Memaparkan catatan dengan label hero malaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hero malaya. Papar semua catatan
6

HERO MALAYA

Nazri Jumaat, November 26, 2010 , , ,

Team Hoki Malaysia ni kalau versi bolasepaknya macam Belanda la. Kuat dan berstatus world class tapi tak pernah menang Piala. Setakat nak layak Piala Dunia tu boleh la diusahakan.

Petang semalam ada shooting sitcom di MMU. Saya curi-curi lari keluar studio tanpa pengetahuan pengarah dan pelakon. Start enjin kereta dan menggagau cari kedai yang pasang game bersejarah ni (buat rakyat Malaysia).

Sampai di satu kedai mamak, saya ambil seat paling depan. Ada tiga tv. Satu tv dah dikonker oleh satu group remaja India warga Malaysia. Nampak bersemangat. di belakang saya ada group mamat-mamat lelaki dressing ala Lucius nak pergi opis siap tali leher. Pasang telinga, rupanya diorang tak peduli pasal game ni. Sibuk bincang bisnes.

Duduk saja, Sohail Abas score.

Kote!


Tapi. Salut pada team Malaysia! Next time kita menang emas. Lepas tu final Piala Dunia! Bazinggah!
19

RANGKUMAN SUKAN ASIA

Nazri Isnin, November 22, 2010 , ,

FINAL SUKAN LIPAT DEPAN JARING
Regu Pertama set pertama main mula-mula nampak seperti ada sinar cahaya mentari disebalik awan gelap. Tapi lantaran dek kerana terlalu fokus nak menari depan net menyebabkan team Thailand mengambil peluang untuk memperolehi mata demi mata.

Regu kedua Malaysia hanyut bak serpih-serpih embun pagi di atas daun.

Tapi buat perbadingan 3 Sukan Asia terakhir termasuk ini, saya kira inilah team Malaysia yang paling melawan. Bagi saya la setelah tengok 3 edisi sukan Asia. Mungkin pada mata pembaca lain analisisnya, boleh la komen ye.

Walaupun kalah, team takraw Malaysia adalah hero di mata saya! Salut!

FINAL BERGU BADMINTON
Ini game kote. Setelah menang set pertama dan 4 kali (jika tak silap saya la) dapat gold medal match point pada set kedua, bergu KKKTBH boleh gabra dan akhirnya pingat emas yang sepatutnya sudah dalam tangan, termelayang di tangan warga lain. Hancurnya hati saya.

Tapi walaupun kalah, bergu KKKTBH ini tetap hero di mata saya. Salut!

FINAL BRUCE LEE LAWAN JENERAL TENTERA CHINA DIVISYEN SELATAN
Chong Wei ni body ala-ala Bruce Lee, sementara Lin Dan dengan ketinggian dan body sasa ibarat Jeneral Tentera dalam komik Raja Rimba. Dalam game ini Chong Wei boleh menang, tapi apakan daya, psikologi sekali lagi memakan diri.

Set pertama nampak Bruce Lee dah cuba sedaya upaya, tapi gabra juga. Set kedua macam nampak Bruce Lee dah tambah keyakinan. Tapi apakan daya, set ketiga penentu segalanya.

Chong Wei ibarat Roger Federer untuk badminton dan Lin Dan ibarat Rafael Nadal. Seteru yang tak kunjung sudah, menang yang tak kunjung nampak.

Ramai yang maki Chong wei, tapi saya tetap anggap anda hero Malaysia! Salut!

FINAL ROBOT WANITA SUKAN SQUASY

Salah seorang atlet squasy wanita luar negara (maaf, lupa nama) pernah menggelar Nicol David sebagai 'robot'. Merujuk kepada permainan sempurna ratu Skuasy Malaysia ini.

Sinar yang dijangka, memang sinar yang datang. Bersama rakan jantina lain yang turut bersinar sama-sama yakni Mohd Azlan Iskandar.

Dua ekor ini juga adalah hero saya! Salut!

ada beberapa lagi hero yang menang emas seperti lumba basikal dan Wushu, tapi saya tak tengok sebab tak minat.

Team Hoki dah masuk semifinal, team Boling pun ikut kata Utusanonline dalam landasan emas.

Untuk kontijen Malaysia, anda adalah hero Malaysia!

Berusahalah!!!

Gambar dari Utusanonline. Diambil tanpa kebenaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...