Team Hoki Malaysia ni kalau versi bolasepaknya macam Belanda la. Kuat dan berstatus world class tapi tak pernah menang Piala. Setakat nak layak Piala Dunia tu boleh la diusahakan.
Petang semalam ada shooting sitcom di MMU. Saya curi-curi lari keluar studio tanpa pengetahuan pengarah dan pelakon. Start enjin kereta dan menggagau cari kedai yang pasang game bersejarah ni (buat rakyat Malaysia).
Sampai di satu kedai mamak, saya ambil seat paling depan. Ada tiga tv. Satu tv dah dikonker oleh satu group remaja India warga Malaysia. Nampak bersemangat. di belakang saya ada group mamat-mamat lelaki dressing ala Lucius nak pergi opis siap tali leher. Pasang telinga, rupanya diorang tak peduli pasal game ni. Sibuk bincang bisnes.
Duduk saja, Sohail Abas score.
Kote!
Tapi. Salut pada team Malaysia! Next time kita menang emas. Lepas tu final Piala Dunia! Bazinggah!
6 Ulasan:
lu temgok 1 group india..gua plak tengok 1 group cina ada club snuker tgk Lin dan lwn Chong wei...gua pun tatau diorang ni sokong chong ke sokong Lin...kesemua mereka ini 1 bangsa...
pemain kita mcm hilang tumpuan..
gelecek tak lepas..
paassing tak sampai!
bravo kepada kem hoki malaysi. cuba lagi next tournament.
Pakistan ketandusan pakar sudut penalti,sebab tu panggil Sohail Abas...nasib baik S.Kuhan tak ade la masa tu hahaha!!!
apapun Tahniah...dah lama tak tengok hoki kita main bersungguh2 tapi aku respek pada Tengku tajudin,dia punye dribble memang amazing!!! setakat 2 org nak lepas tu memang selalu sangat dia buat masa dribble...
balik ke soccer selepas hoki dah abis
takde nasib.
apa2 pun.tabik!.
cuba di olimpik pulak tapi pastikan lepas ke olimpik dulu lah.
good job team hockey!
Catat Ulasan