawah dah nazar untuk cukur kepala licin.


Biro pemantau Sokernet diminta untuk memulakan tugas memantau lelaki tersebut agar beliau melunaskan janji-janji yang telah ditutur.

Sila sertakan 2 gambar berukuran passport beserta tandatangan tukang gunting sebagai saksi untuk proses dokumentasi.

Terima kasih


17

TONIGHT...WE DINE IN HELL...ERR...JALAN JAKSA



Dari liputan Utusan bertarikh 28/12/2010

Piala Suzuki: Keraguan aspek keselamatan tak jadi halangan

28/12/2010 8:15pm

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Meskipun ada keraguan berhubung keselamatan pada perlawanan akhir kedua bola sepak Piala AFF Suzuki 2010, sekumpulan 300 penyokong tempatan tetap mahu bersama skuad negara ketika menentang pasukan tuan rumah di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam esok.

Peminat dari Selangor, Kelantan dan Johor yang dikumpulkan oleh Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) dan Gerbang Tempur Penyokong Bola Sepak Malaysia (Ultras Malaya) berlepas ke Jakarta hari ini, bagi menemani skuad kebangsaan apabila berdepan Indonesia yang mereka tewaskan 3-0 pada Ahad lepas.

Presiden SSFC, Mohd Nasir Mohd Yunus berkata, kehadiran penyokong negara di sana itu telah dimaklumkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai jaminan keselamatan.

"Penyokong Malaysia tidak perlu takut kerana kekalutan mungkin hanya berlaku ketika perlawanan sahaja dan tidak akan merebak di luar stadium namun saya ingatkan penyokong negara agar senantiasa berwaspada,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hari ini beberapa akhbar Indonesia melaporkan bahawa penyokong Malaysia tidak berani hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya kerana bimbang dengan keselamatan mereka. – Bernama

+++

Malaysian ni spirit macam pahlawan-pahlawan Sparta. 300 orang je yang datang. Tak macam Indonesia jenis nak main kuantiti ramai-ramai, tapi bila sikit menikus.

300 pun tetap gagah weh

Aku tak jumpa gambar hi-res scene this is Sparta so aku pakai ni dengan grafik buat 5 minit. Deal with it.

"Errr, abe, oke ke masuk stadium pake cenggini?"

"diam"

notakaki: Jalan jaksa adalaj inside joke untuk sesiapa Malaysian yang pernah ke Jakarta. Kat situ ada restoran ala mamak (kepunyaan Malaysian) yang bernama KL Village. Stail more or less macam kedai mamak Malaysia.

28

SEGMEN MENGENAL KELAB BOLA: STJARNAN FC

Nazri Rabu, Disember 22, 2010 , ,
Rasanya entri Lucius mengenai St. Pauli tu boleh letak satu kategori. Video ni dah agak lama jumpa, saya simpan untuk buat entri, tapi kemudian hanyut dalam arus kelupaan.

Bila google nak buat research, ada blog lain dah letak. Tapi memandangkan sharing is caring for larger audience, saya upkan entri ini.

Kelab Stjarnan FC ni adalah sebuah kelab kecil dari Iceland yang tak kuat mana pun. Tak juga sekaya falsafah seperti St. Pauli.

Tapi goal celebration mereka unik, kelakar.

Saya fikir kelakar mereka itu kerana mereka bermain tanpa perlu memikirkan apa-apa. Nothing to loose berbanding star-star di kelab ternama Eropah lain yang stress pasal winning the thropy la, impress the manager la, jaga endorsement la, contract clause la, mana nak fikir duty pada negara lain, nak fuck awek mana malam nanti, nak jaga awek/bini sendiri dari difuck team mate lagi.

Mungkin the only stress yang mereka fikir ialah kenapalah mereka tak main untuk Barcelona ke atau AC Milan ke atau Manchester United ke. Tapi setelah sedar mereka tidaklah berbakat mana, hidup tetap diteruskan dan berjenaka di atas padang sebagai satu hiburan.

Ini my favourite three:

Human Bike

Memancing

Beranak Bola

Lain-Lain:
Rambo

Berak

Bobsled

Berkayak

Ada beberapa lagi goal celebration dari kelab ni, search di youtube.

Note: Semasa menggoogle info kelab ini, saya menjengah beberapa blog yang menulis mengenai bola Iceland, rata-rata mengeluh peminat bola Iceland lebih memuja EPL, La Liga dan Serie A. So orang Malaysia yang mengeluh peminat bola Malaysia lebih suka tengok EPL boleh sama-sama join bikin grup keluhan bersama anak tempatan Iceland. Interest sama.
23

WAHAI KOTE-KOTE SEKALIAN

Nazri Selasa, November 30, 2010 ,
Sokernet tak pernah mengamalkan demokrasi.

Itu sebab munculnya makhluk seperti Kardio, Biz, Bungwahab dan kote terbaru klasemen Forever yang mempertikai macam-macam.

Aku tabik jugak kat diorang-diorang ni sebab sanggup mengharungi proses register new emel, akaun bagai semata-mata nak mengutuk dan ada tahap menyerang peribadi pengulas-pengulas kesayangan mereka secara rahsia.

Tapi spamming macam orang terencat akal ni memberi tiket untuk aku membuat keputusan untuk mengubah setting komen. Jangka waktu setting komen ini tidak lagi ditentukan.

Setakat ini aku plan setting ini akan berterusan hingga akhir musim EPL ini.

Sokernet, tidak seperti artis Malaysia, bukan hakmilik masyarakat. Makanya disini aku memberitahu sekali lagi rulesnya - Pengulas bebas buat apa saja, pengkomen tak. Memang tak ada keadilan di situ. Kita bukan main bola di padang atau duduk di mahkamah. Kita sedang baca blog.

Tiada demokrasi di Sokernet.
6

HERO MALAYA

Nazri Jumaat, November 26, 2010 , , ,

Team Hoki Malaysia ni kalau versi bolasepaknya macam Belanda la. Kuat dan berstatus world class tapi tak pernah menang Piala. Setakat nak layak Piala Dunia tu boleh la diusahakan.

Petang semalam ada shooting sitcom di MMU. Saya curi-curi lari keluar studio tanpa pengetahuan pengarah dan pelakon. Start enjin kereta dan menggagau cari kedai yang pasang game bersejarah ni (buat rakyat Malaysia).

Sampai di satu kedai mamak, saya ambil seat paling depan. Ada tiga tv. Satu tv dah dikonker oleh satu group remaja India warga Malaysia. Nampak bersemangat. di belakang saya ada group mamat-mamat lelaki dressing ala Lucius nak pergi opis siap tali leher. Pasang telinga, rupanya diorang tak peduli pasal game ni. Sibuk bincang bisnes.

Duduk saja, Sohail Abas score.

Kote!


Tapi. Salut pada team Malaysia! Next time kita menang emas. Lepas tu final Piala Dunia! Bazinggah!
25

KE FINAL KITA WEH

Nazri Rabu, November 24, 2010 , ,

Pertama kali dalam sejarah Sukan Asia.


Saya menyeru agar seluruh rakyat Malaysia lepak di mamak atau di rumah dan bersorak sambil menyanyikan lagu Jika Kau Fikirkan Kau Boleh.

Hero Malaya berusahalah!!!

19

RANGKUMAN SUKAN ASIA

Nazri Isnin, November 22, 2010 , ,

FINAL SUKAN LIPAT DEPAN JARING
Regu Pertama set pertama main mula-mula nampak seperti ada sinar cahaya mentari disebalik awan gelap. Tapi lantaran dek kerana terlalu fokus nak menari depan net menyebabkan team Thailand mengambil peluang untuk memperolehi mata demi mata.

Regu kedua Malaysia hanyut bak serpih-serpih embun pagi di atas daun.

Tapi buat perbadingan 3 Sukan Asia terakhir termasuk ini, saya kira inilah team Malaysia yang paling melawan. Bagi saya la setelah tengok 3 edisi sukan Asia. Mungkin pada mata pembaca lain analisisnya, boleh la komen ye.

Walaupun kalah, team takraw Malaysia adalah hero di mata saya! Salut!

FINAL BERGU BADMINTON
Ini game kote. Setelah menang set pertama dan 4 kali (jika tak silap saya la) dapat gold medal match point pada set kedua, bergu KKKTBH boleh gabra dan akhirnya pingat emas yang sepatutnya sudah dalam tangan, termelayang di tangan warga lain. Hancurnya hati saya.

Tapi walaupun kalah, bergu KKKTBH ini tetap hero di mata saya. Salut!

FINAL BRUCE LEE LAWAN JENERAL TENTERA CHINA DIVISYEN SELATAN
Chong Wei ni body ala-ala Bruce Lee, sementara Lin Dan dengan ketinggian dan body sasa ibarat Jeneral Tentera dalam komik Raja Rimba. Dalam game ini Chong Wei boleh menang, tapi apakan daya, psikologi sekali lagi memakan diri.

Set pertama nampak Bruce Lee dah cuba sedaya upaya, tapi gabra juga. Set kedua macam nampak Bruce Lee dah tambah keyakinan. Tapi apakan daya, set ketiga penentu segalanya.

Chong Wei ibarat Roger Federer untuk badminton dan Lin Dan ibarat Rafael Nadal. Seteru yang tak kunjung sudah, menang yang tak kunjung nampak.

Ramai yang maki Chong wei, tapi saya tetap anggap anda hero Malaysia! Salut!

FINAL ROBOT WANITA SUKAN SQUASY

Salah seorang atlet squasy wanita luar negara (maaf, lupa nama) pernah menggelar Nicol David sebagai 'robot'. Merujuk kepada permainan sempurna ratu Skuasy Malaysia ini.

Sinar yang dijangka, memang sinar yang datang. Bersama rakan jantina lain yang turut bersinar sama-sama yakni Mohd Azlan Iskandar.

Dua ekor ini juga adalah hero saya! Salut!

ada beberapa lagi hero yang menang emas seperti lumba basikal dan Wushu, tapi saya tak tengok sebab tak minat.

Team Hoki dah masuk semifinal, team Boling pun ikut kata Utusanonline dalam landasan emas.

Untuk kontijen Malaysia, anda adalah hero Malaysia!

Berusahalah!!!

Gambar dari Utusanonline. Diambil tanpa kebenaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...